Status WhatsApp seorang lelaki bergelar suami yang meluah rasa tidak puas hati dengan isterinya tular di media sosial.
Status tersebut dimuat naik kerana lelaki terbabit tidak berpuas hati dengan isterinya 'menghalang' dia keluar untuk lepak bersama dengan rakan-rakan.
"Aku tak paham la bini aku ni, susah sangat ke nak jaga anak seorang? Sampai aku nak lepak dengan kawan-kawan pun susah.
"Memanglah anak sama-sama, tapi memang tak susah kan? Aku lelaki kot? Kerja siang malam cari duit untuk keluarga. Beras aku beli kot? Aku pun nak masa untuk chill dengan kawan-kawan.
"Tak sampai 30 minit keluar, asyik call je dan tanya bila nak balik. Malu wei kena bahan dengan kawan-kawan. Tak ada hati perut punya bini!" luahnya.
Dalam pada itu juga, dia menegaskan dia bukannya keluar untuk berjoli dengan wanita lain, sebaliknya hanya mahu keluar bersama rakan.
"Aku nak chill dengan kawan tau, bukan nak panjat rumah janda! Aku lelaki! Dah sediakan makan minum segala bagai, apa lagi bini mau? Banyak peel camni, aku lepaskan je baru padan muke. Ingat aku hadap ke dengan kau?? Dah tak reti untung," ujarnya.
Sedar status WhatsAppnya tular, lelaki itu menyelar netizen yang mengecamnya dengan menegaskan dia tidak peduli dengan semua kecaman itu kerana dia merasakan apa yang diluahkannya itu adalah benar.
"Setan mana la pergi viral status WhatsApp aku semalam. Lunyai aku kena bantai dengan netizen. Lantak kaulah! Aku tahu aku betul," katanya.
Di media sosial, majoriti netizen menganggap lelaki seperti itu adalah jenis lelaki yang hanya pandai membuntingkan isteri tetapi tanggungjawab menjaga serta mendidik anak diserahkan sepenuhnya kepada isteri.
"Spesis jantan p****t dalam kemaluan tetapi bab anak serah dekat bini. Setakat jadi jantan yang hanya tahu membeli beras, kau ingat kau sudah bagus menjadi suami? Anak-anak itu tanggungjawab bersama, kau yang seru anak kau keluar dari bini kau. Kau faham tak tanggungjawab sebagai ketua keluarga wahai jantan tak tahu malu? Ini mesti jantan jenis balik rumah tengok handphone/tv. Bila anak-anak ada masalah, terus seru bini untuk uruskan anak. Baik mampos manusia macam kau ni," kata Dark.
"Ini spesis tak puas hidup single. Dapat anak seorang terus ungkit macam-macam. Orang nak berkahwin, kau pun nak kahwin. Orang nak anak, kau pun nak anak. Tapi beban semua suruh isteri yang tanggung. Semoga lelaki macam ini mati pucuk, jangan tambah anak," kata Namie.
from The Reporter https://ift.tt/Xxszc6m
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/xgp10hl
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment