loading...

Tuesday, 18 August 2020

Rogol anak kandung usia 10 tahun, peniaga dipenjara 36 tahun, 30 sebatan


Mahkamah Sesyen Besut hari ini menjatuhkan hukuman penjara 36 tahun dan 30 sebatan terhadap seorang peniaga kerana didapati bersalah atas tuduhan merogol anak kandungnya sendiri yang berumur 10 tahun dalam kejadian tiga tahun lalu. 

Tertuduh berusia 51 tahun disabit atas tiga pertuduhan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan, setelah pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah. 

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol anaknya antara pertengahan Januari 2017, jam 1 pagi di sebuah rumah di Chalok, Setiu. 

Pertuduhan kedua dan ketiga pula, dia didakwa melakukan perbuatan yang sama pada akhir Januari 2018 jam 11 malam dan pertengahan April 2018, jam 10 malam di tempat yang sama. 

Hakim WAn Azimah Yaakob menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan pertama dan kedua di mana hukuman dijalankan secara berasingan. 

Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan, namun hukuman itu berjalan serentak dengan pertuduhan pertama dan kedua. 

Mahkamah membenarkan penangguhan hukuman untuk pihak pembelaan memfailkan rayuan di mahkamah tinggi. 

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Zafirah Rosli, manakala tertuduh diwakili peguam, Che Amir Che Musa. 

Sumber: Sinar Harian



from The Reporter https://ift.tt/2Q2WeGx
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2E5XmqD
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...