loading...

Monday, 7 November 2022

(Video) 'Pernah dengar isu Khalimah Allah, surau tak boleh diazankan...' - Jamal Abdillah gesa rakyat tolak DAP, tapi netizen kata Jamal fitnah DAP?



Penyanyi lagenda, Jamal Abdillah, baru-baru ini mengeluarkan kenyataan yang menyeru rakyat tidak mengundi sebuah parti yang didakwanya anti-Islam sehingga menindas umat Islam dalam beberapa perkara termasuk laungan azan. 


Melalui aplikasi TikTok, Jamal menggesa rakyat menolak DAP dalam Pilihan Raya Umum Ke 15 (PRU15), selain meminta orang ramai bertenang dan tidak menerima maklumat yang dikeluarkan mana-mana parti politik secara terus, sebaliknya menyelidik maklumat tersebut. 


"Hari ini saya ingin melontarkan sedikit pandangan bersempena dengan musim pilihan raya ini. Saya sebenarnya tidak berparti (tidak bernaung di mana-mana parti politik). Yang mana betul, saya sokong. 


"Sebelum nak mengundi, saya nak mengingatkan anda pernah tak mendengar tentang isu Khalimah Allah, isu surau yang tidak boleh diazankan dan sekolah-sekolah tahfiz yang hendak dihapuskan. 


"Perkara ini sebenarnya bermula daripada parti DAP. Dengan segala hormatnya saya meminta kepada semua-semua pengundi, saya bukan bersifat perkauman tetapi ianya untuk mengelakkan negara kita menjadi negara bukan Islam selepas ini. 


"Berhati-hati mengundi dan kita tolak sepenuhnya DAP," katanya dalam video tersebut. 


@zettydja_ #awasgakfyp #awas #jamalabdillah🎤 ♬ original sound - zettyDja


Bagaimanapun, ada netizen yang tidak berpuas hati dengan kenyataan Jamal itu yang didakwa sebagai fitnah dan propaganda. 


"Fitnah, harap kau kena saman oleh DAP nanti. Propaganda-propaganda khalimah Allah, azan tak boleh dilaungkan dan pondok-pondok tahfiz hendak dirobohkan itu semua fitnah. 


"Di Pulau Pinang, negeri yang paling banyak keluarkan peruntukkan untuk Majlis Agama Islam. Pusat-pusat tahfiz dijaga, malah ada elaun lagi. Jangan buat fitnah Jamal. Nak cerita pasal Islam, cermin diri kau tu dulu!" kata Chor di Twitter. 


"Suara memang A, menyanyi sedap tetapi otak gred D. Susun atur percakapan dia pun berterabur. Asyik dok ehem-ehem banyak, mesti malas membaca," kata Azhar. 


"Bab azan kalau bukan orang Penang, lebih baik tutup mulut. Jangan disebabkan seorang sebar fitnah dan semua main dengar, kemudian berita statement sana sini azan, macam dia sejak lahir dah duduk di Penang. 


"Dan Jamal, selama ini orang respect dia sebab legend. Jangan disebabkan fitnah seperti ini, orang terus hilang respect," kata Divager. 


"Dato' Jamal, tolong dapatkan info yang tepat sebelum terjah mana-mana pihak dengan propaganda jahat. Untuk makluman Dato', kerajaan negeri dah memperuntukkan dana bagi pendidikan agama Islam melalui kolej di bawah pemilikan kerajaan negeri. Boleh semak. Tentang azan, azan masih boleh didengari di Pulau Pinang," kata Nafiz. 


Sumber: TikTok Zetty Dja



from The Reporter https://ift.tt/MRdU0Wi
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/GecCmEV
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...