loading...

Sunday, 26 February 2023

'Kau rembat duit kedai berbelas kali pun aku senyap sebab...' - Majikan kesal, staff pijak kepala

Gambar Hiasan


Sebagai majikan, menjadi tanggungjawabnya untuk memastikan pekerja sentiasa menjalankan tugas dan tidak melakukan perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan pada syarikat.


Tetapi, di sebalik kebaikan majikan juga ada pekerja yang tidak berhati perut mengambil kesempatan dengan melakukan perbuatan terkutuk seperti mencuri, mengular, membawa kenalan atau ahli keluarga melepak di tempat kerja. 


Dalam satu hantaran yang tular di media sosial Selasa lalu, seorang lelaki meluahkan rasa kesal terhadap pekerjanya yang boleh dikatakan tidak menghargai kebaikan majikannya. 


Berdasarkan perkongsian pengadu, semuanya bermula dengan tindakan pekerja berkenaan yang bertanya mengenai bayaran komisyennya. 


"Trigger sungguh aku malam ni. Ini bekas staff aku, kerja malas, kejap-kejap cuti sakit, cuti kecemasan dan datang kerja pun boleh dikatakan seminggum confirm tiga hari lambat. Perfomance kelaut, rembat duit kedai dah berbelas kali. 


"Dah teruk macam itu pun aku tak buang lagi sebab aku masih fikirkan isteri dia baru lepas bersalin. Dia resign (letak jawatan) sendiri," katanya. 







Menurut pengadu, setiap kali 'close account' dia mengutamakan bayaran gaji pekerjan dulu dan kemudian barulah menguruskan bayaran lain seperti sewa kedai, utiliti. Akhir sekali, barulah habuan untuk dirinya sendiri yang adakalanya ada atau tiada. 

Tugas yang diberinya kepada pekerja adalah tugas yang mudah. Kedai siap dilengkapi dengan kemudahan internet, platform penstriman. 


"Kerja dia kat kedai duduk je. Sekali kadang-kadang je ada kerja. Aku siap letak WiFi 100 mbps, Netflix, Amazon Prime, Disney Hotstar, YouTube Premium dan Viu. 


"Tiap-tiap hari dia datang kerja bawa bini, aku okay. Kadang-kadang mak mertua dia lepak sekali dalam kedai pun, aku okay. Yelah, aku manusia kan, ada rasa simpati," katanya. 


Pengadu tidak menafikan ada yang menasihatkannya untuk tidak terlalu memberi muka kepada pekerja kerana bimbang akan ada yang mengambil kesempatan. Bagi pengadu pada masa itu, dia enggan membeban fikirannya dan meneruskan saja apa yang sudah berlaku. 


Sehinggalah tiba pada hari kejadian dan akhirnya pekerja berkenaan memilih untuk berhenti kerja. 


"Sepanjang dia kerja itu pun, bukannya memudahkan aku, lebih kepada banyak menyusahkan. Dia berhenti pun, aku dah lega. 


"Sudahlah kerja hauk, duk pertikai kenapa gaji tak naik dan masih tak habis tempoh probation. Dia sendiri ada jawapannya. Kerja hauk kat company lain, tiga bulan dah kena tendang. Jangan mimpi nak dapat extend," ujarnya. 



Di ruangan komen, netizen memuji kesabarannya dan sepatutnya pekerja berkenaan bersyukur mempunyai majikan seperti pengadu yang amat bersabar dan mempunyai empati terhadap kakitangannya. 


"Geram pula baca, mana nak cari boss yang ada perangai bagus macam ni lagi di zaman sekarang. Itulah orang cakap, bukan kita strict tapi kalau dah baik sangat, mesti kena pijak kepala," lata Damia. 


"Bestnya dapat majikan tak berkira. Tapi itulah pekerja pula naik kepala. Aku dulu masuk kerja lewat, bos potong RM1. Tak kiralah satu minit ke, sejam ke, lebih waktu masuk kerja, tetap kena potong,' kata Adill. 


Sumber: Facebook Reza Shahrill



from The Reporter https://ift.tt/xJkj0XG
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/TFXjyOB
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...