loading...

Saturday, 2 December 2017

'Dia terus terkam, tolak saya atas katil dan kata 'Saya nak awak' - Wanita dakwa nyaris dirogol kakitangan hotel


Seorang wanita yang menginap di sebuah hotel di Pulau Langkawi, mendakwa hampir menjadi mangsa rogol dalam kejadian hujung bulan lalu.

Mangsa, Chen Harn Yan, berkata kejadian itu berlaku pada hari kedua dia menginap di hotel yang ditempah untuk tiga malam.

"Saya bangun jam 7 pagi dan merancang keluar berjogging. Setiap siap menukar pakaian bersesuaian, saya perasaan ada satu bayang-bayang hitam di sebalik pintu kaca bilik lalu bertanya, 'Siapa awak!?' kerana menyangka ada housekeeping atau 'benda' mistik," katanya. 



Cerita Yan, tiba-tiba muncul seorang lelaki yang tidak memakai baju dan hanya berseluar hitam dengan ketinggiannya lebih 165 sentimeter terus menerkam dan menolaknya ke atas katil.

Mangsa menjerit sekuat-sekuat hati dan bergelut dengan suspek yang menutup mulutnya dan meminta dia berhenti menjerit. Mangsa akur dan bertanya apa yang lelaki itu mahukan. 

"Apa awak nak? Awak nak duit?!"

"Saya nak awak," jawab suspek.

Sebaik saja mendengar jawapan lelaki itu, mangsa terus berusaha melepaskan dirinya dan sempat menolak dan memukul lelaki itu sambil menjerit berkali-kali sebelum suspek menyumbat mangsa ke dalam bilik air dan kunci pintu, lalu melarikan diri. 



Mangsa keluar dari bilik, mengapai telefon dan selfie stick yang digunakan sebagai senjata untuk mengejar suspek. Namun gagal berbuat demikian. Ketika itu, mangsa ternampak kereta buggy milik pihak hotel di depan biliknya tanpa pemandu. Mangsa kemudian menghubungi pihak reception untuk membuat aduan mengenai kejadian itu. 

Tidak berapa lama kemudian, pihak hotel menghantar seorang kakitangannya (pemandu buggy) untuk menjemput Yan ke lobi hotel. Namun Yan mengesyaki lelaki itu adalah suspek yang menyerangnya tadi. 

Yan berkata, pihak pengurusan hotel itu tidak begitu membantunya, malah banyak membazirkan masa dia dengan meminta dia merujuk kepada pihak keselamatan yang kemudian mengatakan hotel itu bukan di bawah jagaan mereka. 

Yan kemudian mendaftar keluar dari hotel tersebut dan suspek telah menghantarnya pulang ke bilik. Yan terus mengemas segala barangannya, malah cadar katil yang mempunyai kesan darah suspek juga diambil kerana itu satu-satunya bukti yang dia ada. 




Lebih kurang jam 10.30 pagi, Yan membuat laporan di Balai Polis Kuala Teriang sebelum dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan (prosedur). Namun Yan disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan mahupun calar dan lebam. 

Setelah waran dikeluarkan, Yan bersama pegawai polis kembali ke hotel berkenaan untuk menjalankan siasatan dan memeriksa video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebelum menahan suspek yang disyaki mempunyai kaitan dengan kejadian itu. 

Setelah disoal siasat, suspek berumur 17 tahun itu akhirnya mengaku menceroboh bilik mangsa menggunakan kunci yang diambil dari housekeeping bagi tujuan mencuri wang. Suspek yang tidak didedahkan identitinya itu juga membuka bajunya bagi mengelakkan dirinya dikenali sebagai kakitangan hotel. Namun suspek tidak menyangka mangsa sudah bangun dari tidurnya. 

Bagaimanapun, dakwaan suspek cuba merogol tidak dapat disahkan kerana tiada kecederaan pada Yan.




Suspek didakwa mengikut Seksyen 354 kerana menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat untuk merendahkan kesopanan, dan Seksyen 448 kerana menceroboh.


from The Reporter http://ift.tt/2iGfcph
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2ADvAhA
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...