loading...

Monday, 30 April 2018

'Setiap malam dia buat macam tu' - Suami pening dengan perangai pelik isterinya, buat netizen terhibur


Baru empat bulan berkahwin, lelaki ini mengaku dia berasa amat bahagia dengan isterinya yang serba serbi pandai dalam menguruskan hal rumah tangga. Empat bulan pertama, segalanya indah seperti mana pasangan lain. 

Akan tetapi, di dalam keindahan itu terselit juga keperitan dan juga kengiluan. Mungkin bagi sesetengah orang tidak percaya hal seperti ini boleh berlaku. Tetapi bagi lelaki ini, dia terpaksa bertahan kerana tidak mahu isterinya menangis. 

ASSALAMUALAIKUM admin. Aku sangat-sangat memerlukan bantuan skuad makcik-makcik bawang dalam ini. Aku tak ada masalah rumah tangga. Cuma bini aku ni, aku tak tahulah nak cakap macam mana. 

Umur aku 27 dan bini aku 23 tahun. Kami baru berkahwin empat bulan. Alhamdulillah aku dapat perempuan yang bukan sahaja comel bambam, tapi manja, lembut, sopan, pandai memasak dan kelakar. 

Tetapi satu perangai pelik bini aku yang membuatkan aku pening kepala nak hadap setiap hari. Bila nak tidur malam, bini aku ada perangai duk nyonyot puting aku sampai dia tertidur. 

Macam kelakar? Macam lawak? Tetapi aku tak tipu wei! Tiap-tiap malam dia buat macam tu. Kalau aku tak bagi, dia menangis pula. 

Tolonglah makcik-makcik bawang, aku dah buntu nak mencari jalan macam mana nak ceraikan susu dengan bini aku walaupun aku tak ada susu. 


Aku letak minyak gamat pun tak jalan. Nak tanya keluarga, aku malu. Nak tanya member, mampos kena bahan jadah apanya badan ketul-ketul tapi bini buat nyonyot je puting. Lagipun aku nak jaga air muka bini aku juga. 

Tobat ngilu bak hang dia dok gigit-gigit. Tolonglah aku makcik-makcik bagi idea macam mana nak buat bini aku stop buat benda tu. Aku terseksa setiap malam. 

Sumber: Suami Trauma (Kisah Rumah Tangga

Jawapan netizen: 

"Cuba letak sirap, tak pun letak kicap ke. Nanti lama kelamaan dia berhentilah meminta. Kalau tak boleh jalan juga, belikan dia puting brand Avent. Jenama ini bagus untuk mengelakkan gigi dia menjadi jonggang," kata netizen. 


from The Reporter https://ift.tt/2JGTABh
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2JG2TRT
via IFTTT

Kecoh kedai mamak di Sri Hartamas tertayang video tak senonoh


Kecoh di media sosial tentang sebuah restoran 'mamak' tertayang video 'dewasa' yang mengejutkan semua pelanggannya. 

Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter itu menunjukkan para pelanggan terkejut sampai berdiri melihat adegan yang tidak ingin dilihat itu. 

"Mamak salah play video. Kecoh" tulisnya yang memuat naik video tersebut pada jam 2.10 petang tadi dan telah dikicau semula lebih 5,000 kali. 

Berdasarkan video berdurasi 28 saat itu, para pelanggan kecoh dan tidak kurang juga yang ketawa melihat insiden yang tidak disengajakan itu sebelum video itu dihentikan menyebabkan ada segelintirnya kecewa. 

Menurut komen-komen netizen, kejadian itu berlaku di sebuah restoran di Sri Hartamas. 

"Sekarang ni, mamak pun dah tak selamat. Ane pun dah jadi ***. Harap-harap tak kena r*b* ngan ane time lepak mamak nanti," kata netizen.

Ada netizen menyarankan mana-mana individu yang berada di tempat kejadian itu membuat laporan atau aduan kepada pihak berkuasa kerana menjadi satu kesalahan menayang mahupun menyimpan video-video tidak senonoh. 


from The Reporter https://ift.tt/2Kp2m8b
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2KoOwm7
via IFTTT

'Saya sanggup jadi pengasuh dan cuci 'yeyek' bayi' - Diva AA


"Saya juga sanggup jadi pengasuh kanak-kanak dan cuci 'yeyek' (najis) mereka," demikian kata Azwan Ali yang bertanding sebagai calon Bebas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), lapor mStar Online

Azwan Ali yang bertanding menggunakan logo gajah itu dilaporkan sanggup menjadi 'pembantu rumah' kepada penduduk bertuah di kawasan yang ditandinginya sekiranya dia diberi mandat untuk menjadi wakil rakyat di kawasan itu. 

"Jika saya ditakdirkan menjadi YB (Yang Berhormat), saya akan turun padang bagi memberi khidmat terbaik kepada rakyat. 

"Bukan setakat beri rendang percuma, saya boleh jadi pembantu rumah dan basuhkan bilik air penduduk bertuah Bukit Antarabangsa. 

"Saya juga sanggup jadi pengasuh kanak-kanak dan cuci 'yeyek' (najis) mereka tetapi dengan syarat, kanak-kanak mestilah berusia enam bulan ke bawah," katanya memetik laporan dari mStar Online

Terdahulu, Azwan menyatakan hasratnya untuk bertanding di Bukit Antarabangsa bagi menentang abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Malah pernah berkata mahu menelanjangkan abangnya itu. Bagaimanapun, pada hari penamaan calon, Azwan menarik balik kata-katanya itu. 

Azwan yang juga menggelar dirinya sebagai Diva AA tidak kisah sekiranya dia tewas pada 9 Mei ini dan tidak akan serik untuk bertanding lagi di pilihan raya yang seterusnya. 


from The Reporter https://ift.tt/2KoFzJx
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2raWkzT
via IFTTT

'Sudah tiba masa saya umumkan status warganegara saya' - Adi Putra


Status kerakyatannya menjadi tanda tanya menyebabkan pelakon terkenal kelahiran Singapura ini tampil memberikan penjelasan bahawa dirinya kini adalah warganegara Malaysia. 

Terdahulu, Datuk Adi Putra atau nama sebenar Mohamed Hadi Putera Abdul Halim, 37, melalui Instagramnya mengesahkan perkara itu beberapa hari lalu kerana baginya, pada musim Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah waktu yang sesuai untuk mengumumkan status dirinya kepada peminat dunia hiburan.

Difahamkan, PRU14 ini merupakan kali pertama buatnya untuk mengundi dan Adi juga mengaku bahawa dirinya adalah penyokong tegar Barisan Nasional (BN) serta pernah hadir ke beberapa siri ceamah yang dianjurkan oleh calon BN di Lembah Klang beberapa hari lalu. 

"Ramai yang mempersoalkan tentang kerakyatan saya, memang benar dilahir di Singapura, berkecimpung dunia perfileman di Malaysia, berniaga syarikat pengurusan Umrah dan Haji di Malaysia.

"Isteri saya, Datin Hajah @adyaidayusof kelahiran Malaysia, anak-anak warga Malaysia, saya menjadi warga Malaysia dah lama tapi sudah tiba masa saya umumkan status warganegara saya ialah Malaysia.


"Apa yang tertulis tadi diketepikan dahulu, yang penting sekarang tinggal beberapa hari untuk mengundi, tidak kira parti mana, warna apa, sokong ataupun tidak, suka atau tak suka, itu hak masing-masing.

"Mahupun saya dibenci, saya terima, asal Allah tak membenci saya. Sekurang-kurangnya semua Petronas di Malaysia sediakan surau untuk Solat sekiranya terlambat ke masjid, surau dan rumah. Janji dapat solat," tulisnya.

Memetik laporan New Straits Times Adi berkata, dia memperoleh status sebagai warganegara Malaysia setahun yang lalu. Adi yang datang ke Kuala Lumpur pada tahun 2002 ketika itu masih mahu mengekalkan statusnya sebagai warganegara Singapura. 

Namun Adi terjatuh cinta dengan masyarakat dan suasana di negara ini yang aman damai dan kaya dengan budaya kesenian, lalu mengambil keputusan untuk memohon status kerakyatan di Malaysia. 

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah di atas status yang dimilikinya kini, tetapi ada juga yang tidak berpuas hati kerana bagi mereka status kewargenegaraan yang dimilikinya terlalu mudah sedangkan orang lain terpaksa menunggu dengan begitu lama. 




Netizen turut mempersoalkan mengapa Adi Putra mengaitkan isu kewarganegaraannya dengan Petronas. Selain itu juga, netizen turut berseloroh dengan mengaitkan watak Jai yang dilakonkan oleh Adi Putra sebagai gangster sebenar  di dalam filem KL Gangster, bukannya gangster yang diimport dari negara luar.


from The Reporter https://ift.tt/2HYRrU7
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2KkDI8F
via IFTTT

'Ini realiti sebenar pekerjaan' - Cabaran dapatkan kerja di masa akan datang


Sejajar dengan anjakan paradigma yang berlaku di seluruh dunia, isu teknologi menjadi aspek terpenting di dalam sesebuah negara. Kini, ramai yang mengeluh dengan isu pengangguran yang semakin tinggi ekoran daripada keperluan teknologi lebih diperlukan berbanding tenaga manusia.

Isu ini bukan sahaja membimbangkan pelajar lepasan universiti, malah para pelajar mula risau untuk mengambil subjek mana yang bersesuaian. Kita sedia maklum bahawa, akademik merupakan teras penting untuk kita mengejar peluang pekerjaan walaupun terpaksa bersaing secara sengit. 

Namun, berbekalkan akademik yang ada, kita perlu sentiasa mengubah kita menjadi seorang yang kental menghadapi apa jua rintangan yang ada di depan mata untuk memperolehi kejayaan yang cemerlang.

Keiken Talk sebelum ini telah menarik minat netizen dengan status beliau yang berkongsikan mengenai sikap masyarakat Jepun yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi walaupun ketika itu baru sahaja dilanda gempa bumi.

Kali ini, Keiken Talk memuat naik status mengenai perkongsian mereka yang membuka minda para pelajar sekolah mengenai kerjaya dan jati diri mereka. Perkongsian ini turut menyedarkan kita tentang belajar mengenai realiti kehidupan dan usaha yang berterusan.

MINGGU lepas di sebuah Sekolah Menengah Sains, kami diminta berkongsi topik kerjaya. Sebelum kami buat perkongsian, kami tanya dulu cikgu yang menjemput kami, adakah perlu kami jujur atau tidak? 

Jujur bermaksud cerita perkara sebenar yang berlaku seperti peluang pekerjaan. Tidak pula bermaksud bagi cerita kejayaan, suruh belajar rajin-rajin dan skor A. Tapi, cikgu sekolah tersebut minta kami berkongsi perkara sebenar yang berlaku dan ini yang sebenarnya kami nak. Maka kami mulakan sesi perkongsian dengan pelajar Tingkatan 5 dengan 1 hingga 2 soalan.

"Siapa nak jadi doktor, angkat tangan."

Maka beberapa pelajar angkat tangan dan kami tanya kenapa. Selepas mereka beritahu sebab, kami pun beritahu;

"Awak tahu tak, kebanyakan doktor yang habis Housemanship tahun ini berkerja secara kontrak di hospital kerajaan. Maksud kontrak, kerajaan boleh buang awak pada bila-bila masa dan lagi tak best, biasanya pekerja kontrak gajinya mahal tapi awak dapat gaji yang biasa seperti doktor yang berkerja tetap."

Mereka terkesima. Kemudian, kami tanya soalan seterusnya, siapa nak jadi Engineer? Seperti tadi, beberapa orang angkat tangan dan kami tanya kenapa. Selepas itu kami bawa  satu pendapat;

"Dulu, ketika robot mula diciptakan, orang bergaduh pendapat. Ada yang kata, kalau robot ganti kerja manusia seperti packaging produk, habis itu manusia nak buat kerja apa? Masa itu, orang kata manusia buat robot. Tapi tengok sekarang, yang buat robot itu pun robot! Yang control hanya seorang dua Engineer, yang lain nak kerja apa?

"Ini tahun 2018 dan awak berumur 17 tahun. Realiti peluang pekerjaan adalah seperti ini dan bagaimana nasib awak pada umur 23 tahun nanti?"

Sekali lagi dewan diam membisu. Kemudian kami mula mengangkat semula muka para pelajar yang seperti sudah hilang harapan. Tahukah para pelajar sekalian, 10 tahun lepas tiada sesiapa pun terfikir dengan main game boleh buat duit dan menjadi kaya-raya? 10 tahun lepas, tak ada sesiapa pun terbayang upload video di YouTube boleh menjadi jutawan dan hidup senang-lenang?

Asasnya, pekerjaan manusia sentiasa berubah. Zaman dulu, memburu binatang jadi satu pekerjaan tetapi sekarang pemburuan bertukar menjadi penternakan. 

Tapi hakikatnya, ada sesuatu yang tak berubah iaitu diri kita. Tidak salah mengimpikan jadi doktor walaupun tahu di masa hadapan mungkin manusia tidak akan menggunakan khidmat doktor lagi. Tak salah mengimpikan diri itu menjadi engineer walaupun tahu di masa hadapan mungkin orang tak pandang pun engineer. 

Ingat pesan Rasulullah. Baginda bersabda; 

"Andai kamu tahu esok kiamat dan di tangan kamu ada benih kurma, tanam!" 

Maksudnya, walaupun kita tahu apa yang kita nak usaha itu pasti hancur, tapi kita masih ada peluang untuk berusaha,usaha! Jangan hilang semangat. Jadi, untuk masa ini, laburkan nilai pada diri sendiri yang mana nilai itu SAH pada mana-mana zaman. 

Kami tekankan 3 perkara yang penting untuk hidup di masa akan datang iaitu:
  • Jati diri dan prinsip hidup.

Orang yang hebat, dia ada jati dirinya. Walau keadaan berubah, dia tidak berubah. Hatinya kental.  Bagaimana membina jati diri? Hanya dengan mengenal tujuan hidup. Bagaimana mengenal tujuan hidup? Hanya dengan cara mengenal Tuhan.
  • Soft Skill
Zaman persekolahan ialah zaman di mana satu-satunya waktu yang kita tidak akan dimarah dan dibuang jika kita buat salah. 

Kami kata,"Tahukah adik-adik bahawa adik-adik ialah kumpulan manusia yang paling gembira sekarang? Kenapa? Sebab adik-adik tidak perlu fikir mana nak cari duit untuk makan lepas ini."

Guna peluang di sekolah dengan sepenuh-penuhnya. Belajar bercakap, menulis dan berkawan. Semua ilmu ini tidak akan berubah walaupun keadaan berubah. Walaupun manusia sakit dan ketika itu yang rawat ialah doktor, kita masih perlukan kawan untuk bercakap dan bersembang. Gilap Soft Skill.
  • Ilmu kehidupan iaitu belajar

Bukan belajar untuk SPM sahaja tapi belajar juga dari alam. Belajar bagaimana kawan kita berjaya, bagaimana kita gagal. Belajar bagaimana cikgu boleh buat itu kita tak boleh. Belajar bagaimana kereta bergerak. Belajar, belajar, belajar dan terus belajar! 

Tukar cara kita melihat kehidupan. Jangan lihat dengan mata yang biasa sebaliknya pakai kaca mata 'curiosity'. Namun, jaga batas.

Dan sesi perkongsian kali ini kami matikan sekali lagi dengan hadis di atas supaya adik-adik terus maju ke depan. Ingat, walau dunia sentiasa berubah, ada satu perkara yang kita boleh kawal iaitu diri kita. Jangan salahkan takdir kita dilahirkan bila, dilahirkan lelaki atau perempuan tapi terima hakikat dan berusaha ke hadapan!

Jika ada sekolah-sekolah ingin memanggil kami berkongsi pengalaman atau motivasi kepada pelajar, boleh PM kami. Tiada bayaran akan dikenakan. Kenapa kami buat ini secara percuma? Sebab kami yakin, untuk menjadikan rakyat Malaysia mempunyai budaya-budaya positif seperti di Jepun dan cara yang paling senang ialah dengan membina anak-anak muda.

Sumber: Keiken Talk


from The Reporter https://ift.tt/2r9qdkc
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2Ftz2tb
via IFTTT

'Please bring back Uber in Malaysia' - Netizen


Baru 21 hari perkhidmatan Uber dihentikan secara rasmi pada 8 April lalu, namun di media sosial semalam ada netizen yang mahukan perkhidmatan Uber dikembalikan. 

Tweet yang dimuat naik Umar Hafiz itu mendapat banyak reaksi netizen dan dikicau semula 3,709. 

Ramai yang mengadu kadar tambang yang dikenakan oleh Grab terlalu mahal berbanding Uber. Meskipun ada segelintir netizen yang menyarankan perkhidmatan My Car, namun ia belum mampu menawan hati pengguna. 

"Kan! Grab overly mahal for me. Dulu Uber from my house to my mom's workplace RM10 saja. Ubar RM15," - @Ana

"Lemme recommend MyCar bro. Semua ex driver Uber ke sini. Only the development of the apps kureng sikit. Location pin point way accurate than Grab and mostly Malaysian oriented services. Also #SapotLokal" - @ariff_balang


"Tapi mycar mahal. Haritu aku guna from campus nak pergi KTM sampai RM10. Grab hanya RM5. 

Bagi @AizalFazly, Uber menggunakan sistem seperti perkhidmatan teksi di mana jika jalan raya sesak atau mengikut jalan jauh, penumpang akan dikenakan caj tambahan. Berbeza dengan Grab yang sudah menetapkan harga tetap dan jika ada penambahan pun, caj tol sahaja. 

Bagaimanapun, ada yang tidak bersetuju dengan pandangannya @AizalFazly. 

"Uber already adopted the fixed price system. You're missing the bigger picture here. No competition = Monopoly = higher prices. We want Uber back because competition was what was driving the price down and bringing promos," - @sooohaib


"Agree! Kalau aku minister of transportation, aku akan wujudkan balik Uber tu. Makin lama makin complicated duk Malaysia ni," - @TheHawaJaafar


from The Reporter https://ift.tt/2HD2Sl9
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2vXLBh5
via IFTTT

Sunday, 29 April 2018

Parah ditikam pisau pemotong bawang


Lelaki parah ditikam dengan pisau pemotong bawang selepas penyewanya berang mangsa membuat bising dalam kejadian di Kampung Kolopis, di Penampang, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 11 malam itu, mangsa berusia 43 tahun yang bekerja sebagai anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) parah di perut dan kini menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE).

Difahamkan, kejadian disedari oleh rakannya lalu menghantar mangsa ke HQE sebelum melaporkan kejadian itu kepada polis.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, siasatan lanjut mendapati punca pergaduhan itu dipercayai selepas suspek menegur mangsa yang membuat bising.

"Suspek yang tidak puas hati lalu menikam mangsa di bahagian perut sebelah kiri dipercayai menggunakan sebilah pisau pemotong bawang yang diambil di tempat kejadian.

"Akibat tikaman itu, mangsa parah dan berada dalam keadaan kritikal," katanya ketika dihubungi.

Mohd Haris berkata, hasil siasatan dan risikan, suspek berusia 47 tahun yang juga penyewa rumah milik mangsa ditahan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, pada jam 3 pagi.

"Siasatan lanjut juga mendapati sebelum kejadian mangsa dan suspek bersama-sama meminum arak buatan sendiri atau tuak.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata," katanya.

Sumber: Harian Metro


from The Reporter https://ift.tt/2I0ghCZ
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2raqBxS
via IFTTT

'Bantulah kami supaya anak kami dapat meneruskan hidupnya'


Seorang ibu yang masih berada dalam pantang sanggup berulang-alik ke hospital setiap hari kerana tidak sanggup membiarkan bayinya yang berusia 27 hari menanggung derita masalah jantung, lapor Harian Metro

Ermal Ermiral Azhar, 29, yang masih lemah selepas melahirkan Nur Eliya Daruisha, pada 3 April lalu, tetap menguatkan semangat berulang dari kediaman ibunya di Perumahan Awam Seri Johor ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz. 

Suaminya, Muhammad Yusman Ab Rahman, 29, berkata, sejak Nur Eliya Daruisha dilahirkan, anak bongsunya itu hanya dalam Unit Rawatan Rapi Neonatal kerana terpaksa bergantung hidup sepenuhnya dengan mesin bantuan pernafasan.

“Bayi kami seberat 1.94 kilogram dilahirkan cukup bulan, namun dia mengalami masalah jantung berlubang dan saluran pernafasan sempit yang menyebabkan tumbesarannya tidak normal seperti bayi lain dan memerlukan mesin pernafasan untuk meneruskan hidup.

“Sejak lahir, badan bayi kami berselirat dengan wayar dan hanya minum susu badan isteri yang dimasukkan menerusi saluran daripada mulut ke perutnya,” katanya.



Menurut Muhammad Yusman, pakar menyarankan bayi mereka menjalani pembedahan segera bagi menyelamatkan nyawanya. Namun perlu menunggu berat bayi mencecah 2.5 kilogram. 

“Sebenarnya peluang anak kami tipis, namun jalan terbaik dengan melakukan pembedahan seberapa segera untuk menutup lubang jantung dan membesarkan saluran pernafasan sebaik beratnya mencukupi,” katanya.

Bagaimanapun, kos pembedahan itu dianggarkan RM150,000 adalah di luar kemampuannya yang bergaji RM1,350 sebulan sebagai mekanik bengkel. Mereka kini buntu dan berusaha mencari dana bagi membiayai kos pembedahan bayi mereka. 

“Pendapatan saya RM1,350 sebulan sebagai mekanik bengkel membaiki kenderaan hanya cukup untuk menyara kami empat beranak saja.

“Kami sudah berikhtiar meminta bantuan di Facebook, namun setakat hari ini hanya berjaya mengumpul RM4,600,” katanya.



Ermal Ermiral pula berharap dapat melihat bayinya hidup seperti anak orang lain dan memohon mana-mana pihak tampil membantu anaknya. 

“Saya harap rakyat Malaysia bantulah kami, tidak banyak sedikit pun memadai supaya anak kami dapat meneruskan hidupnya. Mohon doakan anak kami dapat diselamatkan,” katanya.

Orang ramai yang mahu membantu pasangan ini boleh berbuat demikian dengan menyumbang ke akaun Maybank 114384163269 atau BSN 1400341000030814 atas nama Ermal Ermiral.

Sumber: Harian Metro


from The Reporter https://ift.tt/2vXu74y
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2JBLQ3d
via IFTTT

(Video) 'Seronok tengok, ada yang menjerit dan bergaduh demi hujan duit' - Aliff



from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2I5i9dI
via IFTTT

(Video) Dendam mangsa buli


Seorang lelaki berusia 28 tahun ditahan pada petang Jumaat lalu selepas menikam tujuh pelajar sehingga hilang nyawa dan mencederakan 19 lagi pelajar yang lain dalam serangan menggunakan pisau, lapor Shanghaiist.

Dalam kejadian pada jam 6 petang Jumaat di sebuah sekolah menengah di Yulin, wilayah Shaanxi, suspek yang dikenali sebagai Zhao, telah menikam 5 pelajar perempuan dan 2 pelajar lelaki yang pada ketika itu baru sahaja tamat sesi persekolahan. 

19 mangsa yang cedera dihantar dan dirawat di hospital. Namun keadaan mereka yang terkini tidak diketahui. 

Difahamkan, suspek terdahulu pernah bersekolah di sekolah tersebut dan menjadi mangsa buli rakan sekelasnya.

Ketika disoal siasat, suspek menjelaskan dia berbuat demikian kerana dirinya masih berdendam dengan bekas rakan sekelas yang pernah membulinya sedekad lalu. 

Gambar-gambar kejadian itu viral di media sosial China dan netizen melancarkan kempen derma darah untuk membantu mangsa-mangsa yang terlibat. Kempen itu mendapat sambutan ramai, termasuk dari golongan artis. 





from The Reporter https://ift.tt/2JAzEQi
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2HBeTHG
via IFTTT

'Salmonella enteritis boleh menyebabkan keguguran' - Pakar nasihatkan ibu hamil elak makan telur separuh masak


Jika berada di kedai mamak atau kedai-kedai makanan yang lain, kebiasaannya tidak sah kalau tidak mengambil pesanan telur separuh masak sebagai santapan.  Keenakan rasa telur separuh masak itu menepiskan segala makanan lain yang terhidang. 

Namun begitu, di sebalik keenakan rasa tersebut, tanpa kita sedari makanan tersebut perlu dielakkan oleh ibu-ibu hamil, kanak-kanak bawah lima tahun, orang-orang tua dan mereka yang mempunyai kekebalan sistem imunisasi yang tidak kuat. Kita juga seringkali didedahkan dengan kebaikan telur separuh masak ini yang dikaitkan dengan protein dan tenaga.

Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Profesor Dr. Imelda Balchin menjelaskan dua sebab mengapa makanan tersebut perlu dielakkan oleh golongan-golongan ini. 

Berdasarkan penjelasannya yang dimuatnaik di dalam Facebook itu, dia juga menasihati agar sama-sama melindungi ibu hamil, anak-anak dan warga emas terutamanya sekali bila telur ayam mentah itu tidak disimpan di dalam peti sejuk.

RAMAI ibu yang hamil bertanya saya, kenapa saya nasihatkan mereka elakkan memakan telur mentah atau telur separuh masak. 

Hari ini saya nak bagi penjelasan kenapa ibu-ibu hamil, kanak-kanak bawah lima tahun, orang-orang tua dan mereka yang kekebalan immune system yang tidak kuat (penyakit HIV, diabetes yang tidak terkawal) tidak digalakkan memakan telur mentah atau telur separuh masak. Ada dua sebab mengapa makanan ini perlu dielakkan oleh golongan ini. 

PERTAMA, dari segi khasiat, telur yang dimasak sangat baik untuk kita, tapi telur yang mentah tidak boleh dihadam proteinnya dengan sepenuhnya. 

Bila kita makan telur masak, 90% protein boleh dihadam oleh usus manusia, tetapi bila kita makan telur mentah hanya 50% daripada protein telur mentah boleh dihadam. Dari segi khasiat, telur mentah itu tak elok untuk kita.

KEDUA, dari segi kuman penyakit, telur mentah ialah pembawa kuman bakteria salmonella. Bakteria ini didapati dari usus dan tahi ayam. Ia boleh masuk ke dalam telur semasa ayam bertelur dan sebelum kulit telur menjadi keras. Untuk mengelakkan pembiakan bakteria ini supaya tidak menjadi banyak, telur-telur mentah sepatutnya disimpan dalam peti sejuk, bukannya di atas rak kedai-kedai runcit. Bakteria Salmonela dihapuskan bila telur dimasak atau dipasteurkan. 

Orang dewasa yang kuat kekebalan imun mereka, boleh melawan bakteria ini, jika hanya sedikit sahaja bakteria Salmonela dimakan dengan telur mentah atau separuh mentah. Kebanyakan bakteria salmonella ini juga dihapuskan oleh acid di dalam perut. Hanya segelintir yang terlepas masuk ke dalam usus dan kemudiannya masuk ke dalam dinding usus. Di sini, bakteria yang mati akan melepaskan toksin di dalam dinding usus kita. 

Kita akan mulai rasa sakit dalam masa 6 hingga 72 jam selepas memakan telur yang mengandungi bakteria salmonella yang hidup. Toksin ini boleh menyebabkan keradangan dalam usus, sakit perut, demam, muntah-muntah dan cirit-birit selama 4 hingga 7 hari. Inilah penyakit Salmonela enteritis. 

Orang dewasa akan baik dengan sendiri tanpa rawatan sebab immune system kita akan melawan toxin. Antibiotik tidak mencepatkan kesembuhan penyakit ini sebab masalahnya ialah toksin yang dilepaskan. Sebab inilah doktor selalunya tidak memberi antibiotik untuk 'food poisoning'. Pesakit dinasihatkan minum air bersih banyak-banyak sehingga sembuh sendiri. 

Tetapi mereka yang immune system lebih lemah seperti ibu hamil (semua immune system wanita menjadi lemah semasa hamil untuk menghalang ibu melawan baka janin yang datangnya dari suami), salmonella enteritis boleh menjadi penyakit yang lebih teruk dan menyebabkan keguguran atau kematian janin. 

Jika ibu hamil mendapat salmonella enteritis, keguguran berlaku dalam 80% ibu hamil. Anak-anak kecil pula boleh mendapat sawan jika toksin sampai ke bahagian otak. Ini semua boleh dielakkan dengan memasak telur sebelum dimakan. 

Di negara barat, restoran tidak dibenarkan menjamu telur separuh masak, tapi kita di Malaysia santai saja order 'roti goyang', sebab memang sedap makan telur separuh masak. Undang-undang di negara kita tidak ketat seperti di negara barat, mungkin sebab kita belum lagi dapat Salmonela epidemic seperti di negara barat pada tahun 1970-1980-an di mana ramai kematian disebabkan Salmonela. Di Amerika masih lagi terdapat 30 kematian setahun disebabkan telur yang dicemari Salmonela. 

Jangan kata di Malaysia tak ada Salmonela. Di Malaysia, kajian ke atas ayam hidup menunjukkan yang 12 dalam 100 ayam membawa bakteria Salmonela. Kajian ke atas makanan mentah pula menunjukkan 39 dalam 100 sample daging ayam mentah mengandungi Salmonela dan 3 dalam 100 telur mengandungi kuman bakteria Salmonela. 

Kalau tak masak ayam betul-betul, boleh terjadi keracunan makanan yang teruk. Tidak ada restoran yang berani jamu ayam mentah, tidak ada siapa yang berani makan ayam separuh masak. Tetapi ramai suka makan telur separuh masak. Langkah berjaga-jaga jika hendak makan telur separuh masak ialah memastikan telur mentah itu di simpan dalam peti sejuk dan elakkan menjamu telur separuh masak kepada ibu hamil, kanak-kanak kecil dan orang tua-tua. 

Jadi dengan ilmu pengetahuan ini, kita mesti lebih bertanggungjawab untuk memberi nasihat yang baik supaya kita sama-sama melindungi ibu hamil, anak-anak dan warga emas kita, terutama sekali bila telur ayam mentah itu tidak disimpan di dalam peti sejuk. 







Prof Dr Imelda,
Pusat Perubatan Universiti Malaya,
Kuala Lumpur.


from The Reporter https://ift.tt/2vR0Yb0
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2HGOXWY
via IFTTT

Anak angkat tak guna, kebas RM20,000


Seorang pengusaha kantin mengalami kerugian RM20,000 selepas dianiaya oleh anak angkat yang dikutipnya dari tepi jalan. Mangsa yang pada awalnya bersimpati dengan mangsa yang hidup sebagai gelandangan, juga menyediakan rumah sewa buat lelaki itu. Malangnya, lelaki itu tergamak mengambil kesempatan dengan memukau mangsa. 

Menurut tweet yang dimuat naik oleh seorang lelaki yang merupakan tunang kepada anak perempuan mangsa, lelaki itu kini telah menghilangkan diri namun masih cuba mendapatkan wang dari mangsa, malah mengancam keselamatan keluarga mangsa. 

ASSALAMUALAIKUM, salam Jumaat. Minta kerjasama daripada semua. Kalau ada nampak jantan tak guna dalam gambar ini, beritahu aku. 

Dia ada ilmu pukau dan sekarang ini mangsa keadaan adalah keluarga tunang aku, hilang RM20,000 hasil niaga. Minta berhati-hati dan tolong viralkan. Area Kulai. 

Ceritanya begini. Lelaki dalam gambar itu sebenarnya budak gelandangan, tak tahu asal usulnya dari mana dan mak tunang aku terjumpa dia di tepi jalan. Disebabkan terlampau baik hati, mak dia kutip lelaki ini dan dijadikan sebagai anak angkat. 

Apabila dah dikutip menjadi anak angkat, mak dia dah mula sewakan rumah untuk anak angkatnya. By the way, keluarga tunang aku berniaga di kantin sekolah. 

Hampir tiga bulan dia bekerja di situ dan mak tunang aku semakin hari semakin berubah menjadi pendiam. Tetapi semua tak perasan lagi sebab diorang rasa mungkin mak kepenatan atau something else. 

Sampai di satu tahap, mak dia balik then duduk diam termenung seorang diri. Paling sedih bila mak dia sebulan langsung tak senyum dan kurang bercakap. Korang tak rasa pelik ke bila mak korang tiba-tiba jadi seperti itu? 

Semakin hari, perkara ini menjadi semakin serius. Jadi instint seorang anak terhadap ibunya, bila duit sebanyak RM20,000 lesap begitu sahaja. Rupanya lelaki itu yang menjadi dalang semua hal ini.

TUnang aku hantar mak dia pergi berubat dan benar, orang yang merawat itu kata mak dia kena pukau. Hampir sebulan mak dia dipukau dan baru dapat tahu. 

Selama ini lelaki itu menggunakan mak dia untuk mencuri duit beribu-ribu sampai kantin hampir bangkrap dan benda yang paling tak masuk akal, diorang dah buat laporan polis tetapi polis tak terima. Walaupun perkara ini memang tiada dalam akta tetapi ini soal keselamatan. Diorang dalam bahaya. 

By the way, lelaki itu sekarang masih mengacau keluarga tunang aku dan dia masih nak menggunakan cara yang sama untuk mencuri duit beribu-ribu sebab dia makin marah bila dia dah kena buang kerja. 

Sebab itu sekarang ini dia hilang entah ke mana. Tetapi aku tahu dia masih berada di kawasan Kulai lagi sekarang. 

So guys, tolong berhati-hati dengan lelaki ini. Kalau ada ternampak dia, tolong beritahu aku. Sekarang ini dia ugut dan mengancam keluarga tunang aku. Lelaki ini nak menculik, nak memusnahkan keluarga tunang aku dan segala benda yang bodoh. 

Kesimpulannya, jangan terlalu baik dengan orang yang kita tidak kenali. Kita tidak tahu mereka siapa dan akhirnya terkena begini. Anggaplah kejadian ini satu pengajaran. Itu saja. Terima kasih. 

Sumber: Fakhrun


from The Reporter https://ift.tt/2Fq8SI6
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2JCmaDA
via IFTTT
loading...