Seorang tukang gunting rambut di Mississippi meninggal dunia akibat Covid-19 selepas dia tidak menutup premis perniagaannya dan berterusan menerima pelanggan ketika wabak itu sedang mengganas.
Eugene Thompson, 46, dari Brookhaven meninggal dunia pada 4 April 2020, kurang sebulan selepas disahkan positif Covid-19.
17 Mac 2020, Thompson yang merupakan pemilik Taper Nation dan Taper Nation 2 melalui Facebooknya memaklumkan dirinya jatuh sakit. Perniagaannya ditutup selama seminggu.
"Kuarantinkan diri anda dan jauhkan dari orang lain, tempat atau yang sewaktu dengannya. Saya rasa tak berapa sihat. Suhu badan agak tinggi jadi saya datang untuk buat pemeriksaan.
"Tapar Nation akan ditutup selama seminggu untuk berehat," tulisnya.
Beberapa jam kemudian, Thompson memuat naik status seterusnya yang memaklumkan Taper Nation hanya akan menerima pelanggan tertentu sehingga diberitahu kelak.
Selepas beberapa hari bertarung nyawa, Thompson disahkan meninggal dunia, seminggu selepas hari ulang tahun kelahirannya yang ke-46.
"Dia tidak dapat bangun dan berjalan ke kereta atau berjalan dalam rumah. Jam 12.22 tengah hari, jururawat pelatih di ICU Hospital St Dominic menghubungi saya memaklumkan jantung Thompson sudah berhenti dan mereka tidak dapat menyelamatkannya.
"Kali terakhir kami melihat dia dimasukkan ke dalam ambulans. Kami tak dapat ucapkan selamat tinggal kepada dia. Dia bersendirian," kata kakaknya, Dedra Edwarsa.
"Dia (Thompson) banyak membantu mengunting rambut orang susah secara percuma dan saya salah seorang daripadanya," kata pelanggan tetap, Shanta Harris.
Semalam, kerajaan Malaysia memutuskan untuk memberi kebenaran terhadap pengusaha kedai gunting rambut untuk beroperasi di tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yang tertakluk kepada pematuhan syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan garis panduan oleh agensi penguatkuasaan yang berkaitan.
Sumber: Black America Web
from The Reporter https://ift.tt/2VhDNQE
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2XryXCZ
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment