loading...

Monday, 7 November 2022

(Video) 'Dah kenapa kena undi kau untuk keluarkan duit KWSP RM10K?!' - Rakyat bengang dengan Muhyiddin tabur janji populis

Foto Utusan Malaysia


Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan pihaknya akan mempertimbangkan pengeluaran RM10,000 dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dituntut rakyat pada masa ini, sekiranya pihaknya berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke 15 (PRU15). 


Calon kerusi Parlimen Pagoh itu bagaimanapun berkata, walaupun cadangan itu tiada dalam senarai (manifesto) PN Best yang diumumkan, pihaknya akan cuba melaksanakannya jika rakyat memberi mandat penuh kepada PN di PRU15. 


"Ada yang minta 'Abah' benarkan pengeluaran KWSP. Tiada dalam manifesto dulu dan sekarang, insyaAllah bilamana kita menang dan antara perkara yang kita akan lihat balik semula ialah tentang KWSP bersasar. 


"Namun kita perlu melihat berapa banyak baki dalam akaun individu yang memohon tadi. 


"Ini perkara yang penting, kita akan beri pertimbangan yang sebaik-baiknya. InsyaAllah bila mana kita akan menjadi kerajaan," katanya dalam klip video pendek yang sedang tular di media sosial. 



Bagaimanapun, kenyataan Pengerusi PN itu dikritik hebat oleh netizen. Ini kerana kenyataan terbarunya itu bercanggahan dengan kenyataan beliau sebelum ini, sewaktu menjawat jawatan Perdana Menteri. 


"Jika kerajaan benarkan perkara itu dilaksanakan dengan mengeluarkan segala simpanan KWSP yang masih berbaki, saudara akan hadapi masalah lebih besar pada masa hadapan," katanya memetik laporan Berita Harian pada 30 Oktober 2020. 



"Dah kenapa kena undi kau supaya rakyat dapat keluarkan duit sendiri? Wang simpanan dalam akaun KWSP adalah hak kami, bukannya wang milik PN," kata Pelita Raya. 


"What the F? That's my money you talking about. How with you menang PRU, nak bangga for rakyat pecah tabung sendiri ni? Apa kerajaan buat? Apsal duit rakyat yang kau nak usik? Siapa penasihat dia ni?" kata Soy. 


"Tak nak dah umpan dengan pengeluaran wang KWSP ke apa, kami nak ekonomi lebih baik, pendidikan yang lebih baik, harga barang dikawal. Pengeluaran KWSP ini tidak mendatangkan apa-apa, jangan ambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah rakyat," kata Fareed. 


"Abah kau! Duit KWSP itu pun duit rakyat sendiri. Nak bantu, tolong stabilkan OPR tu. Jangan hanya naik, naik dan naik/ Housing loan dah berkali-kali naik tahun ni, entah apa nak jadi," kata Andrew. 


"Idea bodoh dari PN. Jahanam duit masa tua pencarum semua. Ini banyak belajar dari Najib la ni, main tabur duit rakyat sendiri. Duit kerajaan kau tak nak bagi," kata Ismadi. 


Sumber: Twitter Astro Awani



from The Reporter https://ift.tt/TLmnAbe
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/NjFpkdU
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...