loading...

Saturday, 25 February 2023

Lelaki terkejut pelacur yang dilanggannya di hotel, rupa-rupanya adalah isterinya sendiri



Sepasang suami isteri di China baru-baru ini mendapati mereka curang antara satu sama lain dalam cara, masa dan tempat yang paling tidak dijangka. 


Lelaki berasal dari Xi An itu dikatakan baru pulang dari tempat kerjanya di negeri lain, menyewa sebuah hotel berhampiran stesen keretapi kerana hari sudah lewat malam dan dia enggan menyusahkan keluarganya. 


Ketika lelaki itu itu sedang bersiap sedia untuk tidur, dia menyedari ada sekeping nota diselitkan di bawah pintu. 


Setelah diamati, nota tersebut merupakan 'iklan' untuk melanggan pelacur yang turut disertakan dengan gambar seksi dan nombor telefon.


Tergoda dengan gambar itu, dia menghubungi nombor berkenaan. Tidak beberapa lama kemudian, pelacur itu sampai ke depan pintu biliknya. 


Lelaki itu tidak sabar membuka pintu dan bergegas kembali ke katilnya sambil menunggu untuk dilayan. Wanita itu masuk dan menanggalkan kot serta topengnya. Tetapi selepas melihat wajah lelaki itu, dia segera memakai kotnya semula dan segera keluar dari bilik. 


Namun wanita itu tidak sempat keluar dan berjaya dihalang oleh lelaki berkenaan. Apabila dia melihat wajah wanita itu, dia terkejut bila mendapati wanita itu adalah isterinya. Dia juga tidak tahu selama ini isterinya membuat kerja sampingan pada waktu malam untuk menambah pendapatan. 


Dipendekkan cerita, pasangan itu bergaduh dan si suami menghempas isterinya ke lantai sebelum ditendang dan ditumbuk.


Jeritan mangsa menyedarkan beberapa penduduk dan kakitangan hotel, lalu segera menghubungi polis. Mereka kemudian ditahan dan dibawa ke balai untuk siasatan lanjut. 


Akibat dari kejadian itu, lelaki berkenaan dipenjara selama 8 hari dan didenda RM260, manakala isterinya dipenjara selama tiga hari dan didenda RM130. 


Difahamkan, pasangan itu hanya bertemu semasa Tahun Baru Cina dan cuti musim panas setiap tahun. Ini kerana mereka perlu membiaya pendidikan anak-anak dan si bapa terpaksa bekerja di tempat yang jauh dari rumah. Sementara segala hal dan rutin di rumah diuruskan oleh isterinya. 


Sumber: Sing Dao, Oriental Daily, World of Buzz



from The Reporter https://ift.tt/aiwmS2O
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/gT3DsVO
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...