Selepas kenduri lebih kurang jam 11 malam, kami yang muda-muda ini menunggu arahan dari tuan rumah untuk bergotong-royong melakukan beberapa aktiviti seperti mesin kelapa, rebus daging, rebus telur dan sebagainya untuk persediaan kenduri pada keesokan harinya. Arahan dari tuan rumah mengatakan, kami akan mulakan operasi pada jam dua pagi.
Pada malam itu juga, ada sesi karaoke kepada sesiapa yang nak bernyanyi. Sementara menunggu jam 2 pagi, kami yang muda-muda ini biasalah, duduk kampung kan? Ada yang main gitar, main daun terup dengan beberapa meja atau berkumpulan untuk menghilangkan kebosanan.
Bila main daun terup ini biasalah, mesti ada yang suka ketawa keseronokan melihat kawan kalah memanjang, kan? Kami ketawa kuat sangat, memang riuhlah kawasan rumah kenduri itu pada masa itu.
Lebih kurang jam 1.30 pagi, saya terdengar bunyi yang sangat kuat berhampiran telinga saya. Bunyinya seperti orang yang tengah kena seksaan kubur dalam jumlah yang ramai. Suara lelaki dan perempuan menjerit-jerit. Namun bunyi itu tidak lama, hanya dalam masa 10 saat sahaja.
Saya terus terdiam dan perhatikan kawan-kawan yang lain. Mereka seperti tidak mendengar apa-apa kerana masa itu mereka seronok bergelak ketawa dan leka bermain.
Untuk pengetahuan semua, rumah kenduri berhampiran dengan kubur. Kubur di atas bukit dan rumah di bawah yang jaraknya lebih kurang 100 meter.
Selepas saya terdengar bunyi itu, saya terus diam dan tidak sedikit pun saya menceritakan apa yang saya dengar itu kepada kawan-kawan yang lain kerana bimbang mereka akan menuduh saya menipu dan mentertawakan saya. Kemudian saya beritahu mereka, saya mahu pulang ke rumah dengan alasan mata sudah mengantuk.
Lalu kawan saya menceritakan bahawa, semalam ada ustaz berhampiran rumahnya terdengar bunyi yang sama seperti saya dengar awal pagi tadi. Seolah-olah bunyi seksaan kubur. Ustaz itu kata, mungkin ahli-ahli kubur marah dengan apa yang kami buat pada malam tersebut.
"Betul lah apa yang aku dengar semalam," kata saya dalam hati.
Saya kemudian menceritakan kepadanya yang saya juga terdengar bunyi yang sama dari kubur, seolah-olah bunyi itu datang dari atas dan dekat dengan saya. Rupa-rupanya malam itu bukan saya seorang saja yang terdengar, tetapi lebih kurang lima orang yang terdengar bunyi yang sama.
Sumber: Yeop
Anda ada cerita/kisah/pengalaman paranormal atau mistik yang ingin dikongsikan? Hantarkan kepada kami di SINI.
Anda ada cerita/kisah/pengalaman paranormal atau mistik yang ingin dikongsikan? Hantarkan kepada kami di SINI.
from The Reporter http://ift.tt/2BZWzAF
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2BhF3eC
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment