loading...

Sunday, 12 April 2020

Inspektor ditahan untuk bantu siasatan kes dakwaan rogol 2 wanita Mongolia


Seorang anggota polis berpangkat inspektor ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes dakwaan rogol oleh dua wanita warga Mongolia. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya telah berjaya menyelamatkan dua wanita warga asing itu dan suspek yang berusia 30 tahun itu juga ditahan. 

"Kedua-dua mangsa berusia 20 dan 37 tahun, tidak mampu bertutur dalam Bahasa Inggeris dan Melayu, selain terpaksa menggunakan bantuan daripada sahabat mangsa untuk memberi keterangan," katanya. 

Kedua-dua mangsa kini berada di bawah jagaan pihak polis dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan. 

Difahamkan, kedua-dua mangsa terdahulu di tahan di sekatan jalan raya di Petaling Jaya sebelum dibawa ke lokasi kejadian yang membawa kepada hasil operasi pihak polis. 

Suspek direman selama lima hari dan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. 

Nik Ezanee menegaskan, tindakan keras akan diambil terhadap suspek berlandaskan undang-undang sedia ada jika didapati bersalah. 

Sementara itu, dua mangsa terbabit tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah. Mereka dipercayai terlibat dengan aktiviti berunsur maksiat.

Sumber: Astro Awani


from The Reporter https://ift.tt/3cda95R
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/34yw2Kc
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...