loading...

Thursday, 30 April 2020

Sektor Awam akan mula beroperasi mulai 4 Mei


Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas sempena Hari Pekerja pada hari ini memaklumkan, sektor awam akan mula beroperasi mulai 4 Mei 2020.

Bagaimanapun, beliau mengalakkan kakitangan awam bekerja dari rumah dan semua Ketua Jabatan perlu berbincang bagi menyusun semula keperluan sumber manusia di jabatan dengan mengutamakan konsep bekerja dari rumah. 

"Sektor awam yang akan mula beroperasi mulai 4 Mei 2020, kerajaan menggalakkan kakitangan awam bekerja dari rumah kecuali bagi proses kerja yang memerlukan keberadaan di pejabat.

"Mesyuarat juga digalakkan diadakan secara online menggunakan medium yang selamat. Bagi mereka yang mempunyai kesulitan penjagaan anak-anak di rumah, kerajaan membenarkan penggiliran pekerja selain melaksanakan waktu bekerja anjal.

"Saya minta supaya semua Ketua Jabatan mengadakan perbincangan di peringkat jabatan masing-masing untuk menyusun semula keperluan sumber manusia di jabatan dengan mengutamakan konsep bekerja dari rumah," katanya.


from The Reporter https://ift.tt/3f9dpla
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2WjvJzi
via IFTTT

'Heran deh, ini negara (Malaysia) hobbynya cari kambing hitam' - Apabila netizen Indonesia gagal fahami isi berita Covid-19


26 April 2020, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa lebih 70 peratus kes Covid-19 yang diimport berasal dari Indonesia

Menurut data Kementerian Kesihatan, seramai 139 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara disahkan positif Covid-19. Dari jumlah itu, 71,22% (99 orang) rakyat Malaysia pulang dari Indonesia. 

Kes yang selebihnya membabitkan mereka yang pulang dari United Kingdom, Singapura, Turki, Belanda, Amerika, Thailand, Perancis dan Bangladesh. 

Kenyataan Dr Noor Hisham itu kemudian disiarkan juga di laman berita Indonesia, Kaskus. Malangnya, pembaca laman itu gagal memahami isi kandungan berita tersebut lalu menuduh Malaysia menjadikan Indonesia sebagai kambing hitam, kononnya punca penularan wabak Covid-19 di Malaysia adalah berpunca dari Indonesia. 


Netizen Indonesia menuduh Malaysia gemar mencari 'kambing hitam', malah menuduh lockdown di Malaysia gagal. 



Keadaan bertambah buruk apabila satu laman Instagram pro bola sepak negara itu menyesatkan lagi pemahaman followersnya dengan memuat naik kenyataan yang jelas sekali bertujuan mengajak netizen lain menghina Malaysia di ruangan komen. 


Tindakan tidak bertanggungjawab pengendali akaun Instagram itu kemudian disangkal oleh netizen Malaysia yang tidak putus-putus sekolahkan mereka agar faham dengan isi berita. 



from The Reporter https://ift.tt/2Yh8GI8
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2YhnUN9
via IFTTT

Wednesday, 29 April 2020

'Suami nak lawat isteri lain perlu minta kebenaran dulu' - Polis


Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin menyarankan lelaki yang mempunyai lebih daripada satu isteri perlu membuat pemohonan kebenaran dari polis jika mahu melawat isteri lain yang lebih 10 kilometer dari kediaman. 

Beliau berkata, pihaknya akan mempertimbangkan dan meneliti alasan pemohonan yang dibuat sebelum diluluskan atau sebaliknya. 

"Seperti prosedur operasi standard (SOP) digariskan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), orang awam dibenarkan bergerak lebih 10 kilometer radius atas sebab tertentu termasuk hal kecemasan. Namun, perlu menyertakan dokumen dan bukti. 

"Kalau ada yang melawat isteri lain di kawasan berbeza, mereka perlu membuat permohonan di balai terdekat. Polis akan teliti permohonan berkenaan dan terpulang kepada mereka untuk meluluskan permohonan itu atau sebaliknya. 

"Saya sebagai Ketua Polis Selangor tak pernah lagi berhadapan kes seperti ini, mungkin Ketua Polis Daerah ada," katanya. 



from The Reporter https://ift.tt/2yfw1PR
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2SoAaIa
via IFTTT

Jokowi pecat pegawainya kerana keluar kenyataan perempuan boleh hamil jika berenang di swimming pool


Presiden Indonesia Jokowi telah memecat Sitti Hikmawatty dari jabatannya sebagai Komisioner Suruhanjaya Perlindungan Kanak-Kanak Indonesia (KPAI). 

Keputusan pemecatan secara tidak hormat itu dibuat oleh Jokowi pada 24 April 2020.

Difahamkan, pemecatan Sitti telah diusulkan susulan Sitti mengeluarkan kenyataan bahawa perempuan boleh hamil jika berenang di kolam renang awam pada Februari lalu. 

Kenyataan Sitti itu dianggap sebagai melanggar empat kod etika KPAI. Antaranya, kenyataan Sitti itu tidak mempunyai rujukan yang tepat bagi menyokong kenyataan yang dikeluarkan itu.

KPAI kemudian menyarankan Sitti meletak jawatan secara sukarela atau berdepan dengan tindakan dipecat. Tetapi Sitti enggan berbuat demikian dan memilih membawa perkara itu kepada Presiden Jokowi. 

Dalam kenyataan kontroversi sebelum ini, Sitti mendakwa kehamilan boleh berlaku pada perempuan yang berenang dengan golongan lelaki di kolam renang awam (kehamilan tidak langsung/tidak bersentuhan).

"Ada jenis seperma tertentu yang sangat kuat. Walaupun tidak berlaku persetubuhan tetapi ada lelaki teransang dan mengeluarkan sperma. 

"Lebih-lebih lagi kalau perempuan itu pula sedang berada dalam waktu subur. Ia berkemungkinan besar boleh berlaku," katanya. 

Kenyataan Sitti itu turut disiarkan media antarabangsa menyebabkan Indonesia mendunia seketika dan menjadi bahan ketawa banyak pihak. 


LAPORAN BERKAITAN


from The Reporter https://ift.tt/2YjXiLx
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/35fxaTo
via IFTTT

Astro lanjutkan siaran percuma sehingga 12 Mei jer


Astro berkata ia melanjutkan siaran percumanya untuk semua pelanggan termasuk Astro NJOI dan Astro GO sehingga pukul 11.59 malam pada 12 Mei, 2020.

Dalam satu kenyataan hari ini, Astro berkata bahawa pelanggan boleh terus di rumah dan kekal terhibur dengan menonton kandungan pembelajaran, berita, konsert, saluran filem Asia, filem HITS, HITS HD dan Cartoon Network secara percuma.

"Saluran pembelajaran meliputi National Geographic Channel, Nat Geo Wild, History, Animal Planet, Discovery Channel, Discovery Asia dan Discovery Science," katanya.

Sebagai tambahan, pelanggan NJOI dapat terus menikmati tontonan percuma KIX, Nat Geo Wild, Cartoon Network dan Celestial Movies, dan 22 saluran di Astro GO.

"Tonton semua rancangan kegemaran anda pada bila-nila masa, di mana sahaja dengan Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO melalui App Store atau Google Play," katanya.

Sumber: Bernama


from The Reporter https://ift.tt/2yUGvUA
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3eXs42V
via IFTTT

Tuesday, 28 April 2020

Rakyat perlu bersabar, tiada gunanya PKP tamat pastu jumlah kes naik balik - Menteri


Tiada gunanya Perintah Kawalan Pergerakan ditamatkan untuk tempoh seketika dan dikenakan semula selepas itu, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri berkata kerajaan mahu sekiranya PKP ditamatkan bagi membendung wabak Covid-19, ia hendaklah untuk tempoh selama-lamanya dan beliau seterusnya mengajak rakyat bersabar dengan biar susah sekarang demi kesenangan pada masa akan datang.

"Bagi saya, kalau kita nak buka semula, baik buka sepenuhnya sampai bila-bila. Tiada guna kita tamatkan PKP, kemudiannya terpaksa mengenakan semula PKP. Ia menyukarkan hidup kita, Lebih baik berdisiplin dan susah sekarang demi kesenangan akan datang," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, PKP boleh ditamatkan lebih awal dan rakyat boleh nikmati banyak kelonggaran sekiranya kes Covid-19 berkurangan.

"Walaupun sekarang nampak kes penurunan, tetapi ia boleh naik balik. Ada negara yang sudah mencatatkan penurunan, kemudian menamatkan PKP, dan tiba-tiba kes Covid-19 naik mendadak dan terpaksa tutup semula," katanya.

Sumber: Bernama


from The Reporter https://ift.tt/3cVIU08
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2VMXTny
via IFTTT

Doktor maut akibat pesakit tak jujur dirinya hidap Covid-19


Seorang doktor yang bertugas di Rumah Sakit Umum Daerah Dr Soewandhie, Surabaya, meninggal dunia akibat pesakitnya yang tidak jujur di mana dirinya menghidap Covid-19. 

"Almarhum adalah doktor yang menangani kes pesakit positif Covid-19. Malangnya, pesakit terbabit tidak mengaku dirinya positif dan akhirnya doktor itu turut dijangkiti," kata Koordinator Kesihatan Penugasan Covid-19 Surabaya, Febria Rachmanita. 

Dr Berkatnu Indrawan pada awalnya mengadu yang dia mengalami asma teruk dan menjalani pemeriksaan kesihatan di tempat kerja. Keputusan pemeriksaan kemudian mendapati doktor berkenaan positif Covid-19. 

Selepas dirawat selama tiga minggu, Dr Berkatnu disahkan pulih. Ujian susulan yang juga dijalankan terhadapnya sebanyak tiga kali (test swab) juga menunjukkan keputusan negatif. 

Bagaimanapun, keadaan Dr Berkatnu merosot apabila jantungnya membengkak dan disahkan meninggal dunia pada jam 5.46 petang 27 April 2020. 



from The Reporter https://ift.tt/2ya8eR9
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3f0CYoi
via IFTTT

PKP Fasa 4: Ketua keluarga dibenarkan bawa seorang ahli keluarga keluar bersama untuk beli barangan keperluan


Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 4 yang bermula hari ini, membenarkan ketua keluarga membawa seorang lagi ahli keluarga bersama keluar membeli barangan keperluan harian. 

Kebenaran itu berdasarkan kemaskini Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, yang diwartakan semalam.

Peraturan yang diterbitkan dalam warta kerajaan mengikut kuasa perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu berkuat kuasa mulai hari ini hingga 12 Mei depan.

Ketua keluarga hanya dibenarkan membawa seorang ahli keluarga keluar bersama di mana ahli keluarga tersebut adalah dari kediaman yang sama. 

PKP Fasa 3 berakhir semalam, tetapi dilanjutkan sehingga 12 Mei depan dan negara kini dalam fasa pemulihan. 

Dalam fasa pemulihan, sektor ekonomi dibenarkan kembali beroperasi seperti biasa tetapi keutamaan diberikan kepada industri pembinaan dan industri berat terlebih dahulu. 

Kakitangan di sektor berkenaan perlu mematuhi SOP yang ditetapkan bagi mengelakkan kes penularan Covid-19 baru. Ini termasuk menjalani pemeriksaan suhu badan, penjarakan sosial dan penjagaan kebersihan diri. 

Sumber: MalaysiaKini


from The Reporter https://ift.tt/2YjP4TF
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2Wb35jJ
via IFTTT

Monday, 27 April 2020

Timbalan Menteri Kesihatan, Exco Perak didenda RM1,000 kerana ingkar PKP


Mahkamah Majistret Grik hari ini menjatuhkan hukuman denda RM1,000 terhadap Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi dan Exco Kerajaan Negeri Perak Razman Zakaria kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Kedua-duanya sebelum itu mengaku bersalah di atas kesalahan itu dan dituduh bersama 13 lagi yang lain pada hari ini. 

18 April lalu, gambar Dr Noor Azmi dan Razman sedang menghadiri jamuan di sebuah maahad tahfiz di Lenggong bersama dengan beberapa lagi individu lain, tersebar di media sosial sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen. 

Gambar tersebut kemudian dipadamkan dari Facebook rasmi mereka setelah dikecam teruk oleh netizen. Dua 'VIP' berkenaan kemudian membuat pemohonan maaf secara terbuka.

Sumber: The Star

LAPORAN BERKAITAN


from The Reporter https://ift.tt/2SeNcI6
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3aKx8Eq
via IFTTT

Timbalan Menteri Kesihatan & Exco Perak akan didakwa di mahkamah kerana ingkar PKP


Gara-gara mengingkari arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan EXCO Kerajaan Negeri Perak Razman Zakaria akan didakwa di Mahkamah Gerik esok. 

Ketua Polis Perak Datuk Razarudin Husain bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu. 

"Pergi ke Mahkamah Majistret Gerik pagi esok," katanya. 

Terdahulu, gambar Dr Noor Azmi, Razman dan beberapa lagi individu lain viral di media sosial menghadiri jamuan di sebuah maahad tahfiz mencetuskan kemarahan netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakan mereka itu yang jelas sekali mengingkari arahan PKP. 

Gambar itu dimuat naik di akaun rasmi Facebook Dr Noor Azmi sendiri yang kemudian dipadamkan selepas dikecam teruk oleh netizen. 

Razman juga membuat kenyataan pemohonan maaf di Facebooknya dan menjelaskan keadaan yang sebenar berlaku pada hari kejadian. 

Sumber: Harian Metro

LAPORAN BERKAITAN


from The Reporter https://ift.tt/2VEaDg6
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2VFiY2S
via IFTTT

Nekad potong lidah untuk pujuk Dewa Kali Mata hentikan wabak Covid-19


Seorang lelaki berusia 24 tahun dari Madhya Pradesh nekad memotong lidahnya sebagai korban bagi memujuk dewa menghentikan penularan wabak Covid-19 di negara itu. 

Dalam kejadian yang berlaku di depan kuil Bhavani di Nadeshwari, Gujarat, Vivek Sharma, memotong lidahnya untuk ditawarkan kepada Dewa Kali Mata selepas dia kecewa tidak dapat pulang ke kampung susulan perintah berkurung yang dilaksanakan. 

Difahamkan, Vivek bekerja sebagai pengukir batu di kuil tersebut bersama lapan rakannya.

Sebelum kejadian, Vivek memberitahu rakannya yang dia mahu pergi ke pasar pada waktu rehat. Bagaimanapun, Vivek tidak kembali selepas itu membuatkan rakannya terus menghubungi telefon bimbitnya. 

Sebaik panggilan dijawab, mereka terkejut mendengar suara orang lain yang memaklumkan Vivek ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di kuil berhampiran dengan lidahnya sudah terputus. 

Vivek kemudian dikejarkan ke hospital dan doktor berusaha menyambung semula lidahnya. Tetapi tidak diketahui sama ada pembedahan itu berjaya atau sebaliknya, atau Vivek akan menjadi bisu seumur hidup. 

Menurut sumber polis, Vivek bertindak sedemikian agar wabak Covid-19 dapat dihentikan dan dia boleh pulang ke kampung. 

Salah seorang rakannya berkata, Vivek merupakan pemuja Kali Mata dan memang taat dengan dewa itu.



from The Reporter https://ift.tt/2Y8l793
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2yKUsV9
via IFTTT

Wanita diperkosa 3 lelaki ketika dikuarantin sendirian di bangunan sekolah


Seorang wanita diperkosa sekumpulan lelaki di sekolah di tempat mangsa dikuarantin semalaman oleh polis di Rajasthan, India. 

Insiden itu berlaku pada 23 April lalu ketika mangsa mencari perlindungan di balai polis setelah berjalan jauh untuk pulang ke kampung. 

Polis kemudian menempatkan wanita itu di sebuah bangunan sekolah di mana mangsa diperkosa oleh tiga lelaki. 

"Tiga suspek terbabit telah ditahan dan dihantar ke penjara," kata pegawai penyiasat Polis Daerah Rajasthan, Timbalan Superintendan Parth Sharma. 

Mangsa berusia 40-45 tahun berkata, dia sebelum itu sudah beberapa hari berjalan dari Sawai Madhopur sebelum tiba di daerah itu di mana dia telah diperkosa. 

Sharma berkata, wanita itu dihantar ke sebuah pusat kuarantin tempatan untuk menjalani ujian saringan Covid-19. 

"Kami tak tahu berapa lama dia berada di luar, dengan siapa dia bersetnuhan dan keputusan ujian saringannya masih belum diketahui," katanya sambil menambah seorang pegawai polis junior telah digantung ekoran dari insiden itu. 

Sumber: CNA ASIA


from The Reporter https://ift.tt/2KCTpJE
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2y3pgAn
via IFTTT

'Kami sekeluarga berhempas pulas siapkan pesanan, tapi...' - Pemilik restoran rugi RM1,500 ditipu 'Inspektor Helmi'


"Bayangkan nak menyiapkan semua pesanan itu dengan keadaan booking last minute dan puasa," demikian luah anak kepada pengusaha Restoran Soflina di Jalan Segamat, Kuantan. 

Nur Atikah MD Yusof berkata, seorang lelaki datang ke restoran keluarganya pada jam 1.30 tengah hari 25 April 2020 memperkenalkan dirinya sebagai Inspektor Helmi dan membuat pesanan yang banyak untuk juadah berbuka puasa bagi pihak berkuasa yang bertugas di tiga lokasi sekatan jalan raya. 

"Dia berjanji untuk mengambil pesanan ini menggunakan kereta peronda pada jam 6.15 petang. Tetapi sehingga jam 8 malam, dia tidak kunjung tiba.

"Saya terus bawa kesemua pesanan itu ke sekatan jalan raya di Dataran Segamat dan bertanya tentang Inspektor Helmi. Teteapi mereka mengatakan tidak mengenali individu tersebut," katanya. 

Cubaan menghubungi nombor telefon bimbit lelaki itu juga gagal apabila panggilan langsung tidak dijawab.

Ekoran dari insiden itu, mangsa mengalami kerugian kira-kira RM1,500. Mangsa juga telah membuat laporan polis. 


"Antara makanan yang dipesan, 105 murtabak utara, 105 nasi ayam, 105 sos, 105 sup, 105 air, 105 buah dan 105 kuih. Kos kerugian kami ialah sebanyak RM1,500. 

"Apa yang saya kesalkan, dia menganiaya kami. Bayangkan nak menyiapkan semua pesanan itu memerlukan tenaga kedua ibu bapa saya dan keluarga yang berhempas pulas menyiapkan semua itu dari jam 2 hingga 6 petang.



"Kami begitu yakin kerana dia inspektor, boleh berlakon buat-buat telefon sarjan dan beberapa anggota bertugas di dalam setiap sekatan jalan raya.

"Kami dah buat laporan polis dan siasatan kes terpaksa ditangguhkan kerana CCTV berdekatan sedang bercuti (PKP). Hanya boleh buat laporan saja, pengkhianat tersebut masih bebas," katanya. 


from The Reporter https://ift.tt/3cRqwpg
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2yPJ9LC
via IFTTT

'Try hard sangat nak tunjuk bodoh dia' - Ahli Masak Apa Tak Jadi Hari Ni buat laporan polis kerana pau hangusnya dihina netizen


Facebook group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official (MATJHNO) diwujudkan beberapa hari lalu sememangnya banyak menghiburkan ramai netizen yang ketawa tak kering gusi. 

Mana tidaknya, sejak dari awal kemunculan group itu, banyak gambar-gambar masakan yang tidak jadi disertakan dengan kapsyen yang kelakar. 

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi gambar masakan paunya hangus kehitaman menimbulkan pertikaian netizen. 

"Jahanam wehhh... Badi group nie terpalit kat makcik hari nie. Semenjak join group nie, berdekah-dekah aku ketawakan orang. Ya, hari nie hari aku. 

"14 tahun dalam donia pau, hari nie hangusss terbakar pau aku. Udah tak tahu mana satu pau cendawannya. Allah, dosa apa aku buat hari nie. Siapa gelak, tiakk itam erk," tulisnya. 


Bagi netizen, 14 tahun dalam dunia pau, adalah mustahil perkara seperti itu boleh berlaku. Disebabkan itu, ada beberapa netizen yang mula mengecam wanita itu dengan komen-komen negatif. 

Menyedari dirinya dihina dengan begitu teruk, wanita itu tampil membuat laporan di Balai Polis Pasir Puteh, baru-baru ini bagi menuntut beberapa individu terbabit membuat pemohonan maaf secara terbuka. 



"Mereka seolah-olah tidak puas hati dan komen yang bukan-bukan tentang masakan saya. Siap ada gambar babi dan sebagainya.

"Tujuan saya masukkan gambar tersebut adalah sekadar untuk berkongsi, bukannya untuk menerima hinaan seperti itu.

"...saya buat laporan polis untuk minta mereka memohon maaf secara terbuka," katanya. 


from The Reporter https://ift.tt/2VE1Laf
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2zwCCpf
via IFTTT
loading...