loading...

Wednesday, 30 November 2022

'Amerika akan dilanda mega tsunami pada 15 Mei 2023' - Time Traveller



Seorang pengguna TikTok yang mendakwa dirinya pengembara masa dari tahun 2,671 memberi amaran bahawa akan berlaku banyak peristiwa besar di bumi dalam tempoh enam bulan akan datang, termasuk 'mega tsunami' yang akan melanda Amerika Syarikat. 


Eno Alaric, yang juga dikenali sebagai @theradiantimetraveller, mempunyai lebih 122,000 pengikut di aplikasi tersebut memuat naik amaran mengenai peristiwa yang akan berlaku pada masa depan. 


Sebelum ini, Alaric pernah mengeluarkan amaran tentang planet berkembar dengan Bumi, kedatangan makhluk asing dan juga kewujudan portal ke dimensi lain. 


Tetapi kini, Alaric mengeluarkan amaran tentang lima peristiwa besar yang akan berlaku antara sekarang sehingga Mei 2023 membabitkan kes kehilangan pesawat dan bencana alam. 


"Ramai di antara anda yang masih tidak percaya bahawa saya adalah pengembara masa yang benar. Ingatkan lima tarikh utama ini. 


"14 November 2022, 10 orang akan menerima kuasa daripada tenaga matahari yang melampau. 30 November 2022, Teleskop James Webb menemui planet yang menyerupai Bumi. 


"12 Disember 2022, pesawat penerbangan yang dilaporkan hilang 12 tahun lalu akan muncul kembali dan tiada penumpangnya yang berusia. 


"6 Februari 2023, sekumpulan empat remaja menemui runtuhan purba dan peranti yang akan membuka pintu portal ke galaksi lain. 15 Mei 2023, mega tsunami 750 kaki (The Great Wave) akan melanda California, terutamanya San Francisco," katanya. 






Pendedahan individu itu mengundang pelbagai reaksi di media sosial. Namun majoriti netizen mendakwa Alaric terlalu banyak menonton televisyen. 


Sumber: TikTok



from The Reporter https://ift.tt/vocT6Cw
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/hZpFYaC
via IFTTT

Kuil ditinggalkan kosong selepas semua sami disahkan positif dadah

Foto hiasan sahaja


Sebuah kuil Buddha di Thailand telah ditinggalkan kosong tanpa sami selepas kesemua mereka gagal melepasi ujian saringan dan disahkan positif dadah, menurut seorang pegawai tempatan, semalam. 


Empat sami termasuk seorang ketua rahib di sebuah kuil di daerah Bung Sam Phan, wilayah Phetchabun, didapati positif dadah jenis methamphetamine pada Isnin, kata pegawai daerah, Boonlert Thinapthai kepada AFP. 


Difahamkan, kesemua sami berkenaan telah dibawa ke klinik kesihatan untuk menjalani pemulihan dadah. 


"Kuil itu kini tidak mempunyai sami dan penduduk kampung berhampiran bimbang mereka tidak boleh meneruskan sebarang aktiviti keagamaan (menyembah, menderma makanan kepada rahib sebagai perbuatan baik)," katanya. 


Tambah Boonlert lagi, lebih ramai sami akan dihantar ke kuil berkenaan bagi membolehkan penduduk kampung mengamalkan kewajipan agama mereka. 


Menurut Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Dadah dan Jenayah, Thailand adalah negara transit utama bagi pengedaran dadah jenis methamphetamine yang turut berleluasa di beberapa lokasi di Myanmar dan Laos. 


Bahan terlarang itu juga dikesan dijual di tepi jalan di mana pil dijual kurang daripada 20 baht (RM2.54). 


Sumber: AFP



from The Reporter https://ift.tt/1g8vkNZ
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/0oA4nwx
via IFTTT

Budak 7 tahun dibunuh gara-gara bapa jalin hubungan dengan isteri orang



Misteri kehilangan seorang kanak-kanak perempuan pada 17 November lalu terbongkar selepas polis mendapati mangsa telah diculik oleh jirannya sendiri. 


Pegawai Polis Ashish Jain berkata, mayat mangsa terdahulu ditemui oleh orang awam di kawasan hutan pada Isnin lalu, yang membawa kepada penahanan suspek. 


Ketika disoal siasat, suspek, Rajest Rajak, 31, mengaku telah menculik mangsa berusia tujuh tahun untuk membalas dendam terhadap bapa mangsa yang didakwa menjalinkan hubungan dengan isteri suspek. 


"Rajak mengaku dan mendakwa isterinya mempunyai hubungan sulit dengan jirannya. Dia cuba menghalang perhubungan itu diteruskan, tetapi gagal. 


"Suspek kemudian mengambil keputusan untuk membalas dendam dengan menculik anak perempuan kekasih isterinya. 


"Mangsa dirogol sebelum dibunuh dan mayatnya dicampak ke dalam hutan," katanya. 


Rajak akan didakwa di bawah Kanun Keseksaan India, Seksyen 376 (rogol) dan 302 (bunuh) dan Akta Perlindungan Kanak-Kanak daripada Kesalahan Seksual. 


Sumber: Hindustan Times



from The Reporter https://ift.tt/4JMUNPz
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/I0sFoJf
via IFTTT

Budak maut dihempap longgokan tiang elektrik



Seorang kanak-kanak lelaki maut manakala dua lagi rakannya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas dipercayai dihempap longgokan tiang elektrik di Kampung Belukar Changlun di Bukit Kayu Hitam dekat Kubang Pasu hari ini.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Sayani Saidon berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5.33 petang tadi.


“Pusat Gerakan Operasi Kedah menerima panggilan berhubung kejadian tiang elektrik terjatuh dan telah menghempap kanak-kanak. Dipercayai, ketiga-tiga mangsa telah bermain berdekatan tiang elektrik yang dilonggokkan di bahagian tepi jalan sebelum tiang berkenaan jatuh dan menghempap kesemua mangsa.


“Sebaik anggota bomba tiba, kesemua mangsa telah berjaya dibawa keluar oleh orang awam dengan menggunakan jengkaut. Dua mangsa yang tidak sedarkan diri telah dibawa ke Hospital Jitra manakala mangsa yang meninggal telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan malam ini.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Rodzi Abu Hassan yang dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan kesemua mangsa berusia antara 10 dan 11 tahun.


“Mangsa yang maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk proses bedah siasat manakala dua lagi mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian paha dan pinggang telah dibawa ke Hospital Jitra untuk rawatan lanjut,” katanya.


Sumber: Bernama



from The Reporter https://ift.tt/U26zbsp
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/9cOzGvQ
via IFTTT

Tuesday, 29 November 2022

(Video) Koyak tak diberi ruang untuk keluar, lelaki ludah kereta orang



Bengang tidak diberi laluan, seorang pemandu Perodua Myvi sanggup memberhentikan kenderaannya secara mengejut di laluan yang sibuk untuk memberi 'amaran' kepada mangsanya. 


Menurut sumber, kejadian itu berlaku pada jam 5.05 petang Selasa berdekatan dengan persimpangan Shah Alam.


Berdasarkan video dashcam yang dikongsikan, Razer memperlahankan kenderaannya apabila tiba di lokasi kejadian bagi memberi laluan kepada beberapa buah kenderaan yang mahu keluar dari simpang kiri. 


Bagaimanapun, Myvi yang dipandu oleh suspek dilihat teragak-agak untuk keluar menyebabkan Razer terus ke depan dan sempat memberi laluan kepada sebuah lagi Myvi di sebelah kiri kenderaan suspek. 


Razer kemudian meneruskan perjalanan dan secara tiba-tiba suspek mengejar dari belakang dan terus menghimpit serta memotong kenderaannya secara melulu, lalu brek mengejut di hadapan. 


Suspek keluar dari kenderaan dalam keadaan marah-marah dan melemparkan kata-kata yang tidak dirakam oleh dashcam sebelum meludah kereta pengadu dan beredar dari lokasi kejadian.


Video kejadian itu tular di media sosial dan netizen menganggap suspek tidak sepatutnya berbuat demikian.



"Kalau orang dah tak bagi tu, terima sajalah. Apa hal sampai keluar dari kereta macam kereta kena langgar? Malu weh!" kata Raja. 


"Baru naik Myvi dah berlagak. Orang berlagak macam ni takkan pernah dapat merasa naik kereta mahal," kata Muhd. 


"Buat malu weyh! Mesti owner main sorok-sorok sekarang, tak berani munculkan diri," kata Shah. 


Sumber: Facebook



from The Reporter https://ift.tt/0GLeUCz
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/pfboeQc
via IFTTT

Ibu tikam paha anak dengan pisau untuk halang mangsa keluar dari rumah



SINGAPURA - Seorang wanita didakwa di mahkamah kerana menikam anak perempuannya berusia 15 tahun di bahagian paha kerana kecewa mangsa kerap keluar rumah. 


Pihak pendakwaan berkata, ketika kejadian itu berlaku, tertuduh berada di bawah pengaruh alkohol dan bertindak menikam kaki mangsa untuk menghalangnya daripada keluar rumah.


Selain itu, tertuduh juga menggunakan beberapa objek lain seperti senduk besi dan kipas elektrik untuk memukul mangsa. 


Mangsa mengalami kecederaan serius dan telah dirawat di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak dari 20 Jun hingga 1 Julai dan kini berada di bawah jagaan ibu saudaranya. 


Semalam, 28 November 2022, tertuduh berusia 40 tahun berkenaan mengaku bersalah atas pertuduhan mencederakan mangsa menggunakan. 


Mengikut fakta kes, pada hari kejadian 20 Jun 2022, mangsa sedang bersiap untuk tidur. Tidak beberapa lama kemudian, dia didatangi oleh ibu yang mula memarahinya. 


Wanita itu kemudian bertanya kepada anak sulungnya berusia 21 tahun sama ada mangsa perlu dibunuh atau tidak. Tetapi tiada sebarang reaksi yang diterima dari anak sulungnya yang takut sekiranya tertuduh menyasarkannya.


Tertuduh kemudian pergi ke dapur  pada jam 1.37 pagi untuk mengambil pisau dan kembali lalu menikam paha kanan mangsa sehingga mengalami pendarahan. Mangsa turut mengalami kecederaan di bahagian lengan semasa cuba menghalang ibunya. 


Mangsa mengikat paha kanannya menggunakan baju. Tertuduh pula mengarahkan mangsa membersihkan kesan-kesan darah di lantai dan terus beredar ke dapur. Di kesempatan itu, mangsa segera melarikan diri ke bilik kakaknya untuk berlindung. 


Apabila tertuduh kembali dan mendapati kesan darah belum dibersihkan, dia menjerit dan meminta mangsa datang ke bilik untuk membersihkan kesan darah di lantai. 


Mangsa akur dan keluar dari bilik kakaknya. Sekali lagi mangsa dipukul oleh ibunya menggunakan pelbagai jenis objek tumpul. Mangsa merayu ibunya berhenti berbuat demikian, tetapi tidak diendahkan. Sebaliknya, tertuduh mengejek mangsa.  


Jiran yang terdengar kekecohan itu segera menghubungi pihak berkuasa. Tidak beberapa lama kemudian, polis tiba di di lokasi dan meminta wanita itu membuka pintu. 


Takut perbuatannya terbongkar, dia meminta anaknya bersembunyi di dalam bilik air. Malah, wanita terbabit turut menafikan berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini. Sebaliknya, anak sulungnya yang bercakap terlalu kuat. 


Selepas polis beredar, tertuduh kembali memukul mangsa sehingga puas dan meminta anak sulungnya merawat luka-luka yang dialami oleh mangsa. 


Dokumen mahkamah tidak mendedahkan apa yang berlaku seterusnya tetapi, tertuduh dikatakan telah menghubungi polis pada jam 3.20 pagi dan menjelaskan apa sebenarnya yang telah berlaku. 


Tertuduh kini berdepan dengan hukuman penjara selama tujuh tahun atas kesalahan mencederakan mangsa dengan sengaja menggunakan senjata. 


Sumber: Asia One



from The Reporter https://ift.tt/ThixC04
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/OMIGpRJ
via IFTTT

'Kalau dia tak salah, mengapa minta pengampunan? - Hadi pertikai kredibiliti Anwar sebagai PM



Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mempersoalkan kredibiliti Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri pada Jumaat lalu, sama ada Ahli Parlimen Tambun itu hanya sekadar cukup syarat atau sebaliknya untuk menjawat jawatan penting itu. 


Menurut Hadi, Anwar sebelum ini pernah menjalani hukuman penjara selepas mahkamah mendapati dia bersalah dan meminta pengampunan diraja selepas Pakatan Harapan (PH) menang PRU14. 


"Kita tak tahulah yang jadi ketua kerajaan minoriti ini cukup syarat ke tidak, tak tahu, bekas dihukum oleh mahkamah kerana kesalahan-kesalahannya dan diminta pengampunan. 


"Kalau dia tak salah, mengapa minta pengampunan? Ini boleh jadi ketua negara?


"Kemudian dalam ucapan-ucapannya pula nak tentang rasuah, nak tentang salah guna kuasa, nak tentang itu dan ini. Nak tentang perompak harta negara, tetapi sekarang ini cuba bersekongkol dengan mereka yang macam itu dalam kerajaan kerana nak mencukupkan jumlah. 


"Ini satu penipuan terhadap rakyat, rakyat mesti balas penipuan ini jangan biarkan. Ini satu kemungkaran yang besar. Kita mesti lawan," katanya memetik laporan dari Utusan Malaysia. 


Hadi berkata demikian semasa menyampaikan ceramah umum sempena PRU-15 DUN Tioman di Kampung Mentara, semalam. 


Dalam ceramahnya itu, Hadi turut mendakwa Kerajaan Perpaduan akan dikuasai oleh DAP di mana ada ahli UMNO yang tidak menyokong keputusan UMNO/BN menyertai kerajaan perpaduan sehingga tercetusnya kekecohan di kalangan ahli-ahlinya di seluruh negara. 


Sumber: Utusan Malaysia



from The Reporter https://ift.tt/3ybA2Yz
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/P3nX0CQ
via IFTTT

Isteri ajak anak bunuh & kerat mayat suami 22 bahagian kerana disyaki curang



Seorang lelaki dibunuh dengan kejam oleh isteri dan anak tirinya sebelum mayatnya dipotong 22 bahagian, lalu disimpan dalam peti sejuk sebelum dibuang ke beberapa kawasan berhampiran. 


Ketua Polis Jenayah Khas, Yadav berkata, pihaknya terdahulu menerima laporan dari orang awam pada 5 Jun yang memaklumkan penemuan anggota badan manusia di kawasan terpencil.


Bertindak di atas maklumat, sepasukan polis bergegas ke tempat kejadian dan menemui beberapa lagi anggota badan di kawasan itu seperti dua paha, lengan dan tengkorak.


Semakan kemudian mendapati, anggota badan yang ditemui itu adalah milik mangsa lelaki bernama Anjan Das. 


Susulan penemuan itu, polis telah memeriksa video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan menahan isteri mangsa, Poonam dan anak tirinya, Deepak untuk membantu siasatan.


Siasatan awal mendapati, Anjan Das telah hilang kira-kira enam bulan lalu dan kehilangannya tidak pernah dilaporkan oleh ahli keluarganya. 


Poonam dan Deepak kemudian mengaku telah membunuh Anjan kerana mengesyaki lelaki itu menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain. 


Selain itu, Poonam mendakwa keadaan rumah tangga mereka bertambah buruk apabila Deepak telah berkahwin dan Anjan dikatakan mempunyai niat jahat terhadap menantunya sendiri. 


Dua beranak itu kemudian memberi minuman keras yang dicampur dengan ubat tidur kepada Anjan pada 30 Mei. Sebaik saja tidak sedarkan diri, dua beranak itu mengelar leher mangsa dan ditinggalkan begitu sahaja sehingga darahnya berhenti mengalir. 


Mayat mangsa kemudian dikerat kepada 22 bahagian  dan disembunyikan dalam peti sejuk beku. 


Selepas mendapat pengakuan suspek, polis kembali mencari saki baki anggota badan mangsa. Namun, mereka hanya berjaya menemui enam bahagian anggota badan Anjan. 


Pada 2017, Anjan telah mendirikan rumah tangga berssama Poonam selepas kematian suaminya pada 2016 . Deepak merupakan anak kepada Poonam, hasil dari perkahwinan sebelum ini. 


Terdahulu, Anjan juga pernah mendirikan rumah tangga dan mempunyai lapan anak. 


Sumber: News Room Post



from The Reporter https://ift.tt/XuxWo8A
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/m0bRK8E
via IFTTT

Monday, 28 November 2022

'Orang baik' & 'orang jahat' tidak boleh duduk bersama - Pas tak menyesal tak sertai Kerajaan Perpaduan



Pas sebelum ini telah menyatakan pendirian untuk tidak menyertai Kerajaan Perpaduan yang diterajui oleh Pakatan Harapan (PH) dan nekad menjadi pembangkang untuk memastikan proses semak dan imbang berjalan dengan baik di Parlimen. 


Walau bagaimanapun, Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan kerajaan baharu tersebut bukanlah kerajaan perpaduaan, tetapi kerajaan campuran. Ini kerana kerajaan perpaduan perlu membabitkan semua parti. 


Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga menegaskan Perikatan Nasional (PN) tidak akan sesekali menyesal dengan keputusan untuk tidak menyertai kerajaan baharu itu walaupun mempunyai kerusi yang banyak. 


"Kita perlu hormat kepada parti utama, kita lihat rakyat sudah memberi mandat kepada PN, malah Pas saja menang 49 kerusi yang tertinggi. Bagaimanapun, apa yang rakyat nak tidak ada dalam kerajaan. 


"Tetapi, apa yang penting bagi kita ialah untuk menerima keputusan yang dibuat dan kami akan turun sebagai satu kumpulan yang teguh untuk bagi pandangan terbaik bagi kebaikan seluruh negara. 


"Kita akan memantau setiap satu komitmen dan manifesto kerajaan khususnya sewaktu yang dijanjikan ketika berkempen termasuk untuk mengecilkan kabinet. 


"Sesuatu yang mengejutkan apabila awalnya dia tolak 'penyamun', tetapi tiba-tiba berpakat dengan 'penyamun'. Malah, semua orang tahu ucapannya sering kali menghentam golongan yang dianggap makan rasuah dan melakukan penyelewengan, tetapi bagaimana mereka boleh bekerjasama," katanya. menurut laporan Harian Metro, 28 November 2022. 


Tambahnya lagi, 'orang baik' dan 'orang jahat' tidak boleh duduk bersama, tetapi pihaknya menerima keputusan pembentukan kerajaan hari ini selain bersedia menjadi pembangkang yang membina. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/eQhqp5F
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/1qk68FY
via IFTTT

Baru selesai tukar tayar, kontraktor maut, anak parah dirempuh lori



Malang tak berbau, seorang kontraktor dilaporkan maut dirempuh lori selepas selesai menukar tayar kereta di Kilometer 179.3 Lebuhraya Utara-Selatan, pagi semalam. 


Dalam kejadian yang berlaku pada jam 9.30 pagi itu, mangsa, Khaidzir Zainuddin, 59, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan, manakala anak bongsunya, Muhammad Ashraf, 22, parah dan tulang rusuknya patah. 


Siasatan awal mendapati, dua beranak itu dalam perjalanan ke Pengerang, Johor dari Kuala Lumpur atas urusan kerja. Namun, tayar kereta Mercedes yang dinaiki mereka pancit dan terpaksa berhenti di lokasi tersebut untuk menukar tayar. 


Selesai menukar tayar ganti, kedua-dua mereka berkemas dan tiba-tiba sebuah lori tunda yang berhenti di belakang kereta mereka dilanggar sebuah lori yang datang dari arah sama. 


Pelanggaran itu menyebabkan lori tunda itu melanggar dua beranak terbabit yang ketika itu berada di bonet kereta dan tercampak ke tepi lebuhraya. 


Pemandu lori tunda turut mengalami kecederaan apabila terperosok ke bawah lori berkenaan. Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Tangkak, Johor untuk tindakan lanjut. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/LWKlhD2
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/AkR2Ioi
via IFTTT

Saturday, 26 November 2022

Zahid nafi BN akan sokong PN tubuh kerajaan persekutuan, Ahli Parlimen BN ingkar parti akan 'auto' hilang kerusi



Walaupun ramai yang menggesanya meletak jawatan susulan kekalahan teruk di PRU15, Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya tidak pernah berunding dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk menyokong Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan persekutuan. 


"Kesemua ahli Parlimen BN yang memenangi PRU15 (telah) menandatangani akujanji dan memberi mandat kepada saya selaku Presiden untuk menentukan apa-apa gabungan politik dalam penubuhan kerajaan. 


"Sehubungan ini, mana-mana Ahli Parlimen yang melanggar arahan parti akan mengakibatkan pelepasan keahlian parti termasuk kerusi parlimen, selaras dengan undang-undang larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti seperti yang termaktub di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan," katanya. 


Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin pula membalas kenyataan itu dengan menjelaskan beliau tidak ada menyebut BN akan menyertai gabungan bersama PN untuk membentuk kerajaan persekutuan. 


Sebaliknya dia hanya menyebut, ada beberapa orang ahli Dewan Rakyat yang akan memberi sokongan kepada PN, tanpa menamakan ahli berkenaan daripada gabungan mana. 


Jelasnya lagi, tidak salah sekiranya ahli Parlimen BN menyatakan sokongan terhadapnya sebagai perdana menteri kali kedua. 


"Bagi saya, itu kenyataan dia. Tapi kalau ikut Perlembagaan, kata-kata ahli parlimen, tak kata dari parti mana ke, secara individu boleh, secara berkumpulan dan parti mereka boleh. 


"Tapi kalau ada antara lain ke, ahli-ahli parlimen yang buat keputusan untuk sokong saya, itu hak ahli parlimen. Ini bersandarkan perlembagaan negara," katanya. 


Sumber: Harian Metro, MalaysiaKini



from The Reporter https://ift.tt/HPWLZMv
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/GJeFAm7
via IFTTT

Akaun Twitter Trump dikembalikan, raih 1.9 juta followers



Akaun Twitter Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump semakin pantas mengumpul pengikut dengan 1.3 juta pengikut baharu direkodkan dalam tempoh 40 minit sahaja, lapor Sputnik.


Pada Sabtu, Twitter menarik balik sekatan terhadap akaun Trump yang disekat sejak tahun lalu berikutan peristiwa 6 Januari 2021 di Capitol AS.


Akaun Twitter @realDonaldTrump kini mempunyai lebih 1.9 juta pengikut, walaupun Trump sendiri belum menulis sebarang ciapan baharu.


Sebelum ini, akaun itu hanya mempunyai lebih 320,000 pengikut.


Ketika akaun Trump disekat pada 8 Januari 2021 akaun itu mempunyai hampir 90 juta pengikut.


Trump disekat daripada Twitter dan Facebook selepas kejadian rusuhan Capitol pada 6 Januari 2021.


Platform berkenaan menganggap hantaran Trump mempunyai kaitan dengan insiden berkenaan dan melanggar dasar mereka.


Bekas presiden itu kemudiannya melancarkan rangkaian sosial baharu Truth Social bagi melawan tapisan Big Tech dan melindungi hak kebebasan bersuara.


Sumber: Bernama



from The Reporter https://ift.tt/QciWm4h
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/9G0K18d
via IFTTT

Thursday, 10 November 2022

Lebuhraya AKLEH & DUKE akan ditutup pada 12-13 Nov ini untuk marathon KLSCM, polis nasihat gunakan LRT & Bas Rapid



Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), antara jalan utama akan ditutup sempena larian Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2022 pada Sabtu (12 Nov) dan Ahad (13 Nov) ini.


Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata acara larian bertaraf antarabangsa itu, dijangka menarik penyertaan kira-kira 20,000 peserta dari dalam dan luar negara, melibatkan empat kategori iaitu 5 kilometer (km), 10km, 'half marathon' (21km) dan 'full marathon' (42km).


"Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur akan membuat penutupan dan lencongan bagi jalan-jalan terlibat dengan larian, bermula 3 pagi (12 Nov). Penutup dan pembukaan semula jalan akan dilakukan berperingkat dan dijangka dibuka sepenuhnya sekitar 11 pagi Ahad," katanya dalam kenyataan pada Selasa.


Jalan yang akan ditutup pada Sabtu (12 Nov) bagi 5km dan 10km adalah Jalan Raja di Dataran Merdeka bermula 12 tengah malam, manakala Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), Jalan Dang Wangi, Jalan Ampang (pusat bandar), Jalan P. Ramlee dan Jalan Kuching menuju Bulatan Dato Onn akan ditutup pada 5.30 pagi.


Jalan Parlimen bagi kedua-dua arah; Jalan Kinabalu menuju Bulatan Dato Onn; Jalan Cenderawasih ke Jalan Lembah; dan Bulatan Hishammuddin ke Jalan Raja akan ditutup 6 pagi.


Jalan yang akan ditutup jam 3 pagi pada Ahad (13 Nov) bagi 21km dan 42km adalah bulatan Dato Onn ke Jalan Tun Perak/Jalan Raja Laut; Jalan TAR ke Jalan Tun Perak; Jalan Lebuh Ampang ke Jalan Tun Perak; Jalan Tun Perak ke Bulatan Dato Onn; dan Jalan TAR dari Chow Kit ke Dataran Merdeka.


Selain itu, Jalan Raja Laut ke Jalan Sultan Ismail; Jalan Kuching ke Jalan Sultan Ismail dari arah utara dan selatan; Jalan Sultan Abdul Aziz dari arah Sentul ke Jalan TAR; Jalan Pahang dari Bulatan Pahang ke Jalan TAR; Jalan Raja Muda Abd Aziz dari Chow Kit ke persimpangan Jalan Raja Abdullah.


Jalan Raja Abdullah kedua-dua hala hingga Jalan Sultan Ismail; sepanjang Jalan Sultan Ismail bagi kedua-dua hala; Jalan P. Ramlee ke Jalan Pinang dan Jalan Raja Chulan; Jalan Bukit Bintang dari arah Jalan Tun Razak; Jalan Raja Chulan ke Jalan Bukit Bintang; dan Jalan Perak ke Jalan P. Ramlee dan ke Jalan Sultan Ismail.


Beliau berkata turut ditutup ialah Jalan P. Ramlee ke Jalan Ampang; Jalan Tun Razak ke Jalan Ampang dari Bulatan Kampung Pandan; Jalan Tun Razak ke Jalan Ampang dari arah Institut Jantung Negara (IJN); Jalan Ampang dari arah Ampang ke KLCC; dan Jalan Ampang Hilir ke Jalan Ampang ke Jelatek.


Selain itu, turut ditutup jam 3 pagi ialah dari Persimpangan Jalan Ampang/Jalan Tun Razak sehingga ke persimpangan Jalan Jelatek; dan Jalan Kinabalu ke Bulatan Dato Onn dari arah MasjidNegara.


Lebuhraya AKLEH dan DUKE akan ditutup jam 11 malam (12 Nov) manakala jalan yang ditutup jam 5.30 pagi (13 Nov) ialah Jalan Kuching menuju ke Cheras (kenderaan dilencongkan ke arah lebuhraya DUKE arah Ampang).


Jalan lain ialah Bulatan Segambut dari arah Jalan Sultan Azlan Shah dan Jalan Tuanku Abd Halim ditutup ke pusat bandar; Jalan Tun Razak ke Jalan Kuching pusat bandar berhampiran WTC dan Jalan Kinabalu ke Bulatan Dato Onn dari arah Masjid Negara.


Beliau menasihatkan orang ramai yang menyertai larian itu untuk menggunakan pengangkutan awam yang disediakan seperti Transit Aliran Ringan (LRT) dan Rapid bas.


Orang Ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan ataupun maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau layari laman sesawang Facebook Polis Kuala Lumpur dan JSPT Kuala Lumpur.


Sumber: Bernama



from The Reporter https://ift.tt/3SsTj41
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/fYOh4Fy
via IFTTT

(Video) 'Inilah puak² 50 ringgit, siap halang lalu lintas macam mak bapak dia punya jalan!' - Rakyat bengang dengan 5 rider berlagak jadi Marshal PH



Tindakan sekumpulan penunggang motosikal yang membawa bendera Pakatan Harapan (PH) berlagak sebagai 'marshal' dan menghalang kenderaan lain meneruskan perjalanan di persimpangan lampu isyarat mengundang kemarahan rakyat. 


Dalam video kejadian yang tular di media sosial itu, pengadu meluahkan rasa bengangnya terhadap tindakan tidak bertanggunjawab kumpulan terbabit. 


"Berhentilah! Lampu isyarat merah pun diorang tak berhenti. Inilah dia puak-puak 50 ringgit, siap halang lalu lintas, macam mak bapak dia punya jalan! 


"Anak haram! Ini semua puak-puak 50 ringgit! Dengan dia punya boss sekali, siap halang lalu lintas. Macam mak bapak dia punya jalan! Anak haram, anak anjing!" kata pengadu. 


Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, DCP Ahmad Dzaffir Yusoff berkata, pihaknya telah mengenal pasti kejadian itu berlaku di persimpangan lampu isyarat Taman Desa Dahlia, Senawang, kelmarin. 


Siasatan awal mendapati, lima penunggang motosikal didapati bertindak sebagai pengiring atau marshal dalam konvoi tersebut dan menghalang laluan kenderaan orang awam bagi memberi laluan kepada lapan kenderaan sebuah parti politik. 


"Pada jam 6.47 petang Isnin lalu,tular satu rakaman berdurasi 31 saat memaparkan sekumpulan penunggang motosikal menghalang dan mengganggu kelancaran lalu lintas serta pengguna jalan raya lain yang melalui jalan itu," katanya. 


Polis kini sedang mengesan lima penunggang terbabit untuk membantu siasatan dan jika didapati bersalah akan dikenakan tindakan undang-undang. 



Sumber: Berita Harian



from The Reporter https://ift.tt/5Ge8b3g
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/7JfqGRW
via IFTTT

'Saya yang kena cari sendiri kerusi untuk bertanding' - KJ dakwa pucuk pimpinan tinggalkannya begitu saja



Calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin, mengakui dia terpaksa mencari sendiri kerusi untuk bertanding kerana dia ditinggalkan begitu sahaja.


Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini mendedahkan, Khairy sendiri yang meminta bertanding di kerusi itu meskipun tahu kawasan itu merupakan kubu kuat PKR. 


Baca: 'Dia (Khairy) yang minta bertanding di Sungai Buloh' - Zahid Hamidi nafi dakwaan UMNO cuba tamatkan karier politik KJ


Menurut Khairy, dia tidak mempunyai pilihan memandangkan pucuk pimpinan parti tidak memberi sebarang isyarat kepadanya untuk pergi ke mana-mana kawasan, selepas kerusi yang disandangnya di Parlimen Rembau, terpaksa diserahkan kepada Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan yang mahu menukar anginnya ke Parlimen. 


"Saya yang kena usaha sendiri untuk dapatkan kerusi (Parlimen) sebab sudah tiada kerusi lain yang kosong. 


"Saya tiada lagi pilihan sebab pucuk pimpinan parti pun tidak memberi apa-apa isyarat kepada saya untuk pergi ke mana-mana kawasan dan saya ditinggalkan begitu saja. 


"Saya tahu saya kena keluar dari kawasan Parlimen Rembau. Jadi, pada waktu itu saya kena buat sesuatu untuk diri sendiri dengan ambil inisiatif berjumpa dengan Noh Omar, memandangkan bilangan kerusi kosong sudah tidak banyak. 


"Hasil perbincangan dengan Noh Omar, beliau mengesyorkan saya datang ke Selangor dan berjumpa dengan Presiden MIC untuk minta tukar memandangkan Sungai Buloh ini dulu kawasan MIC. 


"Untuk kata saya minta (kerusi Sungai Buloh), dalam konteks itu ya tetapi saya yang kena usaha sendiri untuk mendapatkannya sudah tidak ada kerusi lain," katanya. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/XwrsLyu
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/FsTfWne
via IFTTT

(Video) 'Bila saya cakap tentang korupsi, awak terus nak beredar' - Netizen tergelak tengok makcik ini buat calon BN menggelabah



Jika di media arus perdana, video seperti ini mungkin tidak akan disiarkan atas sebab-sebab tertentu bagi menjaga kepentingan masing-masing. 


Tular di media sosial hari ini, video seorang wanita bernama Karen dikatakan telah membuat calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Segambut 'menggelabah' apabila diajak berbicara mengenai isu korupsi. 


Dalam video yang dirakamnya sendiri, Karen berkata pada penghujung harinya kelak rakyat Malaysia perlu keluar mengundi untuk memilih pemimpin pilihan masing-masing dan juga untuk generasi masa depan. Selain itu, menghapus gejala rasuah yang masih berlaku di dalam negara. 


Belum sempat menghabiskan ayatnya, calon berkenaan menyampuk dan berkata, "Kita tidak mahu gejala rasuah, kita mahu kerajaan yang adil dan stabil agar pelabur berminat untuk datang melabur di negara ini. 


"Dalam masa yang sama akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan. Ekonomi juga akan meningkat dan apabila ekonomi meningkat akan membawa kesejahteraan kepada rakyat," tegasnya. 


Bagi Karen, semua kata-kata calon berkenaan kedengaran bagus dan meminta calon itu bertanya kepada BN sendiri apa yang pihaknya telah lakukan untuk Malaysia sepanjang lebih 50 tahun tempoh pemerintahan. 


"Awak tanya pada BN apa yang mereka telah lakukan sepanjang lebih 50 tahun pemerintahan. Kita telah banyak kehilangan wang..." sekali lagi belum sempat Karen menghabiskan kata-katanya, calon BN itu mencelah. 


"Puan, puan.. kali ini puan kena memilih dan mengundi siapa yang puan mahukan. Saya dengan Barisan Nasional dan di sini kerusi Parlimen Segambut. Saya cuba berkhidmat untuk rakyat, beri peluang dan saya akan cuba sebaik mungkin untuk memberi perkhidmatan mengikut kemampuan saya. 


"Tetapi saya tidak boleh menjanjikan bulan dan bintang sebab saya juga terbatas. Saya bukannya seperti calon lain yang menjanjikan segalanya. Saya hanya melakukan mengikut kemampuan saya. 


"Sebab masa saya muda, mak saya kata kalau saya tak boleh melakukan sesuatu, jangan berjanji. Apabila awak berjanji, awak akan hilang reputasi, keyakinan dan kepercayaan orang terhadap awak, imej awak dan rasa hormat orang terhadap awak. Keimanan saya juga akan hilang. 


"Jadi hari ini saya mengikut prinsip kehidupan sedemikian yang saya pelajari daripada ibu bapa saya," jelasnya. 


Karen juga berkongsi mengenai nasihat ibu bapanya iaitu, "Ibu bapa saya juga mengajar saya jangan mencuri wang rakyat, jangan mencuri barang. Tetapi di Malaysia ada pemimpin yang korup. 


"Apabila saya bercakap mengenai isu korup, kamu terus mahu beredar macam itu sahaja," katanya dengan nada kecewa. 



Video itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang kagum dengan keberanian Karen mengajukan soalan sedemikian kepada calon sehingga membuatkan lelaki itu menggelabah. 




Apa kata anda? 


Sumber: Twitter KlutzyKucing



from The Reporter https://ift.tt/nW4OuI9
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/FNfkPoe
via IFTTT

(Video) ‘Beza orang buat content berilmiah berbanding tiada pengisian’ - Netizen banding beza cara 2 Nurul berkempen di media sosial



Trending di Twitter Malaysia di mana netizen sedang hangat membincangkan mengenai dua personaliti politik yang juga merupakan anak kepada presiden parti politik. 


Nama Nurul Izzah Anwar, 42, trending di platform Twitter di mana netizen memuji kempen politiknya di Pilihan Raya Umum Ke 15 (PRU15) kali ini di media sosial yang menyentuh  mengenai isu semasa dan kepentingan rakyat turun mengundi. 


Dalam masa sama, netizen juga membanding-bezakan cara Nurul Izzah dengan Nurulhidayah Ahmad Zahid, 43, berkempen. 


Dalam video yang dikongsikan, Nurulhidayah dilihat memilih menggunakan lagu Haqiem Rusli - Mimpi, yang merujuk kepada mimpi indah bersama Barisan Nasional (BN) berbanding mimpi ngeri bersama Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).


Berbeza dengan Nurul Izzah, beliau menjelaskan pentingnya rakyat turun mengundi kali ini kerana kos sara hidup yang semakin meningkat tidak setara dengan gaji yang diterima, menuntut sistem pendidikan yang lebih baik, menuntut perlindungan hak dan kebajikan pekerja serta beberapa lagi isu-isu lain. 



REAKSI NETIZEN


"Berbeza orang buat content berilmiah dan mencapai objektif berbanding yang tiada pengisian. Saya komen dari perspektif ilmiah, bukan politik," kata Ikhazimin. 


"Maaf cakap. Serius try nak tengok habis video anak Zahid. Tapi baru start part tangan kat muka tu terpaling menyirap pula rasanya. Beza tau orang ada ilmu dengan orang tak ada akal," kata Nurul Ain. 


"Nak undi Nurul Izzah je because she's briliant. Nurul yang lagi satu tu how I wish you can live in a year in bottom B40 salary, in Kuala Lumpur without the help from your parents," kata Anne Nazrin. 


"Dia rupanya. I never really pay attention dengan benda-benda cringe, so aku flash-scroll je. The Nurul Izzah one worth my time to watch," kata Paina. 




Apa pandangan anda?


@dnznurul Pleaseee.. tak nak mimpi lagi ⚖️💙 #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #barisannasional #bagandatuk #p075bagandatuk ♬ Mimpi - Haqiem Rusli
@n_izzah_anwar Kenapa anda perlu mengundi? 🇲🇾 #VersiTehTarikGolek #fyp #fypã‚· #KitaBoleh #BalikUndi ♬ SWIPE - ALYPH

Sumber: Twitter



from The Reporter https://ift.tt/CKiNXTd
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/RK9oj0G
via IFTTT

'Dia (Khairy) yang minta bertanding di Sungai Buloh' - Zahid Hamidi nafi dakwaan UMNO cuba tamatkan karier politik KJ



Sejak diletakkan sebagai Calon UMNO untuk bertanding di kerusi Parlimen Sungai Buloh, ramai yang meramalkan tindakan UMNO itu dilihat sebagai usaha untuk mematikan karier politik Khairy Jamaluddin kerana kawasan itu merupakan kubu kuat PKR. 


Tidak dinafikan juga, ramai yang terkejut dan menjangka bekas penyandang kerusi Parlimen Rembau itu akan mengalami kekalahan teruk pada 19 November ini. 


Pada PRU14 yang lalu, calon PKR di Sungai Buloh berjaya mendapatkan lebih 26,000 majoriti dan sekali gus memberi isyarat bahawa penduduk di Sungai Buloh lebih percaya kepada perjuangan parti yang diketuai oleh Anwar Ibrahim. 


Baru-baru ini, Khairy memohon penduduk di kawasan itu mengundinya pada PRU15 ini dan jika menang, Sungai Buloh akan diwakili oleh dirinya yang bakal menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri di masa akan datang, tanpa memberikan garis secara jelas. 


"Kalau saya menang di sini, kalau orang Sungai Buloh menangkan saya, Sungai Buloh bukan hadnya. Saya akan bawa orang Sungai Buloh, satu hari nanti kita pimpin Malaysia, insya-Allah. 


"Satu hari nanti saya nak pimpin UMNO, satu hari nanti saya nak jadi perdana menteri anda. Tetapi bukan sekaranglah, umur saya 46 tahun, boleh tunggu," katanya. 


Hasrat Khairy itu diketahui oleh Ismail Sabri Yaakob yang juga tidak menafikan bahawa pemimpin muda itu sememangnya layak menjadi PM satu hari nanti. Tetapi bukan pada masa ini. 


Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin, turut yakin dengan kepimpinan Khairy itu yang dilihat mampu memimpin UMNO ke arah yang lebih baik dan seterusnya menjadi perdana menteri. 


Bagaimanapun, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, keputusan untuk meletakkan Khairy sebagai calon di kerusi Parlimen Sungai Buloh adalah atas permintaan Khairy sendiri.


"Dia (Khairy) yang minta. Dia meminta kerusi (Parlimen Sungai Buloh) itu diberikan kepadanya. Sebab itu saya sokong dia ke Sungai Buloh."


Kenyataan Zahid itu sekali gus menyangkal dakwaan kononnya UMNO mahu mematikan karier politik pemimpin muda berkenaan walaupun tahu kawasan itu merupakan kubu kuat pembangkang.



Dalam masa sama, Zahid enggan menggulas mengenai dakwaan yang mengatakan dirinya bakal menjadi Perdana Menteri jika BN berjaya memenangi PRU15 ini. 


Media: "As a future prime minister..." 


Zahid: "Aaahhhh! Itu bergantung dengan pilihan raya umum yang seterusnya..." 


Sumber: MalaysiaKini, MyNewsHub



from The Reporter https://ift.tt/hmf74OH
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/yxQkgu8
via IFTTT

Wednesday, 9 November 2022

(Video) Baby Shima muat naik video 'panas', dikelilingi 3 lelaki berseluar pendek ketat undang rasa kurang senang netizen



Dua usahawan kontroversi iaitu Aliff Syukri dan Vida sebelum ini telah dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan memuat naik video sumbang pada April lalu., susulan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerima aduan daripada rakyat yang berasa kurang senang dengan video tersebut.


Aliff mengambil keputusan untuk membuat pengakuan bersalah dan reda dengan tindakan undang-undang yang dikenakan terhadapnya. Berbeza dengan Vida yang dilaporkan tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu kerana masih perlu meneliti pertuduhan yang dikenakan. 


Dan terkini, penyanyi Baby Shima pula memuat naik video di akaun Instagramnya menunjukkan dirinya dikelilingi tiga penari lelaki memakai seluar pendek ketat yang bukan sahaja mendedahkan aurat, malah menonjolkan bahagian-bahagian yang tidak sepatutnya, mengundang rasa kurang senang netizen kerana ia bertentangan dengan budaya masyarakat negara ini.


Sedar video seperti itu akan mengundang kecaman, penyanyi berkenaan bertindak menutup ruang komen dan menjelaskan bahawa muzik video tersebut hanya untuk pasaran di Indonesia sahaja. 


"Dah release guys!! Musik video Sejenak Sendiri ini boleh kalahkan penari Dato Aliff Syukri tak?? Ini untuk market Indonesia ya," tulisnya. 



Bagaimanapun, klip video tersebut dikatakan tiada kaitan dengan muzik video lagu tersebut. Tindakan penyanyi berkenaan memuat naik video 'panas' itu hanya sekadar untuk menarik perhatian netizen untuk membuat carian di YouTube dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan tontonan dari Malaysia. 


Sumber: IG Baby Shima



from The Reporter https://ift.tt/RFiKUTC
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/wvFzTPt
via IFTTT

'Mereka bunuh cucu saya depan mata kami!' - Wanita ditembak mati oleh polis sebanyak 17 kali



Seorang wanita di North Caroline berusia 22 tahun maut ditembak 17 kali di depan mata datuk,  nenek, dan anak perempuannya berusia dua tahun, selepas anggota polis bertindak balas terhadap panggilan kecemasan yang melaporkan kemungkinan berlaku kes pecah rumah.


Mangsa, Jada Johnson juga disahkan positif dadah pada waktu kejadian  pada 1 Julai lalu, menurut laporan bedah siasatan dan toksikologi yang dikeluarkan pada Selasa. 


Salah satu peluru dilaporkan telah menembusi bahagian kanan kepala mangsa, menyebabkan kulit kepalanya cedera,  otak dan tengkoraknya, dedah laporan itu. Selain itu dia turut mngalami beberapa kesan luka tembakan di lengan kanan, lengnan kiri, bahu, pinggul dan badan kanannya. 


Laporan tersebut mengesahkan bahawa Johnson mati akibat dibunuh. 


Laporan toksikologi turut mendedahkan Johnson berada di bawah pengaruh 0.32 mg dadah jenis methamphetamine dan memiliki pil yang tidak diketahui jenisnya yang ditemui dalam beg plastik dalam dirinya. 


Mengikut kronologi kejadian, pada jam 10 malam 1 Julai 2022, anggota polis Fayetteville tiba di rumah tersebut yang terletak di Colgate Drive. 


Anggota polis dimaklumkan bahawa berkemungkinan rumah itu baru saja dipecah masuk oleh penjenayah. 


Datuk mangsa, Rick Iwanski memaklumkan, cucunya menghidap penyakit mental dan baru sahaja dibenarkan keluar dari hospital selepas mengalami krisis kesihatan mental. 


"Johnson fikir mereka (anggota polis) berada di sini untuk membunuhnya dan akhirnya mereka betul-betul membunuh cucu saya di depan mata kami," katanya yang kecewa. 


Jelas Iwanski lagi, Johnson cuba memulihkan dirinya selepas hubungannya bersama  teman lelaki mengalami masalah. Pada malam kejadian, cucunya percaya bekas teman lelakinya cuba masuk ke dalam rumah itu untuk membunuhnya. 


"Dia fikir bekas teman lelakinya datang untuk membunuhnya," katanya. 


Bagaimanapun, anggota polis yang berada di lokasi menganggap sebaliknya dan terus menahan dan memukul Johnson, manakala seorang lagi rakan setugasnya menembak Johnson beberapa kali di hadapan keluarganya. Pistol dipegang Johnson dirampas dalam pergelutan menyebabkan beberapa das tembakan dilepaskan. 


Selepas kejadian itu, anggota Polis Zacharius Borom dan Sarjan Timothy Rugg telah diberi cuti bergaji sementara siasatan sedang dijalankan. 


Tetapi Iwanski mempertikaikan pihak polis dan menegaskan dua anggota terbabit tidak diancam secara lisan dan pistol yang dipegang anaknya ketika itu juga sudah dilepaskan dan tiada keperluan untuk menangani kes itu menggunakan kekerasan yang berhubung dengan kematian Johnson. 


Sementara itu, Penolong Ketua Pilis, James Nolette dari Jabatan Polis Fayetteville berkata, dua anggotanya sudah cuba memujuk Johnson lebih dari sejam, untuk meletakkan senjata. 


Polis menyerahkan kes itu kepada Biro Siasatan Negeri Caroline Utara untuk siasatan lanjut. 


Siasatan Biro Siasatan Negeri pula mendedahkan, Sarjan Rugg cuba melucutkan senjata Johnson ketika mangsa pergi minum air sambil memegang pistolnya di bawah lengan dan berlaku beberapa siri pergelutan di antara mereka. 


Sekali lagi, Iwanski menegaskan tiada sebarang pergelutan yang berlaku ketika itu. 


Anggota Polis Borom pula didedahkan melepaskan tembakan dan membunuh Johnson yang didapati cuba melarikan diri dari Sarjan Rugg.


Sumber: Daily Mail



from The Reporter https://ift.tt/YQVk78v
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/sEnIqZX
via IFTTT

Ilmuwan beri gambaran bentuk badan manusia pada tahun 3,000 akan berubah & otaknya mengecil



Sekumpulan ilmuwan di Toll Free Forwarding memberi gambaran bentuk tubuh manusia yang diramal akan mengalami perubahan drastik pada tahun 3,000. 


Gambaran manusia yang diberi nama Mindy ini telah dilakar oleh para ilmuan berkenaan menggunakan teknologi 3D. 


Berdasarkan gambar, bentuk tubuh badan manusia pada tahun itu menampakkan bahagian leher lebih tebal, punggung membongkok dan otak menjadi lebih kecil. Perubahan itu berlaku sekiranya smartphone dan komputer menjadi alat yang kerap digunakan dalam kehidupan manusia setiap hari. 


Punggung yang membongkok dengan leher yang tertunduk disebabkan manusia pada zaman ini selalu menggunakan smartphone di mana-mana dan pada bila-bila masa yang akhirnya memberi kesan sampingan jangka panjang. 




"Kami membuat kajian dan meneliti pandangan ahli ilmuan yang lain mengenai masalah ini, sebelum menggunakan teknologi 3D untuk melakar gambaran manusia pada masa depan di mana bentuk tubuh badannya telah berubah disebabkan penggunaan smartphone, laptop dan teknologi lain secara konsisten," kata pihak Toll Free Forwarding yang dipetik dari Geo News. 


Bukan itu saja, Dr Nikola Djordjevic dari Med Alert Help berkata, jika seseorang itu selalu memegang telefon akan menyebabkan ketegangan pada titik tertentu pada badannya yang disebut sebagai cubital tunnel syndrome. 


Manusia di masa depan juga mungkin mengalami masalah 'smartphone elbow' di mana lengan akan berubah 90 darjah secara kekal dengan posisi tangan yang khas ketika menggunakan telefon. 


"Menahan siku terlekuk pada waktu yang lama sambil memegang telefon dapat meregangkan saraf di belakang siku dan memberi tekanan kepadanya," kata Dr Djordjevic. 


Dan apa yang paling mengerikan adalah, tengkorak manusia pada tahun 3,000 diramal akan menjadi lebih tebal, tetapi otaknya semakin mengecil. Kelopak mata pun bertambah yang dijangka mampu menahan pancaran cahaya berlebihan. 


"Manusia dapat mengembangkan kelopak mata bahagian dalam dengan lebih besar untuk menghalang pancaran cahaya yang berlebihan atau lensa mata mungkin berkembang sehingga mampu menghalang cahaya biru tetapi tidak bagi cahaya panjang bergelombang tinggi seperti hijau, kuning atau merah," kata Kasun Ratnayake dari Universiti Toledo. 


Sumber: Geo News



from The Reporter https://ift.tt/4bC3uOz
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/RELQVpa
via IFTTT

Cuepacs cadang parti politik masukkan gaji minimum penjawat awam RM1,800 dalam manifesto



Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan agar mana-mana parti politik menambah 'janji' pemberian kadar gaji minimum penjawat awam sebanyak RM1,800 sebulan dalam manifesto masing-masing. 


Presiden Cuepacs, Adnan Mat berkata, cadangan itu dibuat bersempena dengan pengumuman manifesto parti-parti politik di luar sana. Tetapi setakat ini, belum ada mana-mana parti yang berani menyahut saranan tersebut. 


"Kami sebenarnya tak perlu tunggu mana-mana manifesto, tetapi apa yang penting kami mahu gaji ini dinaikkan kerana kos sara hiudp semakin meningkat pada masa sama gaji ketika ini tidak selesa. 


"Tidak cukup untuk membeli rumah, kereta, makan minum, kesihatan dan pelajaran, lima elemen utama ini hendaklah ada dalam gaji minimum," katanya. 


19 Mac lalu, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kdar gaji minimum negara ditetapkan pada RM1,500 sebulan berkuat kuasa 1 Mei 2022. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/LRt5ihY
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/LWtczoT
via IFTTT
loading...