loading...

Tuesday, 18 August 2020

'Mujur saya pasang GPS Tracker" - Motosikal hilang pukul 5 AM, pukul 7 PM dah jumpa


"Anyone nak pasang GPS Tracker? Please pasang. It helped me tracking my loct motorcycle (Yamaha Y15). Hilang pukul 5:00 pagi dan pukul 7:00 petang dah jumpa. Also found two stolen motorcycle in the house," demikian tweet Wan Haziq Azri Wan Mahazir pada 17 Ogos lalu. 

Menurut Wan, dia hanya menyedari motosikalnya hilang ketika mahu keluar ke tempat kerja. 

"Saya tengah siap-siap nak pergi kerja, dalam pukul 7:00 pagi. Terkejut tengok motor tak ada kat depan rumah.

"Mula-mula saya cari juga, mungkin ada yang alihkan. Kemudian teringat GPS Tracker yang dipasang pada motor. Saya semak guna aplikasi di telefon dan tengok motosikal itu dah ada di tempat lain. 

"Jadi, saya dengan kawan pergi ke kawasan disyaki itu, dalam 800 meter dari rumah. Saya tengok ada rumah yang agak kosong dan dengar ada orang sedang bertukang di dalamnya. 

"Saya menghubungi polis, tetapi mereka meminta saya datang buat laporan dulu. Saya tunggu di situ sementara kawan saya ke balai. 

"Kemudian polis datang serbu dan ternyata memang betul ia merupakan tempat suspek menyembunyi motosikal saya," katanya. 

Difahamkan, ketika serbuan dilakukan, suspek utama berada di dalam rumah itu bersama dengan tiga rangka motosikal, termasuklah motor miliknya sendiri yang telah dilerai. 



Suspek mengakui perbuatannya itu yang turut dibantu oleh seorang lagi rakannya yang bertindak sebagai pencuri, manakala dia hnaya ditugaskan membuka bahagian motosikal. 

Wan meluahkan rasa bersyukur motosikalnya berjaya diperolehi kembali kerana itulah satu-satunya kenderaan yang dia ada untuk keluar mencari rezeki. 

"Saya rasa bersyukur dapat jumpa balik motor itu. Tak rugi saya pasang tracker dengan harga RM310 termasuk dengan upah pasang sewaktu mula-mula beli motorsikal dulu. 

"Memang sedih masa mula-mula tahu motosikal hilang. Tetapi lagi sedih apabila pelaku itu sama bangsa dengan saya," katanya. 

Meskipun motosikalnya telah ditemui, Wan tidak dapat mengambilnya kerana pihak polis memerlukan motosikal itu sebagai bahan bukti. 

Di Twitter, Wan berkongsi gambar alat pengesan yang boleh didapati di gedung online popular dengan harga RM195 (pasang sendiri). 



Sumber: Wan Haziq, mStar Online

from The Reporter https://ift.tt/2YgG8xs
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2YdB3Go
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...