Semalam, timbul perbincangan mengenai Instagram Malaysia Truly Asia milik Tourism Malaysia yang didakwa tidak menghargai usaha rakyat tempatan yang berkongsi gambar atau video menarik ketika melancong dalam negara, sebagai salah satu cara yang boleh membantu mempromosikan Malaysia kepada pelancong asing.
Menurut pengendali Twitter Travel Jimat, ada seorang lelaki tempatan kerap berkongsi gambar dan video semasa bercuti dan pernah menggunakan fungsi 'tag' @malaysia.truly.asia dengan harapan perkongsiannya itu dimuat naik semula.
Namun, harapan hanya tinggal harapan di mana kesemua 'tag' tersebut tidak mendapat sebarang reaksi dari @malaysia.truly.asia.
"Brader ni orang Malaysia dan travelling sebab nak share gambar dan video dia masa travelling. Dia ada tag gambar kat 'Malaysia Truly Asia' tapi tak pernah direpost. Tapi bila Mat Saleh (tag), cepat je dia orang repost.
"Ingat orang biasa je yang kalut banggakan mat saleh, rupanya account @TourismMalaysia pun sama," kata Travel Jimat.
Perkara yang sama turut diakui beberapa netizen yang kerap 'tag' Instagram berkenaan dan sehingga kini tiada sebarang respon diterima.
"Eh betul la. Tak sudi like, apatah lagi respost walaupun reels tu ada 140,000 views dan kita tag dia," kata AE.
Sementara itu, ada yang berpendapat orang Malaysia terlalu obses dengan mat saleh sehingga dilayan seperti artis sejak dari dulu lagi.
"Orang kita mana pernah tak sanjung orang luar lebih dari anak tempatan. Nak nak pula yang berjawatan semua yang luar terbaik, terpaling bagus walaupun so so je. Tengok jer la seni bina architecture bangunan. Jauh naw dengan negara-negara jiran kita," kata Anak Ponti.
"Perasan benda ni dah lama dah. Kadang konten rakyat sendiri lagi bagus, berkualiti tetapi yang direpostnya orang-orang luar punya," kata 514.
"Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Inilah dia contohnya," kata Joong.
from The Reporter https://ift.tt/ISFt3Lp
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/HRu9Q8n
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment