loading...

Tuesday, 2 May 2023

'Saya ada silap, mental pun penat, saya sedang memperbetulkan kesilapan saya' - Meera nekad bangkit semula



Selepas teruk dikecam di media sosial, Influencer TikTok yang didakwa menyondol suami orang yang juga merupakan majikannya sendiri, Amirah Aqilah atau lebih mesra dipanggil Meera, tampil memuat naik videonya di Instagram. 


Dalam kenyataan terbarunya, Amirah berkata dia sedar akan semua kecaman yang dilemparkan terhadapnya. Namun itu bukanlah penghalang untuk dia tampil semula di khalayak ramai. 


"Ramai yang tanya Meera, 'Kau ni tak ada perasaan ke? Kau ni tak tahu malu ke? Kau ni play victim ke? Kau ni sundal'. Banyak kata-kata negatif yang Meera dapat. 


"Meera ada silap dan Meera sedang memperbetulkan kesilapan Meera. Kecaman, hinaan dan cacian semua ini sebab atas diri yang pernah buat silap. Meera akan berubah untuk menjadi yang lebih baik," ujarnya. 



Dalam pada itu, Amirah mengakui kontroversi yang membabitkan dirinya selama beberapa minggu ini memberi kesan kepada mentalnya. 


"Mental Meera sangat penat, doakan Meera okay. Meera cuba untuk bangkit balik. Meera doakan semoga urusan korang sentiasa dipermudahkan dan mendapat rezeki yang melimpah ruah," katanya. 



from The Reporter https://ift.tt/rihNF7X
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/GwZv6yK
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...