Mahkamah Majistret Selayang semalam telah menjatuhkan hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000 terhadap remaja lelaki berusia 19 tahun yang didapati cuba mencuri tabung Masjid Al Islahiah dalam kes tular baru-baru ini.
Media sebelum ini menyiarkan kenyataan peguam kepada tertuduh yang memaklumkan anak guamnya cuba mencuri tabung masjid kerana mahu membeli ubat datuknya yang menghidap penyakit kencing manis.
"Anak guam saya memohon maaf kepada mahkamah dan pihak masjid. Alasan dia (cuba mencuri) kerana dia perlukan duit untuk membeli ubat datuknya yang menghidap penyakit kencing manis. Dia cuba meminta daripada orang tetapi mereka tidak boleh tolong," kata peguamnya.
Bagaimanapun, di media sosial, ada beberapa individu tampil mendedahkan bahawa alasan yang diberi oleh remaja terbabit adalah tidak benar. Malah, mereka kesal ramai netizen yang memaki hamun pihak masjid tanpa mengetahui cerita sebenar.
Seorang individu bernama Hailmi mendakwa, remaja itu bukan setakat mencuri duit tabung masjid, sebelum ini dia juga pernah mencuri motosikal milik rakannya bagi melakukan aktiviti jenayah di beberapa lokasi lain.
"Budak ini bukan setakat curi duit tabung masjid. Sebelum curi tabung masjid, dia curi motor member aku. Lepas tu dia pergi bawa motor tu curi duit tabung kat masjid. Bukan satu masjid, tetapi lima masjid dia curi. Belum termasuk dengan laporan tentang dia mencuri buah pisang dan barang-barang rumah orang kampung.
"Korang rasa, kena mandi dengan kapur barus tu dah cukup kejam ke? Kalau aku yang dapat tangkap dia malam tu, aku rasa mesti pecah muka dia," katanya.
Seorang lagi netizen dikenali sebagai Tik Masak berkata, remaja terbabit merupakan penagih syabu dan ketika ditahan oleh Ahli Jawatankuasa Masjid, dia sedikit pun tidak dipukul.
"Budak tu penagih syabu. Masa curi tabung masjid itu ada RM3,600+ dalam tu. AJK dapat tangkap budak tu, sikit pun tak kena belasah. Tetapi imam bagi pengajaran dengan cara mandi jenazah. Nasib imam tak tanam dia terus. Kalau aku, aku kafankan tanam terus.
"Korang dengar cerita kesian, wayang dia entah betul atau tak tu terus kesian. Selepas ini kalau ada pencuri nak merompak rumah korang, korang bagi sajalah harta benda korang ye. Tak perlu report polis.
"Sedangkan datuk yang dia dok cakap nak tolong beli ubat kencing manis itu pun dia nak parangkan sebab tak dapat (duit) nak beli syabu.
"Masjid Al Islahiah itu dah terang-terang ada foodbank. Kita pun ada YB Salleh kalau nak minta bantuan. Apa hal nak curi tabung masjid?" katanya.
Sumber: Facebook Penduduk Sungai Petani (PSP)
from The Reporter https://ift.tt/3tGDeTx
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3nsinzj
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment