loading...

Tuesday, 25 January 2022

'Ko ingat boleh lepas? Nama, alamat apa semua ada dalam sistem' - Suspek samun & tikam pemandu e-hailing berjaya ditahan polis


Lelaki yang terbabit dalam kes samun dan melarikan kenderaan pemandu e-hailing di Jalan Sentul Pasar kelmarin, telah berjaya ditahan polis.


Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima laporan dari mangsa berusia 47 tahun pada jam 2 petang semalam yang mendakwa dia telah disamun, ditikam di bahagian leher dan kereta Proton Saga miliknya telah dilarikan suspek. 


Bertindak di atas laporan itu, polis telah mengesan dan berjaya menahan suspek berusia 23 tahun pada jam 12 tengah hari, di Kota Damansara, semalam. 


Siasatan mendapati, mangsa menjemput suspek di Putrajaya dan menuju ke destinasi di Sentul Pasar. Tiba di lokasi, suspek memaklumkan dia tidak mempunyai wang tunai mahu membuat pembayaran secara online dan meminta nombor akaun bank mangsa. 


Ketika mangsa sedang mencari nombor akaun bank, suspek secara tiba-tiba menikam lehernya menggunakan objek tajam sebelum menarik mangsa keluar dari kereta dan melarikan kenderaan itu. 


Mangsa yang mengalami kecederaan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan, oleh orang awam yang kebetulan melalui jalan tersebut. 


Semakan rekod mendapati, suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau. Polis turut merampas kereta yang dilarikan suspek dan beberapa barangan lain termasuk sebilah pisau yang digunakannya dalam kejadian itu, beg silang milik mangsa yang mengandungi kunci kereta, lesen memandu, pasport, kad pelantikan anggota Rela milik mangsa dan beberapa keping kad bank. 


Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3nXVjbT
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/33VZ3Ui
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...