Mahkamah Majistret Kangar hari ini menjatuhkan hukuman denda RM4,500 terhadap seorang kerani syarikat jualan selepas mendapati dia bersalah kerana memiliki bahan lucah termasuk video dan gambar dalam telefon bimbitnya, pada Mac 2020.
Tertuduh, Asyraf Hafizuddin Abdul Jalil, 26, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Kamaliza Md Zain.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki satu fail lucah format PDF, 163 video lucah dan 80 gambar lucah dalam telefon bimbit miliknya ketika diperiksa pihak berkuasa pada jam 11.30 pagi 31 Mac 2020, di alamat No 15, Jalan Satu, Taman Jelempok Jaya, Kampung Utan Kandis, Arau.
Di bawah kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pertuduhan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Fazril Sani Mohamed Fazil, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Asyraf bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kepadanya dengan alasan dia sudah bertaubat dan menyesal dengan perbuatan tidak bermoralnya itu. Selain itu, Asyraf menjelaskan dia baru sahaja mendirikan rumah tangga dan hanya berpendapatan RM1,000 sebulan. Malah, dia perlu menjaga mentuanya yang mengalami masalah kesihatan.
Pihak pendakwaan memohon mahkamah mengenakan hukuman berat terhadap tertuduh sebagai pengajaran kepada masyarakat.
Berpuas hati mendengar hujah kedua-dua pihak, Majistret Kamaliza menjatuhkan hukuman denda RM4,500 terhadap Asyraf dan memerintah dia membayar denda tersebut atau berdepan dengan hukuman penjara 12 bulan jika gagal berbuat demikian. Asyraf kemudian memilih untuk membayar denda tersebut.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/3ubya9I
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3GcichU
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment