loading...

Friday, 29 November 2019

Dana Tabung Harapan Malaysia RM205 juta telah digunakan untuk bayar hutang 1MDB


Dana Tabung Harapan Malaysia (THM) sebanyak RM205 juta telah digunakan sepenuhnya untuk membayar hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Guan Eng berkata, kerajaan pada 28 November telah menggunakan keseluruhan dana THM dengan pembayaran sebanyak RM61.68 juta bagi pelunasan bayaran faedah sukuk 1MDB IMTN (Islamic Medium Term Note).

"Pembayaran sebanyak RM61.68 juta yang dibiayai oleh dana THM adalah hanya sebahagian daripada jumlah pembayaran faedah IMTN yang berjumlah RM143.75 juta. Baki sebanyak RM82.07 juta telah dibiayai melalui dana pemulihan aset 1MDB yang berjumlah kira-kira RM1.45 bilion setakat ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, kerajaan komited untuk membayar semua obligasi pinjaman yang diwarisi daripada pentadbiran terdahulu dengan bayaran seterusnya yang perlu dibuat oleh 1MDB adalah bayaran faedah bon terbitan 1MDB Global Investments Limited (GIL) sebanyak AS$66 juta yang akan dibayar pada 9 Mac 2020.

"Secara keseluruhannya, sebanyak RM13.9 bilion terpaksa dibelanjakan oleh kerajaan untuk membiayai hutang-hutang 1MDB dan SRC International Sdn Bhd (SRC) sejak 2017 hingga 2020.

Guan Eng berkata, hutang 1MDB pada masa ini adalah berjumlah RM50.5 bilion termasuk faedah yang hanya akan dilangsaikan sepenuhnya pada tahun 2039.

"Dengan pembayaran terakhir sebanyak RM61.68 juta maka dana THM sebanyak RM205 juta telah digunakan sepenuhnya untuk membayar hutang 1MDB," katanya.

Kementerian Kewangan pada 7 Februari lepas telah memaklumkan bahawa baki akhir THM sehingga 14 Januari lepas iaitu tarikh akhir penerimaan sumbangan adalah berjumlah RM202.71 juta dan selanjutnya faedah pelaburan sebanyak RM2.77 juta telah diterima dan ini menjadikan jumlah besar dalam akaun amanah THM adalah sebanyak RM205.49 juta.

Sumber: Bernama


from The Reporter https://ift.tt/34zlYzP
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2OWMXif
via IFTTT

Remaja kantoi sorok patung 'ehem²' dalam almari


Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun di Hubei, China, terkantoi memiliki patung. Perbuatan remaja itu diketahui oleh neneknya yang menemui patung tersebut ketika membersihkan almari. 

Menurut laporan China Press, remaja berkenaan menyembunyikan patung tersebut di dalam kotak hitam yang diisi dengna bahan kimia yang tidak boleh didedahkan kepada cahaya, agar tiada sesiapa yang membuka kotak tersebut. 

Namun pada April lalu, ketika neneknya membersihkan almari remaja itu menemui kotak berkenaan. Curiga dengan isi kandungannya, si nenek membuka kotak itu dengan kunci yang ditemui dalam bilik tersebut dan menemui patung seks yang telah disembunyikan cucunya. 

Si bapa berkata, dia berada dalam dilema dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan kerana selama ini anak lelakinya itu berkelakuan baik, patuh pada ibu bapanya, malah mendapat keputusna cemerlang dalam akademik. 

Namun selepas insiden yang memalukan itu, anaknya memberontak, tidak mendengar nasihat. 

"Saya mahu bercakap dengan dia mengenai penemuan patung itu agar dia sedar yang dia buat kesilapan. Tetapi saya tak tahu macam mana nak melakukannya," katanya. 

Sementara itu, remaja berkenaan menjelaskan dia mengetahui tentang kewujudan patung itu sejak 2016 ketika dia berusia 10 tahun. Rasa ingin tahunya terhadap patung itu amat tinggi tetapi tidak mempunyai peluang untuk membelinya sehingga pada hujung tahun lalu. 

Dia membeli patung itu dengan harga 1,000 RMB (RM600) dengan menggunakan duit angpau yang diperolehinya pada masa perayaan tahun baru Cina sebanyak RM4,154. 

Apabila patung itu sampai, serta-merta dia rasa menyesal kerana kotak patung itu terlalu besar dan berat. Lalu dia menyimpan kotak itu di dalam almari dengan harapan tiada sesiapa yang menemuinya. 

Keluarga remaja itu berkata, mereka tidak tahu bagaimana hendak menangani isu itu. Ada pakar yang menyuarakan pandangan bahawa adalah normal untuk kanak-kanak berasa ingin tahu mengenai seks. Ibu bapa yang masih berfikiran kurang terbuka mungkin menyangka mungkin masih terlalu awal untuk berbicara mengenai isu itu dengan anak mereka tetapi ibu bapa tidak sedar bahawa bahawa kanak-kanak pada zaman ini adalah berbeza dengan zaman dulu. 

Jadi, sekiranya ibu bapa tidak mendidik anak-anak atau cuba bercakap dengan mereka mengenai isu itu, kesannya anak akan menjadi mudah tertipu dan meniru apa yang mereka lihat. 



from The Reporter https://ift.tt/2OzVV6j
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2DAVvpH
via IFTTT

Tangan digigit lipas ketika tidur kerana mangsa tak jaga kebersihan


Seorang wanita berkongsi gambar tangannya yang mengalami kesan-kesan gigitan yang dipercayai digigit oleh lipas ketika tidur. 

Menurut laporan Ettoday, wanita itu mengambil pil tidur pada malam kejadian dan langsung tidak merasa anggota badannya digigit oleh lipas. 

Keesokkan paginya, apabila dia bangun dan mendapatkan tangannya penuh dengan kesan-kesan gigitan. 

Anehnya, hanya dia seorang sahaja dalam keluarga yang digigit serangga itu. Wanita itu kemudian pergi mendapatkan rawatan dan doktor memaklumkan mungkin di tangannya pada malam kejadian ada kesan makanan. 

Walaupun lipas adlaam omnivor dan makan makanan organik serta lebih menggemari gula-gula, daging dan sebagainya, ia juga tertarik dengan tempat-tempat yang tidak bersih atau kotor. 

Wanita itu kemudian diberitahu bahawa lipas itu menggigitnya kerana dia tidak menjaga kebersihan diri. 

Lipas sememangnya boleh menggigit manusia sekiranya seranggai terlalu lapar terutamanya ketika mangsanya sedang tidur. 



from The Reporter https://ift.tt/2q3sqAb
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2R5yxiK
via IFTTT

'Baybee, malam ni on tak?' - Isteri hidap kanser tahap 4 terkejut jumpa mesej suami curang dengan adik kandungnya sendiri


Hide profile saya min. Saya isteri berumur 44 tahun, ada tiga orang anak. Bulan Ogos 2018, saya disahkan menghidap kanser payudara tahap empat. Hidup saya sejak itu keluar masuk hospital saja. Payudara sebelah kanan sudah dibuang. Chemo dah 16 kitaran.

Saya baru saja keluar dari hospital. Sekarang kanser dah merebak sampai paru-paru. Doktor bagi balik dengan oksigen dan ubat tahan sakit. 

Saya tahu masa saya dah tak lama. Sepanjang duduk di dalam wad, saya dah nampak dah biasanya kanser tahap saya ini paling lama boleh tahan sampai raya ni je. Saya dan keluarga pun dah tandatangan perjanjian dengan doktor hospital untuk tidak selamatkan saya (tak buat CPR atau masuk tibu dalam mulut saya) jika keadaan saya semakin tenat.

Sejak keluar dari hospital, saya perasan suami selalu hilang pada waktu malam. Saya tak tahu berapa lama dah dia jadi begini. Mungkin semenjak dari saya duduk di hospital lagi sebab waktu itu yang jaga saya adalah anak perempuan kami. 

Selepas dua minggu di rumah dan perhatikan perangai dia, saya cakap dengan dia kalau dia nak kahwin dengan perempuan lain, saya benarkan. Cuma jangan kahwin sewaktu saya masih hidup saja dan saya nak tahu juga perempuan mana yang dia kacau itu. 

Dia tidak marah dan tidak juga menafikan. Mungkin dia nampak keadaan saya yang dah uzur. Mungkin dia berasa kasihan untuk bergaduh dengan saya. 

Dua hari lepas, saya dapat curi sekejap telefon dia sewaktu dia masuk tandas. Betapa hancurnya hati saya terjumpa mesej ini. Saya cuba menghubungi nombor itu tetapi tidak dijawab. Saya gunakan kad sim anak saya call, barulah berjawab.


Terkejut saya apabila mendengar suara yang menjawab itu adalah suara adik perempuan saya sendiri. Yang lebih menyakinkan dia adalah adik saya apabila saya terdengar suara di belakangnya adalah suara mak saya yang berleter. 

Saya terus tamatkan panggilan. Saya terkedu dan tak boleh cakap apa-apa. Adik saya janda muda, baru berumur 28 tahun, model tudung lagi. Mestilah orang berkenan. Tetapi kenapa yang berkenan itu mesti suami saya? 

Kalau saya serang suami dengan adik, maruah keluarga saya hancur, maruah suami saya depan anak-anak pun habis hancur. Saya mungkin dah tak lama di atas dunia ini. Kalau saya diam, semua orang selamat. Anak saya takkan tahu perangai ayah mereka macam mana. Saya rasa macam nak minta kat Tuhan untuk cabut nyawa saya sekarang! Saya tak mahu susahkan sesiapa dan sudah bersedia untuk pergi. 

Saya nak tanya, kalau tuan puan duduk di tempat saya, tuan puan buat macam mana?



from The Reporter https://ift.tt/2Oz6Zk0
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2L8mygl
via IFTTT

'Mangsa ditekup dengan bantal sehingga mati' - Peguam kongsi detail kes 3 penuntut kolej bunuh teman wanita & bapanya


Gara-gara bimbang teman wanita buat laporan polis berhubung kehilangan barang kemas ibunya, suspek tergamak bersuhabat dengan dua rakannya untuk membunuh pensyarah dan bapanya yang merupakan pesara. 

Kes pembunuhan ini berlaku pada 9 Mac 2012. Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 22, Mohamad Sharafe Matt Noh, 21, dan Azizi Aizat Ibrahim, 22, didapati bersalah dan dikenakan hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan membunuh pensyarah Zara Eleena, 23 (OKU), dan bapanya, Omar Peter, 56 di rumah di Taman Kinrara, Puchong. 

Kes kembali viral di media sosial yang dimuat naik oleh peguam Sir Kamarul di Twitternya.

DULU pernah ada kes duit hilang sebab boyfriend curi. Takut kena tangkap polis, boyfriend pun menyamar dan berlagak macam ustaz. Kononnya boleh merawat penyakit dan menghalau hantu pada duit yang hilang. Rawatan yang dibuat rupa-rupanya membawa satu kisah ngeri. 

Kes ini tercetus angkara kehilangan duit dan barang kemas kepunyaan mangsa dan ibu mangsa. Barang kemas dan duit tersebut sebenarnya telah dicuri oleh suspek. Suspek cuba menafikan dia yang mencuri dengan menyuruh mangsa menjalani rawatan tradisional. 

Rawatan itu perlu bagi menghalau hantu yang dikatakan ada pada duit yang hilang. Suspek bersama tiga rakannya yang lain merupakan penuntut di sebuah kolej di ibu negara dan mangsa dipercayai merupakan pensyarah dan juga kekasih kepada suspek utama.

Ketika rawatan hendak dijalankan, barang kemas emak mangsa dikumpul dan diletakkan di dalam satu bekas plastik. Barang kemas tersebut diberikan kepada suspek utama.

Rawatan pertama kali sepatutnya dibuat di rumah mangsa telah dibatalkan tanpa alasan yang jelas diberikan. 

Dua hari kemudian, suspek bersama tiga rakannya berkumpul. Mereka ingin merancang sesuatu. Kali ini bukan rawatan tradisional yang mahu dibuat. Suspek utama yang merupakan kekasih kepada mangsa tahu mangsa akan membuat laporan polis tentang kehilangan wang dan barang kemas. 

Suspek pun gelabah. Dia mungkin akan dipenjara dan disebat atas kesalahan mencuri. Jadi, dia dan rakannya perlu bertindak pantas. Suspek memberikan sarung tangan dan tali kepada tiga rakannya. Mereka rancang nak membunuh mangsa dan ayahnya.

Pada hari kejadian, ibu mangsa tiada di rumah bersama mangsa dan ayahnya kerana telah pulang ke kampung halaman di Johor. Ketika itu, suspek dan tiga rakannya datang ke rumah mangsa. Mangsa ingatkan mereka mahu membuat rawatan seperti yang dijanjikan, tetapi mangsa sebenarnya diperangkap. 

Ketika tiba di rumah mangsa, suspek dan seorang kawannya keluar sekejap dari rumah mangsa untuk berjumpa dengan seseorang di tempat lain. Yang tinggal di rumah hanyalah ayah mangsa dan dua rakan suspek. 

Ayah mangsa dan dua rakan suspek sama-sama menonton tv ketika itu. Salah seorang daripadanya bangun dan pergi ke tandas. Dia kembali dengan memakai sarung tangan.

Rakan suspek itu terus menarik ayah mangsa dan mengikat tangan dan kaki. Hidung dan mulut ayah mangsa ditutup. Ayah mangsa kemudian ditarik ke dalam bilik paling depan. 

Rakan suspek terus menutup hidung dan mulutnya sehingga tidak lagi bernafas. Setelah ayah mangsa tidak lagi bernafas, mereka semua duduk di ruang tamu menunggu mangsa dan suspek sampai. 

Semasa mangsa tiba di rumahnya, mangsa ingin berjumpa dengan ayahnya tetapi dihalang oleh suspek. Mangsa dibawa ke bilik belakang dan disitu mangsa pula dikerjakan. Muka mangsa ditutup dengan bantal. Mangsa meronta-ronta, kemudian terkulai dan meninggal dunia.

Selepas kejadian itu, kesemua suspek melarikan diri ke utara tanah air. Kematian mangsa dan ayanya dapat dihidu oleh ibu mangsa yang berasa curiga kerana dia tidak dapat berhubung dengan anak dan suaminya beberapa hari sebelum kejadian. Firasatnya menjangkakan perkara buruk terjadi. 


Laporan polis dibuat oleh ibu mangsa. Suspek dan tiga rakannya telah ditahan dan didakwa atas kesalahan membunuh. Mahkamah Tinggi telah mendapati suspek dan dua rakannya bersalah dan digantung sampai mati. Seorang rakan suspek dilepaskan dan dibebaskan. 

Peguam bela suspek kemudian membuat rayuan di Mahkamah Rayuan Putrajaya. Suspek dikatakan tidak terlibat membunuh ayah mangsa. Suspek tiada di tempat kejadian ketika ayah mangsa dibunuh. Adakah hujahan ini diterima oleh mahkamah? 

Panel Hakim Mahkamah Rayuan menolak hujahan peguam bela suspek. 'Presence is not necessary to constitute participation in every case. It is sufficient for the accused to have done an act with some nexus to the offence' (kes Mahkamah Persekutuan, Farose v PP). 

'What took place in the accused's house is sufficient to show the existence of common intention amongst four accused persons to murder. 

'This is the pre-arranged plan that was hatched to commit the offence.'

Peguam bela suspek juga berhujah mangsa dan ayahnya meninggal tidak dibuktikan dengan jelas melalui bukti perubatan ianya mampu menyebabkan mereka mati. Mereka meninggal mungkin kerana lebihan dos paracetamol. Tetapi, hujahan peguam bela ditolak. 

'The evidence had indeed revealed both deceased died on account of being smothered by accused person, both had died of asphyxiation'. Jadi, punca kematian mangsa dan ayahnya memang telah dibuktikan dengan jelas. 

Panel hakim Mahkamah Rayuan, YAA Aziah Ali, Rohana Yusuf dan Ahmadi Haji Hasnawi pada Mac 2017 telah menolak rayuan peguam bela suspek. Kesemua suspek kekal bersalah dan dihukum gantung sampai mati. 

Keputusan Mahkamah Rayuan dirayu peguam bela suspek ke Mahkamah Persekutuan. Pada Mac 2018, panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara, YAA Tun Md Raus Sharif telah mengekalkan sabitan dan hukuman gantung yang dikenakan. Semua suspek bersalah dan dihukum gantung sampai mati. 

Penghakiman penuh kes boleh dirujuk dalam Mohamad Zul Shahril v Public Prosecuter [2017] MLJU 274, Mahkamah Rayuan Putrajaya.

Sumber: Sir Kamarul


from The Reporter https://ift.tt/2XYVYvi
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2L4FexK
via IFTTT

Penunggang motosikal terbabas, tercampak ke tiang lampu menyebabkan badannya terputus dua


Seorang penunggang motosikal terbabit dalam kemalangan di jalan bertingkat di Lebuhraya Tun Dr Lim Choong Eu, menghala ke Batu Maung, petang semalam. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 2 petang itu, mangsa berusia 31 tahun menunggang motosikal bersendirian dan dilaporkan terbabas ke sebelah kanan jalan dan terpelanting ke tembok pemisah jalan menyebabkan badannya terputus dua. 

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, "Mangsa tercampak dari motosikalnya lalu terkena tiang lampu di tembok pemisah jalan sehingga menyebabkan badannya terbelah dua. 

"Dia yang datang dari arah Georgetown dalam perjalanan ke Balik Pulau meninggal dunia di tempat kejadian," katanya. 

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.



from The Reporter https://ift.tt/2Y1ndFR
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/33xndyg
via IFTTT

'Wow! Anak saya ni Allah beri kelebihan dia di bahagian lain' - Bagusnya kalau setiap parents mempunyai pemikiran macam ni


Tidak dinafikan, ibu bapa mana yang tidak ingin melihat anak berjaya dalam pelajaran. Namun ketahuilah bahawa, setiap anak itu mungkin ada kelebihannya tersendiri. 

Sebagai ibu bapa, usahlah menekan anak dengan keterlaluan. Sebaik-baiknya, ambil pendekatan yang betul untuk mendidik mereka atau anak mungkin ada potensi untuk perkara-perkara yang lain. 

ANAK saya tahun ini UPSR, tak tahu keputusan dia macam mana. Dari darjah satu sampai tahun 3 kelas pemulihan. Keputusan peperiksaan wajib ada merah, biru itu jarang-jarang. 

Sebagai ibu, saya tidak pernah paksa dia sebab saya tahu setiap anak-anak ada kelebihan masing-masing.

Dengan usia dia 12 tahun sekarang, kelebihan saya tengok, dia suka baiki barang yang rosak. Mouse komputer 2/3 biji saya humban dalam tong sampah, dah rosak. Dia kutip dan baiki. Terkejut saya bila mouse itu boleh digunakan semula. 

Saya jual mesin jahit mini, bila ada customer mengadu mesinnya rosak dan tak hidup, return kat saya. Dia baiki bernyawa balik mesin itu. Dari situ saya rasa 'WOW!'. Anak saya ni Allah beri kelebihan dia di bahagian lain. 

Ibu bapa jangan bersedih kalau anak kita kurang berjaya dalam pelajaran. Dalam tak sedar, kita tak perasan anak kita punyai kelebihan yang lain.

REAKSI NETIZEN





from The Reporter https://ift.tt/33xEEPd
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/33wOIZ0
via IFTTT

'Saya tak dapat terima dia (anak luar nikah), saya layan dia dengan penuh kebencian' - Ibu


Anak yang tidak berdosa ini menjadi mangsa kebencian ibu kandungnya sendiri hanya kerana kesilapan yang dilakukannya sendiri buat suatu ketika dulu. 

Sudah cuba untuk menerima, tetapi hatinya tetap tertutup dan saban hari kebencian itu semakin bertambah. Sudah pasti perasaan si anak terganggu, kasih yang diberi ibu tidak sama seperti yang diterima oleh adiknya yang berlainan bapa. 

SALAM admin, hai semua warga Kisah Rumah Tangga. Saya nak meluahkan apa yang saya lalui. 

Saya pernah mengandungkan anak luar nikah. Mula-mula saya mengandung, ayah dapat tahu dan dia pukul saya hampir separuh mati. 

Sekarang anak itu dah berusia lima tahun dan saya pun sudah berkahwin dengan orang lain, bukan dengan lelaki yang menghamilkan saya dulu.

Sekarang pun saya dah ada anak dengan suami ini, yang berusia dua tahun dan kini sedang mengandungkan anak yang kedua. 


Masalahnya, saya masih tidak dapat menerima anak (luar nikah) itu dengan ikhlas. Saya sentiasa melayani anak itu dengan penuh kebencian. Saya masih tidak boleh nak sayangkan dia seperti mana saya sayangkan anak saya dengan suami.

Bapa kepada anak itu pernah datang dan nak bertanggungjawab kepadanya. Tetapi suami saya marah sebab suami yang jaga saya semasa saya mengandungkan anak itu. Bapa anak itu hanya mahu bertanggungjawab, beri duit, beli barang keperluan anak itu. Tetapi suami saya tetap tidak mengizinkan. 

Jujur saya katakan, suami lebih sayangkan anak itu berbanding saya. Saya bencikan anak itu, saya tidak peduli pun dengan anak itu. 

Saya selalu berdoa agar pintu hati saya terbuka untuk menerima anak itu. Namun, setiap hari saya memandang muka anak itu, semakin bertambah pula kebencian saya kepada dia. 

Saya mohon kepada KRT semua bagi saya jalan untuk menghadapi semua ini. Jangan kecam saya.


Ramai yang sebak membaca luahan ini, sebak kerana mengenangkan nasib si anak yang menjadi mangsa keadaan. Sudahlah berstatus anak luar nikah, dipinggirkan pula dari kasih sayang ibunya. Apabila ada ayah yang mahu datang bertanggungjawab memberi nafkah dan kasih sayang, ditolak pula. 

Apa lagi yang ada untuk dia? Si ibu sepatutnya berhenti dari terus menolak dirinya dari menerima anak yang tidak berdosa itu. Jangan suatu hari kelak, anak yang dibenci itulah yang akan menjaganya di kala dia terlantar sakit di atas katil. 

Semoga menjadi pengajaran buat semua.



from The Reporter https://ift.tt/2OWOnt9
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2OwGziH
via IFTTT

Banyak premis jual 'bubble tea' tiada sijil halal & mengelirukan pengguna beragama Islam - JAIS


Minuman 'bubble tea' kian popular dan banyak premis yang menjual produk minuman berasaskan bebola ubi kayu atau tapioca itu semakin bertambah. 

Namun, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesan banyak kedai yang menjual minuman tersebut yang menggunakan bahan tanpa sijil halal. 

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAIS, Wan Najmiah Wan Mohamad Ali berkata, kebanyakan bahan yang digunakan untuk membuat minuman itu diimport dari Taiwan dan pemeriksaan pihaknya mendapati, ia tidak mempunyai logo halal. 

Beliau berkata, pihaknya kini sedang giat memantau premis berkenaan kerana tindakan mereka yang mengelirukan pengguna khususnya yang beragama Islam. 

"Pengguna kebanyakannya terpengaruh dengan persekitaran premis yang bersih, malah ada yang menggunakan tenaga pekerja wanita Islam bertudung bagi mengaburi mata pembeli. 

"Apabila minuman 'bubble tea' itu viral, orang ramai tidak berfikir panjang dan sanggup beratur panjang untuk mendapatkan minuman berkenaan. Mereka tidak selidik terlebih dahulu sama ada premis berkenaan mempunyai sijil halal atau sebaliknya," katanya. 

Selain itu katanya, JAIS juga mendapati ada pengusaha yang mengiklankan minuman mereka dengan perkataan yang mengelirukan seperti mereka menggunakan bahan halal walaupun tidak mempunyai sijil halal. 

"Tindakan pengusaha mempamerkan sijil halal luar negara pada premis masing-masing juga adalah salah kerana ia bukan sijil daripada Malaysia," katanya. 

Justeru, JAIS menggalakkan pelanggan membuat aduan sekiranya mendapati ada premis yang menggunakan perkataan halal sewenang-wenangnya. 

Setakat ini, hanya minuman jenama Tealive, Coolblog dan Chatime sahaja yang mempunyai sijil halal. Manakala pengusaha minuman 'bubble tea' yang lain masih gagal mengemukakan permohonan. 

Sumber: Harian Metro


from The Reporter https://ift.tt/2R33ILi
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2QZlxuV
via IFTTT

Makcik culik & jual anak saudara demi iPhone 11


23 November lalu, Polis dari An Giang, Vietnam membuat keputusan untuk menahan seorang wanita atas dakwaan cuba menjual anak saudaranya sebagai pertukaran untuk iPhone 11.

Menurut portal media Vietnam, Dantri, suspek, Hanh, berusia pertengahan tahun itu diamanahkan oleh saudaranya untuk menjaga kanak-kanak berusia dua tahun, Ng, untuk seketika. 

Baru-baru ini juga, Hanh berkenalan dengan seorang kawan baru menerusi media sosial dan individu itu dikenali sebagai Vinh. 

31 Oktober, Hanh membawa Ng keluar dan pada masa itu Vinh membuat panggilan video pada Hanh. Ketika mereka sedang berbual, Vinh kerap mengatakan Ng sangat comel. 

Hanh kemudian menipu Vinh dan berkata, Ng dibuang oleh bapa kandungnya, sementara ibu Ng pula ketagih berjudi dan merupakan penagih dadah, dan Hanh merancang untuk menghantar Ng ke tokong untuk dijaga.

Vinh kemudian menawarkan diri untuk mengambil Ng sebagai anak angkat dan berjanji akan memberi Hanh sebuah iPhone 11 bersama sedikit wang tunai. Dan Hanh bersetuju dengan tawaran itu. 

Pagi keesokan harinya, Hanh pergi mengambil Ng dari rumah neneknya dan berkata dia mahu membawa Ng pergi bermain di luar. Sebaliknya dia mahu membawa Ng bertemu dengan Vinh. 

Vinh memberi Hanh 1.5 juta dong (RM270) untuk tambang teksi dan iPhone 11 seperti yang dijanjikan sebelum itu. 

Selesai menyerahkan Ng, Hanh pulang ke rumah nenek Ng. Menyedari Ng tiada di rumah, si nenek bertanya kepada Hanh di mana keberadaan cucunya itu. Hanh berbohong dan mengatakan dia sudah menghantarnya pulang ke rumah itu.

Bagi mengelak perbuatannya daripada disyaki oleh ahli keluarga, Hanh membuat laporan polis dan mendakwa Ng telah hilang. 

Polis mula menyiasat kes itu dan berasa curiga dengan keterangan Hanh. Selepas menyoal siasat wanita itu, Hanh akhirnya mengaku yang dia telah menjual Ng kepada Vinh semata-mata mahu mendapatkan iPhone 11. 

Pada 3 November, polis menyerbu kediaman Vinh untuk menyelamatkan Ng dan membawa Vinh ke balai untuk disoal siasat. Mereka juga menahan Hanh untuk membantu siasatan. 

Sementara itu, Ng telah dihantar ke pangkuan ke keluarganya semula. 



from The Reporter https://ift.tt/2R28Nnm
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/34xinm5
via IFTTT

'Kesian ayah & ibu cari duit beli baju sekolah tetapi diconteng bila tamat ujian SPM'


Conteng baju sekolah selepas hari terakhir peperiksaan SPM nampaknya sudah menjadi trend pelajar sekolah. Tidak diketahui dari mana asal usulnya trend itu, namun ada yang mendakwa trend itu dari negara jiran. 

Seronok, seronok juga, tetapi tidakkah anda terfikir daripada anda mencontengkan baju sekolah itu, ada baiknya jika disedekahkan kepada pelajar yang memerlukan? Anda bukan sahaja dapat mengurangkan bebanan ibu bapa mereka, malah mendapat pahala dari kebaikan yang dilakukan itu seperti yang disarankan oleh Cikgu Emmet. 

ALHAMDULILLAH dan selamat berjaya kepada anak-anak lepasan SPM yang berjaya menamatkan ujian dengan jaya. Rasa lega dan release, kan? Happy tak terkira.

Ok, cikgu nampak trend conteng baju ini makin menjadi-jadi saban tahun. Cikgu rasa trend ni berkembang sejak lima atau enam tahun lepas. Cikgu tak tahu apa kepuasan yang adik-adik dapat jika menconteng baju ini. Yang pasti baju ini adik takkan pakai pergi kenduri atau berpeleseran di bandar. Nasib baju ini pasti ke tong sampah juga kan?

Kasihan ayah dan ibu. Cari duit beli baju, mungkin ada yang ikat perut demi menyediakan baju sekolah. Namun akhirnya baju ini dijadikan contengan selepas tamat ujian SPM.

Bagaimana dengan 2020 nanti ye bakal bakal adik yang ambil SPM nanti? Adakah anda akan ikut jejak abang-abang dalam gambar ini? Atau membuat sujud syukur bersalawat?

"Alaaaa... Tak best la cikgu.... Sujud dan selawat tak ada kena mengena dengan baju," kata segelintir kamu agaknya.

Okey, cikgu bagi cadangan CARA NAK RAIKAN PENGAKHIRAN UJIAN SPM 2020 DENGAN BAJU SERAGAM SEKOLAH.

Pastikan kamu dan sekumpulan kawan kawan kamu..lakukan perkara ini.
Pakai baju seragam yang bersih..
  1. Bawa beg kertas yang cantik.
  2. Isikan dengan baju t-shirt dan seluar sepersalinan.
  3. Lepas tamat ujian akhir, berkumpul di depan tandas. Salin baju dan seluar.
  4. Isikan baju seragam dan seluar sekolah serta kasut sekolah dalam beg kertas yang cantik.
  5. Tulis besar nama ayah dn ibu di beg tersebut.
  6. Pergi ke rumah rakan-rakan Tingkatan 4 yang miskin atau ke rumah anak-anak yatim atau cari anak-anak gelandangan.
  7. Sedekahkan baju itu.
  8. Mohon penerima doakan kecemerlangan SPM kamu sebagai balasan. Mohon doakan kesihatan ayah ibu kamu.
  9. Kamu boleh balik dengan KEBAIKAN DAN PAHALA kerana memudahkan hidup orang lain.
  10. Kamu boleh viralkan perbuatan ini dalam media sosial supaya jadi ikutan dan trending pada orang lain.

Okey, inilah cadangan cikgu. Ini lebih baik dari conteng baju dan buang dalam tong sampah. Sekian, selamat maju jaya.

Sumber: Cikgu Emmet


from The Reporter https://ift.tt/2qMO9go
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/35GtQQc
via IFTTT

2 penumpang maut akibat pemandu terlelap & langgar belakang lori


Sebuah kereta yang dalam perjalanan dari Kelantan ke Kuala Lumpur terbabit dalam kemalangan di Kilometer 86, Lebuhraya Central Spine Road, Lipis, pagi tadi menyebabkan dua lelaki maut. 

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, kejadian itu berlaku pada jam 4.45 pagi dan mangsa yang maut dalam kemalangan itu ialah Mohd Shaiful ABdul Manaf, 42, dan Wan Khairul Anwar Wan Kamarunzaman, 32. 

Ketika itu, mangsa bersama seorang lagi rakan mereka, Nukman Salleh, 39, dalam perjalanan ke destinasi. 

Apabila tiba di tempat kejadian, Nukman dipercayai terlelap lalu merempuh belakang sebuah lori yang membawa muatan pakaian terpakai di lorong kecemasan. 

Mohd Shaiful yang duduk di tempat duduk hadapan dan Wan Khairul Anwar yang berada di tempat duduk belakang maut akibat cedera parah di bahagian kepala dan badan. 



Katanya, pemandu dan kelindan lori tidak mengalami kecederaan. Pemandu kereta sedan itu juga tidak mengalami kecederaan. 

Mayat kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk dibedah siasat sebelum jenazah mereka diserahkan kepada keluarga masing-masing untuk urusan pengebumian. 

Siasatan polis juga mendapati, keadaan pemukaan jalan pada waktu kejadian juga licin berikutan selepas hujan dan keadaan berkabus. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Sumber: Harian Metro


from The Reporter https://ift.tt/2OW14Ve
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2Y3Ze8P
via IFTTT

'Saya menyesal..' - Pelajar bunuh janda anak satu kerana kerap didesak mangsa untuk bertanggungjawab di atas kehamilannya


Seorang pelajar ditahan polis kerana disyaki membunuh seorang janda muda berusia 20 tahun di Bojonegoro, Indonesia. 

Mayat mangsa ditemui di longkang pada pagi Isnin, 25 November lalu, oleh seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang ketika itu mahu melepaskan hajatnya di longkang tersebut. 

Terkejut menemui mayat mangsa, Fikri Firmansyah terus melaporkan penemuan itu kepada pihak polis. 

"Saya nak kencing, ternampak pula ada mayat, seram pula saya," katanya. 

Ketika ditemui, mayat mangsa masih memakai baju merah dan seluar dalam berwarna putih. 25 dari kedudukan mayat pula terdapat seluar panjang bercorak bunga yang dipercayai milik mangsa. 

Muka mangsa juga mempunyai luka seperti dipukul dengan objek tumpul. 

Polis telah mengumpul bahan-bahan bukti berkenaan untuk siasatan lanjut. 

Siasatan awal mendapati, mangsa bernama Aidatul Izah, 20, janda anak satu. Polis juga telah menahan suspek yang dipercayai terbabit dalam kes bunuh itu. 

Suspek mengaku telah membunuh mangsa dengan melilit lehernya menggunakan tali berwarna biru lalu dijerut sehingga mati. Bagi memastikan mangsa sudah benar-benar tidak bernyawa, suspek memukul kepala mangsa dengan objek tumpul. 

Suspek yang berusia 19 tahun itu mengaku menyesal membunuh mangsa, malah tidak menyangka dia tergamak berbuat demikian terhadap mangsa yang juga merupakan jirannya. 

Namun, suspek menjelaskan, mangsa kerap meminta dia bertanggungjawab di atas kehamilannya yang dianggarkan sudah berusia 24 minggu atau 6 bulan. Selain itu, suspek mendakwa mangsa juga selalu meminta wang daripadanya. 

Tertekan dengan desakan itu, suspek mengambil keputusan untuk membunuh mangsa dan mencampak mayatnya di longkang. 


"Saya diminta untuk bertanggungjawab di atas kehamilan dan dia selalu meminta wang dari saya," katanya. 

Polis berkata, suspek mengenali mangsa sejak Julai 2019 dan menjalinkan hubungan sehingga ke tahap melakukan persetubuhan. 

Suspek akan didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh dan bakal berdepan dengan hukuman mati atau penjara seumur hidup atau penjara selama 20 tahun. 

Sumber: Tribun News


from The Reporter https://ift.tt/2qV3v2g
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2Ox09eX
via IFTTT

Budak 4 tahun hilang 20 batang gigi susu kerana ibu bapanya tak perasan gigi anak rosak & mereput


Seorang doktor gigi di Hospital Patong di Phuket, Thailand berkongsi di Facebooknya mengenai seorang pesakitnya yang mempunyai banyak gigi yang telah rosak. 

Pesakit berkenaan hanya berusia empat tahun yang datang ke kliniknya kerana mengalami masalah yang serius di bahagian giginya pada 26 November lalu. 

20 batang giginya telah mereput, ada yang sudah pecah dan ada yang hanya tnggal akar di bahagian gusi sahaja. 

Menurut laporan Sin Chew Daily, ibu bapa kanak-kanak lelaki itu selepas menghantar anak mereka ke pusat asuhan dan tidak menyedari si anak mengalami masalah gigi rosak. Kakitangan di pusat asuhan itu juga tidak menyedari perkara itu. 

Doktor gigi itu berkata, oleh kerana masalah yang dialami itu adalah serius, saraf di bawah gigi pesakit boleh terkena jangkitan dan menjejaskan gigi kekal yang berada di bawahnya. 

Doktor tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa mencabut kesemua gigi rosak itu berbanding membiarkan gigi rosak itu tercabut sendiri yang juga boleh mendatangkan risiko. 






Sebanyak 20 batang gigi yang telah rosak dikeluarkan. Pesakit cilik itu diberi 14 suntikan anaesthetic dan 18 jahitan. 



Perkongsian doktor itu viral di media sosial dan mendapat banyak likes dan shares selepas beberapa hari dikongsikan. 

Ini menunjukkan betapa pentingnya ibu bapa memberi perhatian kepada anak mereka dan membawa anak menjalani pemeriksaan agar mereka sentiasa sihat dan kuat. 



from The Reporter https://ift.tt/2rzJ8Yw
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2R41OKy
via IFTTT
loading...