loading...

Thursday, 2 April 2020

'Saya bunuh dia sebab dia beri saya koronavirus' - Jururawat bunuh doktor


Seorang jururawat lelaki didakwa mencekik teman wanitanya yang juga merupakan doktor, sehingga mati kerana menyangka dia dijangkiti koronavirus dari mangsa. 

Antonia De Pace, 28, menghubungi polis dan mengaku telah membuat teman wanitanya, Lorena Quartana, 27. 

Pasangan itu bekerja di hospital yang sama di Messina, Sicily dan berjuang memerangi wabak Covid-19. 

Polis menemui mayat mangsa di kediaman dikongsi bersama suspek yang juga terbaring di lantai kerana cuba mencederakan dirinya. 

Suspek berjaya diselamatkan.

Menurut The Sun, suspek membuat pengakuan di hadapan pendakwaraya Maurizio de Luca, "Saya bunuh dia sebab dia beri saya koronavirus."

Bagaimanapun, mereka tidak menunjukkan sebarang gejala penyakit itu walaupun ujian sedang dijalankan. 

Beberapa hari sebelum kejadian, Lorena berkongsi laporan yang menunjukkan kadar kematian doktor yang terlibat dalam usaha menangani wabak tersebut dan dia tidak boleh menerima kenyataan itu. 

"Anda mesti fikir dan ingat mereka mendedikasikan kehidupan mereka untuk merawat anda yang sakit. Marilah kita semua duduk di rumah."

Sementara itu, ibu bapa Lorena berkata, proses pengebumian Lorena akan dijalankan segera berikutan wabak Covid-19 semakin membimbangkan di mana Itali terjejas teruk disebabkan virus itu.

Sumber: Mirror


from The Reporter https://ift.tt/2yvEjD7
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/39AC8ei
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...