loading...

Tuesday 11 August 2020

Lelaki didakwa bunuh pensyarah UIAM, menangis di mahkamah (Ada gambar telinga beliau)


Lelaki yang dituduh membunuh isterinya yang juga merupakan pensyarah di sebuah universiti awam dua minggu lalu didakwa di mahkamah hari ini. 

Bagaimanapun, tertuduh, Mohd Hairil Izzuan A Samad, 41, tidak membuat sebarang pengakuan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman. Ia berikutan kes itu dibawa ke Mahkamah Tinggi. 

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Prof Madya Dr Maizatulnisa Ohtman, 40, berhampiran sebuah tasik di Jalan Persiaran Sepang Cyber, Cyberjaya di antara jam 11 pagi 29 Ogos hingga 1 pagi 30 Julai lalu. 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika disabit kesalahan. 

Sebelum itu, tertuduh yang berpakaian serba hitam dilihat menangis semasa memasuki mahkamah.

Tertuduh meminta mahkamah memberikannya masa untuk mendapatkan khidmat guaman kerana dia tidak dimaklumkan perlu melantik peguam. 

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Faraheen Yahya memaklumkan bahawa, keluarga tertuduh telah dimaklumkan mengenai pertuduhan yang akan dilakukan pada pagi ini, tetapi tiada ahli keluarga tertuduh yang hadir ke mahkamah. 

Mahkamah kemudian menetapkan 14 September untuk sebutan semula kes. 

Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/30IVFYB
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3fPHs0e
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...