loading...

Friday 8 November 2019

Guru hamil 37 minggu ditikam suaminya di Putrajaya


Seorang guru wanita yang hamil 37 minggu cedera ditikam suaminya. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 9.50 pagi semalam di Putrajaya, mangsa yang berusia 35 tahun itu mengalami yang mengalami kecederaan di jari kiri, lengan kanan, dua kesan hirisan di perut dan luka di belakang kanan badan. 

Dalam keadaan dirinya yang cedera itu, mangsa terpaksa memandu ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan. 

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, mangsa juga mengadu sakit di bahagian perut, bimbang dengan kandungannya lalu dirujuk ke Jabatan Obstetric dan Ginekologi serta Ortopedik untuk pemeriksaan lanjut. 

"Mangsa berjaya melahirkan bayi lelakinya menerusi pembedahan. Keadaan mangsa dan anaknya stabil," katanya. 

Sementara itu, suami mangsa yang berusia 39 tahun bekerja sebagai jurutera ditahan di rumah. Polis turut merampas pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu. 

Suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah, direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. 

Sumber: Harian Metro


from The Reporter https://ift.tt/2pXebNf
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2qF5jvC
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...