loading...

Saturday, 31 March 2018

(Video) 'Pengorbanan seorang ibu...'


Viral di media sosial video seorang ibu membawa empat orang anaknya menaiki motosikal mencetuskan rasa simpati netizen di media sosial. 

Video yang dirakam dan dimuat naik Nrftma Yussman atau Fatyma di Facebooknya semalam berkata, itu kali pertama dia melihat situasi seperti itu lalu menawarkan diri untuk membantu si ibu berkenaan. 

"Maaf, tak sempat bertanya nama makcik ini Apa. Biasa tengok dalam televisyen saja orang seperti ini. Tetapi semalam betul-betul terjadi di depan mata dan kami tawarkan diri untuk membantunya. 

"Sombongnya manusia yang ada kereta. Pengorbanan seorang ibu," tulisnya. 


Menurut Fatyma, si ibu dan empat orang anaknya itu dalam perjalanan pergi ke Kuala Lumpur dari Selayang untuk mengambil bantuan baju. Namun dalam keadaan seperti itu, mengundang banyak risiko berbahaya kepada anak-anak kecilnya. 

Berdasarkan video, seorang anak lelaki ditempatkan di bahagian depan, manakala tiga lagi anaknya di bahagian belakang. Hanya si ibu dan anak sulungnya sahaja yang memakai topi keledar dan kedudukan anak lelakinya di belakang juga sangat berisiko untuk terjatuh. 

Mujur Fatyma dan rakannya terserempak dengan keluarga berkenaan lalu menawarkan bantuan dengan membawa salah seorang daripada anak-anak si ibu berkenaan, membolehkan anak sulungnya duduk dengan selesa dan selamat. 


Dalam post itu juga, Fatyma turut berkongsi nombor telefon wanita berkenaan agar mana-mana pihak atau individu yang baik hati sudi menghulurkan bantuan atau sumbangan kepada mereka. 


Sementara itu, Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengambil maklum mengenai video viral tersebut dan menjelaskan bahawa, wanita berkenaan merupakan salah seorang penerima bantuan zakat yang diberikan secara bulanan melalui Skim Bantuan Kewangan Bulanan dan Skim Bantuan Am Persekolahan untuk anak-anak beliau. 

Jelas Baitulmal lagi, penjelasan itu bukan untuk menghalang orang ramai memberi sumbangan dan bantuan kepada keluarga wanita berkenaan tetapi untuk memberi pencerahan bahawa wanita berkenaan telah dan sedang menerima bantuan zakat pihaknya. 


Orang ramai dinasihatkan agar tidak menunding jari atau melempar tuduhan yang tidak berasas terhadap pihak Baitulmal. Sebaliknya, bersama-sama mewujudkan sebuah masyarakat prihatin dan membantu golongan yang tidak berkemampuan. 


from The Reporter https://ift.tt/2pSBDIo
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2uH5Xua
via IFTTT

'Kalau aku tak perasan Nuqman tertelan bateri, boleh pecah perut dan kematian'


"Jangan ingat apa yang anak kita akan boleh keluar mengikut najis,: demikian nasihat dari Mira Yusuf kepada golongan ibu bapa yang mempunyai anak kecil selepas melalui peristiwa yang tidak diingini berlaku. 

Dalam kejadian Rabu lalu, rasa tidak sedap hatinya sebagai seorang ibu ternyata benar apabila pemeriksaan mendapati anaknya tertelan bateri kalkulator. 

Bimbang dengan keselamatan anaknya, Mira terus membawanya ke hospital untuk mengeluarkan bateri tersebut. 

ASSALAMUALAIKUM, 28 Mac 2018, jam 5 petang. Anak sulung aku, Izz, tengah susun kalkulator. Tiba-tiba kalkulator terjatuh skru dan bateri berkecai. Anak nombor dua aku, Nuqman, dia duduk belakang abang dia. Tindakan paling cepat aku buat, aku tengok kalkulator dan check mulut Nuqman sebab aku takut dia kutip dan makan. Bila check dalam mulut, aku lega bateri itu tak ada dalam mulut dia. 


Doktor tanya aku nampak ke anak makan bateri? Aku cakap aku tak nampak. 

"Anak puan aktif je saya tengok? Tapi kalau puan tak puas hati, saya sarankan puan pergi ke lagi satu klinik," katanya.

Aku terus pergi klinik situ dan selepas x-ray, memang ada bateri dalam perut Nuqman. Doktor kata tak apa, bateri dah di usus, boleh terus pergi ke hospital. Mengalir air mata, apa yang aku rasa itu betul. 


Bawa Nuqman pergi hospital, buat x-ray sekali lagi. Selepas x-ray, doktor kata dia nak berbincang dengan doktor pakar dan Nuqman disuruh masuk wad sebab bateri itu bukan berada di usus tetapi masih dalam perut. 



"Esok kita operation untuk keluarkan bateri. Dalam jam 12 kita akan lakukan endoscopy, keluarkan bateri ikut mulut dia," kata doktor. 

Doktor pakar masuk waktu pagi, dia suruh buat x-ray lagi untuk mengetahui kedudukan bateri. Bateri masih berada di tempat yang sama dan doktor akan cuba mempercepatkan. 



Alhamdulillah, 29 Mac 2018 jam 10 pagi, Nuqman dah kena ready nak dibawa ke bilik pembedahan. Doktor bagi Nuqman full bius. Waktu doktor bius bagi full bius, aku ada bersama dalam bilik pembedahan itu. Doktor suruh aku keluar bila Nuqman dah tidur. 

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan bateri dapat dikeluarkan. Tak sampai satu hari, bateri itu dah bertukar warna. Bahayanya bila anak termakan bateri, boleh menyebabkan perut pecah atau kematian. 




Ada yang tanya macam mana nak mengenal pasti anak termakan bateri? Anak lemah ke apa? Nak kata lemah itu aku rasa tak sebab Nuqman sangat aktif. Kalaulah aku tak ikut apa yang naluri aku rasa itu, mesti sampai sekarang aku tak tahu anak aku makan bateri. 

Semakin lama bateri dalam perut, ia boleh menyebabkan koma dan juga boleh menyebabkan kematian. 

Alhamdulillah, Nuqman dah discharge petang semalam dan malam ini aku nak buat operasi besar-besaran nak buang bateri di mainan anak aku. 



Sebelum Nuqman discharge semalam, doktor pakar jumpa anak aku. Selepas itu dia kongsi cerita dengan aku. Dia kata semalam group WhatsApp doktor bius ada berbincang tentang kes anak aku. Diorang semua cuak juga sebab minggu lepas ada berlaku di UK di mana seorang budak tertelan bateri masuk dalam perut tetapi terkena saluran darah dan budak itu meninggal dunia. 

Alhamdulillah, sewaktu mereka keluarkan bateri semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua yang tolong mendoakan untuk Nuqman. 

Pesan aku, jangan ingat apa yang anak kita akan boleh keluar mengikut najis. Ibu bapa yang ada anak kecil, tolong pastikan mainan yang dibeli itu selamat untuk anak-anak. 

Kalau ada apa-apa barang yang ada bateri tetapi bila korang tengok baterinya hilang, bawa saja anak pergi buat x-ray. Ada atau tak ada bateri dalam perut, itu belakang cerita. Ibu bapa jangan ambil mudah dengan perkara ini. 

Saya kongsi cerita ini sebab saya nak korang bersama-sama aku buat operasi besar-besaran untuk clearkan atau tampal pita pelekat pada mainan yang ada bateri serta ketatkan skru yang mana sudah longgar. 

Share cerita aku ini, supaya lebih ramai lagi yang tahu akan bahayanya anak kecil tertelan bateri. 

Sumber: Mira Yusuf


from The Reporter https://ift.tt/2H1fkr8
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2pVbk3r
via IFTTT

'Mana budak kecil yang berlari-lari tadi?' soalnya tiba-tiba


Salam sejahtera admin. Di sini saya nak ceritakan tentang peristiwa yang menimpa saya. Kejadian ni berlaku kira-kira dua bulan lalu. Begini ceritanya.

Ayah kami pada masa itu terlantar di hospital, sebab nak menjalankan operation batu di hampedu. Jadi, automatik mak akan tinggal di hospital untuk menjaga ayah. Yang tinggal di rumah hanya kami tiga orang adik beradik iaitu abang, kakak dan saya. 

Abang dan kakak saya sibuk berkerja, jadi tinggal saya seorang sahaja yang belum mempunyai pekerjaan. Secara tidak langsung, saya yang akan menjaga makan minum ibu dan ayah pada masa itu dan menggalas tanggungjawab mengemas rumah.

Jam dua petang, saya berada di hospital menjaga ayah bersama ibu kerana bosan duduk di rumah seorang diri. Hahaha! Selalunya saya akan balik ke rumah pada jam 7 malam sebab tak berani nak balik lewat seorang diri.

Malam itu saya turun pergi ke parking lot seperti biasa. Sekitar jam 7 petang, selalunya ramai saja orang yang datang melawat dan sememangnya itu waktu untuk waris melawat pesakit. Pada waktu inilah saya menerima gangguan yang tidak dijangkakan.

Masa saya masuk ke dalam lif, terasa seperti ada orang yang mengikuti dari belakang. Tetapi bila pusing ke belakang, tiada orang. Saya anggap mungkin angin sahaja. Selalunya kalau nak naik atau turun menggunakan lif, ia hanya mengambil beberapa minit saja, tak sampai pun lima minit. Namun pada malam itu, agak lama sikit saya berada dalam lif, mungkin lif belum diselenggara kot? 

Jadi, saya pun main telefon seperti biasa. Tiba-tiba! Ada orang pegang bahu saya, seperti nak menegur. Saya pusing untuk menoleh, tetapi tiada orang! Terasa sejuk dan panas kaki saya masa itu. Yelah! Siapa yang tak takut kalau berada dalam situasi seperti itu? Tambahan pula saya ini jenis penakut. 

Saya baca segala macam ayat. Tidak lama selepas itu, pintu lif terbuka dan berharap sangat ada orang di depan. Alhamdulillah, ada dua tiga orang sedang menunggu di depan pintu lif. Lega rasanya! Hahaha! 

Jadi, kalau nak keluar hospital menuju ke parking lot, mesti lalu di depan meja pengawal keselamatan dan saya rasa okeylah sebab ada orang lalu di kawasan yang sama. Sampai di kereta, saya nampak seorang perempuan ini membawa naaknya yang berusia lingkungan lima atau enam tahun. Mereka duduk saja seperti sedang menunggu dijemput. 

Saya hidupkan enjin kereta seperti biasa. Tiba-tiba anak mata saya ternampak sesuatu di depan kereta. Ternyata dua anak beranak tadi! Ah! Sejuk panas lagi tubuh badan saya, terus saya undurkan kenderaan dan jalan. 

Dalam perjalanan pulang ke rumah, saya menerima mesej dari abang dan katanya dia balik lewat sikit sebab nak menyiapkan kerja. Saya okey saja walaupun sebenarnya saya dah ketakutan pada waktu itu. Bila sampai di rumah, saya terserempak dengan kakak. Dia nak pergi melawat ayah sekejap lagi, kemudian pergi makan malam bersama dengan rakannya. Seperti biasa, saya kata "Okey,". 

Dah park kereta, saya terus naik buka pintu, baca bismillah dan beri salam. Malam itu sunyi sangat. Saya tonton tv di ruang tamu agar tak rasa sunyi. Channel Astro yang ditonton masa itu, 431. Kemudian saya pergi mandi, selesai mandi saya masak maggi sebab lapar. 

Baru saja dua langkah masuk ke dapur, tiba-tiba channel di tv ditukar ke nombor 615 secara tiba-tiba. Ah! Masa itu saya dah tahu yang memang 'benda' itu mahu mengusik saya. Ayah ada ajar kalau benda itu suka kacau kita, kita kena beranikan diri dan cakap bagus-bagus pada mereka. 

"Boleh tak jangan ganggu aku? Aku lapar, nak masak maggie je. Kalau nak usik orang, pergi ke tempat lain," saya kata dengan lembut, bimbang 'benda' itu marah pula kalau bercakap secara kasar. 

Sepanjang masa saya masak maggie, tiada sebarang gangguan, mungkin sebab saya dah beritahu jangan kacau saya tadi agaknya. Selesai makan, saya basuh pinggan dan sekali lagi... ternampak kelibat budak-budak berlari di depan pintu dapur mengejar bola kecil berwarna merah. 

Ya Allah, perasaan saya masa itu nak pengsan! Saya terus menghubungi kakak dan minta dia pulang segera dan tak perlu pergi makan malam bersama kawannya. Dia kata okey tetapi saya belum beritahu apa-apa mengenai kejadian yang berlaku tadi, sekadar beritahu ada kecemasan. 

15 minit kemudian, kakak sampai di rumah. Tetapi yang sya pelik, dia tukar baju. Saya macam, "Eh? Memang dia sempat tukar baju kot dalam kereta?". Dan kakak diam habis malam itu. Saya pun hairan. Tiba-tiba kakak tanya, "Mana budak kecil yang berlari-lari tadi?" 

Ya Allah, saya dah macam, kenapalah benda ini tak habis-habis nak mengganggu saya? Saya tahu dia bukan kakak saya sebab saya belum beritahu dia tentang budak itu atau saya diganggu benda itu. Saya terus berlari masuk ke bilik dan kunci pintu dan cuba menghubungi kakak. 

Kakak jawab panggilan dan kata dia dalam perjalanan balik. Masa itu kakak ada bersama dengan teman lelaki dia. Dia menyangka ada penceroboh masuk dalam rumah ke apa. Bila kakak sampai, teman lelaki dia dapat rasakan ada sesuatu di kawasan rumah kami. Masa dia buka pintu rumah, dia baca sesuatu sebab kakak kata ada 'angin' keluar sebaik saja pintu dibuka. 

Teman lelaki dia ada baca sesuatu sebab orangnya boleh tahan juga kalau berdepan dengan perkara seperti ini. Mungkin dia guru agama agaknya. Kata kakak, mereka nampak benda hitam di depan pintu bilik saya. Selepas teman lelaki dia baca ayat-ayat itu, benda itu hilang. 

Dengar saja mereka ketuk pintu, saya terus buka. Muka saya memang pucat sangat. Selepas teman lelaki kakak baca-baca air putih untuk saya minum, barulah saya rasa ringan dan segar. Rupa-rupanya ada benda yang suka pada saya dan budak kecil dengan maknya sekali menumpang saya pulang ke rumah.

Selepas kejadian itu, ibu bawa saya pergi berubat dengan seorang nenek ini yang kata saya lemah semangat menyebabkan benda itu suka mengusik saya. Nenek itu pesan, rajin dan ringankan mulut membaca ayat kursi sebelum keluar rumah untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. 

Alhamdulillah sampai sekarang saya tiada mengalami gangguan lagi. Itulah pengalaman saya yang agak ekstrem yang pernah berlaku pada saya.

Terima kasih admin kerana sudi membaca. Maaflah kalau bahasa saya teruk sebab saya orang Brunei. Sorry kalau cerita ini tak seram. Hahaha! 

Anda pernah mengalami pengalaman/peristiwa seram? Hantarkan kisah seram anda kepada kami di thereportermyofficial@gmail.com


from The Reporter https://ift.tt/2GHK0zW
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2GYBhHv
via IFTTT

Friday, 30 March 2018

'Aiman dah selamat dikebumikan' - Mulutnya terkunci, terus pandang makhluk yang berada di depannya


Hi admin The Reporter. Aku ada cerita yang mungkin tak berapa nak seram. Tetapi sebelum admin edit, pandai-pandailah edit ye sebab aku tak reti susun ayat. BM aku dapat kredit je waktu SPM. Seperkara lagi, belalah seekor kucing di rumah untuk mengelak gangguan. Tak perlu kucing yangm ahal, kucing terbiar pun boleh. Kucing mahal ni tahi dia sendiri pun dia takut. 

Aku ni min, bukan jenis penakut. Hantu-hantu apa semua memang aku tak percaya langsung. Hanya benda yang nyata dan jelas dilihat aku percaya. Soal agama juga aku tak berapa 'kudus'. 

Aku kerja kilang di selatan tanah air. Syif tidak menentu, kadang pagi, petang dan malam. Aku paling suka wakut malam sebab orang tak ramai sangat di kilang. Nak pergi kerja, aku jalan kaki saja sebab rumah sewa dekat dengan kilang. Lebih kurang tiga minit saja perjalanan. Tetapi jalannya agak sunyi. Aku suka, entah kenapa. Orang lain seram kot jalan sunyi ni. 

Aku ada seorang buddy yang sama kerja dengan aku tetapi syif kami selalu tak sama. Namanya Aiman. Bila aku syif pagi, dia pula syif petang dan begitulah sebaliknya. Dia agak alim orangnya, tak seperti aku.

Nak dijadikan cerita, satu hari dia nak balik ke kampungnya di Kelantan sebab nak berkahwin. Dia jemput aku tetapi aku tak dapat datang sebab syif aku padat. Lagipun peruntukan cuti aku dah guna semua, memang tak dapat nak mohon cuti lagi. Alahai, memang merajuk juga buddy aku seorang ni. 

Aku beli hadiah siap-siap untuk dia dan diberikan kepada dia sebelum dia pulang ke kampung. Dia menangis, mungkin terharu menerima hadiah dari aku. Bukannya mahal pun, cuma set cadar dan itu pun beli di kedai Pakistan. 

Aku pesan pada dia, "Semoga selamat sampai ke kampung, selamat pengantin baru dan jangan lupa balik semula ke sini nanti. Maafkan aku kalau selama ini aku ada sakitkan hati kau, pinjam duit belum bayar lagi, skodeng makanan kau, sabun kau apa semua itu." 

Dia kata dia halalkan semua dan memaafkan semua kecuali satu saja yang dia tak maafkan lagi iaitu dia masih merajuk aku pergi makan nasi kerabu dia tanpa kebenaran. Tetapi dia bergurau saja kot sebab selepas itu dia gelak sakan. 

Seminggu kemudian, dia kembali bekerja seperti biasa. Dia bersalaman dan memeluk aku. 

"Sejuknya tubuh kau ni, makan aircond ke apa?" usik aku dan dia hanya gelak-gelak saja. 

Wajahnya jelas bahagia, boleh tahulah aura pengantin baru. Tetapi pelik juga aku, tak ada pun calling-calling dengan bini dia. Mesej pun tak ada aku nampak dia main telefon. Tak tahulah kalau waktu aku tak ada baru dia calling-calling isteri dia. Pernah juga aku minta dia bagi aku tengok gambar-gambar waktu dia kahwin. Tetapi dia kata telefon dia telefon biasa sahaja yang guna keypad tekan-tekan tu. 

Semenjak dia balik, selera makan dia bukan main besar lagi. Hari-hari dia ajak aku keluar makan di luar kalau kebetulan syif kami sama. Aku kalau soal kena belanja makan ini memang on saja. Rezeki bro. Orang pandang pelik je, peliklah sebab orang kurus tetapi makan besar macam kenduri. 

Balik bilik, makan lagi. Kalau tak maggi, burger. Hairan juga aku sebab buddy aku ni bukan jenis kuat makan tetapi aku biar saja, dia asyik tanya aku bila nak ganti nasi kerabu dia. Aku ingatkan dia dah halalkan dah. Hahaha! 

Aku kata, nanti makcik tukang cuci itu ada jual, aku akan ganti. Dia cakap cepat-cepat sebab takut tak sempat. Tak sempat apa pula, aku tanya. Dia tak jawab. 

Satu lagi aku pelik dengan buddy aku ni sejak dia bali kdari kampung. Dia tidur tak berdengkur dah. Sebelum ini dia tidur berdengkur punyalah power sampai bilik indon di bawah kitorang pun dia boleh dengar. Sumpah kuat dengkuran dia. Hahaha! 

Aku selalu baling bantal pada dia kalau dia berdengkur terlalu kuat. Kadang-kadang aku percik-percik air di muka dia. Tetapi dia tidur mati, payah betul nak kejutkan. Tetapi sekarang sunyi senyap saja. Rasa macam ada yang kurang, tidur pun semacam pakai selimut sampai tutup kepala dah macam pocong pun ada aku nampak.


Selalunya dialah yang paling bising komplen cuaca panas nak buat apa berselimut katanya. Satu hari ini selepas aku balik dari kerja syif petang, aku terjumpa seekor anak kucing bulu putih dekat pondok guard, Aku pun ambillah anak kucing itu dengan niat nak bela sebab nampak kasihan sangat. 

Aku sampai bilik, buddy aku tak ada. Dia keluar kot sebab semalam dia kerja syif malam. Hari ini syif malam juga. Seorang diri la aku dengan si putih anak kucing itu. Aku letak si putih di bawah, biar dia sesuaikan diri dengan bilik bujang kitorang. Anak kucing saja di lantai, terus bulu dia mengembang semacam. Macam kucing yang tengah marah. Tetapi dia bukan marah kat aku. Dia tengok arah tempat buddy aku tidur.

"Apalah yang kau marahkan ni meow?" lalu aku angkat dia dan letak di tempat tidur buddy aku itu.

Belum sempat aku aku letak, dia dah cakar aku kaw-kaw sebelum lari keluar dari bilik. Dia duduk di luar bilik saja. Hairan aku. Bilik kitorang bau kot, mungkin sebab itu dia benci. 


Bila dah senja baru buddy aku balik. Aku duduk di pintu bermain-main dengan si putih. Kucing ini bila nampak saja buddy, bulunya terus mengembang. Buddy aku tak jadi melangkah. 

"Kenapa ada kucing?" soalnya.

"Aku ambil dari pondok guard," jawab aku. 

Buddy aku macam tak suka dengan kucing itu. Aku kata tak apalah, si putih ini tak nak masuk bilik pun, dia duduk di luar saja. Tetapi buddy aku tak nak masuk bilik selagi si putih ini ada berdekatan. Jadi aku bawalah si putih pergi jauh sikit. Si putih masih kembangkan bulunya sambil merengus seperti kucing yang mahu bergaduh dengan anak matanya membesar sewaktu memandang buddy aku itu. Aku anggap itu perkara biasa sahaja. Agaknya si putih ini tahu kalau orang tak suka dengan dia. 

Bila dah malam sikit, aku pun masuk ke bilik dan si putih aku terpaksa tinggalkan dalam kotak di luar pintu sebab dia memang tak nak masuk. Buddy aku dah terbaring tidur waktu aku masuk. Tak jadi nak ajak bersembang. Tak apalah, agaknya dia kepenatan. Tetapi malam ini kan dia kerja, aku cuba-cubalah tanya dia.

"Kau tak kerja ke malam ni? Kejap lagi syif kau ni," aku kata. 

"Aku tak sihat," jawabnya. 

"Jomlah aku bawa pergi klinik kalau kau tak sihat," aku pelawa. 

Aku sihat kalau nasi kerabu aku dah ada," katanya. 

Amboi?! Asyik mengungkit pasal nasi kerabu pula. Aku serba salah, jadi aku diam saja. Harap-harap makcik jual nasi itu ada jual esok. 

Keesokkan harinya, aku kerja syif pagi, makcik itu ada dan banyak nasi kerabu yang dia jual. Aku beli sampai lima bungkus. Dia tanya boleh ke habis makan seorang?

"Ini untuk kawan saya makcik, si Aiman," kata aku. 

Wajahnya berubah. Aku malas nak berborak lama dan aku terus blah. 

Habis syif aku, aku balik ke bilik dan tengok si putih dah tak ada. Merayau agaknya. Masuk bilik, buddy pun tak ada. Kata tak sihat tetapi tak ada dalam bilik? Aku rasa penat, aku mandi, makan sebungkus nasi kerabu kemudian tidur. Dekat jam empat pagi aku terjaga bila aku rasa tubuh aku dilangkah. Aku nampak buddy aku tengah lahap memakan nasi kerabu. Aku biarkan saja dan tak tegur. Nanti bila dia dah siap makan baru aku tegur. 

Telefon aku berbunyi, aku tengok siapa yang call. Nombor buddy aku tetapi buddy aku ini ada di depan dan membelakangi aku. Dia sedang khusyuk makan. Aku jawab panggilan itu. 

"Hello, ini ****** (ibu buddy aku). Nak beritahu Aiman dah selamat dikebumikan pada sekian-sekian. Maaf lambat beritahu, kami baru dapat phone dia dan dia terlibat dalam kemalangan sewaktu nak pulang ke kampung tempoh hari," katanya. 

Aku telan air liur sambil memandang buddy aku atau sesiapa pun dia. Tak ada air liur nak ditelan. Aku cuba buat-buat biasa. Aku panggil buddy aku, dia tak menoleh tetapi dia cakap,

"Terima kasih sebab belikan aku nasi kerabu. Sekarang aku boleh balik," katanya. 

Mulut aku terkunci. Aku pandang saja dia keluar dari bilik. Suasana pada waktu itu sejuk semacam. Angin tiba-tiba bertiup kencang, hujan gerimis dalam seminit dua selepas itu berhenti. Aku terkebil-kebil, apa sebenarnya yang berlaku? Buddy aku dah tak ada? Jadi yang keluar dengan aku, makan-makan, lepak-lepak, tidur sebilik dengan aku itu siapa? 

Patutlah makcik nasi kerabu itu berubah wajah sewaktu aku kata nama buddy aku tu. Dia dah tahu sebab dia sekampung dengan buddy aku. Kenapa dia tak beritahu aku awal-awal? Patutlah si putih mengembang semacam saja kerana dia tahu buddy aku bukan manusia. Kenapalah aku tak perasan. 

Aku demam hampir seminggu selepas itu. Aku berhenti kerja dan masih berubat sehingga kini kerana masih dihantui oleh bayangan buddy aku itu. Aku tahu kalau ada sesuatu di sekitar aku sebab si putih. Kalau dia kembangkan bulu dia itu petanda memang ada 'sesuatu'. 

Kejadian ini berlaku pada dua tahun lepas tetapi aku masih tak dapat move on. Waktu aku taip kisah ini pun si putih asyik menderam saja memandang ke satu sudut. 

"Kau ke tu buddy? Maafkan aku tak dapat datang semasa kau dikebumikan. Aku tak tahu pun kau dah pergi seminggu sebelum aku dimaklumkan. 

Pengajarannya di sini, kalau pinjam barang orang, hutang dengan orang, tolong pulangkan dan bayar semula wang mereka agar jangan jadi seperti aku hanya kerana nasi kerabu buddy aku menghantui aku sehingga aku memberinya nasi kerabu, baru dia beredar. Al-Fatihah buat sahabatku, Aiman.

Sumber: Patricia

Anda pernah mengalami pengalaman/peristiwa seram? Hantarkan kisah seram anda kepada kami di thereportermyofficial@gmail.com


from The Reporter https://ift.tt/2GoCM4w
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2GkcTCY
via IFTTT

Aku tanya nak minum ke tak? Dia jawab 'nak yours' - Baru hari pertama bekerja lelaki ini diganggu secara seksual


Seringkali kita mendengar gangguan seksual yang berleluasa ke atas perempuan atau wanita. Namun, pernah kah kita mendengar gangguan seksual yang dilakukan oleh perempuan kepada lelaki?  Jarang sekali dipaparkan isu ini memandangkan isu ini agak pelik kedengaran. Namun, itulah realiti yang dihadapi oleh afiqciko. Beliau telah berkongsikan pengalamannya yang terkena gangguan seksual di tempat kerjanya.

Pada hari pertama dia berkerja, dia telah mengambil pesanan makanan dari sekumpulan pelajar perempuan. Dia mula tidak senang hati apabila sekumpulan pelajar terbabit memandang pelik kepadanya. Tidak cukup dengan itu, salah seorang daripada mereka cuba untuk merabanya.  Namun, Afiq terselamat dari diraba. 

Afiq melalui bebenangnya di Twitter itu menasihati kepada masyarakat tidak kira lelaki atau perempuan, supaya sentiasa berhati-hati di mana juga berada kerana jenayah ada di mana-mana tidak mengira gender. 

JARANG kita dengar tentang lelaki kena sexual harassment kan? Tapi kali ini, aku percaya benda tu berlaku sebab aku dah kena. Okay ceritanya macam ni. Benda ni terjadi last week. Aku baru dapat kerja dekat satu kedai makan. Kalau nak dikira location kedai tu okaylah kot sebab tak jauh dari tu masjid dan berhadapan dengan kedai tu, ada satu Kolej Komuniti dan juga asrama students.  

Kejadian ni berlaku masa hari pertama aku bekerja. Aku masuk kerja pada pukul empat dan balik pada pukul 11 malam. Sebagai pekerja yang profesional aku terima sahaja. Pada petang tu, aku tak banyak sangat buat kerja sebab partner kerja ajak borak apa semua kan. Customer tak ramai sangat sebab apa yang mereka bagitahu, kedai tu akan ramai selepas Isyak.

Waktu tu ramai sudah tentu kerana pakcik -pakcik balik masjid singgah makan dan juga students yang akan keluar makan sebab asrama Kolej Komunti  tidak ada kemudahan tempat makan seperti di universiti lain. Everything was fine dari petang sampailah malam sehinggalah ada satu kejadian yang aku tak sangka pun akan jadi dan aku rasa benda tu tak patut jadi.

Pada pukul 10 malam macam tu, datang a group of students dari Kolej Komuniti tu and guess what, most of them free hair and ada pakai short tak pun skirt but still ada yang elok bertudung sedangkan rules mereka sama je macam tempat lain which no skirt and so on. Aku pun abaikan sahaja sebab aku nak bekerja bukan perlu ambil campur hal mereka, asalkan aku dapat gaji dah cukup bulan nanti hahaha.

Okay, then tanpa ragu-ragu dan syak wasangka, aku pun pergilah ambik order. Mereka ni ada tujuh orang dan semua girls. Sampai sahaja aku di meja mereka, aku pun tanya, "minum?" dan aku terkejut bila semua pandang aku macam pelik seolah-olah seperti nampak hantu. Ya, aku tahu aku tak handsome tapi tidak teruk sangat. 

Dan aku pun tanyalah lagi sekali "minum?”. Selepas tu, boleh pulak one of them ni tanya "budak baru eh?" Aku tak menjawab tapi aku hanya mengangguk. Kemudian, dia memandang aku dengan pandangan sinis. Aku dah rasa lain macam. Kali ketiga aku tanya "nak minum ke tak?" Salah seorang dari mereka menjawab, ”nak yours.”

Waktu tu aku dah menyirap sangat dan mereka ketawakan aku. Bila dah habis ketawakan aku, baru mereka bagi order dan aku paling terkejut bila ada tangan yang cuba untuk capai aku. Aku tak tahulah nak pegang apa, peluk ke, tapi i’m so shocked. Nasib baiklah aku perasan kalau tak, tak pasal-pasal aku diraba. 

Aku pun undurlah sikit sebab nak habiskan ambik order tu, padahal dalam hati aku tu rasa nak maki dan pergi macam tu sahaja.  Setelah settle ambik order, aku terus pergi dapur, tapi tidak disangka,  semasa aku gerak dari meja tu, something hit my back dan mereka ketawakan aku lagi. Aku pun macam dah bengang. 

Aku bagi list kat akak buat air tu. Selepas tu, aku buat buat busy sebab aku malas nak hantar air pada mereka. Amir tolong hantarkan. Dan bila Amir masuk balik dapur, Amir bagitahu aku, budak-budak tu nak berborak dengan aku dan minta nombor telefon aku. Amir bagitahu pada mereka balik yang aku tidak ada telefon (aku memang tak ada handphone time tu). Aku tanyakan Amir lagi kenapa mereka buat macam tu? Dan Amir cakap sebab mereka kata aku comel dan macam nerdy.

Mereka  fikir aku porn star ke nak cakap macam tu. Sumpah, aku menyirap sangat tapi Amir boleh pulak buat lawak. 

"Alaa kau layan sahaja la, mana tahu rezeki." 

Terus spoil mood aku malam tu, sedangkan baru first day kerja, lepas tu kena macam tu. Aku pun tak keluar dari area kedai (sebab there are some tables outside the restaurant) sehinggalah aku nampak ada boys datang join mereka. Haha macam tu ke rezeki?

Itu sahaja cerita aku. Aku tak tahulah apa padangan kamu semua, but for me i can’t accept that. Kalau open macam tu mereka dah boleh buat macam tu kat aku, kalau tempat tertutup aku tak tahulah apa mereka dah buat.

Bukan niat aku nak jatuhkan kehormatan girls but aku nak cakap, tak kiralah kau girls ke boys ke, dunia sekarang ni kalau orang nak buat apa-apa, dia dah tak fikir mangsa tu gender apa. Kalau boys nak cakap "eleh baru sikit je nak koyak dah.”  Iya, betul memang aku koyak.

Aku pun ada maruah. Bayangkan kalau orang nampak aku kena macam tu, yang negative side akan cakap "tengok tu dia biar je kena raba.”  Okaylah, just a sweet reminder untuk semua. Hati-hati okay kat mana pun kamu semua berada. Protect yourself from those shits.

Amir cakap those girls memang macam tu sebab dia pun pernah kena waktu awal awal kerja dulu, dan aku boleh conclude mereka nak mangsa baru, tapi sorry bukan aku la orangnya.

Sumber: Ciko


from The Reporter https://ift.tt/2pWFxQH
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2Id7kTi
via IFTTT

Bukan sebab isteri mengamuk suami kerap pergi memancing, ini cerita sebenarnya


Viral di media sosial hari ini gambar ngeri kepala seorang lelaki ditetak dengan pisau pemotong daging.

Menurut sebuah laman Facebook, kejadian itu berpunca dari si isteri geram dengan suaminya yang kerap pergi memancing sehingga mengabaikan tanggungjawabnya pada rumah tangga. 


Bagaimanapun, itu bukanlah punca sebenar kejadian yang berlaku.

Lapor Metro, kejadian itu berlaku pada Julai tahun lalu di kediaman pasangan berkenaan di Kampung Cham, Kemboja. 

Touch Channa, 30, dilaporkan bertengkar dengan suaminya, Sim Thea, 30 pada hari kejadian. Gagal mengawal kemarahan, Sim kemudian melibas pakaian isterinya sehingga terkoyak dengan pisau pemotong daging. 

Touch berjaya merampas pisau tersebut dari suaminya dan membaling senjata tajam itu keluar tingkap ke arah sungai berhampiran di belakang rumah mereka. 

Malangnya, pisau tersebut terkena tepat pada kepala jirannya yang juga saudaranya sendiri, Chea Sokkot, 29, yang sedang mengubahsuai botnya di tepi sungai. 

Ekoran kejadian itu, Chea dikejarkan ke hospital dengan pisau pemotong daging yang masih melekat di kepalanya. 




Susulan kejadian itu, polis telah menyiasat pasangan berkenaan sebelum menahan Touch untuk tindakan lanjut. 

Ketua Polis Daerah Kampong Siem, Leftenan Kolonel Ek Pranon, berkata, Touch ditahan kerana menyebabkan kejadian itu berlaku. 

"Suspek berkata dia ketika itu bertengkar dengan suaminya. Suami dia kemudian memotong bajunya dengan pisau tersebut dan dia mengambil pisau itu dan mencampaknya ke sungai di belakang rumah. 

"Malangnya pisau itu terkena pada kepala mangsa yang ketika itu sedang mengubahsuai botnya di Sungai Mekong," katanya. 


Pengarah hospital di daerah itu, Dr Yun Sinath berkata, kecederaan yang dialami mangsa agak serius namun mangsa berada dalam keadaan stabil. 

"Jika pisau itu dikeluarkan serta-merta pada waktu kejadian, ia boleh menyebabkan mangsa meninggal dunia," katanya. 


from The Reporter https://ift.tt/2E7gpL0
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2Gpqjdb
via IFTTT

'Tuil ini berfungsi sebagai dimmer di waktu malam, bukan tempat untuk gantung barang'


Setiap kereta baru ataupun lama mempunyai cermin pandang belakang yang digunakan untuk melihat objek atau keadaan trafik di belakang kenderaan. 

Namun, sedarkah anda bahawa di bawah cermin tersebut mempunyai tuil kecil. Mungkin ada di antara kita yang tidak tahu apa fungsi tuil tersebut dan menyangka ia digunakan untuk menggantung barang perhiasan, botol pewangi atau pun pas kerja. 

Tuil ini sebenarnya berfungsi sebagai dimmer dan ia perlu digerakkan secara manual. Ia amat diperlukan terutamanya jika anda memandu pada waktu malam. 

Sebagai contoh, anda memandu di waktu malam dan kenderaan di belakang secara tidak sedar menyalakan lampu tinggi atau kenderaan besar yang mana kedudukan lampunya agak tinggi sehingga menyebabkan penglihatan anda silau dan terganggu. 

Sekiranya berlaku keadaan seperti itu, tolak saja tuil kecil di bawah cermin pandang belakang tersebut ke belakang dan cerminnya akan dicondongkan. Cahaya terang dari lampu kenderaan belakang akan dibiaskan sekali gus mengurangkan cahaya silau. 

Dalam masa yang sama, anda masih dapat melihat kenderaan di belakang dalam keadaan yang agak gelap, tetapi masih dapat dilihat dengan jelas. 




Beringatlah, tuil kecil tersebut bukan tempat untuk menggantung barang perhiasan. Manfaatkan fungsi tuil tersebut dan memandulah dengan keadaan yang tenang tanpa perlu 'membabikan' kenderaan yang menyalakan lampu tinggi. 

Sumber: Mekanika, @IzwanHs


from The Reporter https://ift.tt/2GIwbBt
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2E7pqDY
via IFTTT

Thursday, 29 March 2018

Suami terkejut melihat kelibat lembaga dipercayai 'HKM' di belakang isterinya dalam gambar


Susulan viral kisah Hantu Kebaya Merah, tampil pengguna Twitter Creepyposta berkongsi beberapa pengalaman individu yang didakwa pernah terserempak dengan makhluk itu di lebuhraya sekitar tahun 2009. Baca perkongsian dari Creepyposta di bawah.

Hantu Kebaya Merah (HKM)

Video klip pendek penampakan Hantu Kebaya Merah jalan berlenggang di satu lokasi yang belum dikenal pasti jam 3 pagi menjadi tular. Namun ini bukanlah kali pertama HKM menonjolkan diri kerana sebelum ini pernah muncul pada tahun 2009 di Kedah. 


KISAH PERTAMA HKM

Fitri Mohamad, seorang guru Bahasa Arab, pernah berkongsi pengalaman aneh ketika bercuti selama tiga hari di Cameron Highlands bersama keluarganya pada Mei 2009. 

Menurut Fitri, anak saudaranya yang berusia dua tahun ketika itu asyik menangis sepanjang perjalanan. Fitri juga mendakwa kereta yang dipandunya terasa 'berat' dan beliau ternampak sosok HKM ketika berhenti di Padang Besar. 

Kata Fitri, keretanya 'berat' seolah-olah ditambah dengan muatan sehingga menyebabkan kos minyak kenderaannya dari Kuala Lumpur ke Perlis mencecah RM100. Sedangkan kebiasaannya cuma sekitar RM60 sahaja. 

Menurut Fitri lagi, sebaik sahaja dia menurunkan abangnya di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar, dia ternampak kelibat lembaga keluar dari keretanya. Namun yang paling mengejutkannya ialah kemunculan HKM yang dirakam di dalam sekeping gambar di sebuah stesen minyak RNR di Gurun arah selatan ketika mereka baru saja memulakan ekspedisi percutian mereka. 


Ketika gambar itu dirakam pada jam 5.30 pagi, tiada sesiapa pun yang berada di belakang isterinya. HKM melakukan photobomb bersama isteri Fitri, cantik kan? 

Fitri berkata, dia kemudian membaca ayat kursi sebelum menyambung perjalanan tanpa mengetahui bahawa HKM telah menjelma di dalam gambar bersama isterinya sehinggalah gambar itu dimuat turun dari kamera Nikon beberapa hari selepas kejadian itu. 

Katanya, HKM bukanlah secantik Fazura di dalam filem The Legend of Pontianak, tetapi seakan-akan beruk dengan pipi lebar dan bermuncung serta berambut panjang. 


Kejadian yang dialami oleh Fitri sekeluarga berlaku hanya kira-kira 20 minit perjalanan dari lokasi dua kemalangan di Sungai Petani pada 2009. Seorang pemandu Perodua Kancil cedera parah pada 2009 diikuti dengan seorang pemandu lori dan kelindannya pada April 2009. 

Di dalam dua kejadian berasingan itu, mereka dikatakan ternampak dan cuba mengelak kelibat HKM yang sedang berlenggang-lenggok melintasi lebuh raya itu. 

KISAH KEDUA HKM

Dari perspektif pemandu Perodua Kancil yang hanya mahu dikenali sebagai Encik Chan, berusia 51 tahun berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 petang ketika beliau dalam perjalanan pulang ke Taman Bandar Puteri Jaya selepas melawat keluarganya di Pendang. 

Menurut Chan, hujan turun renyai-renyai pada wakut itu dan dia sedang terkial-kial menaikkan cermin tingkap kereta apabila seorang 'wanita' secara tiba-tiba muncul dari celah-celah pohon bunga yang ditanam di susur keluar plaza tol. 

"Dia jalan terus melintasi kereta saya dalam keadaan melenggang-lenggok sehingga menampakkan betis sambil tersenyum memandang saya," katanya yang juga bersyukur kerana nyatanya tidak melayang digoda HKM. 


Beginilah keadaan Encik Chan selepas kemalangan itu berlaku. Kasihan, sampai terduduk mengenang nasib badan. 

KISAH KETIGA HKM

Dari perspektif pemandu lori. Dilaporkan kejadian berlaku pada jam 8.15 pagi, pemandu lori, Mohd Sobri Shaari, 42 dan kelindannya, Atan, 37, dalam perjalanan menuju ke Bagan Ajam, Butterworth dari Bukit Kayu Hitam, Kedah. 

Menurut Atan, beberapa minit sebelum kemalangan itu, dia sedang bercerita tentang lembaga misteri HKM yang pernah ditemuinya di Bagan Ajam. Sedang Atan rancak bercerita, Sobri tiba-tiba menekan brek kecemasan sambil menjerit ada seorang wanita berkebaya merah sedang melintas di tengah jalan di KM 105.8 lebuhraya utara-selatan. 


Oleh kerana lorinya dipandu laju, Sobri hilang kawalan dan kenderaannya terbabas sebelum terjunam dari ketinggian 10 meter ke atas sebatang jalan di kawasan perumahan Taman Keladi, Sungai Petani. Sobri dan Atan dilaporkan cedera parah akibat dari kemalangan itu. 

Menurut cakap-cakap orang, HKM mempunyai ciri-ciri berikut: 
  • Berusia dalam lingkungan 20-an
  • Bertubuh langsing dan berkulit putih susu
  • Berambut lurus paras bahu
  • Bermuka bujur sireh dan berhidung mancung
  • Berlipstick merah terang
  • Berkebaya merah

KISAH BONUS LOKASI-LOKASI BERHANTU DI LEBUHRAYA MALAYSIA

Anda gemar memandu seorang diri, mencari ketenangan jiwa di malam hari? Anda gemar memandu di malam hari kerana takutkan teriknya Sang Mentari? Maju lu sini adik, bacalah kisah-kisah di bawah ini. 

1. LEBUHRAYA PEDAS/LINGGI - SIMPANG AMPAT (PLUS)

Terdapat banyak kes dilaporkan mangsa terserampak dengan lembaga yang melintas lebuhraya, mahupun sosok lelaki tua berbasikal sekitar jam 1-4 pagi. Namun yang paling menarik, kisah yang bakal anda baca sebentar lagi. 

Seorang lelaki sedang menunggang motosikal meredah kedinginan malam merentasi lebuhraya tersebut pada jam 2 pagi untuk pualng ke Bangi, dari Melaka. Di KM230, dia ternampak sebuah kereta Proton Iswara sedan berwarna putih yang sedang dipandu perlahan. Alah, macam orang tengah ehem-ehem dalam kereta tu. 

Walaupun sedikit ketakutan, dia memotong kenderaan itu dan ketika itulah dia terhidu bau yang sangat busuk. Dia memberanikan diri menjeling ke arah kereta tersebut dan alangkah terkejutnya apabila dia mendapati kereta yang sedang bergerak itu sebenarnya sudah remuk dan lunyai tanpa pemandu. 


FOTO HIASAN: Mungkin beginilah keadaan kereta berbau bangkai yang dijumpai penunggang motosikal terbabit di lebuhraya berkenaan. 

2. LEBUHRAYA BUTTERWORTH - KULIM KM20.6 (BKE)

Kawasan ini agak popular dengan lembaga berupa manusia separuh badan ataupun tanpa kepala. Menurut seorang bomoh, kemalangan maut yang sering berlaku di lokasi ini melibatkan pemandu motosikal disebabkan kaki mereka ditarik oleh lembaga separuh badan tersebut. 

Bomoh itu juga memaklumkan kawasan lebuhraya itu merupakan kawasan hutan tebal sebelum diterokai untuk dijadikan lebuh raya. Mungkin lembaga separuh badan yang gemar menarik kaki penunggang motosikal itu berbentuk begini: 


3. LEBUHRAYA KUANTAN-GAMBAR (PLUS) 

Seorang penunda kereta, Abdul Mubin Mohamad yang ditugaskan untuk mengambil kereta yang remuk di satu lokasi kemalangan pada waktu malam pernah menggemparkan negara kerana terrakam gambar hantu secara tidak sengaja pada tahun 2011.

Mubin mendakwa, ketika gambar itu dirakam, dia yakin tiada orang lain berada di sekitar lokasi kereta remuk itu kerana ia kawasan hutan dan gelap gelita. Tetapi setelah diamati dengan teliti, terdapat 'tiga sekawan' yang sedang memerhatinya bekerja. Dua di antara mereka berpakaian merah dan seorang memakai blouse putih dengan riben di pinggang. 


4. LEBUHRAYA KARAK (MTD)

Paling legend! Siapa saja yang tak pernah dengar kisah kereta Volkswagen Kuning kan? Dipandu terkedek-kedek, bila dipotong, alamak! Ada di depan semula. Berani ke nak potong? 


5. LEBUHRAYA TANGKAK-MUAR (PLUS) 

Okey, ini urban legend. Tak pasti betul atau tidak tetapi anggap sajalah cerita dongeng sebelum tidur. Pada tahun 2012, dikatakan ada satu persatuan Cina di Tangkak/Muar yang telah mendapat kebenaran untuk menutup sementara laluan lebuhraya di kedua-dua arah untuk menjalankan satu ritual pembersihan bagi menghalau makhluk halus dari terus mengganggu pengguna lebuhraya berkenaan. 

Bunyinya macam aneh kan? Ada lesen besar boleh tutup lebuhraya. Kita andaikan cerita ini betul walaupun mungkin hanya dongeng. 

Ramai wartawan dijemput hadir untuk menyaksikan ritual menghalau hantu tersebut. Dengan kerjasama PDRM, mereka menutup laluan tersebut pada jam 11 malam yang didakwa merupakan waktu hantu dan syaitan mula keluar untuk bergembira menakutkan manusia. 

Selain bomoh Cina, terdapat juga bomoh Melayu dan India yang turut hadir. Muhibah gitu. Menurut saksi, usaha bomoh-bomoh itu tidak membuahkan sebarang hasil. Sebalik seorang anggota polis dilaporkan telah mati setelah dirasuk dan bomoh Melayu yang cuba membantu polis itu juga turut terkorban. 

Bomoh-bomoh yang lain pun cha lif bot sebelum berlaku perkara lain yang lebih dahsyat. Mungkin beginilah sosok-sosok setan yang bergentayangan di sekitar lebuhraya Tangkak-Muar. 


Sumber: Creepyposta


from The Reporter https://ift.tt/2GYZ2zn
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2GTTx4S
via IFTTT
loading...