Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan sehingga terputus dua dalam kejadian di Jalan Lingkaran Tengah (MRR2) Pandan Perdana menghala ke Cheras, semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku pada jam 10.40 pagi Sabtu yang turut membabitkan sebuah kenderaan lain, Perodua Myvi.
Siasatan awal mendapati, mangsa yang memandu kereta Honda Civic dalam perjalanan dari Pandan Indah ke Pandan Perdana, cuba memotong Perodua Myvi. Malangnya kenderaan mangsa hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan di lorong kanan.
Akibat dari kemalangan itu, Honda Civic berkenaan terputus dua dan mangsa tercampak keluar dari kenderaan dan meninggal dunia serta-merta di lokasi kejadian.
"Pemandu Honda Civic, lelaki berusia 33 tahun meninggal dunia disebabkan kecederaan teruk di bahagian kepala. Manakala penumpangnya, lelaki berusia 39 tahun cedera parah dan sedang menerima rawatan di Hospital Ampang," katanya.
Pemandu Perodua Myvi, lelaki berusia 36 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2020.
Sumber: Harian Metro, Video ihsan netizen
from The Reporter https://ift.tt/3KEpKxy
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/33LaQ83
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment