loading...

Friday, 1 December 2017

'Tengoklah keadaan rumah saya yang ditinggalkan penyewa' - Tuan rumah terpaksa tanggung rugi RM3,000 lebih


Masuk rumah sewa dalam keadaan baik, keluar pun mestilah dengan cara yang baik juga. Tetapi apa yang berlaku pada tuan rumah sewa ini, dia terpaksa menanggung kerugian lebih RM3,000 gara-gara penyewanya yang tidak bertanggungjawab. 

Difahamkan, rumah itu disewakan kepada penyewa yang sudah berkeluarga dan menyewa selama empat tahun sebelum mereka keluar secara tiba-tiba tanpa memaklumkan kepada tuan rumah.

"Saya terima mesej dari abang saya yang kata rumah sewanya hancur selepas ditinggalkan penyewa. Selama ini saya ingat apa yang saya baca kisah-kisah rumah sewa yang viral di media sosial itu semua tipu saja. Tetapi bila terkena pada abang sendiri, terlompatlah juga. Jahanam rumah dia," kata adiknya, Dba Ghani yang muat naik gambar-gambar keadaan rumah sewa itu di akaun Twitternya. 

"Penyewa dikatakan telah keluar sebulan. Bermakna sebulan rumah ini dalam keadaan kotor. Lebih teruk lagi, penyewa kata sewa bulan ini tolak deposit. Bermakna kerugian sebanyak RM3,000 lebih ditanggung sepenuhnya oleh tuan rumah. Dahsyat betul. 

ADA TENANCY AGREEMENT?

"Dua tahun pertama ada. Dua tahun kedua secara lisan saja. Tapi tak jangka akan jadi seperti ini sebab sewa dah lama, kan? Penyewa agaknya keluar tergesa-gesa," katanya lagi. 

Berdasarkan gambar luahan abangnya pada sebuah laman Facebook, ini yang berlaku:

"Sebelum ini tengok orang lain post di media sosial, macam tak percaya. Bila terkena pada batang hidung sendiri baru tahu. 

"Lokasi rumah di Saujana Ria Apartment, Kepong. Penyewa dah menyewa hampir empat tahun. Sekarang dah sebulan menghilangkan diri. 

"Hujung bulan November penyewa menghubungi saya dan beritahu dah sebulan tak duduk dan sekarang dia dah pulang ke kampung. Alasan isteri nak bersalin dan tinggal di sana terus. 

"Bila tanya bayaran sewa, dia kata tolak deposit yang dia bagi (deposit 1 bulan). Bila tanya mana letak kunci rumah, dia kata dah serahkan pada pihak pengurusan (yang ini konfius). 

"Saya tanya kenapa dia tak beritahu awal-awal dah tak duduk. Katanya dia sibuk dan tiada kesempatan untuk menghubungi saya. Bila tanya tentang rumah, dia kata semua dah clear habis.

TENGOKLAH SENDIRI KEADAAN RUMAH DIJAHANAMKAN PENYEWA

"Nah! Korang tengoklah sendiri gambar-gambar yang saya ambil ini. Dengan dinding lubang sana sini seperti ditembak peluru, pintu rosak, dinding art, wiring tambahan yang tak sesuai. 






"Sampai sekarang saya ajak dia berbincang tetapi tiada respon. Bila call tak jawab. WhatsApp, tak balas walaupun dah baca. Harap ambil pengajaran kepada di luar sana supaya lebih berhati-hati dalam mencari penyewa." nasihatnya.

Sementara itu, netizen menasihatkan pemilik rumah buat laporan polis dan mengheret penyewa itu ke mahkamah atas dakwaan menganiaya pemilik rumah sehingga terpaksa menanggung kerugian RM3,000. 


from The Reporter http://ift.tt/2j8uDDT
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2BDlc6O
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...