loading...

Thursday, 17 February 2022

Murid Tahun 4 tak nak pergi sekolah sebab trauma jadi mangsa amang seksual gurunya di Putrajaya


Seorang murid lelaki berusia 10 tahun mendakwa dirinya menjadi mangsa amang seksual gurunya di sebuah sekolah di Putrajaya, sejak Januari lalu. 


Menurut sumber, kejadian itu hanya disedari oleh keluarga selepas mangsa enggan hadir ke sekolah walaupun sudah puas dipujuk berkali-kali dan mendedahkan dia menjadi mangsa amang seksual gurunya sejak tahun lalu. 


Keluarga mangsa yang tidak berpuas hati dengan perkara itu bertemu dengan pihak sekolah kelmarin dan mereka dinasihatkan membuat laporan polis. 


Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan pihaknya sedang menjalankan siasatan. 


Belum ada sebarang tangkapan dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/F8hgWQ1
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/X9C0D7v
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...