Malaysia hari ini mencatatkan lima kes kematian akibat Covid-19, setakat jam lima petang Khamis, 2 April 2020.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bilangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian akibat wabak itu dalam negara adalah sebanyak 50 kes.
Sementara itu, sebanyak 208 kes baru dilaporkan hari ini dan jumlah keseluruhan kes adalah 3,116 kes.
Daripada 208 kes, 105 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), termasuk 54 menggunakan bantuan alat pernafasan.
Dalam masa yang sama, seramai 122 orang pesakit dilaporkan telah sembuh, menjadikan 767 pesakit telah sembuh dan discaj dari hospital.
Walaupun ada petanda positif, masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenai keberkesanan PKP.
Menurut Dr Hisham, tempoh dua minggu fasa kedua PKP ini adalah waktu genting untuk menilai keberkesanannya.
"Kita akan menilai semula keberkesanan pada hari ke-10 sama ada PKP perlu disambung atau sebaliknya.
"Beberapa hari sebelum tamat PKP kedua ini, kita akan lihat keberkesanannya. Walaupun semalam saya mengatakan ada petanda awal menunjukkan prestasi baik tetapi jangkaan itu terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan," katanya.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/2JKewJL
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/343pAe9
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment