Suspek, Guo, dikatakan membuang bayi lelaki itu dari jambatan ketika dalam perjalanan ke rumah ibunya. Suspek mengaku berbuat demikian kerana tidak mampu menyara anaknya itu kelak.
Menurut polis, mangsa ditemui oleh orang awam pada jam 1.30 petang Isnin lalu, dalam keadaan terbaring di dalam semak.
"Badannya dihurungi semut dan lalat, banyak kesan gigitan serangga di mukanya. Leher dia penuh dengan semut," kata saksi yang hanya dikenali sebagai Cik Qu.
Penemuan bayi lelaki berusia satu hari itu kemudian dimaklumkan kepada polis dan siasatan mendapati mangsa dilahirkan sekitar jam 8 malam di kediaman Guo.
Pada malam Ahad, Guo pergi ke rumah ibunya melalui Jambatan Sungai Wukai dan ketika itulah dia mengambil keputusan untuk mencampak anaknya.
"Saya buang dia sebab saya rasa saya tidak dapat menyara dan membesarkan dia, saya ada masalah kewangan," katanya.
Mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan telah diserahkan kepada badan kebajikan kanak-kanak untuk penjagaan.
Sementara itu, Guo masih ditahan reman untuk siasatan lanjut.
Sumber: Daily Mail
from The Reporter https://ift.tt/2PFlGSo
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/31C0WAl
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment