loading...

Saturday, 29 January 2022

'Saya sempat dengar isteri sebut 'Allahuakbar' saya tak sempat buat apa-apa' - Pemandu Vellfire


Jenazah empat beranak yang maut dirempuh pemandu positif dadah di Jalan Lebuh ke Mempaga, Bentong semalam telah selamat dikebumikan hari ini. Kesemua mangsa dikebumikan dalam satu liang lahad di Tahan Perkuburan Islam Kampung Panchor, Pengkalan Chepa. 


Menceritakan semula kejadian itu, Mohd Nazri Hamid, 44, berkata dia sempat mendengar isterinya menyebut 'Allahuakbar' sebelum dirempuh. 


"Saya sempat mendengar arwah isteri sebut 'Allahuakbar' sebelum kami dirempuh kenderaan itu dan menyebabkan isteri serta tiga anak kami tercampak keluar dari kenderaan. Saya tidak sempat berbuat apa-apa dan tidak nampak kehadiran kenderaan berkenaan di hadapan kereta kami," katanya. 


Difahamkan, guru SK Aring, Gua musang itu sekeluarga bersama dengan abang iparnya bertolak dari kuarters kediaman di Felda Aring 1, jam 10 pagi semalam bagi menghadiri majlis perkahwinan anak saudara isterinya di Kajang, Selangor. 


Mohd Nazri memandu kereta Toyota Vellfire di hadapan dan abangnya sekeluarga menaiki Mitsubishi Pajero di belakang yang turut ditumpang dua anak Mohd Nazri iaitu, Ahmad Awaz, 12, dan Ahdan Fasihah, 11. 


"Di sepanjang jalan kami tidak berhenti. Namun sebaik sampai di lencongan Sungai Koyan, ada satu treler terbalik menyebabkan perjalanan kami tergendala selama setengah jam. 


"Selepas itu kami meneruskan perjalanan dan berhenti di lampu isyarat lokasi kejadian. Saya meneruskan pemanduan selepas melihat dua kereta di hadapan bergerak sebaik lampu isyarat bertukar hijau sebelum kami dirempuh kenderaan itu," katanya. 


Mohd Nazri reda dengan apa yang berlaku dan berterima kasih kepada semua pihak dan individu yang menghulurkan bantuan kepada mereka ketika berada di lokasi kejadian sehingga semua jenazah keluarganya selamat dikebumikan. 


Dalam kejadian jam 2.30 petang semalam, empat anak beranak terbabit maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka dirempuh Nissan Navara, ketika mereka sekeluarga dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Gua Musang, untuk menghadiri majlis perkahwinan adik mangsa. 


Pemandu Nissan Navara berusia 44 tahun terbabit didapati positif dadah opiate, ampthetamine dan methamphetamine. Pemeriksaan polis juga menemui satu tiub straw lutsinar berisi syabu. Semakan data juga mendapati suspek mempunyi rekod jenayah lampau berkaitan dadah. 


Suspek akan ditahan reman untuk siasatan lanjut selepas selesai mendapatkan rawatan di hospital. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://bit.ly/3o7ghVC
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://bit.ly/3g9t31M
via IFTTT

Friday, 28 January 2022

'Saya sedih lihat jasad anak ditutup dengan kain' - Iswara terbabas rempuh tiang, penumpang maut akibat tercampak keluar


Seorang wanita maut, manakala teman lelakinya parah dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Sedia Raja-Mampong, pada jam 10 pagi, Rabu lalu. 


Mangsa, Mariana Arif, 21, berasal dari Kampung Tanjung Sena Hulu, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahgian kepala. Teman lelakinya, Muhammad Aiman Norhazmi, 22, mengambil paru-paru bocor, pendarahan dan hancur tulang rusuk. 


Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, kereta Proton Iswara Aeroback yang dipandu Muhammad Aiman dikatakan terbabas lalu merempuh tiang yang menyebabkan Mariana tercampak keluar. 


Jenazah Mariana telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjong Sena kelmarin oleh Amal Team Rembau. 


Sementara itu, bapa kepada Mariana, Arif Sharkawi, 67, berkata hatinya hancur berkecai tatkala dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa anak perempuan tunggalnya. 



"Sebaik tiba di lokasi kejadian, saya sangat sedih apabila melihat jasad anak saya ditutup dengan kain. Sehingga kini saya masih terbayang-bayang wajahnya," katanya. 


Difahamkan Mariana dan Muhammad Aiman berhasrat untuk mendirikan rumah tangga pada 26 Jun ini, yang juga merupakan tarikh ulang tahun kelahirannya. Arif percaya Muhammad Aiman mampu menjaga anak perempuannya itu kerana dialah yang mengambil dan menghantar anaknya ke tempat kerja di sebuah kilang di Chembong. 


Sumber: Kosmo! Online



from The Reporter https://bit.ly/35nI8ue
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://bit.ly/3GbSHNC
via IFTTT

(Video) Pemandu Myvi terlelap rempuh tiang lampu isyarat & Bezza


Kereta Perodua Myvi yang dipandu seorang lelaki berusia 37 tahun dipercayai terlelap ketika memandu, merempuh tiang lampu isyarat dan kereta Perodua Bezza yang berhenti di persimpangan lampu isyarat.  


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Melaka, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, kejadian itu berlaku pada jam 7.50 pagi di persimpangan lampu isyarat berdekatan Kompleks Penjara Sungai Udang, Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Alor Gajah, semalam. 


Berdasarkan rakaman kamera papan pemuka saksi kejadian, Myvi tersebut yang datang dari arah Paya Rumput secara tiba-tiba termasuk ke laluan bertentangan lalu merempuh tiang lampu isyarat dan kereta Bezza dari arah Sungai Udang yang ketika itu sedang menunggu lampu isyarat hijau. Serpihan lampu isyarat itu pecah dan mengenai kereta saksi di belakang Bezza.



Tidak beberapa lama kemudian, kelihatan beberapa penunggang motosikal tampil membantu pemandu Myvi dan mengalihkan serpihan-serpihan kenderaan dari menghalang laluan pengguna lain. 


Pemandu Myvi yang bekerja sebagai tukang masak, mengalami sakit pingang, manakala pemandu Bezza, 28, bekerja sebagai warden penjara tidak mengalami sebarang kecederaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 


Sumber: Melaka Hari Ini



from The Reporter https://bit.ly/3KRCgtE
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://bit.ly/3HdXxLU
via IFTTT

'Saya nampak perubahan Daniel, dia benar-benar sudah insaf' - Datuk bersyukur cucunya dah insaf & datang mohon maaf


Remaja lelaki yang dimandikan seperti jenazah kerana cuba mencuri tabungg masjid untuk membeli bekalan dadah beberapa minggu lalu dikatakan sudah berubah dan insaf dari perbuatannya memalukan keluarganya itu. 


Datuknya, Rosli Sidek, 65, berkata, dia nampak cucunya, Daniel Iskandar, 19, benar-benar sudah insaf dan datang memohon maaf kepadanya. 


"Saya nampak perubahan Daniel, dia benar-benar sudah insaf dan juga sudah meminta maaf. Saya sendiri sudah memaafkannya," katanya. 


Terdahulu, Daniel bersama keluarganya datang ke Masjlid Al Islahiah untuk bertemu dengan pihak pengurusan, yang turut dihadiri oleh Pengerusi Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dan Timbalan Mufti Selangor Prof Madya Dr Miszairi Sitiris. 


Bagi Rosli, pertemuan yang diadakan semalam akhirnya dapat meleraikan apa yang terbuku dan saling bermaaf-maafan. 


"Kita dapat satu kata putus untuk saling bermaaf-maafan lebih-leibh lagi diadakan di masjid satu tempat mulia bagi orang Islam. Kita tak mahu lagi anasir luar mengambil kesempatan menghina Islam kononnya orang Melayu Islam melakukan keganasan. Ini mengecewakan saya. 


"Daniel masih muda dan mungkin dia bergaul dengan rakan-rakan yang salah serta tidak mendapat didikan yang baik. Daniel sekarang pun sudah diambil oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan ditempatkan di satu pusat untuk merawatnya. 


"Bagaimanapun saya perlu tabah dan menganggap ini ujian dari Allah. Cuma saya sedih apabila kejadian ini disensasikan dan ada tokok tambah hingga mendapat kecaman dari pelbagai pihak," katanya. 


Di media sosial, netizen menyambut baik perubahan remaja berkenaan dan berharap peluang yang diberikan itu dimanfaatkan sepenuhnya untuk menjadi insan yang baik. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://bit.ly/3HcDqh4
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://bit.ly/3IMu5wJ
via IFTTT

4 beranak maut gara-gara dilanggar pemandu Nissan Navara langgar lampu isyarat merah & positif dadah


Perjalanan satu keluarga menuju ke majlis perkahwinan yangg diadakan di Kuala Lumpur bertukar menjadi tragedi apabila kereta yang dinaiki terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan empat termasuk tiga kanak-kanak maut, semalam.


Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, empat mangsa yang maut itu adalah seorang perempuan dewasa, dua kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki. Mangsa yang maut dikenali pasti sebagai Raihan Mohamad, 43, dan tiga anaknya iaitu, Ahda Dalili Mohd Nazri, 14, Ahmad Muaz, 7, dan Ahda Imtinan, 4. 


Pemandu Toyota Vellfire yang juga suami kepada Raihan, Mohd Nazri Hamid, 43, guru di Felda Aring 1, Gua Musang dan pemandu Nissan Navara hanya mengalami kecederaan ringan. 


Siasatan awal mendapati, Vellfire yang dinaiki keluarga berkenaan menuju ke Kuala Lumpur dari Gua Musang. Tiba di Kilometer 2 Jalan Lebuh ke Mempaga berhampiran susur ke Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) pada jam 2.30 petang, kenderaan itu dirempuh Nissan Navara. 


Difahamkan, sebelum itu Vellfire berkenaan membelok masuk ke simpang kanan selepas lampu isyarat bertukar hijau. Namun Nissan Navara yang datang dari arah hadapan dipercayai tidak berhenti lalu bertembung dengan Vellfire berkenaan.Perlanggaran itu menyebabkan Vellfire berpusing dan melanggar pembahagi jalan.



Ujian awal air kencing terhadap pemandu Nissan Navara mendapati dia positif dadah opiate, amphetamine dan methamphetamine. Kes disiasat mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3g5nktw
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3AEPuVY
via IFTTT

Asyraf miliki 244 bahan lucah dalam handphone, didenda RM4,500


Mahkamah Majistret Kangar hari ini menjatuhkan hukuman denda RM4,500 terhadap seorang kerani syarikat jualan selepas mendapati dia bersalah kerana memiliki bahan lucah termasuk video dan gambar dalam telefon bimbitnya, pada Mac 2020. 


Tertuduh, Asyraf Hafizuddin Abdul Jalil, 26, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Kamaliza Md Zain. 


Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki satu fail lucah format PDF, 163 video lucah dan 80 gambar lucah dalam telefon bimbit miliknya ketika diperiksa pihak berkuasa pada jam 11.30 pagi 31 Mac 2020, di alamat No 15, Jalan Satu, Taman Jelempok Jaya, Kampung Utan Kandis, Arau. 


Di bawah kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali. 


Pertuduhan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Fazril Sani Mohamed Fazil, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 


Asyraf bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kepadanya dengan alasan dia sudah bertaubat dan menyesal dengan perbuatan tidak bermoralnya itu. Selain itu, Asyraf menjelaskan dia baru sahaja mendirikan rumah tangga dan hanya berpendapatan RM1,000 sebulan. Malah, dia perlu menjaga mentuanya yang mengalami masalah kesihatan. 


Pihak pendakwaan memohon mahkamah mengenakan hukuman berat terhadap tertuduh sebagai pengajaran kepada masyarakat.


Berpuas hati mendengar hujah kedua-dua pihak, Majistret Kamaliza menjatuhkan hukuman denda RM4,500 terhadap Asyraf dan memerintah dia membayar denda tersebut atau berdepan dengan hukuman penjara 12 bulan jika gagal berbuat demikian. Asyraf kemudian memilih untuk membayar denda tersebut. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3ubya9I
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3GcichU
via IFTTT

'Orang lain yang berhutang, rumah & kereta aku kena simbah cat' - Mangsa kesal dianiaya Ah Long yang paksa dia cari penghutangnya


Gara-gara jiran yang berhutang, seorang lelaki terpaksa menanggung akibat apabila Ah Long yang tidak bersekolah dan tidak berotak menyimbah cat merah pada rumah dan kereta miliknya.


Menurut mangsa, Azhar Md Arif berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12 pagi Khamis di mana dia terdengar jeritan jiran di depan rumahnya lalu bergegas keluar untuk melihat apa yang berlaku. 


Azhar sempat melihat dua lelaki yang tidak dikenali menaiki motosikal beredar dari depan rumahnya selepas mencampak sebotol cat merah.


"Malam tadi lebih kurang jam 12 lebih, tiba-tiba aku terdengar jiran depan rumah menjerit. Aku terus tengok ke luar rumah dan ternampak dua orang budka menaiki motosikal terus beredar dari rumah aku selepas campak sebotol cat. 


"Rumah aku nombor 288, kalau ikutkan nota yang ditampal, rumah penghutang bernombor 286 dah kosong dan tiada penghuni hampir setengah tahun," katanya. 



Kesal dengan apa yang berlaku sehingga melibatkan harta bendanya, Azhar cuba menghubungi nombor Ah Long yang tertera pada nota tersebut. Tetapi respon yang diterima amat mengejutkan Azhar. 


"Aku WhatsApp si Ah Long yang nombornya tertera pada nota tersebut. Korang baca sajalah converstaion tu. Dia siap suruh kita pula pergi mencari pemilik rumah tu. Sudahlah salah rumah, dia boleh suruh kita cari penghutang tu? Sabar jelah," ujarnya. 



Tidak berpuas hati dan bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga, Azhar telah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.


Sumber: Azhar Md Arif



from The Reporter https://ift.tt/3H82khW
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3G7EJfU
via IFTTT

'Tak sangka malam itu perbualan terakhir kita di dunia ini' - Lelaki ditemui mati dalam keadaan tangan kaki terikat & perut kembung, dipercayai dibunuh


Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan tangan dan kakinya terikat dan dibalut dengan kain, dipercayai dibunuh.


Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan mayat berkenaan oleh seorang wanita yang juga isteri kepada mangsa, pada jam 2.30 petang di kediaman mereka di Jalan Cenaga Baru, Kampung Repah, semalam. 


Difahamkan, wanita berkenaan cuba menghantar mesej kepada suaminya sejak semalam tetapi mesej tersebut tidak dibalas selama dua hari. Malah cubaan menghubungi suaminya gagal, kerana panggilan tidak dijawab.


Curiga dengan keadaan itu, dia dan anaknya pergi ke rumah sewa mangsa. Tiba di lokasi, wanita itu kemudian melihat melalui tingkap dan ternampak mangsa dalam keadaan perut kembung, kaki dan tangan terikat serta berbungkus. Terkejut melihat keadaan suaminya, dia terus meminta bantuan jiran untuk menghubungi bomba. 


Siasatan polis mendapati, mangsa ditemui di atas tilam dalam sebuah bilik dalam keadaan tangan dan kaki terikat serta dibalut dengan kain. 


Menurut keterangan isteri mangsa, kali terakhir mereka berhubung pada 3 petang Selasa lalu. Mesej yang dihantarnya melalui WhatsApp pada Rabu dan semalam bagaimanapun tidak dijawab. 


Mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih dari 24 jam dan mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Tunku Jaafar (HTJ) Seremban untuk dibedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 


Sementara itu sepupunya, Muhammad Abdullah Affan yang berkongsi mengenai pemergian mangsa di Facebook berkata, arwah merupakan orang yang sangat baik, soft spoken dan sentiasa menasihati dan mengingatkan antara satu sama lain tentang kebaikan dan menjauhi keburukan. 


"Tak sangka malam hari itu, perbualan terakhir kita di dunia ini. Allah sayangkan kau. Kehilangan sepupu juga terasa macam kehilangan adik beradik kerana kami terlalu rapat dari kecil sampai sekarang," tulisnya di Facebook.


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3IJApoR
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/33SwmIb
via IFTTT

Mayat wanita tak berseluar ditemui di perangkap sampah


Mayat seorang wanita ditemui dalam keadaan tidak berseluar di perangkap sampah kunci air Sungai Kandis, pada jam 10.40 pagi Selasa, 25 Januari 2022. 


Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu daripada penjaga kunci pintu air berkenaan. 


Sepasukan anggota polis yang tiba di lokasi mendapati, mangsa dipercayai berusia lingkungan 30-an, ditemui dalam keadaan tangan diikat menggunakan seluar mangsa sendiri. 


Identitinya masih belum dikenal pasti. Mangsa hanya memakai baju tanpa lengan berwarna hitam dan sebentuk cincin batu berwarna merah di jari manis kiri, ketinggiannya lebih kurang 150 sentimeter, rambut beruban dan bergigi jarang. 


Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan untuk tampil menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Shazrin 03-55202022 bagi membantu siasatan. 


Sumber: Bernama



from The Reporter https://ift.tt/3Hcx2qe
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3HcojEc
via IFTTT

Thursday, 27 January 2022

(Video) Pemandu Vios dipenjara 3 tahun, denda RM10,000 kerana jadi punca rakannya maut terjunam dari Jambatan Pulau Pinang


Mahkamah Sesyen Bukit Mertajam menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap bekas pekerja salon yang menyebabkan rakannya terjunam dari Jambatan Pulau Pinang dalam kemalangan yang berlaku pada tiga tahun lalu. 


Hakim Ahzah Fariz Ahmad Khairuddin juga memerintah Vaitheswaran M Kumaradevan, 24, membayar denda sebanyak RM10,000. Jika gagal membayar denda itu, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara 12 tahun dan digantung lesen memandu. 


Berdasarkan pertuduhan, Vaitheswaran didakwa memandu secara berbahaya yang menyebabkan kematian rakannya, Moey Yun Peng, di mana kereta SUV jenis Mazda CX-5, terjunam ke laut dari Jambatan Pulau Pinang pada 20 Januari 2019. 


Media pada waktu itu melaporkan, kejadian berlaku pada jam 2.50 pagi. Saksi kejadian berkata, SUV tersebut dipandu di lorong kanan. Namun Vios yang dipandu oleh Vaitheswaran dikatakan laju dan dipercayai cuba meminta SUV tersebut dengan memintas SUV tersebut. 



Malangnya berlaku perlanggaran yang menyebabkan SUV itu terbalik beberapa kali sebelum terjatuh ke dalam laut. Moey dikatakan terperangkap dalam kereta yang menjadi punca kematiannya. Pihak berkuasa mengambil masa beberapa jam untuk mengeluarkan kenderaan tersebut. 


