Seorang isteri tergamak melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya di hadapan anak bongsunya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU), lapor Sinar Harian.
Wanita berkenaan melakukan perbuatan terkutuk itu di kediamannya di Sungai Jelok, ketika suaminya tiada kerana menjaga ibunya yang sakit.
Bagaimanapun, perbuatan wanita itu yang dilakukan sejak September lalu terbongkar apabila jiran memaklumkan perkara itu kepada suaminya.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Dzaffir Mohd Yussof berkata, sepanjang peninggalan tersebut, tiga anak pasangan berkenaan yang berusia enam, sembilan dan 11 tahun tinggal bersama isterinya.
"Suami wanita berkenaan telah diberitahu oleh anak tirinya yang berusia 11 tahun bahawa ibu mereka bersama teman lelakinya melakukan hubungan seks dan akan mengarahkan anak bongsunya untuk melihat perbuatan terkutuk berkenaan.
"Kejadian itu menyebabkan anak bongsu itu kini trauma. Malah ibu serta teman lelakinya turut menunjukkan aksi tersebut di hadapan dua lagi anaknya," katanya.
Ekoran kejadian itu, satu laporan polis telah dibuat pada 23 November lalu. Susulan laporan berkenaan, polis telah menahan wanita terbabit yang berumur 35 tahun dan teman lelakinya, 46 tahun di sebuah restoran di Jalan Semenyih Sentral, Semenyih, pada jam 7.30 malam semalam.
Kedua-dua suspek kini direman selama tiga hari bermula hari ini untuk membantu siasatan.
KesKes disiasat Seksyen 15 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana menyebabkan seseorang kanak-kanak memerhati orang itu atau mana-mana orang lain sedang melakukan aktiviti yang bersifat seksual.
from The Reporter http://ift.tt/2ysoKX6
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2BoWiLj
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment