loading...

Saturday, 31 August 2019

Warga emas maut disengat lebih 200 ekor tebuan ketika membersihkan kebun


Seorang lelaki warga emas maut selepas disengat lebih 200 ekor tebuan ketika membersihkan kawasan kebunnya.

Mangsa, Mohd Ghazali Awang, 67, disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Krai (HKK) selepas empat hari bertarung nyawa. 

Menurut anak mangsa, Mohd Firdaus Mohd Ghazali, 21, berkata, arwah bapanya pergi ke kebun bersama dengan dua adik dan abangnya menggunakan kenderaan berasingan untuk membersihkan kebun. 

Namun, arwah memandu jengkaut turun ke bawah bukit untuk membersihkan semak dan secara tiba-tiba sarang tebuan sebesar tayar kereta terjatuh dan mangsa terus disengat 200 ekor tebuan. Mangsa terjun dari jengkaut dan merangkak naik ke bukit untuk menuju ke kereta. 

Mangsa sempat menelefon anaknya, Mohd Ikhwan, 33, yang berada tidak jauh dari situ untuk membawanya ke Hospital Gua Musang dan setelah diperiksa, terdapat 24 kesan sengatan di kepala, manakala di bahagian tubuhnya pula terdapat lebih 200 kesan sengatan. 

Keadaan mangsa sangat kritikal dan dia ditahan di hospital selama empat hari sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 12.45 tengah hari semalam ketika dirujuk ke HKK, Khamis lalu. 

Anak-anak mangsa reda dengan pemergian bapa mereka disebabkan sengatan tebuan yang terlalu banyak. Jenazah arwah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam KESEDAR Petra pada jam 8 malam tadi. 

Sumber: Harian Metro


from The Reporter https://ift.tt/2MN91NA
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2NHmbeR
via IFTTT

Friday, 30 August 2019

(Video) 'Kau dah kenapa giler?!' - Lelaki tendang budak, ancam nenek mangsa


Kanak-kanak perempuan berusia setahun yang berjalan di sebuah pusat beli-belah, secara tiba-tiba ditendang oleh lelaki yang kemudian mengugut nenek mangsa. 

Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius, dan hanya lebam di bahagian belakang badannya.

Kejadian itu berlaku pada 28 Ogos lalu di Shenzen, China dan polis masih giat memburu suspek. 

Klip video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu turut tersebar di media sosial, mengundang kemarahan netizen dan mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap lelaki itu. 

Berdasarkan video, suspek berjalan di pusat beli-belah itu sekitar jam 5 petang, ternampak mangsa yang berdiri berhampiran tiang sambil diperhatikan oleh neneknya tidak jauh dari situ. 


Secara tiba-tiba, suspek terus menendang mangsa dengan kuat sehingga terjatuh. Neneknya yang ternampak kejadian itu terus berlari mendapatkan mangsa dan memarahi suspek. 

Suspek berpatah balik dan mula mengancam wanita itu sebelum mereka beredar kerana bimbang dicederakan suspek. 



from The Reporter https://ift.tt/2UgVkrr
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2LeU2ZO
via IFTTT

Berang dengan tangisan, bapa baling bayi ke dinding sampai mati


Berang anak menangis tak berhenti-henti, seorang lelaki tergamak membaling anak tirinya yang berusia 15 bulan itu ke dinding sehingga mati. 

Difahamkan, Roni Andriawan, baru enam hari berkahwin dengan ibu mangsa. Namun telinganya tidak dapat menahan kebingitan tangisan mangsa sehingga mendorongnya bertindak kejam. 

Menurut jurucakap polis Serang Baru, Wito berkata, suspek membaling mangsa ke dinding beberapa kali di rumahnya di Desa Sukasari, Bekasi dalam kejadian Isnin lalu.

Perbuatan kejam itu dilakukan suspek ketika isterinya, Danis Aprilia, tiada di dalam bilik. 

Tindakan tidak berperikemanusiaan Roni itu menyebabkan kepala mangsa mengalami kecederaan. 

Selepas kejadian itu, mangsa mengalami demam dan kerap menangis. Roni memberi mangsa ubat tetapi keadaannya tidak menunjukkan perubahan positif. 

Ibu mangsa terkejut melihat anaknya tidak bergerak lalu segera membawa mangsa ke sebuah klinik berhampiran sebelum doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia. 

Roni ditahan polis dan mengaku membaling mangsa ke dinding sebanyak tiga kali dan dua kali kepala mangsa terkena dinding. 

Roni akan didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh. 

Sumber: Harian Metro


from The Reporter https://ift.tt/2Ps8Euc
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2ZppAGh
via IFTTT

'Saya tampar sebab pengawal keselamatan itu biadab' - Datin tampil cerita hal sebenar, nafi acah Diva


Susulan viral video di media sosial yang mendakwa seorang wanita menampar pengawal keselamatan kerana menyuruhnya turun mengambil makanan yang dipesan secara online, wanita itu tampil menafikan dakwaan tidak berasas itu. 

Menurut Sharina Jamal, laporan media yang memetik kenyataan dari sebelah pihak itu tidak adil kerana dia menegaskan ada sebabnya dia bertindak sedemikian. 

UNTUK MAKLUMAN semua, cerita yang viral itu hanya sebelah pihak punya kenyataan. Saya tampil buat kenyataan di mana saya tampar dia bukan sebab saya acah-acah diva, tetapi kerana pegawal keselamatan itu biadab. 

Kenapa saya kata dia biadab? Sebab dia aniaya adik rider Food Panda perempuan sehingga dia menangis teruk. 

Allahu, saya bukan jenis manusia yang baran. Yang mengenali saya tahu saya macam mana. Saya masih waras ye, mana mungkin sepak muka orang tanpa sebab? 

Untuk pengetahuan, saya turun dan ambil makanan itu jam 3 pagi. Sebelum saya turun ke bawah, memang saya ada suruh rider itu minta izin kalau dia boleh naik ke atas. Tetapi dia telefon saya semula dan kata guard tak bagi dia masuk. Saya turun kerana kasihan rider itu kena marah. 

Apabila saya turun ke bawah, saya terkejut tengok adik itu menangis teresak-esak sambil bercakap,

"Saya tak pernah dihina macam ni kak"

Saya pun tanya lah kenapa teruk sangat awak menangis ni. Dia pun cakap, "Guard Nepal ini suruh rider parking dekat Blok A. Jalan kaki pergi hantar ke Blok D dan macam-macamlah". 

Eh, panaslah saya dan saya cakap elok-elok dengan guard itu tetapi dia yang kurang ajar sangat, terus saya lempang dia. Bayangkan kalau benda itu berlaku pada adik, kakak, makcik atau yang mempunyai hubungan dengan awak, apa awak rasa? Simple, treat people nicely, other people will treat you better. 




So kesimpulannya, bila saya kena viral dan disumpah netizen, saya jadi lagi kuat. Berita pasal saya ditarik balik bukan sebab kabel tetapi mereka dah tahu cerita yang sebenar. Pihak guard dan pengurusan kondo pun dah setuju untuk mendalami kes ini. 

Saya ini perempuan, takkan suka-suka nak tampar orang? 

Kesimpulannya, warga bawang sekali jadilah warganegara yang selidik dulu sebelum judge saya. 






LAPORAN BERKAITAN


from The Reporter https://ift.tt/2LbkSmA
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2MOrbP1
via IFTTT

Suami ratah adik ipar 7 kali, dakwa dirasuk syaitan ketika melakukan perbuatan terkutuk itu


Faisal dan isterinya yang berusia 26 tahun baru sahaja bernikah empat bulan yang lalu dan menetap di sebuah rumah sewa bersama adik iparnya yang berusia 14 tahun sejak April lalu di Surabaya, Indonesia. 

Difahamkan, si isteri membawa adiknya tinggal bersama kerana kedua orang tua mereka sudah bercerai. 

Tetapi, air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Faisal tergamak merogol adik iparnya yang masih di bawah umur itu. 

Faisal melakukan perbuatan terkutuk itu ketika isterinya tiada di rumah atau sedang bekerja. Namun perbuatannya itu terbongkar apabila si isteri ternampak Faisal dengan adiknya tanpa seurat benang di dalam bilik mandi. 

Remaja itu berkata, dia takut menceritakan perbuatan lelaki itu kepada kakaknya. Malah dia tidak mahu merosakkan kebahagiaan rumah tangga kakaknya yang baru sahaja dibina bersama Faisal. 

Sementara itu, Faisal mengaku dia didorongi nafsu dan dirasuk syaitan ketika menggauli adik iparnya beberapa kali. Faisal mengaku dia ada memegang tangan mangsa dan merayu tidak menjerit. 

"Khilaf saya, sudah tujuh kali tapi yang kelapan tidak jadi kerana sudah kantoi di depan isteri," katanya. 

Si isteri kemudian melaporkan kejadian itu di balai polis dan Faisal terus ditahan pada Rabu lalu untuk siasatan lanjut. 

Faisal akan didakwa di mahkamah dan berdepan dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun. 



from The Reporter https://ift.tt/2ZEJg4d
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2HxCQ0I
via IFTTT

Suspek bunuh suami dulu, kemudian isterinya


Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib dalam sidang media yang diadakan di PTD Shah Alam petang tadi mendedahkan, pasangan suami isteri dibunuh oleh dua penyewa rumah mereka dengan menggunakan pisau lipat. 

Laporan bedah siasat mendapati, mangsa, Lim Ah Kee, 79, ditikam sebanyak tujuh kali di bahagian perut selain dikelar pada malam 23 Ogos lalu di kediamannya di kondominium di Subang Jaya. 

Mangsa dibunuh oleh dua suspek warga India yang tinggal bersama mereka di rumah berkenaan, di ruang tamu pada jam 10 malam. Mayatnya disumbat dalam bagasi dan dicampak ke longkang.

Isteri mangsa, Tan Siew Mee, 52, hanya mengetahui suaminya dibunuh selepas pulang ke rumah pada jam 2 pagi. 

"Selepas Tan mengetahui suaminya dibunuh dan mayatnya dibuang, berlaku sedikit kekecohan sebelum dia turut dibunuh dengan cara sama iaitu ditikam dan dikelar sebelum disumbat di dalam bagasi berlainan dan kemudian dicampak ke longkang di lokasi berlainan," katanya. 

Difahamkan, kedua-dua suspek itu merupakan adik beradik dan masing-masing berusia 19 dan 24 tahun, menetap bersama dengan pasangan itu sejak setahun lalu. Suspek bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat yang sama di Subang Jaya. 

Hasil soal siasat terhadap suspek membawa kepada penemuan mayat Lim di longkang berhampiran stesen LRT Alam Megah, petang semalam. Polis turut menemui pisau yang digunakan oleh suspek untuk menikam mangsa. 

Berdasarkan pengakuan suspek, mereka membawa bagasi berisi mayat kedua-dua mangsa menggunakan motosikal Honda EX5 untuk dibuang ke dalam longkang di dua lokasi berasingan. 

Suspek kini direman seminggu untuk siasatan dan akan didakwa di mahkamah.

Sementara itu, mayat pasangan itu masih berada di Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan belum ada ahli keluarga yang datang menuntut mayat mereka. 

Sumber: Harian Metro


from The Reporter https://ift.tt/2L9NMUj
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/32bDzME
via IFTTT

'Dia selalu lan**p dalam kereta, dia pernah follow sampai depan pintu rumah'


"Kereta ni selalu tunggu di kawasan perumahan. Dia tunggu sampai budak-budak balik sekolah. Aku dengan kawan aku selalu kena tetapi kawan aku ni la yang berani ambil gambar kereta dia.

"Tunggu nak buat laporan polis saja. Hati-hati girls yang balik sekolah jalan kaki tu," demikian kata Filzah Agus di Twitternya. 

Berdasarkan perkongsian rakannya yang dikenali sebagai Ziana berkata, lelaki itu selalu menganggunya ketika dia pulang dari sekolah. 

Bukan itu sahaja, malah dia mengesyaki lelaki itu melakukan perkara yang tidak senonoh di dalam keretanya. 

"Guys, please help me! Kereta ini selalu kacau I waktu balik sekolah. Bukan macam biasa, tetapi dia macam nak mer*g*l tau. Tiap kali I nampak kereta ini, rasa nak menangis pun ada. Tak tahu nak lari mana.

"Dia selalu lan*** di dalam kereta itu. Tak tahulah dia tunjuk dekat orang lain atau I sendiri saja. Tetapi I rasa macam dia tunjuk dekat I seorang saja sebab dia pernah follow I sampai depan pintu rumah. 

"Nasib baik masa tu dah masuk rumah dan adik I yang nampak dia.

"Bukan selalu I tengok dia lan***, sekali je. Itu pun tertengok okay," katanya. 


Sumber: Filzah Agus


from The Reporter https://ift.tt/2MKVvdr
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2ZC4GPp
via IFTTT

Zynakal didenda RM2,800 kerana cekik staff stesen minyak, halang anggota polis jalankan tugas


Semalam, seorang penyanyi yang dilabelkan sebagai 'budak baru nak up' (BBNU) ditahan polis kerana mencekik pekerja stesen minyak di Ampang dalam kejadian jam 4 petang semalam. 

Zynakal, 21, ditahan polis selepas pengurus stesen minyak di Pandan Prima, Ampang itu menghubungi pihak polis. 

Difahamkan, Zynakal datang ke stesen minyak itu bersama dengan Fareez Fauzi, 22, untuk mengisi minyak. 

Zynakal kemudian masuk ke premis itu untuk membeli pen dan air dan ketika mahu membuat pembayaran menggunakan kad kredit, kakitangan stesen minyak itu, Ahmad Mostaksdi (Bangladesh), berkata kaedah pembayaran itu tidak diterima oleh stesen itu. 

Penjelasan itu membuatkan Zynakal berang lalu menyerang dan mencekik leher mangsa. 

Pengurus stesen minyak yang melihat keadaan menjadi semakin tidak terkawal terus bertindak menghubungi polis yang kemudian tiba di lokasi dan cuba menenangkan keadaan. 

Malangnya, penyanyi BBNU itu enggan memberikan kerjasama menunjukkan MyKadnya kepada polis untuk tujuan siasatan. Malah, dia mencabar polis yang mengakibatkan dia ditahan dan dibawa ke IPD Ampang untuk siasatan lanjut. 

Sementara itu, Fareez berkata, dia tidak menyangka Zynakal akan bertindak di luar kawalan dan mengakui Zynakal berkelakuan pelik semalam di mana dia asyik marah. 

"Saya jumpa sebab dia minta tolong menghantarnya ke pejabat di Setapak. Dalam perjalanan saya singgah nak isi minyak, dia pula masuk dalam kedai nak beli pen dan air. 

"Selepas setengah jam menunggu dalam kereta, dia masih belum keluar. Jadi saya alihkan kereta ke depan kaunter pembayaran. Saya tengok dia sedang bercakap dengan pekerja di kaunter. 

"Tidak lama selepas itu dia keluar dan beritahu baru saja pijak kepala pekerja di situ. Saya terkejut dan ingat dia bergurau. Dia masuk semula dan kereta polis datang. 

"Saya cuba tenangkan dia tetapi tak boleh juga. Itu yang polis terus bawa ke balai," katanya. 

Menurut Fareez lagi, Zynakal ada memberitahu yang dia kemurungan kerana kerap dikecam oleh netizen. Malah mendakwa orang tidak boleh memahami dia. 

"Dalam masa sama, dia cakap ibunya sedang sakit dan bertungkus lumus nak cari duit," katanya. 

Akibat dari perbuatannya itu, Mahkamah Majistret Ampang menjatuhkan hukuman denda RM2,800 terhadap Zynakal kerana mencederakan pekerja stesen minyak dan menghalang polis dari menjalankan tugas. 

Zynakal atau nama sebenar Muhammad Raziq Rosli, mengaku bersalah di atas kedua-dua pertuduhan itu di mana bagi kesalahan mendatangkan kecederaan, Zynakal didenda RM800 dan bagi pertuduhan menghalang penjawat awam bertugas, dia didenda RM2,000. 

Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali memerintah tertuduh membayar denda itu atau berdepan dengan hukuman penjara enam bulan jika gagal berbuat demikian. Tertuduh membayar denda itu. 

Zynakal didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan menghalang anggota polis dengan tidak menunjukkan kad pengenalannya bagi tujuan pemeriksaan, Zynakal didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memeperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya. 

Timbalan Pendakwa Raya, S Sangitaa terdahulu memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh. 

Namun, tertuduh yang tidak diwakili peguam itu memohon mahkamah mengenakan hukuman denda yang rendah kerana dia tidak mempunyai pendapatan yang tetap dan hanya bekerja sebagai penulis lirik dan komposer.

Sumber: Harian Metro


from The Reporter https://ift.tt/2Pj5kBl
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2L7h1Hc
via IFTTT

Thursday, 29 August 2019

Pemilik rumah tembak mati 2 remaja kerana ceroboh garajnya pada waktu malam


Pemilik rumah di Ohio menembak mati dua remaja lelaki yang didakwa menceroboh kawasan rumahnya pada malam Rabu lalu. 

Pemilik rumah itu tidak didedahkan identitinya tetapi kini sedang disiasat oleh pihak polis. 

Menurutnya, kejadian itu berlaku pada jam 9.30 malam Rabu, dia menembak dua remaja terbabit di dalam garajnya sebelum menghubungi talian 911. 

Kedua-dua mangsa berusia 17 tahun dikenali sebagai Devon Henderson dan Javier Harrison, tidak diketahui motif mereka menceroboh kediaman pengadu. 

"Saya tembak dua lelaki yang cuba merompak... melakukan sesuatu dalam rumah saya. Mereka ada bersama dengan saya di sini." kata pengadu ketika menghubungi operator talian 911. 

Apabila operator bertanya apakah dua remaja itu sudah mati? Dia berkata, "Saya tidak dapat lihat sebab keadaan di sini gelap. Mereka di lantai garaj."


Dayton Daily News melaporkan, bapa kepada salah seorang remaja itu dipercayai mengenali pengadu dan pernah berada di garaj kediaman itu sebelum ini. 

Bapa kepada Javier, Jimmy berkata, dia tidak akan melepaskan tembakan kerana remaja itu berada di garaj, bukannya di dalam rumah. 

"Jarak garaj dari rumah dia 10 kaki. Kalau saya nampak ada kehadiran orang yang tidak dikenali di garaj, saya akan hubungi polis," katanya. 

Sumber: Daily Mail


from The Reporter https://ift.tt/30LIvaR
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/30IQdCA
via IFTTT

Isteri tak mandi 3 hari sebab suami malas nak tolong jaga anak


Seorang isteri meluahkan rasa kecewanya di media sosial mengenai suaminya yang malas membantunya menjaga anak-anak sehingga dia tiada masa untuk membersihkan dirinya selama tiga hari. 

Luahan yang dikongsikan di laman Reddit, wanita itu menjelaskan suaminya langsung tidak mahu membantunya walaupun hanya untuk beberapa minit. 

Difahamkan, pasangan itu baru berpindah ke rumah keluarganya sementara mereka dalam usaha mencari kediaman sendiri. 

"Kebiasaannya saya akan letak anak lelaki saya di luar bilik air dengan pintu terbuka agar saya dapat memerhatikannya sambil mandi. 

"Tetapi di sini saya tidak dapat melakukannya kerana ahli keluarga yang ramai dan ia tidak sopan untuk berbuat demikian," katanya. 

Menurut wanita berkenaan, dia selalu meminta tolong ahli keluarganya untuk membantu menjaga anaknya seketika. Tetapi apabila terlalu kerap, dia enggan selalu menyusahkan mereka. 

"Saya bertanya kepada suami, boleh ke saya mandi dulu tetapi dia tak bagi dan menyuruh saya menunggu," katanya. 

Ramai pengguna Reddit terkejut dengan sikap pentingkan diri si suami sehingga membuatkan isterinya tiada masa untuk mandi. 

"Tak adil suami awak berkelakuan seperti ini. Nampak macam semua benda/perkara awak lakukan sendiri selama ini. Teruknya," kata netizen.

Sumber: Daily Star


from The Reporter https://ift.tt/2MJJFQV
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/32isl9t
via IFTTT

Suami isteri datang tuntut bayaran sewa rumah, dibunuh 2 penyewa warga asing


Susulan penemuan mayat wanita yang disumbat dalam beg pakaian, polis telah menahan dua suspek lelaki warga asing yang dipercayai terbabit dalam kes bunuh itu. 

Mayat mangsa, Tan Siew Mee, 52, ditemui disumbat dalam beg pakaian yang dicampak ke dalam longkang. Bedah siasat mendapati terdapat 13 kesan tikaman di dada mayat. 

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, penahanan dua suspek itu membawa kepada penemuan mayat suami Tan, iaitu Lim Ah Kee, 79, yang dicampak di lokasi berasingan.

Suspek juga membuang senjata yang digunakan untuk membunuh pasangan itu di lokasi lain. 

Kedua-dua suspek akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk mendapatkan perintah reman. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Difahamkan, kedua-dua suspek adalah penyewa rumah pasangan berkenaan yang sebelum itu sudah berulang kali menuntut bayaran sewa bulanan dari suspek tetapi mereka enggan membayarnya. 

Tan dan Lim tinggal bersama di kondominium di Subang Jaya. Tetapi mereka hidup dalam keadaan susah dan terpaksa menyewakan rumah itu kepada warga asing. 

Sumber: Harian Metro

LAPORAN BERKAITAN


from The Reporter https://ift.tt/30LFwz5
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/32fAJGK
via IFTTT

Imigresen nafi pegawainya tampar pekerja Indonesia, hanya tepuk tempat duduk sahaja


Susulan viral video seorang wanita Indonesia mendakwa anggota Imigresen melakukan kekerasan terhadap pekerja warga Indonesia dalam sebuah bas, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tampil menafikan dakwaan itu. 

Ketua Pengarah JIM, Datuk Indera Khairul Dzaimee Daud berkata, pegawainya tidak menampar pekerja warga asing itu ketika operasi bersepadu dijalankan di Seberang Prai, Pulau Pinang. Sebaliknya pegawai terbabit hanya menepuk tempat duduk pekerja itu selepas berlakunya provokasi. 

Jelasnya, ketika pemeriksaan dilakukan, ada segelintir pekerja Indonesia yang tidak membawa dokumen. 

"Jadi, apabila soalan dilontarkan, elemen-elemen provokasi ditimbulkan. Maknanya mereka enggan memberikan kerjasama. Ini maklumat awal yang saya peroleh," katanya. 

Walaupun begitu, beliau tetap mengarahkan Pengarah Imigresen Pulau Pinang menjalankan siasatan. 

Difahamkan, dokumen pekerja warga Indonesia itu disimpan oleh majikan. Mereka kemudian dilepaskan setelah majikan mereka membawa dokumen pekerja ke Jabatan Imigresen. 

Kelmarin, Dewi Kholifah memuat naik video tersbut yang mendakwa anggota Imigresen mengasari pekerja Indonesia sambil mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya. 

Tetapi, Khairul berkata, adalah menjadi lumrah anggota JIM menerima provokasi daripada warga asing. Beliau sering berpesan kepada pegawai-pegawai Imigresen agar terus bersikap profesional. 

"Provokasi itu selagi tidak melibatkan penggunaan kekerasan fizikal, mereka mesti tidak melayan provokasi-provokasi berkenaan," katanya. 

Sumber: Astro Awani

LAPORAN BERKAITAN



from The Reporter https://ift.tt/2L40XpK
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/30JIFzJ
via IFTTT

(Video) Berang disuruh turun ambil makanan yang dipesan, Datin tampar Pengawal Keselamatan


Berang disuruh turun ambil makanan, seorang wanita menampar pengawal keselamatan dalam kejadian petang semalam di sebuah kondominium di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur, jam 4.21 petang. 

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) turut merakam dengan jelas kejadian itu dan video itu kini viral meluas di media sosial. 

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Kondominium berkenaan, Hazri Mohd Zahri berkata, siasatan mendapati wanita itu bersama dengan pasangannya bengang apabila mereka diarahkan turun ke lobi untuk mengambil makanan yang dipesan secara online. 

Difahamkan, peraturan di kondominium itu menetapkan, penghuni yang membuat pesanan makanan atau apa-apa perlu barang perlu mengambil sendiri di lobi kerana orang luar tidak dibenarkan naik ke rumah penghuni bagi tujuan keselamatan. 

"Difahamkan, wanita itu yang mengaku dirinya adalah Datin dan suaminya Datuk, mengarahkan pengawal keselamatan yang bertugas mengiringi penghantar makanan ke rumahnya, tetapi petugas warga Nepal enggan berbuat demikian kerana ia bukan tugas pengawal keselamatan. 

"Kemudian wanita itu bersama pasangannya terpaksa turun ke lobi untuk mengambil makanan. Sebelum beredar, wanita itu sempat menampar salah seorang pengawal keselamatan," katanya.


Meskipun pengawal keselamatan itu tidak mengalami kecederaan, tetapi tindakan 'Datin' itu adalah tidak wajar kerana mangsa tidak melakukan sebarang kesalahan. 

Ekoran kejadian itu, pihak pengurusan kondominium akan membuat laporan polis terhadap wanita itu hari ini. 

Sumber: Sinar Harian


from The Reporter https://ift.tt/2NAcEX0
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2ZBZNWB
via IFTTT

Anak bunuh & goreng otak mak untuk dimakan


Berang tidak diberikan wang untuk membeli alkohol, lelaki berusia 32 tahun sanggup membunuh ibunya dengan kejam sebelum menggoreng otak mangsa di dalam kuali untuk di makan. 

Suspek, Sitaram Iraon, dari perkampungan Botalda, India, didakwa membunuh ibunya, Phoolbai, 50, dengan kapak, dalam kejadian yang berlaku pada Selasa lalu. 

Menurut laporan media tempatan, suspek selalu pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan memukul ibunya. Tidak tahan dengan perbuatan suspek, mangsa enggan lagi memberi anaknya wang untuk membeli alkohol. 

Berang tidak diberikan wang, suspek mengambil kapak lalu menyerang kepala ibunya sebelum mengeluarkan otak mangsa lalu digoreng di dalam kuali untuk dimakan. 

Kejadian itu turut disaksikan oleh kakak ipar suspek yang kemudian melarikan diri sebelum berjaya ditahan oleh pihak polis semalam. 

Siasatan awal polis mendapati, suspek berada dalam keadaan tidak waras dan ketika ditahan, suspek ditemui bersembunyi di kawasan berhampiran dengan pakaiannya berlumuran darah. 

Suspek mengaku melakukan pembunuhan kejam itu dan dia bakal dikenakan tindakan undang-undang. - Agensi


from The Reporter https://ift.tt/2NEYvYo
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2MJstuM
via IFTTT
loading...