Siasatan mendapati, dua pemandu berkenaan merupakan rakan sejak di bangku sekolah. Ketika kejadian, mereka dalam perjalanan pulang selepas menyambut parti hari lahir di sebuah kelab malam.



from The Reporter https://ift.tt/3r6PkmQ
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3rYarHi
via IFTTT

'Atas faktor keselamatan, dia ditarik keluar untuk tidak masuk ke lif' - Nurulhidayah tampil jelaskan cerita sebenar insiden yang tiada kaitan dengan bapanya


Beberapa hari lalu, tular di media sosial video menunjukkan seorang lelaki dikasari oleh 'bodyguard' kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, ketika masuk di lif bangunan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, yang mengundang kemarahan orang ramai.


Bagaimanapun, Nurulhidayah Zahid Hamidi, tampil memberi penjelasan mengenai apa sebenarnya yang berlaku dan meminta netizen tidak sewenang-wenang mengecam bapanya. 


Menurutnya, lelaki yang bajunya ditarik dari belakang itu bukan orang yang sudah menunggu lama di situ, tetapi dia adalah penyokong Zahid Hamidi yang datang jauh dari Pulau Pinang bagi menyatakan sokongan. 


Namun, ketika mahu masuk ke lif bersama dengan Zahid ke tingkat 4, bajunya direntap oleh dua lelaki dari belakang atas faktor keselamatan. 


"Ceritanya, bukan dia tunggu lif lama. Dia memang tunggu nak masuk lif sama-sama ke tingkat 4 mahkamah. Atas faktor keselamatan, dia ditarik keluar untuk tidak bersama-sama dalam lif tersebut. 


"Siapa yang buat kerja bodyguard, tahulah. Nak jelaskan pun payah, tak tahu macam mana. Semua benda nak jadi isu," katanya. 


Tambahnya lagi, lelaki yang didakwa 'bodyguard' bapanya sebenarnya bukanlah pengawal peribadi, tetapi adalah pekerja salah seorang kenalan bapanya, yang hanya menjalankan tugasnya sebagai seorang pengawal peribadi. 



"'Bodyguard tu' merujuk kepada bodyguard salah seorang kenalan bukan bodyguard Zahid Hamidi. Dah nama dia bodyguard, manalah dia kenal orang kan? Dia buat kerja dia, tak tahulah arahan apa dia dapat, dia buat jer la.


"So? Salah Zahid Hamidi juga ke? Mentang-mentanglah Zahid Hamidi, semua salah," selorohnya. 


Sumber: Instagram Nurulhidayah, Lobak Merah



from The Reporter https://ift.tt/35gKM4X
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3H9R5FM
via IFTTT

Wednesday, 26 January 2022

(Video) 'Saya minta maaf & harap dapat berjumpa dengan Anuar Zain, hajat besar ada, projek besar ada' - Dato' Seri Vida


Susulan dikecam teruk oleh netizen kerana dituduh menyebut penyanyi tersohor Anuar Zain sebagai lelaki songsang atau gay, usahawan kosmetik Dato' Seri Vida atau Hasmiza Othman tampil memohon maaf secara terbuka. 


Walaupun sebelum ini Vida telah menafikan dakwaan tersebut dengan menjelaskan dia sebenarnya menyebut 'Kay' yang membawa kepada maksud 'Okay', bukannya 'Gay', Vida dengan rasa rendah hati memohon maaf kepada penyanyi itu. 


"Saya memohon maaf di atas kekhilafan, kekeliruan, atas mungkin kata-kata saya yang mengguris hati banyak pihak, para peminat, keluarga dan Anuar Zain. 


"Saya minta maaf banyak-banyak. Saya tidak bermaksud dan berniat, mungkin terlepas cakap atau gurauan tanpa sengaja ke. Saya tak boleh ingat balik apa yang saya cakap itu sebab benda itu dah lama. Jadi baru sekarang ini muncul (viral).


"Apa pun saya minta maaf, saya tidak berniat langsung dan saya memang meminati sangat Anuar Zain.


"Tapi bila keadaan menjadi keruh dan kalut seperti ini, apa lagi yang boleh saya katakan melainkan saya mohon banyak-banyak rakyat Malaysia, Anuar Zain, keluarga Zain. Maafkanlah saya dan saya berharap sangat-sangat dapat berjumpa dengan Anuar Zain. Hajat besar ada, projek besar ada. InsyaAllah," katanya. 



Video permohonan maafnya yang dimuat naik di Instagram turut ditag pada nama Anuar Zain dan Ziana Zain. Namun ruangan komen ditutup sepenuhnya dan Vida dipercayai berbuat demikian kerana tidak mampu menahan kepedihan mata membaca komen-komen pedas netizen. 


Setakat ini, tiada sebarang kenyataan dari dua beradik berkenaan dan Anuar Zain dilihat tidak begitu mengendahkan kontroversi yang ditimbulkan oleh Vida dan sibuk dengan aktiviti seninya. 


Sumber: Instagram Dato' Seri Vida



from The Reporter https://ift.tt/3KN1w4c
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/32B650j
via IFTTT

Tuesday, 25 January 2022

'Saya macam tak percaya hamil anak kembar 3' - Netizen terkedu melihat saiz perut besar ibu hamil triplets


Seorang wanita yang mengandung kembar tiga menjadi tular di media sosial selepas dia mendokumentasikan perkembangan kehamilannya yang menunjukkan 'baby bump' yang amat besar dan bertukar menjadi keunguan serta dipenuhi dengan lebam, beberapa minggu sebelum kelahiran tiga bayinya. 


Michella Meier-Morsi, dari Copenhagen, Denmark, mengejutkan warga maya selepas dia berkongsi gambar perutnya yang semakin membesar di Instagram. 



Wanita itu membuatkan 260,000 pengikutnya tidak terkata semasa berkongsi perjalanan kehamilannya disebabkan saiz perutnya yang besar. 


Michella yang sudah mempunyai dua anak perempuan bersama suaminya, Mark, menyambut kelahiran tiga anak kembarnya yang diberi nama Charles, Theodore dan Gabriel pada 15 Januari lalu melalui pembedahan ketika dia baru hamil 35 minggu. 



Dia sedar akan 'kesakitan' yang bakal dialaminya sebelum dan selepas bersalin dan ramai netizen kagum dengan kekuatannya serta mengelarnya sebagai 'superhero'. 


Dalam satu perkongsian yang dimuat naik tiga hari sebelum bersalin, Michella mengakui dia tidak bersedia untuk menyambut tiga kembar berkenaan. Malah mengakui dia sebenarnya agak takut kerana bimbang tidak dapat menanganinya. 


Meskipun menanggung kesakitan yang luar biasa, Michella berkata, semua pengorbanan itu berbaloi dan terubat selepas melihat kehadiran tiga cahaya matanya itu. 


Dalam perkongsian lain yang dimuat naik selepas 10 hari bersalin, Michella mengakui walaupun perutnya sudah menjadi kecil, tetapi dia masih berasa tidak selesa, berat dan sangat menyakitkan. Michella merancang untuk mendapatkan rawatan susulan di hospital untuk menangani kesakitannya itu. 


Sumber: Daily Mail



from The Reporter https://ift.tt/3r2i8NF
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3nVoIU0
via IFTTT

(Video) 'Aku sebut 'kay' bukan 'gay', dengar betul-betul' - Dato' Seri Vida nafi sebut Anuar Zain gay


Usahawan kosmetik, Dato' Seri Vida atau Hasmiza Othman kembali dikecam netizen yang tidak berpuas hati dengannya yang didakwa menghina penyanyi terkenal, Anuar Zain. 


Difahamkan dalam sesi live di Instagram Vida baru-baru ini, ada netizen yang bergurau meminta Vida mengorat Anuar Zain. Bagaimanapun, jawapan yang diberikan Vida itu mengundang kemarahan ramai terutamanya peminat Anuar Zain. 


@yus_dexter Tak patut keluar pun perktaan tu!! #fyp ♬ original sound - TikToker


Vida didakwa menuduh Anuar Zain sebagai lelaki songsang atau gay secara berbisik dalam video live tersebut. 


Tidak cukup dengan itu, rata-rata netizen menggesa tuan empunya badan tampil memgambil tindakan undang-undang terhadap Vida kerana melakukan penghinaan secara terbuka. 



Hal itu juga mendapat perhatian Ziana Zain yang tampil menyelar Vida dan menyifatkan tindakannya itu sangat biadab. 


Bagaimanapun, Vida menafikan semua dakwaan itu dengan menjelaskan dia bukan menyebut 'gay' tetapi 'kay' atau 'Okey'.



Akaun Instagram Vida kini dihujani dengan pelbagai komen netizen yang tidak berpuas hati dengan hal tersebut dan menuntut usahawan itu memohon maaf secara terbuka terhadap Anuar Zain, selain meminta dia lebih berhati-hati apabila bercakap di sesi live bagi mengelak menyebut kata-kata yang boleh menyakiti individu lain. 


Sumber: TikTok Yus Dexter, Instagram Vida

from The Reporter https://ift.tt/3IDQvjL
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/33PimP6
via IFTTT

Ramai yang tak sedar, ini tabiat makan yang boleh menyebabkan diabetes


Penyakit diabetes tidak mengenal usia dan kebiasaan penyakit ini dihidapi seseorang kerana faktor genetik atau keturunan. Tetapi perlu diingatkan bahawa pencetus terbesar diabetes juga disebabkan amalan gaya hidup hingga ke tabiat pemakanan. 


Diabetes berlaku apabila badan tidak mampu menghasilkan insulin yang mencukupi. Hal ini menyebabkan paras gula di dalam darah menjadi tinggi. 


Selain kerap makan makanan manis, diabetes juga boleh terjadi disebabkan tabiat pemakanan. Tetapi hal ini jarang disedari dan berikut adalah tabiat pemakanan yang menyebabkan diabetes. 



MAKAN LEWAT MALAM


Segelintir orang mungkin menghindari makan lewat malam kerana mahu berdiet. Tetapi kebanyakan orang tidak menyedari bahawa makan lewat malam boleh menyebabkan diabetes. 


Makan lewat malam boleh menyebabkan kadar glukosa dalam darah meningkat lebih dari kebiasannya di waktu pagi. Kadar glukosa boleh mencapai paras lebih dari 80-130 mg. 


Sekiranya berada dalam situasi yang memerlukan anda untuk makan, berusahalah untuk tidak makan dalam jumlah yang banyak dan tidak mengambil makanan yang mengandungi banyak gula. Sebagai ganti, anda mungkin boleh makan buah-buahan. 



TERLALU KERAP MAKAN MAKANAN RINGAN DIPERBUAT DARIPADA TEPUNG GANDUM


Makanan ringan yang diperbuat daripada tepung gandum adalah seperti roti, pasta, biskut dan yang sewaktu dengannya. Berdasarkan penelitian, makanan berasaskan tepung gandum ini boleh meningkatkan ketahanan insulin. 


Kandungan gula dalam makanan ini sangat tinggi dan tidak elok jika diambil terlalu kerap. 


LEWAT BERSARAPAN PAGI


Melewatkan sarapan juga boleh menyebabkan diabetes, berdasarkan kajian yang diterbitkan pada tahun 2019 di The Journal of Nutrition.


Memetik dari laman Diabetes Self-Management, tabiat bersarapan boleh mengekalkan paras gula normal. Wanita yang tidak mengambil sarapan pagi mempunyai kadar insulin dan gula dalam darah yang lebih tinggi selepas makan tengah hari. 


Sarapan boleh membantu menjadikan gula dalam darah lebih stabil, baik pada penghidap diabetes dan bukan penghidap diabetes. 


TIDUR SELEPAS MAKAN


Tidur selepas makan boleh mendatangkan risiko menghidap diabetes. Tabiat itu juga boleh menyebabkan pengumpulan lemak yang boleh mendatangkan bahaya pada kesihatan diri. Semakin tinggi lemak, lama-kelamaan ia akan menjadi rintangan insulin dan seterusnya diabetes. Perlu diingatkan, semasa tidur badan anda akan menghasilkan gula. 



from The Reporter https://ift.tt/3o0KvJX
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3G0Yea2
via IFTTT

'Ko ingat boleh lepas? Nama, alamat apa semua ada dalam sistem' - Suspek samun & tikam pemandu e-hailing berjaya ditahan polis


Lelaki yang terbabit dalam kes samun dan melarikan kenderaan pemandu e-hailing di Jalan Sentul Pasar kelmarin, telah berjaya ditahan polis.


Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima laporan dari mangsa berusia 47 tahun pada jam 2 petang semalam yang mendakwa dia telah disamun, ditikam di bahagian leher dan kereta Proton Saga miliknya telah dilarikan suspek. 


Bertindak di atas laporan itu, polis telah mengesan dan berjaya menahan suspek berusia 23 tahun pada jam 12 tengah hari, di Kota Damansara, semalam. 


Siasatan mendapati, mangsa menjemput suspek di Putrajaya dan menuju ke destinasi di Sentul Pasar. Tiba di lokasi, suspek memaklumkan dia tidak mempunyai wang tunai mahu membuat pembayaran secara online dan meminta nombor akaun bank mangsa. 


Ketika mangsa sedang mencari nombor akaun bank, suspek secara tiba-tiba menikam lehernya menggunakan objek tajam sebelum menarik mangsa keluar dari kereta dan melarikan kenderaan itu. 


Mangsa yang mengalami kecederaan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan, oleh orang awam yang kebetulan melalui jalan tersebut. 


Semakan rekod mendapati, suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau. Polis turut merampas kereta yang dilarikan suspek dan beberapa barangan lain termasuk sebilah pisau yang digunakannya dalam kejadian itu, beg silang milik mangsa yang mengandungi kunci kereta, lesen memandu, pasport, kad pelantikan anggota Rela milik mangsa dan beberapa keping kad bank. 


Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3nXVjbT
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/33VZ3Ui
via IFTTT

'Temui gambar bogel dalam handphone' - Lelaki Myanmar ditahan kerana disyaki merogol remaja perempuan


Seorang lelaki warga Myanmar ditahan polis kerana disyaki merogol remaja perempuan berusia 14 tahun. 


Suspek berusia 30 tahun itu ditahan di sebuah rumah yang masih dalam pembinaan, kira-kira jam 2.10 petang di Marang. 


Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Deris berkata, suspek ditahan selepas pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh keluarga mangsa pada Ahad. 


Siasatan awal mendapati, suspek mengaku telah merogol mangsa. Pemeriksaan pada telefon bimbit milik suspek turut menemui beberapa gambar bogel yang dipercayai gambar mangsa. 


Semakan lanjut mendapati, suspek tidak mempunyai rekod jenayah lain, malah bebas dari aktiviti penyalahgunaan dadah. 


Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut dan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3AzqFKM
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3AEVVrZ
via IFTTT

'Jika pembalakan menyebabkan harimau keluar, mengapa gajah, beruang dll tak berkeliaran di perkampungan Orang Asli?' - Timb. Menteri Besar Kelantan sokong Pengarah JPNK


Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Abdullah menyokong kenyataan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK), Abdul Khalim Abu Samah, yang menyatakan aktiviti pembalakan baik untuk populasi harimau. 


"Pembalakan yang teratur serta mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Tanah Negara (MTN) membantu pengurusan dan kestabilan hutan. Yang dia sebut itu betul, ada kajian orang buat, WWF (Dana Hidupan Liar Sedunia). 


"Berdasarkan pandangan itu, makna pembalakan ini maksudnya pembalakan terpilih boleh bantu pengurusan hutan. Tak bangkitlah isu orang salahkan pembalakan seolah-olah pembalakan menyebabkan harimau keluar, banjir dan lain-lain," katanya memetik laporan dari Astro Awani, Selasa, 25 Januari 2022. 


Naib Presiden PAS itu juga berpendapat, sekiranya aktiviti pembalakan menjadi punca harimau keluar dari habitatnya, mengapa tidak binatang liar yang lain seperti gajah, beruang dan sebagainya keluar berkeliaran di perkampungan Orang Asli. 


Semalam, Abdul Khalim berkata, aktiviti pembalakan tidak akan menjejaskan populasi harimau. Sebaliknya membantu tumbuhnya tumbuhan baru yang akan mengalakkan kehadiran spesis haiwan yang menjadi makanan kepada harimau. 


"Populasi harimau akan lebih tinggi. Apabila berlaku pembalakan, kawasan itu akan ditumbuhi anak pokok. Jadi, kawasan itu akan dihadiri haiwan kecil seperti kancil yang menjadi makanan harimau. Ia akan memudahkan harimau memburu mangsanya," katanya. 


Sumber: Astro Awani



from The Reporter https://ift.tt/3KFfqFn
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/346J2L4
via IFTTT

'Awak single? Nak kapel dengan saya?' - Murid Darjah 2 kantoi rancak berborak dengan kekasih dalam WhatsApp

Tular beberapa gambar tangkap layar perbualan di aplikasi WhatsApp milik seorang murid darjah dua dengan kekasihnya yang juga masih bawah umur, mengundang pelbagai reaksi netizen. 


Gambar-gambar yang dimuat naik oleh Suziana Basa tersebut membuka mata golongan ibu bapa untuk memeriksa telefon bimbit anak masing-masing. 


"Penangkapan handphone budak darjah dua hari ini, terus membuka mata sendiri untuk check handphone anak sendiri. Seram pula tengok budak darjah dua sekarang. 


"Ini antara budak yang sunyi masa PDPR, tapi rancak pula di group WhatsApp Single and Taken. Bah ibu ibu, bapa bapa, jangan lupa periksa handphone anak kita. Wake up call untuk ibu bapa," tulisnya. 



Mengulas lanjut, Suziana menjelaskan dia bukan berniat hendak memalukan kanak-kank itu tetapi hatinya hancur apabila membaca semua mesej tersebut. 


"Hati saya hancur, terus terbayangkan muka anak sendiri. Sejujurnya saya sangat sedih mengenangkan anak-anak zaman sekarang. Saya tak salahkan sesiapa melainkan kita sendiri sebagai ibu bapa yang kurang peka dan leka tentang hal yang dianggap kecil ini. 


"Mungkin tujuan kita memberi gajet untuk anak-anak bagi memudahkan proses PDPR. Tetapi kita lupa atau lalai untuk memantau. Kadang-kadang ada yang sampai ketagih dan tidak boleh hidup tanpa handphone," katanya. 


Pemberian gajet kepada anak-anak sememangnya memudahkan tetapi ibu bapa tidak sedar kurangnya masa mereka dengan anak-anak. Akibatnya, anak-anak tidak tahu bahawa apa yang mereka lakukan itu sebenarnya salah. 


"Syukur cikgu tahu lebih awal. Mungkin tidak banyak yang dapat dibantu tetapi siapa tahu masih ada kesempatan untuk anak itu berubah. Setiap orang berhak mendapat peluang untuk berubah. 


"Berdoalah agar anak-anak kita dilindungi dari perkara sebegini. Doakan juga kita sebagai ibu bapa diberi kebijaksanaan untuk mendidik generasi akan datang. 


"Bagi yang belum berkahwin atau belum ada anak, mungkin menganggap perkara ini lucu. Hakikatnya, hal-hal seperti ini adalah ketakutan bagi kami yang bergelar ibu bapa," katanya. 


Sumber: Suziana



from The Reporter https://ift.tt/3tY8MEn
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/35lUWBw
via IFTTT
loading...