Namun, ada juga kanak-kanak yang tidak bernasib baik menjadi mangsa dera. Lebih-lebih lagi apabila mereka menerima kehadiran ibu atau bapa baru yang belum tentu dapat menyayangi mereka sepenuh hati.
Kes yang melibatkan seorang kanak-kanak di California ini benar-benar membuatkan ramai yang sedih dan tidak menyangka betapa kejamnya si ibu dan ayah tirinya sehingga tergamak mencabut nyawanya sekali. Baca perkongsian dari Sir Kamarul di bawah.
DULU pernah terjadi, seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun masuk lambat ke kelas dengan mata merah, membuatkan cikgu kehairanan.
Rambut dan giginya ada yang tercabut. Budak itu sempat memberitahu cikgunya apa yang telah berlaku.
Namun, selang beberapa hari kemudian kanak-kanak itu mati. Cikgu tak sempat nak selamatkan dia. Nak tahu apa yang terjadi?
Ketika di dalam kelas, budak ini bertanyakan pada cikgunya apakah normal untuk seorang ibu memukul anaknya dengan menggunakan tali pinggang.
Cikgu mula berasa hairan dan menjawab kadang-kadang perkara seperti itu berlaku.
Cikgu terus terdiam dan terkejut dengan pengakuan pelajarnya itu. Ada sesuatu yang luar biasa berlaku. Cikgu terus menghubungi seseorang untuk mendapatkan bantuan.
Setelah aduan dibuat, cikgu berasa sedikit lega kerana nasib pelajarnya itu akan terbela. Namun sebaliknya yang berlaku. Budak itu tidak datang ke sekolah dalam tempoh yang agak lama, menyebabkan cikgu itu mula berasa tidak sedap hati.
Selang beberapa hari kemudian, budak itu datang ke sekolah tetapi dalam keadaan yang mengejutkan. Kesemua kawan sekelasnya terkejut melihat keadaan fizikal dia yang penuh lebam di muka dan bibir, malah giginya juga tercabut. Rupa-rupanya dia telah didera oleh ibu kandungnya sendiri di rumah.
Budak itu didera dengan teruk oleh ibu kandungnya bersama dengan ayah tirinya di rumah. Dia dikurung di dalam almari kecil dengan tangannya digari. Di situ jugalah tempat dia tidur. Mulutnya juga ditutup dengan pita pelekat.
Budak itu ditumbuk dan dipukul berulang kali. Banyak kesan lebam di kepalanya.
Ketika sampai di hospital, doktor cuba menyelamatkan budak itu. Tetapi segala-galanya sudah terlambat. Pasukan perubatan juga terkejut melihat keadaan mangsa dan masing-masing bertanya "Apa yang berlaku??"
Ada saksi yang mendakwa ternampak mangsa dicekik oleh kekasih ibunya. Aduan telah dibuat kepada Department of Children and Family Services, tetapi bagaikan tidak dilayan.
Ini menyebabkan empat kakitangan jabatan itu juga didakwa atas tuduhan berlaku cuai sehingga menyebabkan kematian mangsa. Namun mereka dibebaskan oleh mahkamah pada Januari 2020 kerana tiada bukti kukuh yang mengaitkan mereka dengan kes pembunuhan itu.
Ketika pertuduhan dibacakan, si ibu mengaku bersalah di atas perbuatannya.
Gambar di bawah merupakan bentuk kabinet di mana budak malang itu dikurung dan didera dengan kejam.
Yang lebih mengejutkan, dua minggu selepas kes ini selesai di mahkamah, kes yang seakan sama berlaku di kawasan yang sama pada budak kecil bernama Anthony.
Anthony ditemui mati dalam keadaan yang sama seperti mana yang berlaku pada Gabriel Fernandez. Pengakhiran yang tidak pasti.
Dua minggu sebelum ditemui mati, mangsa sempat menyambut Hari Ibu di sekolah. Dia sempat bergambar pada kad bersaiz besar yang tertulis, 'Mom'.
Dia memang sayangkan ibunya dan sempat memberitahu pada cikgu:
"My mom is beautiful like flower and heart"
Namun, segalanya hanya tinggal kenangan.
Penghakiman penuh kes ini boleh dirujuk dalam kes People of the State of California v Issauro Aguirre and Pearl Fernandez (case number BA425180)-Superior Court of State of California, County of Los Angeles.
Kes yang sama baru saja berlaku di Petaling Jaya di mana budak berusia dua tahun mati didera kekasih ibunya. (BACA DI SINI)
Sumber: Sir Kamarul
from The Reporter https://ift.tt/2EnCT0s
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2YAubD3
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment