Isu kekurangan bekalan makanan dan harga barang naik dilihat belum mencapai jalan penyelesaiannya. Keadaan ini memaksa rakyat terpaksa mencari pelbagai cara untuk menambah pendapatan, termasuk merayu kerajaan memberikan subsidi bagi meringankan beban.
Semalam, Menteri Besar Perak pula menyarankan rakyat bercucuk tanam dan menternak haiwan untuk kegunaan sendiri bagi menangani dua isu tersebut. Namun, saranannya mengundang kecaman netizen kerana kenyataannya itu dianggap seperti meminta rakyat menyelesaikan masalah itu sendiri.
Terbaru, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pula memaklumkan, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berkemungkinan akan kembali dilaksanakan untuk menambah pendapatan negara bagi menangani kenaikan kadar inflasi dan kos sara hidup rakyat.
Ismail berpendapat, sistem percukaian itu dilihat mampu membantu kerajaan menampung pemberian subsidi bagi keperluan rakyat.
"Kita telah kehilangan RM20 bilion pendapatan tahunan apabila kita memansuhkan GST dan mengembalikan sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Tiada negara dalam dunia ini yang kembali dari GST ke SST melainkan Malaysia," katanya.
Walaupun sedar akan persepsi negatif mengenai GST, tetapi kerajaan tidak mempunyai banyak pilihan ketika ini. Pihaknya akan berusaha mengembalikan GST bagi mencari jalan untuk mendidik dan menimbulkan kesedaran tentang sudut positif GST serta sistem pengutipan cukai yang lebih telus.
Ismail juga memberi jaminan, kadar GST yang akan diperkenalkan semula tidak terlalu tinggi sehingga membebankan rakyat.
Sumber: Free Malaysia Today
from The Reporter https://ift.tt/4ogyc6E
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/7G2s9No
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment