Bersenam dengan melakukan aktiviti berbasikal merupakan trend yang semakin menjadi pilihan ramai. Lebih-lebih lagi apabila kerajaan mula melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020 yang saban minggu dilonggarkan sedikit demi sedikit bagi mereka yang ingin melakukan aktiviti senaman.
Aktiviti berbasikal pada waktu itu adalah dibenarkan dan tidak dinafikan ada individu yang mengambil kesempatan untuk keluar berbanding terkurung dalam rumah sepanjang tempoh PKP.
Namun pada hari ini, ramai yang mula mempersoalkan pengelibatan golongan wanita dalam aktiviti tersebut kerana ada yang berpandangan mereka hanya sekadar mahu menayangkan bentuk badan apabila memakai pakaian sukan berbasikal yang ketat.
Selain itu, golongan wanita dikatakan bukan benar-benar serius melakukan aktiviti itu. Tetapi lebih kepada menunjuk-nunjuk di media sosial. Kenyataan itu dibuat berdasarkan pemerhatian di semua platform seperti TikTok, Facebook dan Instagram.
"Memang ada jenis perempuan yang bangga tunjuk bentuk badan dia kepada public. Bukannya mereka tak tahu mata lelaki macam mana. Kalau mata lelaki itu memandang ke arah dia, lagilah dia mendada," kata Dewi.
"Saya pun tak faham dengan alasan aerodynamic dan safety yang mereka katakan. Nak aerodynamic sangat kenapa? Majoriti bukan atlet profesional pun. Safety? Jurutera yang deal dengan mesin pun tak pakai pakaian ketat-ketat. Zaman 60-an relaks sajao rang mengayuh basikal pakai seluar kembang. Budak-budak sekolah pun selamba naik basikal pakai kain dan seluar," kata Azim.
"5-10 tahun lepas, biasa je tengok pekerja warga Bangladesh naik basikal. Tapi tak gigih pakai pakaian ketat bonjol sana sini dan berbasikal pun di tepi-tepi jalan. Tak seperti hari ini, penunggang basikal buat perangai teruk, baju pun nampak habis semua bonjol jantan betina, semua keluar," kata Pixel.
"I tak kisah diorang nak pakai ketat atau tak berpakaian sekali pun. Tetapi yang pakai tudung tu, benci tengok. Pakai tudung sebab nak tutup rambut buruk ke? Pakai tudung tapi baju dan seluar semua ketat-ketat sampai nampak line semua. Gelilah. Bukan seksi, tetapi menggelikan adalah," kata Yondu.
"Kau nak pakai apa pun, terpulanglah pada diri kau dengan tuhan kau. Tetapi mohon kalau tak berapa aerodinamik, ke tepi sikit. Semak tengok korang segerombolan kayuh basikal berbodong-bodong macam pekerja warga asing balik dari kilang bawa mangkuk tin," kata Nurya.
from The Reporter https://ift.tt/jROWPsc
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/NCIblfe
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment