loading...

Thursday, 26 May 2022

Zuraida lompat keluar dari Bersatu, sertai Parti Bangsa Malaysia

Foto The Star


Ahli Parlimen Ampang dilaporkan telah keluar dari Bersatu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM). Meskipun melompat keluar dari parti itu, Zuraida menegaskan dia akan tetap terus menyokong Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.


Menurut Zuraida, keputusan melompat keluar dari Bersatu itu dibuat selepas dia berfikir dan membuat pertimbangan secara mendalam. Selain itu, dia turut tertarik dengan enam prinsip teras PBM. 


"Saya mempercayai dengan perjuangan parti ini dan amat tertarik dengan enam prinsip terasnya, iaitu keterlibatan pelbagai kaum; pemberdayaan wanita; pemerkasaan anak muda; pembangunan ekonomi; peningkatan pendidikan dan kemajuan sains teknologi sebagai elemen untuk menjadikan Malaysia sebah negara maju," katanya.


Berhubung jawatan yang disandangnya, Zuraida memaklumkan dia akan bertemu dengan Ismail Sabri dalam masa terdekat untuk membincangkan perletakkan jawatannya sebagai Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi. 


"Saya juga akan berbincang tentang perana dan hala tuju PDM demi mengukuhkan lagi kerajaan Keluarga Malaysia. Saya mempunyai keyakinan penuh terhadap kebijaksanaan perdana menteri," katanya. 


Sumber: MalaysiaKini



from The Reporter https://ift.tt/JwMYH4c
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/m3PBXSt
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...