Seorang lelaki berusia 63 tahun ditembak mati di Filipina selepas mengancam pekerja kesihatan desa dan polis dengan sabit di Pos Pemeriksaan Koronavirus, Khamis lalu.
Lelaki itu dipercayai mabuk ketika kejadian dalam kejadian yang berlaku di Nasipit, selatan wilayah Agusan del Norte.
"Suspek ditegur oleh pekerja kesihatan desa kerana tidak memakai penutup mulut dan hidung.
"Teguran itu membuatkan suspek marah lalu melemparkan kata-kata provokasi dan menyerang mereka (pihak berkuasa) menggunakan sabit," kata kenyataan polis.
Tindakan suspek itu membawa padah apabila dia ditembak mati oleh polis yang cuba menenangkannya.
Insiden itu adalah kes pertama polis menembak orang awam kerana enggan mematuhi peraturan bagi mengekang penyebaran wabak koronavirus.
Presiden Rodrigo Duterte Pada Rabu lalu telah memberi arahan kepada polis dan tentera untuk menembak mana-mana individu yang menimbulkan masalah.
"Keadaan semakin buruk, sekali lagi saya maklumkan kepada kamu (rakyat) betapa seriusnya masalah ini dan kamu mesti dengar.
"Arahan saya kepada polis dan tentera.. kalau ada masalah dan sesekali mereka akan melawan balik dan nyawa anggota keselamatan dan bahaya, tembak mereka sampai mati.
"Adakah kamu faham? Mati. Daripada menyusahkan, biar saya tanam kamu," katanya.
Sumber: Al-Jazeera
LAPORAN BERKAITAN
from The Reporter https://ift.tt/2URzzQO
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2UTT8I7
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment