loading...

Sunday, 31 December 2017

'Mereka sedang mengajar masyarakat menjadi bodoh, lebih bodoh dari mereka' - Netizen setuju dan sokong teguran yang dibuat untuk 3 usahawan kosmetik ini


Penafian: Artikel yang disiarkan di bawah adalah pandangan penulis semata-mata. Ia tidak mewakili The Reporter.

'Aliff Syukri, DS Vida dan Sajat, andalah idola kebodohan'

Selain kita berhadapan dengan golongan yang gagal faham sensitiviti agama, kaum dan jantina, kita juga gagal untuk memahamkan orang yang bodoh tetapi masih rasa kebodohannya itu adalah pandai dan tak apa. 

"Asalkan aku buat duit, tak kisah apa yang aku tulis dan apa yang aku buat. Aku ada duit, kau ada apa?" 

Saya tak suka dan benci orang yang tak faham ini. Tipikal orang yang baru nak merasa senang, terus diuji Tuhan dengan kekayaan melimpah ruah terus bongkak dan sombong. Terus-terang, Aliff Syukri, DS Vida, Nur Sajat dan seumpama mereka sedang mengajar masyarakat supaya menjadi bodoh. Lebih bodoh dari mereka. 

Dari tulisan mereka menggunakan ejaan yang salah, perbuatan seperti binatang, pemasaran yang lucah dan bangang, mereka sedang mengajar masyarakat supaya lebih ke hadapan menjadi bodoh dan tolol. 

Hairannya, penyokong-penyokong yang terus menyokong mereka (penjilat) terus memberi simpati atas alasan, 

"Ini Instagram dia, ini Facebook dia, ini duit dia, suka hati dialah." 

Kerana duit, terus semua menjadi BODOH.

Itu tak kira berapa ramai anak muda yang tak mahu belajar atau meneruskan belajar dan mendapat 'galakan' ibu bapa yang sudah malas mengajar anak dengan berkata,

"Dia ni SPM je, jutawan pun. Dia ni tak ada ijazah, kaya pun."

Kekayaan adalah tunjang kejayaan seseorang hari ini. 'Cash is king'. Kekayaan ini juga telah menutup semua kesalahan dan kebobrokan.

Seperti kata kakak Aliff Syukri iaitu Puan Yatie, kita bukan sempurna untuk menegur tetapi benda ini perlu ditegur. 

Sahabat sekalian, saya dah berjumpa dengan mereka yang jauh lebih kaya dari mereka, tetapi mereka itu penuh ilmu dan pendidikan juga tidak pernah beraksi bodoh untuk kaya.

Sahabat tak pernah tertanya ke? Produk yang jauh lebih hebat dari D'Herbs, Qu Puteh yang berlonggok seperti Maybeline, Clinique, Channel dan banyak lagi yang hasil tahunan bilion dolar, kita tak pernah tengok pun aksi bodoh pengasasnya nak mempromosi produk mereka. Hatta kita tak kenal pun mereka siapa. 

Percayalah, kekayaan mereka ini palsu. Mereka menunjukkan kekayaan supaya orang terpeson dan ingin menjadi seperti mereka dengan menjual produk mereka. Yang kaya dia, tetapi stokis-stokis di bawah ini, cuba tanya jualan berapa dapat sebulan. Nak terjual sebotol syampu pun susah dalam seminggu. 

Ini sebab mereka beri keyakinan kepada stokis produk akan terjual. Bila stokis ambil pukal, jadi longok di kedai tak terjual. Stokis rugi dan mereka pula terus kaya. 

Belajarlah jangan hanya bermodalkan tiga manusia ini terus nak berhenti belajar. Pelajaran akan mendidik kita, bukan hanya kita berpengetahuan tetapi ilmu itu akan biasakan kita ini menjadi kaya tetapi 'versatile' bukan kaya dan bodoh seperti mereka. 

Tahniah Puan Yatie. Sangat menyokong teguran dan tulisan beliau. Hairan ya, lalu sepanjang jalan di lebuh-lebuhraya sekarang penuh papan iklan yang jual 'produk' OEM ini. Tetapi produk itu tak berapa sangat nampaknya. Muka 'pengasas' yang lebih. Ini ke strategi Melayu berniaga? Patutlah cepat lingkup. Hang jual produk ke jual diri?

Sumber: Amir Zuhair

Foto: Amir Zuhair
Gara-gara penulisan viral itu, Amir juga mendapat ugutan dari seorang individu yang tidak dikenali.


from The Reporter http://ift.tt/2EmwMVs
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2lBvcqn
via IFTTT

Saturday, 30 December 2017

'Saya geram dengan perangai kedekut suami' - Surirumah kesal suami terlalu berkira, membuatkan dia terasa lebih baik hidup sendiri


Dalam rumah tangga, pasangan suami isteri perlulah bijak mengatur kewangan dan saling bantu membantu melengkapkan yang mana ada kekurangan. Namun, nafkah isteri dan keluarga adalah tanggungjawab wajib yang perlu dilaksanakan oleh seorang suami tanpa gagal. 

Dalam isu pengadu, si suami terlalu berkira sehingga menuduh isterinya tidak bersyukur dengan apa yang ada. Sedangkan si isteri tidak pernah merungut, sebaliknya hanya ingin merasa pemberian suaminya. Malah, cuba memujuk suaminya memberi duit lebih kepada ibunya yang sudah menjaga anak mereka yang bercuti di kampung, bagi meringankan bebanan ibunya itu. 

Malangnya, si suami mula terasa beban dan berkira untuk memberi. Lalu membuatkan si isteri rasa terkilan dan terfikir lebih baik dia hidup bersendirian tanpa suami. 

SALAM min, saya nak kongsi satu kisah. Saya dengan suami dah berkahwin 10 tahun dan dikurniakan empat orang anak. Saya nak tanya makcik dan pakcik bawang, adakah saya isteri yang tak bersyukur?

Setiap tahun saya dapat bayaran gaji dan bonus lebih kurang RM11 ribu begitu. Selama saya kahwin, tak pernah minta duit bonus suami. Dia pun tak pernah bagi, apatah lagi nak merasa. Setiap bulan, saya dapat RM300 dan mak dia pula dapat RM600 sebulan. Tetapi tiap-tiap tahun dia bagi bonus pada mak dia, tetapi tidak pada saya. Saya diam saja.

Tahun ini saya minta nak merasa sangat-sangat bonus yang dia dapat. Saya minta dia belikan sebentuk cincin kerana cincin yang saya ada ini dah longgar. Harga cincin yang saya minta lebih kurang RM300 sahaja. Dia pun mula kira hutang dia macam-macam nak bayar. 

Kawan-kawan saya merasa bonus dari suami masing-masing. Saya cakaplah, selama ini saya tak pernah meminta apa-apa pun dan tahun saya saya nak merasa bonus dia dan itu pun hanya RM300 untuk beli cincin. Tetapi dia kata saya tidak bersyukur dan bermacam-macam lagi yang dia kata. Sedangkan selama ini saya tak pernah pun berkira dengan dia. 

Tiap hari dia beri saya duit belanja beli lauk RM20 sehari, untuk masak makan tengah hari dan malam. Korang rasa cukup ke RM20? Dengan anak-anak lagi nak minta beli macam-macam bila pergi ke kedai. Coklatlah, air lagi, roti lagi. Budak kalau tak dibeli, mengamuk pula. Kadang-kadang tinggal baki RM13 nak beli ikan lagi, sayur lagi. Kadang-kadang terpaksa menggunakan duit saya yang dia beri RM300 sebulan itu. Sama juga seperti tak bagi kan? Saya diam saja. Bila dia cakap sama saja dia bagi saya RM20 sehari.

Baru-baru ini, anak saya duduk dengan mak saya di kampung selama sebulan. Ayah saya dah meninggal dan yang menanggung mak saya selama ini adalah adik beradik saya. Saya cakap, berilah sedikit pada mak saya. Anak saya kuat makan. Last-lasti dia bagi RM100 saja selama jaga anak saya itu. Ya Allah, saya minta dia beri lebih sikit, dia pula marah saya. Sampai sekarang tak nak bercakap, senyap. Salah saya ke? 

Kadang-kadang saya sorok-sorok bagi duit saya pada mak untuk beli biskut ke apa untuk beri anak saya makan. Ya Allah, saya tak tahulah saya ini jenis isteri yang tak bersyukur. Saya jadi marah dengan perangai suami yang sangat kedekut. Saya malas nak bercakap dengan dia, jadi benci pula. Dia boleh kata saya tak bersyukur dengan apa yang ada. Sedangkan saya tak pernah merungut selama ini. 

Dulu dia kantoi curang lima enam kali, saya maafkan dia. Tetapi sekarang bila ingat kembali apa yang dia buat, saya menjadi benci dengan dia. Saya rasa lebih baik saya hidup tanpa suami. Saya surirumah sepenuh masa. Kadang-kadang berniaga online sikit-sikit untuk menampung perbelanjaan keluarga.

Saya sedih. Adakah saya isteri yang tak bersyukur atau saya melebih-lebih? Setiap kali sembahyang, saya selalu mendoakan dia murah rezeki. Tetapi rezeki yang dia dapat tak pernah dikongsi bersama saya. Apa yang patut saya buat? Saya dah dua hari tak bercakap dengan dia. 



from The Reporter http://ift.tt/2lx8kIe
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2CfzrCP
via IFTTT

Anak 3 tahun tonton video super hero tak senonoh mampu merosakkan akal dan sikap yang kemudian ketagih


Masih ramai ibu bapa yang belum tahu dan sedar akan kehadiran malapetaka yang amat dahsyat di dalam gadget anak-anak yang diberi pada mereka seawal usia 3 tahun. 

Iya, video-video ini menjadi lambakan di dalam aplikasi YouTube kini, tidak percaya? Tuan dan Puan boleh saksikan berlambak video seperti ini dalam list yang melibatkan carian(search) atau cadangan(suggest) untuk video tontonan kanak-kanak.

Watak-watak dalam video ini sama seperti adiwira dan kartun yang diminati oleh majoriti kanak-kanak seperti Spiderman, Princess Elsa, Power Rangers dan sebagainya. Cuma, ia dilakonkan oleh manusia yang melakukan aksi-aksi lucah dan tidak senonoh.

Bayangkan, jika video-video ini menjadi tontonan harian anak-anak kecil kita. Nah, sedikit demi sedikit ia mampu merosakkan akal dan sikap akan berubah menjadi ketagih kepada video soft porn seperti ini.




Cadangan dari saya, pertama, pantau dan kawal sebaik mungkin aktiviti anak-anak khususnya yang melibatkan gadget. Kedua, aktifkan aplikasi parenting control pada gadget(boleh cari di Google). Ketiga, aktifkan aplikasi kunci (lock apps) pada beberapa aplikasi dalam gadget supaya anak-anak tidak boleh melayari aplikasi ini bersendirian tanpa kawalan kita.

Perkara yang wajib dilakukan sekarang pula ialah pergi ke laman YouTube dan cari channel yang dikehendaki(Channel seperti video dalam gambar dibawah). Kemudian, klik channel tersebut dan klik about. Akhir sekali, klik pada simbol flag dan klik Block user.

Moga, penulisan ini dapat membantu kita semua khususnya ibu bapa dalam mentarbiah anak-anak dari kecil supaya tidak terdedah dengan jarum halus pornografi yang bahaya seperti ini. Aamin.

31 Disember 2017.
Bandar Baru Bangi.


from The Reporter http://ift.tt/2EjbrMD
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2C38bn7
via IFTTT

'Tahun 2017, saya kerugian RM20,000 kerana terlalu percayakan housemate' - Mangsa


Kerana terlalu percayakan rakan serumah, seorang wanita mengalami kerugian RM20,000, sebelum membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. Menurut mangsa, Nadia McWillson, dia langsung tidak menyangka rakan serumahnya itu sanggup menipu dan menyalahgunakan dokumen-dokumen peribadinya untuk membuat pembelian kereta terpakai. 

Lebih teruk lagi, suspek juga telah mencuri empat balang berisi wang kertas RM5 yang dikumpulnya sejak tahun 2007 hingga kini yang berjumlah hampir RM4,000, digunakan oleh suspek untuk membayar bayaran pendahuluan pembeli kereta Perodua Axia. 

Semoga kejadian yang menimpa mangsa menjadi pengajaran buat anda semua agar berhati-hati di masa akan datang dan tidak terlalu percaya pada orang di sekeliling. 

TAHUN 2017, di mana saya kehilangan RM20,000 oleh kerana kawan. Ceritanya begini. 

Saya ada kawan, kami kenal pada tahun 2010. We used to work together di salah satu agensi kerajaan. We knew each other, I thought pretty well. But sadly, no. Truely, no. 

Yeah, kitorang pernah satu rumah selama enam tahun. Enam tahun, jumpa hampir setiap hari. So, isu kepercayaan memang tidak wujud langsung because you thought there was no problem, like at all sepanjang enam tahun duduk satu rumah. 

Yes, aku tertipu. How she did it? She used my documentation! Dia gunakan MyKad saya, lesen memandu saya untuk beli kereta Perodua Axia dan kereta itu pun bukan dia yang guna tetapi tunang dia! 

Yes! Dia beli kereta menggunakan nama saya dan kereta itu pula digunakan oleh tunang dia. Seriously saya tak tahu. Kantoi bila semalam ada seorang mamat datang ke rumah dan kata, 

"You tak bayar kereta dah tujuh bulan!" 

And I was like, damn no! Kereta saya, arwah abah saya dah habis bayar kot. Then saya cuba relaks dan berfikir. Siapa penama kedua kereta itu? Kereta jenis apa dan apa nombor pendaftaran kereta itu? 

Happened to be, that guy said "Kereta Axia, JP*12*2." 

Itulah kereta yang tunang housemate saya gunakan. Saya tak sangka, dokumen saya digunakan oleh dia tanpa pengetahuan saya dan saya juga baru tahu betapa senangnya proses beli kereta secondhand. Saya pelik sebab saya langsung tiada di situ untuk tandatangan segala-galanya. Macam mana boleh terlepas?

Jadi, saya terus menghubungi housemate saya itu dan tanya dia apa yang berlaku. Kemudian barulah dia cakap perkara yang sebenar. Selain daripada dia mencuri salinan MyKad dan lesen memandu saya yang dia ambil sendiri dari fail di dalam bilik saya, dia juga mengaku menggunakan duit tabung saya untuk downpayment. 

Yes, dia tahu saya jenis yang menabung duit kertas RM5, RM10 dan RM20. Jadi, duit note RM5 yang saya simpan dari tahun 2007 hingga 2017 ada lebih 15 balang semuanya, dia guna empat balang penuh duit tabung RM5 saya. Dan saya langsung tak perasan sebab saya fikir saya dah simpan kemas dan semuanya akan selamat. Malangnya tidak. 

Bila saya tanya berapa jumlah duit yang ada dalam empat balang itu, it was almost RM4,000! Ya, hampir RM4,000!

Saya sedih sebab kawan saya sendiri buat begini. My own housemate. Dia kata dia terpaksa buat sebab dia dah nak kahwin dan tunangnya perlukan kereta untuk pergi kerja. Kalau tak ada kereta, tunang dia tak nak kerja. 

Saya sedih, sangat-sangat sedih sebab saya ingatkan saya cuma hilang RM4,000. Tetapi sebenarnya saya rugi RM16,000 sebab saya baru dapat tahu sewa rumah saya bayar double. Kerana percaya, saya selama ini fikir sewa rumah RM1,600, tetapi sebenarnya cuma RM800. 

Ya, cuba bayangkan duit sewa rumah RM800. Tapi dia cakap pada saya sewa rumah RM1,600. So kami bayar RM800 seorang. Ya, saya tertipu. Sumpah saya menangis sekarang. 

Jadi, selama saya duduk berdua dengan dia sejak 2015, cuma saya seorang saja yang bayar duit sewa rumah. Secara teknikalnya, dia tak bayar langsung. 

Ya Allah, saya murung, sakit hati, marah dan sedih. Saya mula duduk dengan dia sejak 2011. Saya tak tahulah dia tipu saya ke tak tentang sewa rumah sebab kami empat orang, bayar sewa pun RM250 seorang. Tetapi sejak 2015, saya mula duduk berdua dengan dia.

Saya ditipu. Apa yang saya patut buat guys? Saya dah ugut dia untuk buat laporan polis. Tetapi jauh di sudut hati saya masih ada rasa kasihan pada dia. Tetapi saya rugi RM20,000. Ya Allah, sepanjang malam saya menangis. 

Thank you guys for the advises and DM. Just consulted with seorang lawyer ini and right now we are on our way to balai polis. 

Saya rasa sedih sebab saya rasa tertipu oleh kawan baik saya sendiri. But yeah, she can also make me trouble. Ada chances saya bleh diisytiharkan muflis kalau tak bayar. 

You all janganlah cakap saya bodoh. I was at the stage where I am still shock, sebab itu saya tanya apa yang saya patut buat. Sorry gais. 



from The Reporter http://ift.tt/2BYbFHA
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2lvHjVS
via IFTTT

'Dahlah kau tinggalkan aku seorang diri di rumah' - Ingatkan housemate ada di rumah, rupanya..


Di hujung minggu itu, aku baru balik dari kedai makan. Waktu itu dah masuk waktu maghrib. Sampai saja di rumah sewa, aku tengok rumah dah gelap. Hanya lampu bawaj saja yang masih menyala. Semua dah baliklah agaknya. 

Aku baru saja tinggal di rumah sewa itu selama sebulan, bersama dengan lima orang kawan yang lain dan selalunya pada hujung minggu, mereka semuab alik ke rumah keluarga mereka dan tinggallah aku seorang diri di rumah. 

Masuk ke ruang tamu, aku ternampak kawan aku, Man, yang sedang berbaring di depan televisyen. Tak balik ke budak ini?

"Kau tak balik ke Man?" 

"Satgi," jawabnya.

"Cun arr, kita keluar makan. Motosikal aku rosak," lega ada teman makan bersama.

"Ermm..." 

Aku pun terus naik ke atas, mandi dan solat. Tiba-tiba awek call. Aku pun layanlah call awek aku di tingkap, sejuk sikit. Sedang asyik bersembang, terdengar bunyi pintu jeriji di bawah dibuka orang. Aku agak, mesti Man yang buka. Aku dah beritahu dia tadi, nak keluar bersama. 

"Man, kau nak pergi mana?"

"Makan," jawabnya.

"Woi! Tunggu aku!" 

"Ermm..."

Aku pun bye-bye, xoxo dengan awek aku. Kelam kabut aku turun ke bawah. Sampai saja di luar, sunyi sepi. Celaka! Man tinggalkan aku! Aku cuba call dia dua tiga kali, tak dapat-dapat. Aku terus jalan kaki pergi ke kedai makan siam di taman sebelah.

Balik ke rumah, aku tumpang kawan. Sampai di rumah sewa, tengok-tengok pintu sliding dah kena kunci. Ah sudah?! Aku mana ada kunci? Dalam hati aku menyumpah Man bertubi-tubi. Aku pergi duduk di luar pagar rumah, call Man dan kali ini dapat call.

"Woi Man! Haram jadah betul! Kau kat mana?" 

"Ape hal pulak ni?" soalnya kebingungan.

"Dahlah kau tinggalkan aku seorang-seorang di rumah. Tadi dah janji nak keluar makan sekali. Pastu kau kunci pulak pintu sliding. Aku mana ada kunci??" 

"Woo.. aku balik rumah pagi tadi lagi, selepas habis kelas. Kau jangan buat hal. Sliding tu mana ada kunci. Tuan rumah kata, dah hilang." katanya.

Mendengar penjelasannya membuatkan aku terus terdiam. Habis, kalau Man dah balik pagi tadi, masa balik petang tadi aku bercakap dengan siapa? Bila difikir-fikirkan semula, aku tak nampak pun muka Man secara berdepan petang tadi. Masa aku bersembang di tingkat atas tadi pun, bunyi suara je. 

Aku tengok rumah sewa, gelap gelita. Kemudian aku perasa benda pelik, semua tingkap rumah terbuka. Tingkap bilik atas, tingkap ruang tamu dan yang paling best, pintu sliding pun terbuka. Apa lagi, aku terus lari pergi ke rumah sewa kawan aku selang lima enam buah. 

Sumber: Says.com


from The Reporter http://ift.tt/2Ehl7r1
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2looXa6
via IFTTT

'Sampah paling bising' - Tweet wanita ini buat netizen berbalah


Awal pagi tadi, seorang pengguna Twitter memuat naik gambar sekumpulan besar penunggang motosikal yang memenuhi sebuah stesen minyak dengan kapsyen yang mengundang pelbagai reaksi netizen. 

"Sampah paling bising," tulisnya. 

Tweet yang dimuat naik jam 3.17 pagi  hari ini telah dikicau semula sebanyak 6,288 kali dan disukai 3,079 warga Twitter. 

Bagaimanapun, tweet wanita berkenaan menimbulkan rasa kurang senang segelintir individu yang mengecamnya secara terbuka. 

"Act thats nothing wrong. Benda biasalah tu bila banyak kenderaan. Keadaan akan jadi bising sebab bunyi kenderaan. Bukan diorang saja-saja, dah motor diorang bunyi macam tu plus banyak. So kau nak expect apa? Sunyi sepi macam taman sorga? Gimati masuk syurga je lah kalau macam tu." - Kamalarridha

"Sampah? Amboi, sedapnya cakap orang sampah. Elok sangat ke awak tu nak mengata orang sampah?" - Hazer

"Tegur elok-elok boleh kan? Tak payah nak sampah-sampah. Okay, happy new year, kami terima semua apa yang ditegur dan dihina. Ya, kami kan sampah, takde maruah. Maseh abang-abang dan kakak sekalian." - Hfzhssn

"Kita tak ada hak nak cop kan orang sebagai sampah. Kita bukan tuhan, jadi jangan buat kerja tuhan. Buat kerja akak je tau scroll timeline ha main senyap-senyap okey." - Ahmng




Walau bagaimanapun, ada yang tampil mempertahankan 'teguran' wanita berkenaan. 

"Yang sampah tu bila korang buat bising ramai-ramai dekat stesen minyak tu. Bingit betul. Nak konvoi ramai-ramai tu orang tak kisah." - Muaz

"Yes true, setuju. Semak bila bising-bising. Perangai dah boleh elok-elok dah. Bayar, isi, blah. Shell bukan tempat berkumpul. Nak berkumpul bising-bising, sila ke dataran. Sekian." - Lou

"Mat Moto dan Mat Rempit tiada bezanya kalau korang memekak macam anak **** dan membahayakan/menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. Kesimpulannya, mereka sampah." - Bakakashi

"Actually tak kisah nak isi minyak di situ. Tiada siapa berhak nak melarang tetapi yang kitorang bengang sekarang ni, kau main press tali minyak tu berlawan-lawan dengan motor lain, is it still normal bro?" - Amy





Difahamkan, tweet berkenaan masih mendapat respon dari pengguna Twitter yang berbeza pendapat seperti tiada penghujungnya.


from The Reporter http://ift.tt/2zQiPvq
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2ClLOfX
via IFTTT

'Dia kejar dan tarik rambut Noor, buka seluar dan masukkan..' - Kanak-kanak diugut bunuh dan dicabul


Seorang kanak-kanak perempuan menjadi mangsa cabul seorang penunggang motosikal, sebelum berjaya melarikan diri dan diselamatkan oleh orang awam. Menurut wanita yang memuat naik kejadian itu di Facebook, suspek berjaya ditahan dan dipukul sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. 

Difahamkan, mangsa telah didatangi suspek yang berpura-pura bertanya tentang alamat sebelum mengugut menikam mangsa dengan pisau dan mencabulnya. Kejadian itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen dan orang ramai dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan tidak membiarkan anak-anak bermain di luar rumah tanpa sebarang pengawasan orang dewasa.

SEMALAM selepas solat Isyak, ada seorang kawan suami datang ke rumah. TIba-tiba suami ajak kami pergi ke satu lokasi. Sampai di situ, nampak suami dan tiga orang kawannya berada di luar kereta menyoal seorang lelaki. Saya nampak dia berdiri sambil memegang sehelai kertas. Tiba-tiba dia terajang lelaki itu sampai termasuk ke dalam longkang belakang lelaki itu. Dia menjerit suruh lelaki itu bangun sendiri. 

Selama menjadi isteri, tak pernah melihat kemarahan dia memuncak seperti itu. Tangan lelaki yang saban hari membelai anak, mendukung anak. Saya betul-betul tak sangka dia boleh jadi seperti itu. 

Kemudian sebuah kereta peronda tiba dan lelaki itu diserahkan kepada pihak polis. Saya nampak ada seorang lelaki dan seorang budak perempuan kecil berdiri berdekatan suami. Beberapa kali suami belai kepala budak kecil itu. 

Masuk ke dalam kereta, mata suami merah berkaca. Nampak seperti dia baru selepas menahan menangis dan marah. Saya perlahan-lahan bertanya pada dia. Sebenarnya takut sebab ini kali pertama saya melihat suami seperti ini. Dia cuma minta maaf sebab apa yang saya nampak. 

Saya tanya kenapa dan dia beri gambar laporan polis yang dia ambil tadi. Dia suruh saya baca sehingga habis. Sampai di hujung laporan itu ada ayat, "suspek memasukkan alat sulitnya ke dalam mulut Noor (bukan nama sebenar) dan menarik rambutnya beberapa kali serta mengugut akan menikam dengan pisau kalau Noor menjerit."

Suami cerita, petang semalam Noor bermain di depan kawasan rumah bersama kawan-kawannya. Kemudian ada seorang penunggang motosikal datang dan berpura-pura bertanya tentang alamat rumah. Kemudian lelaki itu mempelawa Noor mengikut dia pergi ke kedai. Tetapi Noor tak nak, sebelum lelaki itu memberitahu dia ada pisau dan mahu menikam Noor.

Jadi, dia bawa Noor ke kawasan sunyi dan Noor turun dan motosikal dan lari. Dia kejar dan tarik rambut Noor, buka seluar dan masukkan.. Maaf, saya dah tak boleh sebut lagi. 

Kemudian Noor lari lagi dan sampai satu gerai makan dia menjerit. Dia panik dan kata dia diculik. Seorang lelaki India yang ada pada malam itu kemudian membawa Noor pulang ke rumahnya. Sementara itu pencabul itu telah melarikan diri. 

Demi Allah, luluh hati saya bila baca. Macam nak menjerit, patutlah suami saya mengamuk tadi. Kelu lidah saya. Umur Noor lapan tahun dan dia merupakan adik kepada kawan suami saya. Saya nampak Noor dia saja sepanjang malam tadi. 

Hati-hati wahai ibu bapa. Kejadian seperti ini boleh berlaku di mana-mana. Jangan lela dan jangan lalai.Sedikit terleka, banyak masalah yang boleh terjadi. Adik kawan suami ini selamat sebab ada seorang pemandu lori yang membantu.

Suami kata Noor masih panik lagi dan tidak mampu mengingati semula situasi kejadian. Jadi, perlu ambil masa. Dan yang paling saya sedih bila suami kata kejadian itu mungkin akan menberikan kesan jangka panjang kepada mangsa. 

Saya faham. Suami kata dah lama sangat masyarakat kita berlembut dalam hal ini. Dia cuma rasa seperti ada raksasa yang mahu keluar dari badannya apabila dia membaca laporan polis itu. Saya sendiri akan naik hantu jika berada di kejadian itu. Saya cuma dengar suami menjerit sebelum dia terajang pencabul itu. 

"Trauma budak itu siapa nak tanggung, bodoh! Kalau dah sangap sangat, pelacur melambak di luar sana! Bukan kau rosakkan emsoi budak ini!" 

Dia cuma kata pada saya pagi tadi. Dia ada anak perempuan yang perlu dilindungi dan semua ayah yang ada dalam dunia ini akan melakukan hal yang sama kepada lelaki itu sebab 'raksasa' ada dalam badan setiap lelaki. 

Jaga anak kita. Ini bukan cerita tahun lepas, ini cerita semalam. Mudah-mudahan Allah melindungi anak dan keluarga kita serta diri kita dari kejahatan jin dan manusia. Amal tiga Qul, fahami makna dan amalkan, baru anda faham.



from The Reporter http://ift.tt/2BWTx0L
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2EedwJI
via IFTTT

'Akhirnya disebabkan Aza, aku diceraikan' - Bertahun bersabar dipukul dan melayan perangai playboy suami, akhirnya dia tak sanggup lagi teruskan


Bertahun-tahun bersabar, segala pukul, sepak, terajang, tampar, penendang dan sebagainya sudah lali buat wanita ini yang masih mahu mempertahankan rumahtangganya. Biarpun suaminya yang panas baran itu berulang kali kantoi curang, si isteri masih tetap cuba untuk setia.

Pernah bercerai, namun mereka merujuk semula selepas si isteri cair dengan pujukan si suami yang merupakan cinta pertamanya. Namun, si suami bagaikan tidak serik dan menggulangi lagi perangai lama sehinga satu saat si isteri sudah hilang sabar dan akhirnya mengambil keputusan untuk mengakhiri perhubungan mereka.

SILAP aku bila aku cintakan orang, memang aku akan cuba sabar dan setia. Tetapi malangnya aku tetap tak dihargai selepas apa yang aku korbankan selama menjadi seorang isteri. 
Surat ini aku tinggalkan untuk dia masa tahun 2014. Kitorang cerai, dia dalam lokap kerana kes pukul aku. Dia lafaz cerai di sebalik cermin kaca itu. Aku balik kampung dan tinggalkan surat ini di atas katil. Tetapi seminggu selepas kami bercerai, dia datang memujuk aku semula dan mahu rujuk semula. Cinta pertama, gila kau tak sayang? 

Kami rujuk semula. Korang bacalah surat ini pun, masa ini memang aku masih sayangkan dia lagi. Masa ini, kes dengan perempuan bernama Kiki. 

Selama aku menjadi isteri, semua aku buat yang terbaik. Aku cuba untuk menjadi yang terbaik. Aku masak, tunggu dia balik dari kerja dan makan bersama-sama. Awal pagi sebelum pergi kerja, tak pernah miss aku buatkan air. Balik kerja, aku buatkan air untuk dia. Aku picit kepala dia, sebelum tidur memang wajib kena urut dia. Walaupun kena pukul separuh mati sekalipun tak pernah aku tinggalkan tanggungjawab aku sebagai isteri. 

Dua tahun aku mendiamkan segalanya dari semua. Aku nak menjadi isteri solehah, tak nak ceritakan aib suami pada orang lain. Tetapi dua tahun bersabar, aku tetap tidak dihargai olehnya. Dia baling tukul, lima jahitan yang aku dapat atas kening. Dia sepak terajang aku, dia tampar dan pukul aku. Dia letak pisau di leher aku, dipijaknya muka aku. Dia tendang muka aku sampai aku tak boleh nak berdiri. 

Ya, itulah dia! Apa yang aku tak rasa lagi selama menjadi isteri dia? Apa salah aku? Apa? 

Tahun 2015, dia taklikkan aku kalau reply mesej perempuan yang bernama Ain itu, akan jatuh talak dua. Memang aku balaslah mesej Ain itu. Tengah bergaduh dengan dia kot, memang tak boleh terima akal. Ain tahu itu suami aku. Aku selalu juga cerita pada Ain tentang suami aku kononnya kami jadi kawan tetapi sebenarnya 'kawan' itu seronok melayan suami aku di belakang aku. 

Aku lari dan tinggalkan rumah itu. Aku tinggal dengan kawan baik aku Bubu di rumah taok dia. Aku tak balik kampung, aku nak kerja. Then aku ikut Bubu pindah ke Melaka. Sebulan aku stay di Melaka, selepas itu kawan aku Anje, call nak bagi kerja. 

Jadi dari Melaka aku pindah ke Seremban semula. Memang kami nickname seperti ini sejak kolej. Aku diorang panggil Baby. 

Aku kerja sebagai tukang masak di chalet bos Anje. Lima bulan aku hidup sendiri. Naik turun mahkamah pasal kes taklik. Sudahnya Disember 2015, Mahkamah cakap taklik tak sah. Wei, aku dah hidup sendiri hampir setengah tahun, apa hal taklik tak sah? Masa itu bekas suami memang nak aku balik. Dia tak nak cerai. Aku dah beria-ria nak cerai. Dia pujuk aku balik. Cair lagi! Yelah, suami sendiri kot? Cinta pertama dari umur 21 tahun dah kenal. Aku kahwin umur 24 tahun. 

Sebulan pertama okey lagi. Kantoi dengan betina lain bernama Aza, awek dia masa kitorang tengah naik turun mahkamah. Pelik kan? Dah ada awek, apa hal kau tak nak cerai dengan aku? Then aku macam malas dah nak layan. Gasak kaulah. Aza pun tahu aku ini masih isteri dia. Entah, tak fahamlah aku dengan betina sekarang. 

Bulan Februari, dia mula pukul aku balik. Tak ada sebab pun kena pukul sampai teruk aku kena pukul. Aku tak nak tidur atas katil. Yelah, fahamlah, aku merajuk kot. Dia ambil pisau, habis dia potong tilam. Tidurlah aku kat atas katil itu semula sebab tak nak kena lebih teruk. 

Dipendekkan cerita, tiga bulan saja aku bersama dia. Aku dah tak tahan sebab aku dah banyak kali beri peluang. Dia kata dia nak pergi trip dengan officemate dia, rupanya kantoi dia pergi jumpa betina Aza di Kuantan. Bodohnya aku! Percaya lagi pada dia. Aku marah Aza, aku maki hamun Aza dalam telefon tetapi betina gila suami orang ini lagi kurang ajar mulut dia. Kemudian aku bergaduh dengan suami aku. Aku pula yang kena pukul.

Kami bergaduh besar, aku dah tak boleh nak bersabar lagi. Aku suruh dia call abah suruh ambil aku. Tahap kesabaran aku dah habis. Aku nak tikam dia, dia berlari panggil jiran sebelah rumah. Aku pecahkan cermin kereta dia. Kami bergaduh dalam kereta dan kemalangan. Sampai sekarang kaki aku masih sakit. 

Kesabaran aku memang dah habis, memang dah cakap limit. Macam orang gila aku mengamuk. Tiga tahun aku asyik bersabar kot? Asyik maafkan dia. Then tengah bergaduh, aku suruh dia ceraikan aku. Maka dengan ayat 'Okey! Aku ceraikan kau dengan talak dua!" 

Tergamam jap. Akhirnya disebabkan Aza, aku diceraikan. Abah sampai, abah bawa aku balik ke Kelantan awal bulan April. 


Tiga bulan selepas itu, aku bangkit dari kegagalan ini. Sekarang Alhamdulillah aku dah okey. Ini surat tahun 2014. Masa ini aku masih sayang dia lagi. Sekarang aku dah okey. Terima kasih kerana sudi baca cerita aku yang tak seberapa ini. Sekarang tiba masa untuk aku bangkit semula. Buktikan yang aku mampu menghadapi ini semua. 



from The Reporter http://ift.tt/2BWAFyV
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2zQb20J
via IFTTT

Friday, 29 December 2017

'Temankan isteri semasa bersalin boleh melemahkan otak' - Netizen kecam dakwaan karut lelaki ini


Entah apa yang bermain di fikiran lelaki ini. Hanya kerana jururawat cuba memujuknya menemankan isteri yang sedang bertarung nyawa melahirkan anak di dewan bersalin, lantas didakwanya perbuatan itu boleh melemahkan otak lelaki. 

Lebih teruk lagi, dia mendakwa perbuatan itu adalah agenda Yahudi yang ingin merosakkan orang lain tanpa sedar. 

Berikut penulisan individu berkenaan:

Semasa isteri saya hendak bersalin anak kelima di Hospital Bukit Mertajam pada tahun 2011, jururawat telah cuba memujuk saya berkali-kali untuk temankan isteri semasa bersalin. 

Tetapi peluang di saat isteri saya melahirkan anak, saya bergegas ke surau di dalam hospital untuk segera solat sunat hajat dan berdoa agar anak dan isteri saya selamat. 

Pesan guru saya, suami yang menemankan isteri semasa bersalin boleh melemahkan otak si suami. Melemahkan otak macam mana, tidak pula diterangkan lebih lanjut. 

Bila saya membuat carian di dalam internet, orang Yahudi pun tidak menemankan isteri mereka semasa bersalin. 

Pihak hospital mempromosikan si suami agar temankan isteri bersalin atas alasan logik. Terpulang pada anda untuk membuat pilihan. Betapa liciknya orang Yahudi dalam merosakkan orang lain tanpa kita sedari. 


Bagaimanapun, netizen di media sosial mengecam lelaki berkenaan yang dianggap mengarut dan sengaja menimbulkan fitnah terhadap pihak hospital. Malah, kata netizen, lelaki itu sebenarnya takut melihat darah.

"Ada satu golongan di mana, apa-apa sahaja yang berkaitan dengan hospital, klinik, doktor, jururawat, dressar, mesti semua mereka akan kaitkan dengan Yahudi. Antaranya adalah golongan anti vaksin, gentle birth, home birth, golongan penjual supplemmen penipu, penjual jus merapu, jamu makjun membongkak yada yada yada.

"Apa yang melemahkan otaknya wahai pakcik, kalau setakat menemankan isteri bersalin? Cakap sajalah yang kau sebenarnya takut melihat darah atau dengan kata mudah, lemah semangat. 

"Siapa guru kau itu? Kasihan sungguh orang otak di kepala, akal di tumit ini. Bila dah tak ada benda nak fitnah, last-last dia akn kona kata semua hal perubatan ini angkara Yahudi, Freemason, Dajal, mata tiga bagai. 


"Dey, tamankanlah isteri. Baru tahu betapa sakitnya nak beranak. Baru kau tahu isteri kau perlu pakai perancang untuk jarakkan kehamilan untuk bagi dia sembuh sepenuhnya dulu. 

"Ini tidak, kau asyik nak anak tanpa memikirkan perasaan isteri yang menjaga, kau pula sedap melepak di kedai mamak," tulis Erna Nadia


from The Reporter http://ift.tt/2pTAhzs
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2EeHUnh
via IFTTT

'Tolong cari kereta BMX603 yang langgar kereta aku jadi teruk camni' - Mangsa


Malang nasib beberapa pemilik kenderaan yang menjadi mangsa langgar lari sebuah kereta jenis BMW berwarna putih, nombor pendaftaran BMX603. 

Dalam kejadian yang berlaku di Stesen Petronas Kobena, Skudai, salah seorang pemilik kereta yang dikenali sebagai Jul, meletakkan keretanya Perodua Axia di stesen itu seketika untuk pergi membeli aiskrim McDonalds berhampiran. 

Namun Jul tidak menyangka kenderaannya menjadi mangsa langgar lari sehingga menyebabkan bahagian depan dan belakang keretanya remuk teruk.

"Terjadi di Petronas Kobena. Saya baru nak beli aiskrim McD. Kereta pula dilanggar lari BMW berwarna putih, nombor pendaftaran BMX603. 

"Tolong orang JB, tolong aku dan owner lain. Kereta aku paling barai. 

"Ada orang check tadi, ownernya lelaki dan tigngal di Taman Dahlia, Pasir Gudang," tulisnya di Twitter. 





Beberapa rakan dan netizen menasihatkan mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu agar mangsa dapat membuat tuntutan ke atas insurans pemilik BMW berkenaan. 


from The Reporter http://ift.tt/2Dz4fuB
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2BVooKY
via IFTTT

Kaki tersepit pada rantai motosikal


Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menanggung kesakitan hampir sejam apabila kaki kirinya tersepit pada rantai motosikal yang ditunggang bapanya, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian jam 5.50 petang semalam di Jalan Kelapa Bali Taman Soga Batu Pahat, Johor, mangsa, Ahmad Khalifi Mohd Khairy membonceng motosikal bapanya ketika bersiar-siar.

Namun secara tidak sengaja, mangsa menjulurkan kaki menyebabkan kakinya terkena pada rantai motosikal sebelum tersepit. 

Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, menerima panggilan kecemasan dari orang awam berhubung kejadian itu dan segera menghantar lima anggotanya dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat ke lokasi kejadian untuk membantu mangsa. 

Ketika tiba di lokasi kejadian, mereka mendapati mangsa sedang ditenangkan oleh bapanya dengan bantuan orang ramai agar tidak menangis dan panik. 

Bomba berjaya mengeluarkan kaki mangsa yang tersepit dengan menggunakan alat pemotong khas dan mangsa segera dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk rawatan lanjut.






Sementara itu, bapa mangsa enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu. 

Para penunggang motosikal dinasihatkan sentiasa berhati-hati ketika membawa anak-anak mereka membonceng motosikal bersama-sama, bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang. 


from The Reporter http://ift.tt/2EcWHPm
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2liaNXH
via IFTTT
loading...