loading...

Monday, 28 February 2022

Sarawak patut bangga, tiada kes-kes rasuah besar dilaporkan berlaku - SPRM


Sarawak bukan ‘juara’ di dalam kes-kes melibatkan rasuah, malah ia patut berbangga kerana tiada kes-kes besar berkaitan rasuah dilaporkan berlaku, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.


Beliau berkata, berdasarkan rekod pihaknya, trend rasuah di Sarawak dilihat tidak meningkat, dan ia lebih stabil.


Bagaimanapun, beliau mencadangkan kerajaan Sarawak memberi penekanan kepada kes-kes yang melibatkan tuntutan palsu dan salah guna kuasa dalam kalangan penjawat awam, yang boleh mendatangkan kerugian sekiranya terus dibiarkan berlaku.


Beliau berkata demikian ketika diminta memberi pandangan mengenai 'Integriti, Tadbir Urus dan Anti Rasuah: Cabaran dan Masa Hadapan' pada Majlis Amanat Perdana Integriti 2022 di sini, pada Isnin.


Azam berkata, 72 kes tuntutan palsu dan 25 kes salah guna kuasa dilaporkan dari 2017 hingga 2021, dan dalam tempoh berkenaan 34 tangkapan berhubung tuntutan palsu dan 24 kes salah guna kuasa dikesan.


Azam berkata, mungkin ada pegawai-pegawai awam tidak memahami undang-undang berkaitan dengan penyalahgunaan kuasa, dan sehubungan itu meminta meminta SPRM Sarawak melancarkan lebih banyak lagi program pendidikan bagi meningkatkan lagi pemahaman ini.


Beliau berkata, kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberikan sokongan yang baik kepada SPRM di dalam melaksanakan tugasnya.


"SPRM akan menyokong kerajaan Sarawak di dalam meningkatkan tadbir urus dan integriti dalam kalangan penjawat awam, mempunyai Unit Integriti dan Ombudsman serta kira-kira 80 pegawai integriti bertauliah itu menunjukkan jenis inisiatif yang dilakukan kerajaan Sarawak,” tambahnya.


Sumber: Bernama



from The Reporter https://ift.tt/8Zvi4G6
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/TpubHQ6
via IFTTT

Safiey Ilias pindah ke Krung Thep Maha Nakhon untuk mulakan kehidupan baharu?


Usahawan Safiey Ilias dilaporkan akan berhijrah ke Krung Thep Maha Nakhon (Bangkok), Thailand untuk memulakan kehidupan baharu susulan tindakannya menjual semua aset mewah yang dimilikinya baru-baru ini. 


Nama sebenar Mohd Saifuddin Ilias, 26, berkata itu adalah antara perancangannya untuk memulakan kehidupan yang lebih baik dan dia enggan mengambil pusing mengenai kata-kata orang. 


"Macam dikatakan sebelum ini, saya mahu menjual semua aset adalah untuk memulakan sesuatu yang baharu. Saya ingin bermula semula dari bawah. Tidak kisahlah orang nak kata apa sekalipun.


"Soal dikatakan berhijrah ke Bangkok, bagi saya ini adalah pilihan dan dirasakan terbaik. Kita tidak tahu mungkin rezekisaya di sana pula. Lagi pula tidak salah untuk ita mencuba sesuatu yang baharu," katanya. 


Safiey juga memanjatkan rasa bersyukur dan terharu kerana ada netizen yang memberi sokongan dan mendoakan urusannya dipermudahkan. 



"Terharu sangat. Semoga asbab dahulu Allah bagi peluang sekali lagi untuk saya berniaga dan bangkit semula. Dulu saya tak sedar sangat perkarai ni. Tapi bila dalam situasi sekarag, dapat komen macam ini pun rasa tersentuh dan bersyukur sangat. 


"Bersyukur dapat bantu orang menjana pendapatan. Terima kasih semua. Segalanya adalah pengalaman, kita tidak pernah kalah, kita belajar sesuatu," katanya. 


Dalam kemaskini terbarunya di Instagram, Safiey yang memuat naik laporan dari Harian Metro itu, menafikan dakwaan berpindah ke Bangkok kerana dia masih sayangkan Malaysia dan ibu bapanya.


Tindakan Safiey menjual kesemua aset-aset mewahnya juga menimbulkan pertanyaan banyak pihak apakah usahawan itu hampir muflis sehingga terpaksa berbuat demikian. Safiey bagaimanapun menjelaskan, dia tidak kisah dengan apa yang orang kata mengenainya kerana mulut orang tak dapat dibendung. 


"Saya sebenarnya tak kisah pun orang nak kata saya muflis ke apa, mulut orang kita tak boleh nak tutup kan. Bagi saya, semua orang dilahirkan pandai. Tiada yang dilahirkan bodoh. Kalau bodoh, takkan kita pernah menjadi kaya atau berjaya dalam pencapaian kita yang berbeza? Kalau saya bodoh, takkanlah saya pernah menjadi jutawan?


"Bila kita kaya, kita akan didatangi orang yang merah mata, kaki ampu, pengikis, orang yang offer investment itu ini dengan pelbagai skim cepat kaya. Belum lagi dengan kawan-kawan yang menumpang kekayaan dan populariti. 



"Andai kita jatuh nanti, kita pasti akan tersangkut. Hari ini saya sedar, yang membuatkan saya tersangkut sebenarnya pengalaman lampau yang saya kesali. Saya tersangkut dalam emosi, sangkut dengan kawan-kawan c****, dipergunakan, musuh yang suka memfitnah sana sini, pesaing yang cuba menjatuhkan kita. Belum dicampur dengan pengalaman percintaan kita, kena tipu, dikhianati staf dan macam-macam. 


"Benda ini yang membuatkan kita menjadi bodoh dan tiada tenaga. Percayalah kita pandai, kita pernah naik, walau kita jatuh pasti boleh naik balik. Apa yang sudah berlaku akan menjadi panduan hidup supaya kita tak salah langkah seperti dulu. Sampai bila nak sakit dan buat kesalahan yang sama?" ujarnya. 


Sumber: Instagram Safiey Ilias



from The Reporter https://ift.tt/23xv0qZ
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/ofNUsnu
via IFTTT

'Akak boleh bercakap dengan orang yang sudah meninggal, kan?'


Hi, selamat malam. Hari ini saya nak berkongsi cerita. Terpulanglah sama ada nak kata cerita saya ini tak masuk akal atau sebaliknya. Tetapi inilah yang terjadi di antara saya dengan seorang sahabat yang mungkin akan terbaca perkongsian ini.


Ceritanya begini:


Satu hari itu, kawan saya tiba-tiba datang bertanya kepada saya, "Kak, kakak boleh bercakap dengan orang yang sudah meninggal, kan?" 


Ya, saya memang ada kelebihan ini sebenarnya tetapi bercakap atau panggil orang yang sudah tiada di dunia ini belum pernah dicuba. Kalau bercakap dengan suara ghaib, itu saya pernah lakukan. 


Kawan saya cerita bahawa ada seorang sahabat lelaki iaitu satu sekolah dengannya, baru-baru ini telah meninggal dunia. Yang sedihnya sebelum lelaki itu meninggal, diorang ada bersembang dalam aplikasi chat. Tetapi di hujung chat itu macam tergantung sebab lelaki itu terbabit dalam kemalangan dan meninggal dunia. 


Jadi, kawan saya ini beritahu pagi itu dia seperti terdengar orang bermain bola keranjang di luar rumah dia. Di tempat kerja pula, barang secara tiba-tiba terjatuh sendiri dan hal ini berlaku di depan matanya. Barang yang terjatuh itu seperti ada tangan yang sengaja menjatuhkannya. 


Jadi, dia bertanya kepada saya, adakah dia menjadi seperti itu kerana terkesan dengan pemergian sahabatnya sehingga terdengar bunyi pelik di luar rumahnya? Katanya, sahabat dia itu dulu pemain bola keranjang semasa di sekolah. 


Oleh kerana masa itu saya agak sibuk, jadi saya beritahu dia "Nanti kita buat". Dalam kesibukan bekerja itu, saya terdengar seperti ada suara lelaki menangis. Tetapi saya tidak terfikir yang itu adalah roh sahabat saya. Saya tanya, mengapa kau menangis? Roh itu tidak menjawab, dia hanya menangis sahaja. Saya abaikan tetapi saya rasa dia sebenarnya mahu berhubung secara bertentangan mata. 


Bila saya rasa seperti itu, saya bertanya kepada kawan saya tentang kehidupan lelaki itu semasa hidup. Memang banyak cerita yang sedih dan paling menyedihkan, roh ini banyak menangis. 


Saya menjadi penghubung di antara kawan saya dan roh sahabatnya. Seperti dia duduk di sebelah saya sambil bercerita. Banyak yang dia mahu cerita, tetapi saya tidak dapat dengar. Hanya bila kawan saya bertanya soalan, baru saya dapat baca apa yang roh sahabatnya itu cakap dan sampaikan kepada kawan saya. 


Dalam satu hari itu, roh sahabat kawan saya 'melawat' dia. Kalau tak bercerita, dia akan berdiri di sebelah kawan saya sambil memerhatikan dia buat kerja. Dalam masa sama roh itu ada beritahu yang dia nak 'balik'. Tetapi setiap kali itu juga dia akan menangis dan saya terpaksa memujuk dia. 


Untuk menghantar roh sahabat kepada kawan saya ini, saya buat upacara yang memang saya sendiri tidak terfikir pun. Disebabkan connection batin saya dengan roh amat dekat, saya gunakan badan saya jadi perantara. 


Di satu sudut, saya dan kawan saya duduk bertafakur. Tiba-tiba badan saya bergegar, saya menangis. Memang saya sedar pada waktu itu tetapi tidak dapat melakukan apa-apa. Saya menangis dan meraung seperti lelaki dewasa yang menangis, bercucuran air mata sehingga membasahi muka. 


Kawan saya pun turut menangis sebab dia tahu roh sahabatnya ini akan balik. Dia peluk saya seperti memeluk sahabatnya. Roh itu sempat memanggil nama kawan saya dengan bahasa roh yang saya terjemahkan begini,


"Saya balik dulu. Sampai jumpa lagi.." 


Selepas selesai upacara itu, saya terbangun dan melihat mata kawan saya kemerah-merahan kerana menangis. 


Tidak lama selepas itu, saya terdengar ada suara yang memberitahu saya, kalau saya buat upacara itu lagi, umur saya dipendekkan. Ya, sebab saya sudah dikira mencampuri urusan antara orang yang hidup di dunia dengan orang yang sudah pergi buat selamanya. 


Keesokkan harinya saya sakit. Tetapi memang perkara biasa bagi saya kalau terlampau menggunakan kelbihan itu, lebih-lebih lagi kalau terlalu banyak menggunakan tenaga. Setakat ini hanya dua kali sahaja saya pernah memanggil roh yang telah meninggal dunia. Bezanya, orang yang baru meninggal dunia lebih senang dipanggil berbanding yang telah lama pergi. Kejadian itu juga membuatkan saya serik sebab selepas buat, saya terus jatuh sakit. 


Ada part yang saya rasa lucu. Keesokkan harinya saya terdengar suara perempuan pula menangis. Macamlah saya tidak tahu yang itu adalah suara cik pon menangis. Entah apa yang dia mahu, macam mintapuji pula. Malas nak layan. 


Sumber: Tidak Diketahui



from The Reporter https://ift.tt/SwTXg8r
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/EozeM7p
via IFTTT

Mengadu sakit ketika membuang air besar, bongkar pelajar tadika diliwat & dicabul oleh pengurus yayasan


Seorang pelajar tadika (perempuan) berusia enam tahun dipercayai menjadi mangsa liwat dan cabul pengurus di sebuah yayasan di Kabupaten Kubu Raya, Kalimantan Barat, Indonesia. 


Ketua Polis Kubu Raya, Jatmiko mengesahkan bahawa pihaknya ada menerima laporan daripada keluarga mangsa dan ketika ini proses siasatan sedang dijalankan. 


Menurut Jatmiko, setakat ini pihaknya belum dapat menetapkan pengurus berkenaan sebagai suspek kerana masih belum memperoleh bukti yang mencukupi.


"Siasatan sedang dijalankan dan kami belum dapat menetapkan lelaki berkenaan sebagai suspek. Jadi kami memohon keluarga mangsa bersabar menunggu proses siasatan dan setiap perkembangan kes akan dimaklumkan kepada mereka," ujarnya. 


Sementara itu keluarg mangsa berkata, kes itu terbongkar selepas mangsa mengadu mengalami kesakitan ketika membuang air besar. Apabila ditanya, mangsa mengaku telah dicabul sebanyak empat kali semasa berada di sekolah. 


Terkejut mendengar pengakuan mangsa, keluarganya segera membuat laporan polis pada Jumaat, 21 Januari 2022. 


Sumber: Kompas



from The Reporter https://ift.tt/iW0MB4t
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/WU802hl
via IFTTT

'Dia tanya saya pernah 'main' ke? Dia siap nak bayar' - (Video) Gadis trauma diganggu secara seksual oleh pemandu Grab


Rabu 23 Februari lalu, seorang pengguna Twitter mendedahkan dirinya diganggu secara seksual oleh pemandu Grab ketika menggunakan perkhidmatan e-hailing berkenaan. 


Insiden yang tidak diingini itu sempat dirakam oleh mangsa yang kemudian menyebarkan perbuatan tidak bermoral lelaki terbabit di media sosial. 


"Kaum Hawa di luar sana, tolong berhati-hati apabila naik Grab. Uncle ini awal-awal tu dia tanya saya, 'mana boyfriend'. Kemudian saya kata saya tak ada boyfriend," katanya. 


Jawapan mangsa membuatkan pemandu Grab itu terdiam seketika sebelum bertanya soalan yang seterusnya sama ada mangsa pernah melakukan hubungan intim. 



"Lepas tu dia tanya, 'Nak tanya satu soalan boleh?'. Dia tanya saya pernah main (hubungan intim) ke? Saya yang tidak mengerti pertanyaan dia bertanya main apa dan dia kata 'main tidur'. Masa itu saya dah rasa jangal dan berdebar sangat. 


"Sebelum saya keluar, saya macam tercari-cari duit dalam poket. Masa macam inilah duit nak hilang. Kemudian dia tanya lagi, 'Tak nak (main) ke?'. Dia tanya tiga empat kali soalan yang sama selepas saya cakap tak nak. 


"Dia siap cakap dia nak bayar lagi. Menakutkan! Sudahlah saya trauma dengan benda-benda macam ni. Memang berdebar dan menangislah selepas keluar dari kereta," katanya. 



Pendedahan mangsa menarik banyak perhatian netizen di media sosial termasuk Pasukan Keselamatan Grab yang segera menghubungi mangsa untuk meminta maklumat lanjut berhubung kejadian itu. 


Grab juga telah menggantung akaun pemandu terbabit dan tidak akan menerima sebarang tempahan pelanggan sementara pihaknya menjalankan siasatan.



Grab memberi jaminan tindakan tegas akan diambil terhadap pemandu itu, selaras dengan jaminan syarikat itu yang amat mengutamakan keselamatan penggunanya. 


Sumber: Twitter Pengadu



from The Reporter https://ift.tt/1VQ6fn5
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/Ld9anRA
via IFTTT

Taib Mahmud sambung khidmat sebagai TYT Sarawak untuk dua tahun lagi


Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud hari ini menerima surat cara pelantikan bagi menyambung khidmatnya selama dua tahun daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, di sini.


Ini merupakan penggal ketiga Abdul Taib dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak, mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Sarawak.


Lantikan pertama adalah pada 1 Mac 2014 hingga 28 Feb 2018, manakala lantikan kedua pada 1 Mac 2018 hingga 28 Feb 2022.


Istiadat Pengurniaan Surat cara Pelantikan Kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak itu turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.


Antara menteri yang hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri dan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Hasbi Habibollah.


Abdul Taib pernah memegang jawatan ketua menteri selama 33 tahun sejak 26 Mac 1981 setelah menggantikan bapa saudaranya, Tun Abdul Rahman Ya'kub.


Anak sulung daripada 10 beradik kepada pasangan Mahmud Abang Yahya dan Hamidah Ya'kub itu dilahirkan pada 21 Mei 1936.


Beliau pernah berkhidmat sebagai hakim bersekutu di Mahkamah Agung Australia Selatan selepas menamatkan pengajian dalam bidang undang-undang di University of Adelaide, sebelum kembali ke Sarawak.


Anak jati Bumi Kenyalang itu menceburi politik pada tahun 1963 apabila menjadi anggota Majlis Perundangan Negeri Sarawak sehingga 1966.


Sumber: Bernama



from The Reporter https://ift.tt/KE0isLM
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/dqshU3J
via IFTTT

Sunday, 27 February 2022

'Salji turun di Gunung Kinabalu!' - Fenomena salji di puncak Gunung Kinabalu buat pendaki teruja


Tular di media sosial beberapa klip video yang mendakwa berlakunya fenomena salji di Gunung Kinabalu, Sabah, menarik perhatian netizen. 


Lapor media tempatan, fenomena itu berlaku kira-kira tiga minit di Sayat-Sayat sehingga ke puncak Gunung Kinabalu di Kilometer 8.72. 


Fenomena itu sempat dirakam oleh pelatih laluan, Via Ferrata, Hajiri Sulumin, 47, yang menurutnya kejadian itu berlaku secara spontan tetapi hanya dalam tempoh singkat sahaja. 


Jelas Hajiri, strukturnya memang salji tetapi bukan seperti ketulan air yang biasa dilihat ketika berada di puncak Gunung Kinabalu. 




"Ia memang salji seperti kepingan ringan. Kalau ketulan ais, ia berat. Ada ramai pendaki ketika itu dan saya terpaksa menunggu mereka lebihlama sedikit kerana pendaki yang lain sedang menyaksikan kehadiran salji di atas puncak," katanya. 


Kejadian itu bukanlah pertama kali berlaku kerana fenomena yang sama pernah berlaku pada 2018.


Sumber: Sinar Harian



from The Reporter https://ift.tt/bz5IYtB
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/kSx1EQr
via IFTTT

Harga rumah meningkat 10 - 20 peratus setiap tahun, menyukarkan golongan B40 & M40 nak beli rumah


Harga rumah yang saban tahun meningkat bagaikan tiada hari esok menyebabkan ramai yang tidak berkemampuan membeli rumah dan terpaksa menyewa sehingga ke akhir hayat. 


Menurut Pakar Kewangan Pengguna, Prosefor Dr Mohamad Fazli Sabri berkata, harga rumah di negara ini secara purata meningkat 10 hingga 20 peratus setiap tahun. Peningkatan yang tidak setara dengan pendapatan ini dilihat menyukarkan golongan B40 dan M40 untuk memiliki rumah. 


"Ini (pemilikan rumah) satu cabaran yang kalau orang tidak ada duit dan tidak mampu hadapi untuk memiliki rumah. Perbelanjaan ini besar dan kena ingat, ia bukan dalam tempoh satu tahun, tetapi mencecah 30 hingga 35 tahun dan ia satu komitmen panjang. 


"Jadi, bila pendapatan tidak cukup maka makin lama umur makin lanjut. Harga rumah pula makin mahal dan kita akan terus tidak mampu nak memiliki rumah," katanya memetik laporan dari Sinar Harian. 


Selain itu, tahap pengetahuan dan kesedaran yang rendah mengenai proses pemilikan rumah turut menjadi sebab ramai individu dalam golongan tersebut masih tidak memiliki kediaman sendiri. 


Ini berlaku kerana pembelian rumah melibatkan proses yang rumit, termasuk penyediaan wang pendahuluan, pemprosesan dokumen dan perkhidmatan peguam yang akan membabitkan penambahan kos. 


"Kalau kita dapat pinjaman 100 peratus, tidak apa. Tapi kalau tidak pastinya mereka kena bagi wang pendahuluan 10 peratus. Kalau harga rumah RM300,000, jadi mereka perlu ada duit sekurang-kurangnya RM30,000.


"Tapi kalau dia tidak ada persiapan kewangan yang baik, macam mana? Itu belum lagi kira kos duti setem, bayaran peguam dan pelbagai lagi yang kalau dikumpulkan memerlukan lebih kurang RM10,000," katanya. 


Sumber: Sinar Harian



from The Reporter https://ift.tt/FEm89bg rumah meningkat setiap tahun susah golongan B40 dan M40 nak beli rumah.html
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/S9EOldA
via IFTTT

'Rugilah kami kalau tak naikkan harga sewa rumah' - Rumah sewa saiz 600 - 800 kaki persegi cecah RM1,500 sebulan, alasan lokasi strategik & dekat dengan pengangkutan awam


Harga rumah sewa pada masa ini dilihat terlalu tinggi dan pemilik rumah sewa pula memberi alasan kadar rumah sewa mahal dikenakan disebabkan beberapa faktor yang dianggap tidak masuk akal. 


Menurut laporan Harian Metro, rumah pangsa seluas 800 kaki persegi di Kuala Lumpur disewa dengan harga mencecah RM1,500 sebulan, setaraf dengan kediaman jenis kondominium mewah yang mempunyai pelbagai kemudahan seperti gimnasium, kolam renang dan sistem keselamatan yang canggih. 


Ada penyewa yang sanggup membayar harga sewa yang tinggi atas pelbagai faktor seperti lokasinya yang strategik, dekat dengan kemudahan awam. Disebabkan rasa 'terdesak' penyewa mendorong pemilik rumah menaikkan harga sewa rumah pangsa seluas 650 kaki persegi dengan dua bilik dan satu bilik air sehingga RM1,500 sebulan. 


Walaupun harga sewaan tidak masuk akal, kebanyakan pemilik menyediakan perabot serba lengkap dan penyewa hanya perlu berpindah masuk dengan membawa pakaian sahaja. 


Penyewa, Nur Aishah Ghazali, 32, mengakui dia dan suami terpaksa mengikat perut untuk membayar sewa RM1,200 sebulan untuk rumah pangsa seluas 650 kaki persegi di Sri Penara, Bandar Sri Permaisuri. 


Biarpun mahal, tetapi rumah tersebut mempunyai tiga bilik dan dua bilik air. Jarak dari tempat kerja pula hanya memakan masa 10 minit perjalanan. Di kawasan itu juga terdapat sekolah, masjid dan banyak lagi kemudahan lain disediakan. 


"Gaji saya dan suami tidak sampai RM3,500 sebulan. Jadi kami terpaksa berkorban banyak aspek lain bagi memastikan semua sewa, bil-bil bulanan dan keperluan dua anak yang masih bersekolah dapat disediakan. 


"Apa pun, memang kami terasa beban dengan kenaikan sewa rumah kerana enam tahun dahulu, sewa rumah ni hanyalah RM900 sahaja," katanya. 


'RUGILAH KAMI KALAU TAK NAIKKAN KADAR SEWA RUMAH'


Sementara itu, pemilik rumah pangsa menegaskan mereka bukan suka-suka menaikan kadar sewaan bulanan. Kenaikan itu dibuat kerana mereka perlu membayar ansuran rumah, caj-caj lain yang berkaitan dengan penyelenggaraan dan seagainya. 


Azhar (bukan nama sebenar) mengakui jika ada lebihan (untung) sekalipun, ia adalah pendapatan sampingan dan jumlahnya tidak besar. Namun dia tidak menafikan ada sesetengah pemilik menaikkan kadar sewaan untuk mengaut keuntungan kerana pemilik juga mempunyai banyak komitmen lain yang perlu dilunaskan. 


"Contohnya saya sendiri bukan sahaja perlu membayar bayaran ansuran rumah, malah cukai pintu dan pembayaran yuran penyelenggaraan kepada Badan Pengurusan Bersama Flat juga. 


"Itu belum lagi kerosakan lain atau kes terpencil yang perlu ditanggung tuan rumah disebabkan karenah penyewa yang pelbagai. 


"Keuntungan hasil dari sewaan rumah ada juga disimpan untuk tujuan perbelanjaan baik pulih atau penyelenggaraan yang perlu. 


"Walaupun ada pemilik rumah menanggung banyak komitmen lain yang menyebabkan kadar sewa dinaikkan, namun kebanyakkan harga sewaan masih sesuai dengan nilai hartanah. 


"Jika kebanyakkan rumah di kawasan ini sudah naik harga sewaanya, tiada sebab saya nak bertahan pada harga lama. Rugilah kerana sebagai pemilik rumah, kami juga perlu ikut harga semasa. 


"Andai seorang bakal penyewa tidak berminat dan kurang mampu pada harga yang ditetapkan, mungkin ada penyewa lain yang lebih mampu," katanya. 


Laporan penuh mengenai isu kenaikkan kadar sewaan rumah di Lembah Klang boleh layari Harian Metro.


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3HmbY0g sewa di Lembah Klang mahal penyewa tiada pilihan sebab lokasi strategik.html
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/5g1WhZR
via IFTTT

Abang Viva tiba di Terengganu untuk bantu mangsa banjir


Pernah diangkat sebagai 'wira' ketika musim banjir Disember 2021, Abang Viva atau nama sebenar Azwan Omar, dilaporkan akan pergi ke Terengganu untuk membantu mangsa-mangsa banjir di negeri itu. 


Berdasarkan gambar screenshot perbualan yang tersebar di media sosial, Abang Viva memaklumkan dia sedang melakukan persiapan untuk pergi ke Terengganu setelah mendapat maklumat dari netizen yang memaklumkan ramai mangsa banjir teprerangkap sehingga terpaksa memanjat bumbung untuk menyelamatkan diri. 


"Dah baca. Terima kasih bagi info. Saya pun tengah bersiap ni," tulisnya dalam perbualan itu. 


"Terima kasih bang. Sekarang Kampung Lubuk paip masih ramai terperangkap atas bumbung rumah. Diorang perlukan bot besar. Semoga perjalanan abang selamat dan dilindungi Allah," kata netizen berkenaan. 


Ramai netizen netizen mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan dan dilindungiNya. Menurut sumber, Abang Viva serta rakan-rakan seperjuangannya baru sahaja tiba di Hulu Terengganu. 


Senyuman penuh makna dari seorang hero rakyat. Alhamdulillah beliau dan geng selamat sampai di Hulu Terengganu sebentar tadi. - Viral Media Johor


"Alhamdulillah, semoga Abang Viva dipermudahkan oleh Allah untk membantu mangsa-mangsa banjir dengan mudah dan semudah-mudahnya. Amiin. Terbaik!" kata Saribanun. 


Sumber: Viral Media Johor



from The Reporter https://ift.tt/M5RpLle Viva turun ke Terengganu untuk bantu mangsa banjir.html
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/GLMQ8Yj
via IFTTT

(Video) 'Amalan yang awak buat semua dah cukup ke bang?' - Geng superbike buat onar di Jambatan Kedua Pulau Pinang diburu polis


Susulan tular video sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi ditunggang secara berbahaya di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah atau Jambatan Kedua Pulau Pinang, polis telah mengenal pasti individu terbabit. 


Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, individu-individu terbabit telah dikenal pasti berdasarkan nombor pendaftaran motosikal dalam video viral tersebut. 


"Polis akan mengesan penunggang-penunggang motosikal berkenaan bagi melengkapkan siasatan. Satu laporan diterima dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. 


Polis juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu tampil membantu siasatan dengan menyalurkan maklumat kepada Inspektor Hamizah Ahmad Rosli d talian 013-2064682. 


Di media sosial, netizen turut mengecam tindakan penunggang motosikal terbabit yang dikatakan tidak bertanggungjawab dan membahayakan pengguna jalan raya lain. 


"Dah rasa amalan yang awak buat semua dah cukup ke bang? Ingatlah keluarga, ibu bapa awak sama. Kalau jatuh mati terus tak apa. Tapi kalau hilang salah satu anggota badan, siapa susah? Ibu bapa atau isteri kalau sudah berkahwin. Nak berseronok boleh, tetapi ingatkan orang tersayang," kata Rokiah. 


"Itu kalau jatuh, berselerak tulang belakang dengan tulang rusuk. Jenuh pula polis, bomba dan orang awam kena tolong kutip. Belum lagi kepala terpelanting masuk dalam laut," kata Norazarina. 


"Diorang ni geng kayangan. Kesedapan dunia layan dengan kawan-kawan. Bersepah atas jambatan tu nanti, meninggal satgi, tak dan mengucap seksa kubur seorang-seorang. Family akan ingat sampai bila-bila, arwah meninggal sebab berjuang di atas jalan raya," perli Ah Gee. 


Sumber: Kosmo, Penang Kini



from The Reporter https://ift.tt/qMGnLe8 Superbike menunggang secara berbahaya di Penang Bridge untuk raih like di media sosial.html
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/vnMhuJo
via IFTTT

''Dah la tak reti cerita pasal ekonomi, pendidikan, tak pandai mentadbir' - Nur Jazlan yakin retorik agama PAS tak berkesan di Johor


Kekerapan PAS yang gemar bercakap tentang agama berbanding isu nasional ketika pilihan raya hanya akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Ketua UMNO Johor, Nur Jazlan Mohamed. 


Menurut Nur Jazlan, PAS seperti ketandusan idea kerana suka bercakap perkara yang sama seperti poligami dan yang terbaru, 'Suami boleh pukul isteri jangan kuat-kuat'. 


"Di Johor, masyarakat dia majmuk lebih kurang sama sahaja Melayu dan bukan Melayu. Kalau PAS nak cerita soal agama, ceritalah.. lagi kita (BN) suka. Ceritalah lagi. 


"Dah la tak reti cerita pasal ekonomi, pendidikan, tau cerita pasal agama. Ceritalah. Lagi banyak cerita, lagi banyak bukan Melayu kembali ke BN," katanya memetik laporan dari Malaysia Gazette.


Selain itu katanya, orang Melayu di Johor tidak berminat mendengar cerita PAS kerana rakyatnya mendapat pendidikan formal di sekolah kebangsaan dengan pada sebelah petangnya pula, menghadiri kelas agama.


Tambahnya lagi, pemimpin PAS tidak pandai mentadbir dan sebagai contoh Hadi Awang yang dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Timur Tengah tidak dapat masuk ke timur tengah kerana kebanyakan negara mengatakan Presiden PAS itu mazhab lain. 


"Lepas tu pergi ke Qatar jumpa dengan Taliban (yang) dengan Malaysia tak ada hubungan diplomatik. Lepas tu janji pula nak bagi bantuan kepada Taliban. Dia pula buat dasar negara," katanya. 


Sumber: Free Malaysia Today



from The Reporter https://ift.tt/T2dXK4N PAS tidak pandai mentadbir kata Nur Jazlan.html
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/nwIQMei
via IFTTT

Saturday, 26 February 2022

'Aku vote kau dulu sampai habis beratus-ratus, kau jadi macam ni?' - Penampilan terkini Saiful (Malaysian Idol) buat netizen terkejut


Pernah memenangi program realiti TV Malaysian Idol pada tahun 2014, popular Saiful atau nama sebenar Mohammad Saipul Bakeri terus meningkat. Popularitinya semakin bertambah apabila dia tampil dengan single "Ku Juga Mencintaimu'.


Namun, bakat dalam bidang nyanyian penyanyi itu terus terpadam apabila dia terus menyepi dan akhirnya tenggelam ditelan zaman.


Baru-baru ini, tular di TikTok video menunjukkan penampilan Saiful yang banyak berubah. Penampilan 'baharunya' itu mengejutkan ramai terutama mereka yang pernah mengundi untuk kemenangannya dalam program realiti TV itu. 


Berdasarkan video tersebut, Saiful tampil dengan gaya lebih feminin. Wajahnya juga lebih runcing dan kelihatan kurus berbanding dahulu. 


@divawafa

Eksklusif !!!....Tunggukan Temubual Artis Berbakat Besar Saiful Malaysia Idol Di Wafa Tv !!!

♬ Ku Juga Mencintaimu (Version 2008) - Saiful


Sementara itu, netizen mengakui mereka terkejut dengan perubahan Saiful itu. Tetapi masih bersangka baik terhadap penyanyi itu yang mungkin sudah berubah. 


"Aku vote kau dulu, habis beratus-ratus kau jadi macam ni? Sekali vote 50 sen tau," kata Ninie. 


"Pintu taubat masih terbuka. Siapa kita untuk menilai? Kita sama-sama berdoa, semoga dipermudahkan jalan hidupnya untuk kembali kepada fitrah. Aminn," kata Anak Abah. 



"Seriuslah! Kenapa macam ni? Saya suka awak dulu Saiful sebab awak comel. Semoga hidayah milik kamu dan juga diri saya sendiri," kata Adiys. 


"The fact that he call himself by Saiful, means he still in his right mind. We are no judge," kata Haffi. 


Sumber: TikTok Diva Wafa



from The Reporter https://ift.tt/UaAoH8d terkini Saiful Malaysian Idol buat netizen terkejut.html
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/p26QGqZ
via IFTTT

'Korang mesti suka, TMJ tak jadi bersara' - JDT berjaya tewaskan KL City FC


Beberapa hari lalu, pemilik pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat kenyataan yang mengejutkan banyak pihak bahawa baginda akan mengundurkan diri sekiranya pasukan JDT tewas kepada pasukan KL City FC buat kali kedua.


Tunku Ismail berkata, bagina akan mengundurkan diri sepenuhnya dari semua aktiviti yang berkaitan dengan sukan tersebut sekiranya JDT tewas, sekali gus melepaskan tampuk kepimpinan Harimau Selatan. 


Namun begitu, ada netizen yang berpendapat bahawa kenyataan itu dibuat kerana Tunku Mahkota Johor mahu memberi semangat keyakinan kepada pasukannya agar berjuang berhabis-habisan pada perlawanan itu. 


Bagaimanapun dalam perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim semalam, JDT berjaya menjinakkan KL City FC  pada perlawanan Sumbangsih dengan keputusan 3-0. Kejayaan itu menjadikan skuad Harimau Selatan itu menjulang Piala Sultan Haji Ahmad Shah buat kali kelima berturut-turut. 


Dengan menggunakan formasi 3-4-3 seperti aksi final Piala Malaysia musim lalu, JDT tampak menguasai perlawanan apabila kerap mengasak ke kubu KL City FC.


Kemenangan itu sudah pasti melegakan pasukan JDT dan penyokongnya kerana Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak akan bersara seperti yang diumumkan sebelum ini. 


Sumber: Berita Harian 



from The Reporter https://ift.tt/cHfGdzh
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/IKzx7HD
via IFTTT

'Tak nak vaksin? Terpulang... Jangan berlagak macam Tuhan' - Uyaina Arshad selar komen golongan Anti-Vax type palatao

Pelakon Uyaina Arshad, 30, baru-baru ini dilaporkan positif Covid-19 dan mengalami gejala teruk sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital. Suaminya, Raja Syahiran, 29, juga dijangkiti virus tersebut tetapi menjalani kuarantin di rumah. 


"Saya kena tahan di wab sebab tekanan darah rendah dan badan lemah. Badan saya rasa sakit sangat-sangat terutamanya pada hari kedua dan ketiga. Nak jalan pergi ke tandas pun merangkak, badan rasa macam kena pukul. Tekak rasa macam kena lenyek. Susah nak bernafas dan demam menggigil. 


"Paling bahaya sebab ia kacau organ dalaman kita. Itupun kami dah ambil vaksin. Bayangkan orang yang tak ambil vaksin langsung? Yang anti vaksin? Tak tahulah macam mana bermasalah badan mereka," katanya yang turut meminta orang ramai mendoakan dia dan suami diberi kesembuhan. 



Difahamkan, kenyataan Uyaina tersebut mengundang rasa kurang senang golongan anti-vaksin yang menganggap dia mempromosikan vaksin, kemudian melakukan serangan beramai-ramai di akaun media sosial pelakon itu. 


Menyedari banyak komen negatif yang bersifat keterlaluan, Uyaina tampil meminta golongan berkenaan berhenti mengikuti atau menyekat media sosialnya. 


"Saya kerap abaikan banyak komen negatif dalam hidup saya. Hal itu satu kebahagiaan. Apabila ia sekadar serangan peribadi terhadap saya, tak apa saya boleh abaikan. tetapi tidak untuk kali ini. 


"Kalau apa yang saya tulis menyinggungkan anda, tak sehaluan dengan pemikiran anda, anda tak suka, anda nak menang, nak paksa ikut pendapat anda, unfollow dan block saya. Terima kasih," katanya. 



Jelasnya lagi, selain dia dan suami, ahli keluarganya yang lain juga ramai yang dijangkiti serta bertarung nyawa dengan Covid-19.  


"Anda tak nak vaksin, terpulang. Tapi jangan berlagak dan berlagak Tuhan. Dunia ini dah banyak sangat bencana, malapetaka dan benda buruk yang terjadi. Ditambah lagi dengan orang bodoh. Bertambah buruk jadinya dunia ini.


"Ilmu pun tak setara mana, jangan nak mendabik dada. Islam mengajar kita untuk mencari ikhtiar dalam apa-apa sekalipun. Pakar dalam setiap bidang belajar bertahun-tahun lamanya mengkaji dan menyelidik. You yang buat 'research online' ataupun dengar cakap 'makteh' tak payah nak buat palatao. At least, bukan di 'ruang' saya. I don't need this," katanya. 


Sumber: Instagram Uyaina Arshad



from The Reporter https://ift.tt/ysgJYPR selar golongan anti vaksin kerana berlagak macam tuhan.html
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/gyV0oPS
via IFTTT

'Saya gesa cerita seperti ini diboikot, tak sesuai paparkan perlakuan gay pada umum' - Ustazah Asmak Husin


Tayangan drama Suamiku Lelaki Pendosa di slot Samarinda TV3 semakin menarik perhatian ramai yang menontonnya. Para pelakonnya sebelum ini ada yang menjelaskan drama tersebut bukan hanya sekadar hiburan semata-mata, tetapi akan memberi pengajaran kepada yang berkenaan. 


Baca: 'Ini adalah tuntutan kerja saya, harap penonton bersikap terbuka' - Gambit terima watak lelaki songsang dalam drama Suami Lelaki Pendosa kerana pasangannya Aaron Aziz


Bagaimanapun, pendakwah agama, Ustazah Asmak Husin berpandangan drama tersebut seperti menormalisasikan budaya LGBT dan perlu diboikot demi kebaikan semua golongan masyarakat. 


"Nampaknya drama yang ditayangkan sekarang menjadi buah mulut orang ramai. Kalau dulu watak lelaki lembut, sekarang watak gay yang bercinta ditayangkan. Apa yang kita nak hidang sebenarnya kepada penonton? 


"Saya menggesa cerita seperti ini diboikot kerana memaparkan perlakuan gay yang sangat tidak sesuai untuk tontonan umum. Tambahan pula, akan memberi pengaruh yang tidak baik kepada pemikiran anak-anak yang menonton," tulisnya. 


Walaupun faham akan tujuan pembikinan drama itu untuk menunjukkan realiti sebenar kehidupan, namun babak yang tidak sepatutnya itu telah tular di media sosial dan mendapat reaksi yang tidak diingini. 


"Saya faham sekiranya pengarah drama ini mengatakan tujuannya adalah untuk memaparkan realiti sebenar kehidupan masyarakat di sekeliling kita tau memberi kesedaran tentang isu ini, tetapi masalahnya sekarang scene bercinta antara gay yang menjadi tular dan mendapat banyak sambutan. 'Defeat the purpose'," jelasnya. 



Ustazah Asma bersama kumpulannya terdahulu hadir pada sesi dialog bersama Timbalan Menteri Agama yang membincangkan peranan media dalam mengatasi masalah sosal yang semakin mengakar di negara ini. 


Antara isu yang dibangkitkan adalah isu liwat yang kebanyakannya bermula dari sekolah dan asrama, sekali gus menimbulkan kebimbangan di kalangan ibu bapa. Bertambah teruk lagi apabila ada stesen televisyen yang menayangkan drama berunsur songsang yang dikhuatiri akan mencetuskan lagi 'kebangkitan' golongan berkenaan. 



Menurut Ustazah Asmak, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menegaskan negara ini tidak akan sesekali mengiktirafkan LGBT walaupun menerima tekanan dari pelbagai pihak. INi kerana budaya LGBT adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, prinsip agama dan budaya. 


Justeru, adalah penting media dan pempengaruh (influencer) bersama-sama membantu memberi kesedaran mengenai normalisasi LGBT kepada pengikut masing-masing. 


Pandangan pendakwaah berkenaan turut disokong netizen.


"Saya pun tak suka cerita ini walaupun hanya sekadar lakonan. Tetapi anak-anak ada yang menonton dan pasti tertanya-tanya. Walaupun kita pasti di penghujung penceritaan, masing-masing akan insaf dengan perbuatan dan dosa yang telah mereka lakukan, akan tetapi adegan yang dipaparkan sekarang memang keterlaluan. Saya harap drama sampah seperti ini dapat diharamkan dari terus ditayangkan demi generasi akan datang," kata Zaiton Mohd Ali. 


"Pengarah nak kumpul rating ke buat cerita masukkan unsur-unsur yang sudah terang lagi bersuluh salah di sisi agama Islam? Please la, kalau dah tahu Islam jangan nak cuba-cuba buat atau selitkan juga. Sibuk juga nak mengikut budaya negara barat. Boikot cerita macam ni. Suarakan pada pihak yang ada kuasa untuk beritahu bahawa benda-benda seperti ini tidak patut dilakukan. Inilah jarum-jarm dia masukkan sikit-sikit," kata Azreen.


Sumber: Facebook Ustazah Asmak Husin



from The Reporter https://ift.tt/kFopaUG
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/cJud4Xo
via IFTTT

Friday, 25 February 2022

(Video) 'Macam inilah kalau hidup bermadu' - Suami belikan Vellfire untuk 4 isterinya


Tidak semua wanita yang mahu suaminya diambil orang, tetapi jika ditakdirkan suaminya memilih untuk berpoligami maka terpaksalah menerima ketentuan itu. Suka atau tidak, bersedialah dari segi mental dan fizikal. 


Si suami juga perlu perlulah berlaku adil di kalangan isteri-isteri termasuk hal pemberian nafkah zahir dan batin. Hati mereka perlu dijaga agar rumah tangga menjadi lebih harmoni tanpa masalah. 


Tular di media sosial, perkongsian seorang wanita mengenai kehidupan bermadu di mana suaminya perlu pulang ke rumah empat orang isterinya setiap dua minggu secara bergilir-gilir. 


Apa yang menarik perhatian netizen adalah, si suami turut membelikan setiap seorang isterinya sebuah Toyota Vellfire. Apabila tiba giliran masing-masing, si isteri perlu datang menjemput suaminya pulang ke rumah. 


@dylazahid

tak semua nak hidup macamni

♬ suara asli - Hi, ini meme - 𝑴𝒆𝒎𝒆𝒊𝒏𝒊𝒎𝒆𝒎𝒆🐹🐿


"Macam inilah kalau hidup bermadu. Suami seorang kena gilir empat setiap dua minggu seorang. Setiap giliran kena datang ambil sendiri sebab setiap isteri dia dah belikan kereta seorang satu. Tak semua nak hidup macam ni. 


"Ini rumah isteri dia yang ketiga. Selalu bila turn kita, dia akan pakai selekeh, baju berlubang, seluar carik, Dia akan keluar sehelai sepinggang je dengan muka serabai, kusut masai," tulisnya. 


Di ruangan komen, netizen memberi pelbagai reaksi antaranya bersetuju dan tidak bersetuju dengan kehidupan berpoligami. 


@dylazahid Reply to @ernasss94 ♬ original sound - it's me dilla


"Tak sangguplah bermadu sebab pernah jadi baru-baru ini dalam mimpi. Memang menyakitkan hati. Nasib baiklah dalam mimpi. Semoga aku dijauhkanlah," kata Mek Ses. 


"Bermadu itu pilihan. Tak semua orang nak macam ni, tetapi kalau diri sendiri yang pilih, tak perlu nak mengeluh. Terima seadanya," kata Farah.


"Saya pun bermadu empat. Alhamdulillah takdir Allah itu indah jika kita semua faham agama. Iman di hatilah yang membuat kita bahagian, bukan suami aatu dunia," kata Kartina. 


Bagaimanapun, ada netizen yang mendakwa perkongsian itu tidak benar dan video tersebut dibuat hanya sekadar content TikTok. 


"Dia ada empat kedai, bukan bermadu pun. Content sampah ni. Aku aminkan je lah doa dia," kata Ija.


Sumber: TikTok Dyla Zahid



from The Reporter https://ift.tt/bv1cDrl kehidupan bermadu.html
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/9Ih6Zzb
via IFTTT
loading...