Baru-baru ini, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Mohamad Sabu berkunjung ke Namakkal, Tamil Nadu, India untuk melihat sendiri proses pengeluaran telur ayam yang dieksport ke Malaysia.
Difahamkan, lawatan itu bagi memastikan telur yang diimport untuk rakya Malaysia adalah bersih, selamat dan lebih murah dari telur tempatan.
"Setelah melihat sendiri, saya yakin telur ini selamat dan melalui proses dalam persekitaran yang bersih untuk dimakan oleh rakyat Malaysia.
"Harganya diyakini akan lebih rendah selepas ini dan kompetitif dengan harga telur tempatan. Dengan usaha ini, saya berharap orang ramai tidak akan ada masalah dengan bekalan telur lagi," katanya.
Bagaimanapun, Presiden MCA, Wee Ka Siong dilaporkan memuat naik hantaran di Facebook yang dipercayai menyindir Mohamad Sabu.
"Abang Mat, jauh jelajah? Perlu ke India tengok telur ke? Saya cadangkan datang ke kawasan saya Parlimen Ayer Hitam. Yong Peng ada lebih 100 ladang ayam.
"Di sinilah tempat paling popular menghasilkan telur untuk pasaran tempatan dan juga berjuta biji telur dieksport ke Singapura setiap hari.
"Tak perlu import telur dari India jika bekalan mencukupi. Kementerian Abang Mat turut menjaga keterjaminan makanan? Fikir-fikirkanlah Abang Mat! Telur dan ayam adalah makanan asas rakyat tak kira kaum atau agama. Patut dijadikan keutamaan," katanya.
Kata-kata sindiran Ahli Parlimen Ayer Hitam itu diselar oleh netizen. Dan dalam masa, netizen mendakwa kenyataan Wee Ka Siong seolah-olah cuba menyebelahi pihak kartel.
"Mat Sabu tak perlu mendengar nasihat dari pihak-pihak yang sebelum ini berdiam diri dan membenarkan kartel menguasai dan menetapkan harga barang-barang keperluan. Teruskan inisiatif dengan mengimport dan wujudkan lambakan serta persaingan supaya harga barangan menurun," kata Abdul Aziz.
"Penternak tempatan yang demand dan berlagak control pengeluaran telur sampaikan Malaysia mengalami kekurangan bekalan. Masa Malasia kekurangan bekalan, di mana penternak dan pengusaha Yong Peng pergi?!" kata Ucu Bongsu.
"Menteri pergi ke India untuk meninjau proses pengeluaran telur yang diimport untuk rakyat Malaysia sebab penternak tempatan tak mampu nak bekalkan telur dengan haga murah dan kartel pula bermain dengan harga. Wee Ka Siong menyebelahi kartel telur ke?" kata Rahimi Yusof.
Sumber: Sinar Harian, Komen Netizen
from The Reporter https://ift.tt/wxPW2Ys
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/nGlpDW5
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment