Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dilaporkan maut akibat terjatuh dari tingkat 14 sebuah hotel, di Kota Kinabalu, Sabah, pagi tadi.
Lapor Harian Metro, mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat 14 ke beranda di tingkat empat bangunan hotel tersebut yang terletak di Jalan Karamunsing.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.44 pagi dan sepasukan bomba bersama Unit EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu dikerahkan ke lokasi kejadian.
Sebaik tiba di lokasi, mereka menemui mangsa yang terjatuh dari tingkap di tingkat 14 ke beranda tingkat empat bangunan hotel berkenaan.
Pegawai Perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di tempat kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.
Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi mengeluarkan mangsa dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/oJc4ydn
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/jRvzHDt
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment