loading...

Thursday 7 November 2019

'Saya datang nak berurut je..' - Datuk 4 cucu dicekup khalwat dengan janda


Seorang lelaki warga emas berusia 58 tahun dicekup berkhalwat dengan janda di rumah di taman perumahan di Alor Setar, Isnin lalu. 

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah, Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, lelaki itu dicekup sepasukan anggota JAIK yang melakukan serbuan pada jam 11.45 malam, selepas menerima maklumat dari orang awam. 

Ketika serbuan dilakukan, pihaknya mendapati terdapat seorang lelaki bukan mahram dengan janda berusia 50-an itu. 

Warga emas itu memberi alasan dia datang ke rumah itu untuk berurut bahunya yang sakit. Tetapi alasannya itu tidak boleh diterima kerana pintu rumah ditutup rapat dan mencurigakan. 

Setelah disoal siasat, lelaki itu mengaku meletakkan kenderaannya jauh dari lokasi dan memasuki rumah itu melalui pintu belakang. 

Pasangan itu dicekup kerana berkahlwat dan kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2014. 

Jika sabit kesalahan, pasangan itu boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. 

Lelaki itu bagaimanapun dijamin oleh isterinya, manakala janda terbabit dijamin oleh keluarga. 

Sumber: Harian Metro


from The Reporter https://ift.tt/34yO6CM
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2JX6xcI
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...