loading...

Monday, 8 May 2023

Pembantu jurulatih selam skuba cabul pelancong China di perairan Semporna, ditahan polis



Seorang pembantu jurulatih selam skuba ditahan polis selepas disyaki mencabul seorang pelancong wanita warga China ketika melakukan aktiviti selaman di perairan Semporna, Jumaat lalu.


Lelaki berusia 27 tahun itu ditahan pada jam 12.50 tengah malam Ahad di sebuah tempat penginapan selepas laporan polis diterima daripada mangsa pada Sabtu.


Pemangku Ketua Polis Daerah Semporna Asisten Superintenden Arif Abdul Razak berkata, kejadian berlaku pada Jumaat ketika mangsa berusia 25 tahun melakukan aktiviti selam skuba.


"Laporan diterima oleh mangsa yang mengatakan bahawa pada kira-kira jam 1 petang Jumaat dia telah dicium oleh seorang pembantu jurulatih selam skuba semasa melakukan aktiviti selam skuba di perairan sebuah pulau peranginan di daerah ini.


"Pengadu kemudian membuat laporan polis pada keesokan harinya sebelum bergerak ke Lapangan Terbang Tawau untuk berlepas ke Kuala Lumpur dan seterusnya menyambung penerbangan balik ke negara asalnya," katanya dalam kenyataan pada Isnin.


Susulan daripada laporan itu, tangkapan segera dilakukan terhadap suspek dalam kes ini.


"Suspek adalah warga tempatan yang bekerja separuh masa sebagai pembantu jurulatih selam skuba dengan sebuah pusat selaman skuba.


"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan reman telah dimohon di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah sehingga Khamis ini untuk siasatan lanjut," katanya.


Terdahulu, tular beberapa perkongsian gambar termasuk gambar mangsa dicium ketika melakukan aktiviti selam skuba. Selain itu, turut dikongsikan tangkap layar perbualan suspek dengan mangsa berserta laporan polis.


Sumber: Harian Metro, Malaysia Most Viral



from The Reporter https://ift.tt/fnYCZpI
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/9z6PRFk
via IFTTT

Terlalu memilih kerja & tak nak keluar dari negeri, punca ramai rakyat di Kelantan menganggur



Kadar pengangguran di Kelantan tinggi apabila merekodkan 4.1 peratus pada Februari lepas, kata Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan Nora Yaacob.


Beliau berkata berdasarkan data yang diperoleh daripada Jabatan Perangkaan (DOSM) itu, kadar pengangguran di negeri itu adalah tinggi berbanding kadar pengangguran negara iaitu 3.6 peratus.


Menurut Nora, memilih kerja antara faktor dikenal pasti menyebabkan kadar pengangguran di Kelantan tinggi.


"Masih terdapat rakyat di negeri ini yang memilih kerja, tidak mahu keluar dari Kelantan dan mahu kerja di negeri sendiri.


"Selain itu, kebanyakan rakyat negeri ini bekerja sendiri dan tidak formal. Faktor ini menyebabkan kadar pengangguran tinggi iaitu 4.6 peratus pada Disember tahun lepas, Januari (4.4 peratus) dan Februari (4.1 peratus)," katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Perkeso Kelantan di Wisma Perkeso di sini hari ini.


Nora berkata bagi mengurangkan kadar pengangguran itu, pihaknya bercadang untuk mendapatkan penempatan pekerjaan sebanyak mungkin bagi membantu rakyat yang mahu bekerja.


"Sasaran penempatan yang ditetapkan tahun ini adalah 6,800. Tahun lepas kita berjaya capai sasaran apabila berjaya menempatkan 5,500 individu bekerja," katanya.


Sumber: Bernama



from The Reporter https://ift.tt/kuehaJN
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/azyxVTv
via IFTTT

2 maut, 35 cedera, bas pelancong bergerak sendiri sebelum terjatuh dalam sungai



Sebuah bus yang membawa sekumpulan pelancong di kawasan percutian di Guci, Kabupaten Tegal, Jawa Tengah, Indonesia dilaporkan terjatuh ke dalam sungai, semalam, Ahad, 7 Mei 2023. 


Video kejadian yang sempat dirakam oleh orang awam itu menunjukkan bas berwarna merah terbabit terdahulu diletakkan di tepi jalan sebelum secara tiba-tiba bergerak sendiri lalu terjunam ke dalam sungai. 


Orang awam yang menyedari kejadian itu segera datang untuk menyelamatkan para penumpang bas berkenaan. 


Jurucakap polis berkata, beberapa mangsa yang mengalami kecederaan telah dihantar ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan. 


Salah seorang saksi kejadian yang dikenali sebagai Hidayat berkata sebelum kejadian, pemandu telah menghidup enjin bas untuk dipanaskan. Bas itu membawa pelancong berasal dari Tangerang Selatan dan sedang menunggu masa untuk dibawa pulang selepas menginap sehari di kawasan itu.


Peniaga premis berhampiran, Mohamad Alwi berkata, bas itu secara tiba-tiba meluncur dan merempuh sebuah warung kopi sebelum terjatuh ke dalam sungai. 


"Saya tengok bas itu tak ada pemandunya. Tak tahu di mana keberadaan pemandunya ketika itu," katanya. 


Video kejadian itu tular di media sosial dan timbul dakwaan yang mengatakan kejadian berpunca daripada tindakan seorang kanak-kanak yang melepaskan handbrake kenderaan pengangkutan itu. 


Bagaimanapun, dakwaan itu disangkal oleh salah seorang mangsa yang berada di dalam bas tersebut, Ayum, 54, yang menegaskan tiada kanak-kanak berada di tempat duduk pemandu semasa kejadian. 


Ayum yang duduk di belakang pemandu bas berkata, "Tidak ada kanak-kanak kecil yang bermain handbrake. Saya duduk di depan, tak ada kanak-kanak," katanya.


Pihak polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian tersebut. Pada masa ini, polis sedang mendapatkan keterangan daripada semua mangsa dan saksi. 


Siasatan awal mendapati, bas tersebut diletakkan di lokasi dan handbrake telah ditarik oleh pemandunya. Sementara menunggu enjin bas dipanaskan, pemandunya telah keluar sebentar. 37 penumpang memilih untuk masuk ke dalam bas, manakala 13 lagi penumpang lain masih berada di luar bas. 


Setakat yang dilaporkan, bas tersebut membawa 37 penumpang, 35 daripadanya mengalami kecederaan ringan dan dua lagi mangsa disahkan telah meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di hospital. 


Sumber: Kompas



from The Reporter https://ift.tt/y91o5Oh
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3FcmkR2
via IFTTT

Fizo Omar seloroh nak tambah anak tapi ditegur netizen - 'Kesian bini, tak sampai setahun dah hamil lagi'



Pelakon Fizo Omar, semalam memuat naik gambar dirinya bersama isterinya, Fazeera Nazri, yang sedang sarat mengandung anak kedua yang dijangka akan bersalin pada bila-bila masa. 


Dalam gambar itu, Fizo turut menyertakan gambar Fazeera pada raya tahun 2022 yang ketika itu sedang sarat mengandung anak pertama mereka, Wan Khaleeda.


"Raya tahun lepas tengah sarat mengandungg Khaleeda dan tahun ini pun tengah sarat. Dah masuk 37 minggu, kiranya bila-bila masa dari sekaranglah," katanya dalam kapsyen gambar tersebut. 


Fizo turut memanjatkan rasa bersyukur dikurniakan rezeki cahaya mata dan sudah tentu kehadiran ahli keluarga baharu itu mengembirakan anak sulungnya bersama bekas isteri pertama, Maryam, yang kini berusia enam tahun. 


Dalam pada itu, Fizo menghargai pengorbanan Fazeera yang sedang hamil namun masih mampu membahagikan masa untuk menjaga Khaleeda, meneruskan pengajian dan bekerja. 


"Really appreciate your sacrifice. You area amazing wife and mother. While tengah sarat mengandung, jaga baby Khaleeda, tengah belajar final year for your degree and kerja lagi at the same time," katanya. 


Di akhir kapsyen, Fizo sempat berseloroh untuk menambah seorang lagi anak. 


"Tahu depan raya bulan berapa ek? Nak timing siap-siap." 


Gurauan Fizo itu mengundang rasa kurang senang netizen dan memberi teguran serta meminta Fizo memberi ruang kepada isterinya berehat. 


"Setiap kali post dia mesti akan seloroh untuk produce anak lagi dan lagi. Sedangkan si isteri dah sarat dan busy dengan macam-macam. Seloroh pasal lain la pula Abe Joe. Kesian isteri, macam tak cakna kepenatan dan keadaan dia dua tahun berturut-turut melahirkan baby," komen Azrin Adam Khan. 


"Kalau betul sayang isteri, bagi rahim dia rehat sama. At least dua tahun je. Sekali pun ada bibik boleh tolong uruskan anak tapi dalaman isteri pun perlu dijaga terutamanya rahim dia. Nak bubuh hari-hari pun bubuh je, tapi bagi ada protection sama.. Kasihan pada isteri tu belajar lagi, beekrja lagi, nak jaga anak-anak lain. Nanti kurang kasih sayang mak nye," komen Zyana. 







Sumber: Instagram Fizo Omar

from The Reporter https://ift.tt/COyAvSg
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/6fQ804N
via IFTTT

Bayi perempuan berusia 38 hari meninggal dunia kerana terkejut mendengar bunyi letupan mercun



Seorang bayi perempuan berusia 38 hari di Gresik, Indonesia dilaporkan meninggal dunia kerana terkejut mendengar bunyi letupan mercun. 


Mangsa yang merupakan anak kedua daripada pasangan suami isteri, Nur Hasim dan Nur Faizah, penduduk di Jatirembe, Benjeng, Gresik. 


Menurut ibu saudaranya, Nufus berkata, mangsa ditahan dan menerima rawatan di wad hospital selama enam hari. Pada jam 10 pagi Khamis, 27 April 2023, mangsa disahkan meninggal dunia. 


Nufus percaya anak saudaranya itu meninggal dunia kerana terkejut mendengar bunyi letupan mercun yang dimain oleh jirannya pada malam hari raya pertama, jam tujuh malam. 


"Sebelum itu, mangsa bersama ibu bapanya sedang berehat di bilik dan dikejutkan dengan bunyi letupan mercun yang dimain oleh jiran. 


"Mangsa terkejut dan mata kanannya tertutup dan lidahnya terbalik ke atas sebelum menangis. Ibunya kemudian memberikan susu, tetapi gagal kerana lidah mangsa terbalik ke bahagian atas. 


"Bimbang melihat keadaan anak, mereka kemudian membawa mangsa ke klinik sebelum dirujuk ke hospital di daerah lain. Disebabkan kekurangan peralatan, mangsa sekali lagi dirujuk ke hospital kedua dan terus ditahan di unit rawatan insentif (ICU). Di situ, anak saudara koma beberapa hari," katanya. 


Keputusan CT scan mendapati, pembuluh darah di bahagian otak mangsa telah pecah yang mungkin berpunca daripada hentakan kuat. Namun, perkara itu dinafikan oleh ibu bapa mangsa. 


Menjelaskan lebih lanjut, doktor berkata, pembuluh darah juga boleh pecah disebabkan terkejut yang luar biasa. 


Selepas enam hari menerima rawatan, doktor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia pada jam 10 pagi, 27 April 2023. 


Sumber: Detik



from The Reporter https://ift.tt/1GAxO0v
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/ySkcPTR
via IFTTT

Kemunculan semula Amirah dikecam, netizen dakwa farmasi Everlife cuba menghalalkan perbuatannya



Kebelakangan ini dilihat seperti satu trend mana-mana pempengaruh membuat konten yang merapu-rapu demi meraih keuntungan dan menambahkan pengikut-pengikut. Walaupun jelas konten tersebut bakal mengundang kecaman negatif, tetapi mereka tetap melakukannya.


Sebelum ini, hangat diperkatakan isu melibatkan seorang staff iaitu Amirah yang didedahkan hubungannya dengan majikan. Isu tersebut juga dikatakan membuatkan Amirah berasa tertekan. Namun begitu, seperti sudah lali dengan kecaman, Amirah dilihat sudah muncul semula. 


Terbaharu, kemunculan Amirah di dalam live TikTok Farmasi Everlife sebagai host mengejutkan netizen. Kata Amirah dia perlu mencari rezeki lain setelah dibuang kerja.


"Saya bukan jenis wanita yang meminta sesiapa. Semua orang berhak mendapat peluang kedua. Saya cuba berubah untuk survive," katanya.


Katanya lagi, peluang yang diberikan oleh Farmasi Everlife kepadanya merubah dirinya.


Kemunculan semula Amirah seperti disokong oleh segelintir netizen yang memberikan kata-kata semangat kepadanya untuk bangkit semula. 


@alaa_bella97 Miraa dah comebackk gaiss! Sejahat mana pun manusia, dia boleh berubah 💪 yg baik belum tentu baik & yg jahat blm tentu jahat 💪 #FreeYondOpen #amirahaqilah #viewchin #farmasieverlife #fypã‚· #fyp ♬ DJ KUDA YANG MANA KUDA YANG MANA TUAN SENANGI-DJ PANTUN JANDA PIRANG VIRAL TIKTOK - DJ Zazkia


Tidak kurang juga yang mengecam pihak farmasi itu sendiri yang dilihat seperti mengambil kesempatan dengan apa yang berlaku demi meraih perhatian.


"Ada tengok live tadi, saya tidak setuju dengan mereka. Cuba menghalalkan tindakan," kata Momogun Sabah.


"Malaysia ni memang dah tak ada influencer, commentators atau sesiapa sahaja yang lebih berkualiti untuk jadi host live?" soal Yuz Yussof pula.


Sumber: Shazzle, Farmasi Everlife



from The Reporter https://ift.tt/r7gDKoS
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/ACl8W25
via IFTTT

Sunday, 7 May 2023

Buat aksi berbahaya, polis sedang kesan pemilik motosikal BPV2380, VEN7427



Padah menularkan aksi menunggang motosikal secara berbahaya, dua penunggang motosikal terbabit kini sedang giat dikesan polis. 


Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya mengesan video tular berdurasi 23 saat itu yang menunjukkan dua suspek berkenaan melakukan aksi berbahaya. 


Polis percaya insiden itu berlaku di jalan raya sekitar daerah Kuala Selangor dan satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 


"Polis sedang mempergiatkan usaha mengesan pihak yang terlibat dalam kejadian itu. 


"Siasatan lanjut masih dijalankan dan perbuatan seumpama itu jelas membahayakan nyawa termasuk pengguna jalan raya lain," katanya memetik laporan daripada Kosmo! Online. 


Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu digesa tampil menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Najmi di talian 017-8028105 atau hadir ke mana-mana balai polis berdekatan untuk membantu siasatan. 


Sumber: Kosmo! Online



from The Reporter https://ift.tt/S2Aacyq
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/4A0DBlW
via IFTTT
loading...