loading...

Friday, 1 December 2017

Lelaki tiba-tiba lumpuh selepas baring dan bermain game di telefon pintarnya setiap hari


Seorang lelaki  berusia 40 tahun dimasukkan ke hospital selepas dia didapati lumpuh secara tiba-tiba yang dipercayai berpunca dari masalah di bahagian lehernya, lapor portal Sohu

Lelaki berkenaan yang hanya dikenali sebagai Wang dari Chengdu, China, mempunyai tabiat baring di katilnya selepas seharian bekerja dan bermain permainan digital di telefon pintarnya selama dua ke tiga jam setiap hari.

Satu hari, Wang menyedari badannya tidak dapat menggerakkan badannya dari bahagian perut ke bawah

Wang kemudian dihantar ke hospital dan doktor segera melakukan pemeriksaan dan pembedahan kecemasan terhadapnya. 

Laporan awal perubatan mendapati, Wang menderita cervical spondylosis (sakit tulang leher) yang menjejaskan tulang belakang serviks. Ia boleh menyebabkan penyempitan ruang yang diperlukan saraf tunjang dan akar saraf yang melalui tulang belakang seluruh badan. 

Keadaan seperti ini biasa terjadi pada golongan warga tua. Namun untuk Wang, ia berlaku dengan pantas kerana pekerjaannya memerlukan dia sentiasa menundukkan kepala dan membengkokkan lehernya. 

Keadaan menjadi semakin buruk apabila Wang kerap baring bermainan permainan di telefon pintarnya selama beberapa jam. 



Doktor berkata, rupa-rupanya Wang telah mengalami rasa tidak selesa dan sakit di bahagian lehernya sudah sekian lama. Keadaan itu juga menyebabkan dia mengalami kesukaran untuk berjalan dan berdiri. 

Keadaan ini berlaku kerana beberapa hari sebelum kejadian, Wang telah menangguhkan pemeriksaan perubatannya dan ketika menjalani pemeriksaan, dia secara tiba-tiba lumpuh separuh badan. 

Doktor telah menjalankan pembedahan kecemasan pada Wang dan dia kini dilaporkan semakin pulih. Walau bagaimanapun doktor tidak pasti sama ada badan wang akan mampu pulih sepenuhnya.


from The Reporter http://ift.tt/2Aio237
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2BsYqOp
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...