Perancangan janda dan teman lelakinya untuk menghabiskan waktu berdua-duaan di sebuah hotel selama empat hari gagal selepas mereka dicekup oleh pihak berkuasa.
Operasi serbuan cegah maksiat yang diketuai oleh Ketua Polis Pasar (Indonesia) Sandy Mutaqqin, berjaya mencekup janda berusia 40 tahun dari Jakarta Selatan dan remaja lelaki berusia 17 tahun berasal dari Kenali Asam Atas, Kota Jambi.
Siasatan mendapati, pasangan itu tidak memiliki ikatan perkahwinan dan mereka mengakui mengenali masing-masing melalui media sosial. Wanita terbabit merupakan seorang janda yang sudah mempunyai dua orang anak.
Ketika serbuan dilakukan, pihak berkuasa beberapa kali mengetuk pintu bilik sebelum dibuka oleh remaja itu yang tidak memakai baju dan hanya berseluar pendek.
Pada awalnya, remaja itu mendakwa janda terbabit adalah ibunya dalam nada yang tergagap-gagap. Tetapi setelah didesak polis, dia akhirnya mengakui dirinya berbohong untuk melepaskan diri.
Sementara itu, wanita terbabit mengakui dia terpesona dengan penampilan remaja itu sehingga membuatkan dia sanggup meninggalkan dua anaknya di rumah dan terbang dari Jakarta ke Jambi serta menempah bilik hotel selama empat hari untuk meluangkan masa berdua-duaan dengan remaja itu yang dikenalinya melalui media sosial.
Pemeriksaan pada telefon bimbit remaja itu juga mendapati dia memanggil janda itu sebagai sayang.
"Sayang di mana? Sudah berjalan dari bandara," katanya kepada janda itu.
Kedua-duanya ditahan untuk siasatan dan akan didakwa melakukan pelacuran.
Sumber: Sosok
from The Reporter https://ift.tt/2VfRvVn
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2ynEL6g
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment