Foto sekadar hiasan sahaja |
Tersangkut dalam kesesakan jalan raya sememangnya boleh mengundang kemarahan. Namun perlu diingatkan bahawa emosi itu harus dikawal agar tidak bertindak melulu yang akan menyebabkan anda menyesal di kemudian hari.
Baru-baru ini seorang pengguna Twitter memuat naik ciapan ketidakpuasan hatinya terhadap sebuah van jenazah yang didakwa telah menggunakan lampu kecemasan untuk mengelak kesesakan lalu lintas.
"Kenapa van jenazah nak guna lampu kecemasan tengah-tengah traffic jam ni? Dah jadi jenazah dah kan?" tulisnya tanpa rasa bersalah.
Ciapannya itu mengundang kemarahan netizen yang kemudian memberi teguran secara langsung terhadapnya agar tidak memuat naik kenyataan sensitif.
Ciapan itu dan akaun Twitter tersebut kemudian dipadamkan, tetapi sempat di-screenshot oleh netizen dan kini tersebar meluas di serata platform media sosial.
"Takpelah, nanti akak dah jadi jenazah tak payah guna lampu kecemasan. Hadap je jammed. Biar lambat kebumi, tak apa. Dah jadi jenazah kan?" kata Imran.
"Sebagai ahli forensik, nama pun traffic jam. Kami tak nak peram mayat, ya Allah kesian. Tetapi untuk orang biadab camni, jasad dia kami letak dalam air garam. Biar jadi jeruk (saya sangat marah)," kata Nicholas.
"Aku tau dia nak bertanya, tetapi ayat dia tu kurang ajar kat situ. 'Dah jadi jenazah kan'. Ehhh! Tangan aku ringan rasanya," kata Jenni.
Walaupun begitu, ada segelintir yang mempertahankan wanita berkenaan dan menegaskan dia bukan mahu bersikap biadab atau kurang ajar.
"Saya tak rasa dia nak biadab, soalan je pun. Dibiarkan orang maki dia sampai camni. Everything people said here speaks more about their own personality rather than her," kata Maya.
"Kita dituntut untuk segera menguruskan jenazah. Kita hanya dibolehkan untuk menangguhkan proses mengurus hanya atas sebab yang kuat atau ada masalah yang besar," kata Zynnn.
Sumber: Twitter Akeem Sharyzal
from The Reporter https://ift.tt/eMDspBv
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/FbBriG3
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment