Peguamnya, Haijan Omar berkata, satu notis rayuan telah difailkan terhadap perintah Mahkamah Tinggi pada 17 Ogos lalu, sehari selepas mahkamah membuat keputusan tersebut.
"Kami memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman," katanya.
16 Ogos lalu, Hakim Datuk Azman Abdullah mensabitkan remaja berusia 19 tahun itu dengan pertuduhan berkenaan selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap 23 pertuduhan membunuh yang dihadapinya.
Ini kerana, remaja terbabit seorang juvana (berusia 16 tahun) semasa kesalahan itu dilakukan dan Skesyen 97(1) Akta Kanak-Kanak 2001 digunakan dalam menjatuhkan hukuman terhadapnya.
Sebelum itu dia didakwa dnegan Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika didapati bersalah.
Tetapi, Seksyen 97(1) Akta Kanak-Kanak 2001 memperuntukkan pesalah di bawah usia 18 tahun tidak boleh dikenakna hukuman mati dan boleh digantikan dengan hukuman penjara selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong seperti yang diperuntukkan Seksyen 97(2) akta sama.
Sumber: Bernama
from The Reporter https://ift.tt/3aVdasf
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3j57Yoq
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment