Malang tak berbau, seorang pengguna Light Rail Transit (LRT) mendakwa dia telah dilempang oleh seorang wanita yang dipercayai kurang siuman dalam kejadian yang berlaku di Stesen LRT Hang Tuah semalam.
Menurut pengadu, dia tidak menyangka perkara itu akan berlaku pada dirinya semasa sedang beratur untuk keluar daripada LRT di stesen berkenaan.
"Seorang makcik telah menampar muka saya secara tiba-tiba semasa saya beratur untuk keluar dari LRT. Kemudian saya dan rakan saya menjerit sekuat hati untuk meminta bantuan daripada anggota polis bantuan di stesen tersebut," katanya.
Menurut pengadu, mereka cuba menghalang wanita itu daripada melarikan diri dengan menaiki LRT semula. Tetapi rakannya telah ditampar di bahagian pipi sehingga menyebabkan cermin matanya terjatuh dan pecah.
Hasil dari tindakan pantas mereka, wanita terbabit berjaya ditangkap dan diserahkan kepada anggota polis bantuan untuk tindakan lanjut.
Pengadu dimaklumkan oleh anggota berkenaan bahawa, berdasarkan pemerhatian mereka, wanita itu berkemungkinan tidak waras atau kurang siuman.
Pengadu dan rakannya kemudian pergi ke Balai Polis Dang Wangi berhampiran untuk membuat laporan polis.
Sumber: Twitter Pei Loy
from The Reporter https://ift.tt/mCNbGsF
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/rHOafd8
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment