loading...

Thursday, 10 November 2022

Lebuhraya AKLEH & DUKE akan ditutup pada 12-13 Nov ini untuk marathon KLSCM, polis nasihat gunakan LRT & Bas Rapid



Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), antara jalan utama akan ditutup sempena larian Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2022 pada Sabtu (12 Nov) dan Ahad (13 Nov) ini.


Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata acara larian bertaraf antarabangsa itu, dijangka menarik penyertaan kira-kira 20,000 peserta dari dalam dan luar negara, melibatkan empat kategori iaitu 5 kilometer (km), 10km, 'half marathon' (21km) dan 'full marathon' (42km).


"Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur akan membuat penutupan dan lencongan bagi jalan-jalan terlibat dengan larian, bermula 3 pagi (12 Nov). Penutup dan pembukaan semula jalan akan dilakukan berperingkat dan dijangka dibuka sepenuhnya sekitar 11 pagi Ahad," katanya dalam kenyataan pada Selasa.


Jalan yang akan ditutup pada Sabtu (12 Nov) bagi 5km dan 10km adalah Jalan Raja di Dataran Merdeka bermula 12 tengah malam, manakala Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), Jalan Dang Wangi, Jalan Ampang (pusat bandar), Jalan P. Ramlee dan Jalan Kuching menuju Bulatan Dato Onn akan ditutup pada 5.30 pagi.


Jalan Parlimen bagi kedua-dua arah; Jalan Kinabalu menuju Bulatan Dato Onn; Jalan Cenderawasih ke Jalan Lembah; dan Bulatan Hishammuddin ke Jalan Raja akan ditutup 6 pagi.


Jalan yang akan ditutup jam 3 pagi pada Ahad (13 Nov) bagi 21km dan 42km adalah bulatan Dato Onn ke Jalan Tun Perak/Jalan Raja Laut; Jalan TAR ke Jalan Tun Perak; Jalan Lebuh Ampang ke Jalan Tun Perak; Jalan Tun Perak ke Bulatan Dato Onn; dan Jalan TAR dari Chow Kit ke Dataran Merdeka.


Selain itu, Jalan Raja Laut ke Jalan Sultan Ismail; Jalan Kuching ke Jalan Sultan Ismail dari arah utara dan selatan; Jalan Sultan Abdul Aziz dari arah Sentul ke Jalan TAR; Jalan Pahang dari Bulatan Pahang ke Jalan TAR; Jalan Raja Muda Abd Aziz dari Chow Kit ke persimpangan Jalan Raja Abdullah.


Jalan Raja Abdullah kedua-dua hala hingga Jalan Sultan Ismail; sepanjang Jalan Sultan Ismail bagi kedua-dua hala; Jalan P. Ramlee ke Jalan Pinang dan Jalan Raja Chulan; Jalan Bukit Bintang dari arah Jalan Tun Razak; Jalan Raja Chulan ke Jalan Bukit Bintang; dan Jalan Perak ke Jalan P. Ramlee dan ke Jalan Sultan Ismail.


Beliau berkata turut ditutup ialah Jalan P. Ramlee ke Jalan Ampang; Jalan Tun Razak ke Jalan Ampang dari Bulatan Kampung Pandan; Jalan Tun Razak ke Jalan Ampang dari arah Institut Jantung Negara (IJN); Jalan Ampang dari arah Ampang ke KLCC; dan Jalan Ampang Hilir ke Jalan Ampang ke Jelatek.


Selain itu, turut ditutup jam 3 pagi ialah dari Persimpangan Jalan Ampang/Jalan Tun Razak sehingga ke persimpangan Jalan Jelatek; dan Jalan Kinabalu ke Bulatan Dato Onn dari arah MasjidNegara.


Lebuhraya AKLEH dan DUKE akan ditutup jam 11 malam (12 Nov) manakala jalan yang ditutup jam 5.30 pagi (13 Nov) ialah Jalan Kuching menuju ke Cheras (kenderaan dilencongkan ke arah lebuhraya DUKE arah Ampang).


Jalan lain ialah Bulatan Segambut dari arah Jalan Sultan Azlan Shah dan Jalan Tuanku Abd Halim ditutup ke pusat bandar; Jalan Tun Razak ke Jalan Kuching pusat bandar berhampiran WTC dan Jalan Kinabalu ke Bulatan Dato Onn dari arah Masjid Negara.


Beliau menasihatkan orang ramai yang menyertai larian itu untuk menggunakan pengangkutan awam yang disediakan seperti Transit Aliran Ringan (LRT) dan Rapid bas.


Orang Ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan ataupun maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau layari laman sesawang Facebook Polis Kuala Lumpur dan JSPT Kuala Lumpur.


Sumber: Bernama



from The Reporter https://ift.tt/3SsTj41
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/fYOh4Fy
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...