loading...

Tuesday 13 August 2019

Malas pergi exam, nenek call polis minta hantar cucu ke sekolah


Baru-baru ini, laman Facebook Thailand Police Story berkongsi mengenai satu insiden di mana seorang wanita warga emas hilang sabar dengan perangai cucunya yang enggan pergi ke sekolah menduduki peperiksaan. 

Hilang sabar dengan remaja itu, wanita itu menghubungi polis untuk meminta bantuan. 

Warga emas itu terpaksa meminta bantuan dari anggota polis yang sedang bertugas memujuk cucunya pergi ke sekolah. 


Apabila anggota polis itu tiba di tempat kejadian mendapati, remaja itu masih tidur nyenyak di biliknya sebelum dibangunkan dan diarah menyiapkan dirinya sambil diberikan ceramah percuma. 

Selepas puas diceramah, remaja itu akhirnya bersetuju untuk pergi ke sekolah dengan anggota polis berkenaan. 



Netizen memuji tindakan warga emas dan anggota terbabit yang sudi membantu, serta menasihatkan remaja itu berubah dan berharap suatu hari kelak dia akan faham mengapa neneknya bertindak sedemikian. 



from The Reporter https://ift.tt/2Kv47Tk
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2MeoQwD
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...